ch
Feedback
Majlis Perwakilan Pelajar UUM

Majlis Perwakilan Pelajar UUM

前往频道在 Telegram

Laman Telegram Rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UUM https://t.me/mppuumofficial

显示更多
2 636
订阅者
+10924 小时
+4537 天
+49930 天
帖子存档
[PROGRAM JOM ISI MINYAK PERCUMA BAGI PELAJAR UUM] Assalamualaikum, Salam Biru Warna dan Salam Malaysia Madani. Majlis Perwaki
+1
[PROGRAM JOM ISI MINYAK PERCUMA BAGI PELAJAR UUM] Assalamualaikum, Salam Biru Warna dan Salam Malaysia Madani. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) dan Persatuan Alumni UUM dengan kerjasama Bintong Travel & Tours IR-SAF akan mengadakan Program Jom Isi Minyak Percuma Bagi Pelajar UUM sempena kepulangan pelajar pulang ke kampung halaman. Jadi kami ingin melakukan tinjauan kepada seluruh mahasiswa UUM yang berkesempatan untuk hadir bagi menjayakan dan memeriahkan inisiatif ini. *Tentatif Program Jom Isi Minyak Percuma Bagi Pelajar UUM* Tarikh: 17 Ogos 2023 (Khamis) Tempat: Stesen Minyak Shell, Changlun Masa: 6.00 petang Kenderaan: Terhad kepada 500 motosikal terawal Link Pendaftaran: https://forms.gle/6iJEyfspfhkbSR4w6 Group WS: https://chat.whatsapp.com/HZhWO7hpHcwIARipRxUUjy Sebarang pertanyaan, sila hubungi: Aiman Najmee: +601137816770 Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023

[PLATFORM ADUAN PERKHIDMATAN BAS DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI SESI 2022/2023] Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara
[PLATFORM ADUAN PERKHIDMATAN BAS DI UNIVERSITI UTARA MALAYSIA BAGI SESI 2022/2023] Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) mengambil inisiatif penyediaan platform aduan permasalahan berkaitan bas di UUM melalui google form. Segala aduan boleh dikemukakan melalui google form ini. Maklum balas semua pelajar akan membantu kami untuk menentu dan mengatasi masalah bagi perkhidmatan bas di UUM. Pautan Google Form : https://forms.gle/SrUJSJfqw5aBBHYy8 Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[ SELAMAT MENGUNDI SEMPENA PILIHAN RAYA NEGERI ] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Tarikh 12 Ogos 2023 H
[ SELAMAT MENGUNDI SEMPENA PILIHAN RAYA NEGERI ] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Tarikh 12 Ogos 2023 Hari Sabtu merupakan Hari Mengundi bagi pilihan raya di enam negeri (PRN). Kami barisan Majlis Perwakilan Pelajar ingin mengucapkan Selamat mengundi kepada semua warga Malaysia yang terlibat khususnya dari 6 buah negeri tersebut. Jalankan tanggungjawab kita untuk memilih pemimpin yang berintegriti & berwibawa. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[HEBAHAN PERMOHONAN PENGINAPAN PELAJAR BAGI SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakil
+3
[HEBAHAN PERMOHONAN PENGINAPAN PELAJAR BAGI SESI A231] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengingatkan kepada semua pelajar yang ingin memohon penginapan dalam kampus mahupun luar kampus iaitu Inapan Siswa (INASIS) dan inapan luar kampus (Sisiran Sintok, Sisiran Naib Canselor, dan Taman Universiti) untuk membuat permohonan penginapan bermula 9 Ogos - 22 Ogos 2023. Segala hebahan rasmi dan penerangan juga akan dimaklumkan melalui Telegram rasmi penginapan bagi memudahkan pelajar mendapatkan maklumat terkini dan tidak terlepas tarikh-tarikh penting berkaitan penginapan. Pautan Telegram: https://t.me/+lLnZ6vDGoRg0YTk1 Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SANTUNI SISWA MPP SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Sempena minggu peperiksa
+1
[SANTUNI SISWA MPP SEMPENA MINGGU PEPERIKSAAN] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Sempena minggu peperiksaan yang sedang berlangsung, Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah mengadakan inisiatif pemberian alatan tulis secara percuma kepada para pelajar yang bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah. Diharapkan agar semua pelajar dapat mempersiapkan diri dengan secukupnya untuk menghadapi peperiksaan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PERJUMPAAN MPP BERSAMA PUSAT PENGINAPAN PELAJAR (SAC)] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakil
+1
[PERJUMPAAN MPP BERSAMA PUSAT PENGINAPAN PELAJAR (SAC)] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) melalui Eksekutif Residensi & Pengangkutan sentiasa cakna terhadap keresahan segelintir pelajar mengenai isu pemindahan bilik semasa minggu peperiksaan. Perkara ini secara tidak langsung akan menjejaskan pelajar yang terkesan. Oleh itu, perkara ini telah dibawa untuk perhatian pihak pengurusan bagi memastikan para pelajar tidak perlu berpindah dan boleh memberikan fokus sepenuhnya kepada peperiksaan akhir yang sedang dihadapi. Keutamaan kami adalah bagi menjamin kesejahteraan pelajar agar terus terpelihara. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH MASUM 2022] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Sa
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN MENERIMA ANUGERAH DALAM MAJLIS ANUGERAH MASUM 2022] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Saudara Muhammad Ikhmal Basry (Golf) dan Saudari Nurnadhirah Azmi (Boling Padang) atas kejayaan menerima Anugerah Atlet Terbaik bagi Kategori Lelaki dan Perempuan dalam Majlis Anugerah Sukan MASUM 2022 yang telah berlangsung pada 20 Julai lalu bertempat di Dewan Za’ba KPT, Putrajaya. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PEPERIKSAAN GANTIAN BAGI PELAJAR YANG INGIN PULANG MENGUNDI 12 OGOS 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Wa
+1
[PEPERIKSAAN GANTIAN BAGI PELAJAR YANG INGIN PULANG MENGUNDI 12 OGOS 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) telah melaksanakan satu tinjauan bagi pelajar yang ingin pulang mengundi dan memerlukan peperiksaan gantian. Sukacita ingin dimaklumkan bahawa permohonan cadangan telah diterima di mana pelajar yang ingin mengundi dibenarkan untuk mengambil peperiksaan gantian manakala pelajar yang tidak terlibat boleh meneruskan peperiksaan seperti biasa pada tarikh 12 Ogos 2023.

[SELAMAT DATANG YB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN KE UUM] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perw
[SELAMAT DATANG YB DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN KE UUM] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengalu-alukan kehadiran Menteri Pendidikan Tinggi, YB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ke Universiti Utara Malaysia pada pagi ini sempena lawatan kerja dan program sulung. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pela
[SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR SESI A222] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Selamat Menduduki Peperiksaan Akhir Sesi A222 kepada semua pelajar. Semoga sentiasa diberikan kelapangan hati dan ketenangan jiwa dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung. Diingatkan juga untuk sentiasa menjaga diri dan kesihatan sepanjang minggu peperiksaan. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[NOTIS PERGERAKAN BAS SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pela
+1
[NOTIS PERGERAKAN BAS SEMASA PEPERIKSAAN AKHIR] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) bagi Portfolio Eksekutif Residensi dan Pengangkutan ingin memaklumkan bahawa pihak Pusat Penginapan Pelajar (SAC) telah mengeluarkan hebahan berkenaan Pergerakan Bas Semasa Peperiksaan Akhir. MPP UUM ingin mengingatkan kepada pelajar hanya waktu peperiksaan dijalankan sahaja bas akan begerak sepanjang masa tanpa henti, selepas sahaja waktu peperiksaan iaitu daripada jam 7:00 pagi - 9:00 pagi/ 12:30 petang- 14:30 petang bas akan beroperasi seperti jadual bas kitaran harian.

[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐔𝐌 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟐 𝐎𝐆𝐎�
[𝐓𝐈𝐍𝐉𝐀𝐔𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐔𝐔𝐌 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐔𝐍𝐃𝐈 𝐖𝐀𝐊𝐓𝐔 𝐏𝐄𝐏𝐄𝐑𝐈𝐊𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐃𝐀 𝟏𝟐 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟑] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Tinjauan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelajar UUM yang ingin pulang mengundi pada hari peperiksaan 12 Ogos 2023 (Sabtu). Hasil kutipan tinjauan akan diserahkan kepada pihak pengurusan UUM untuk pertimbangan bagi mengadakan peperiksaan gantian. https://forms.gle/YYi3wmRr4WSV94TTA Tinjauan ini akan dipanjangkan tempoh sehingga pukul 6.00pm, 31 Julai 2023 (Isnin). Kerjasama saudara/i dalam mengisi tinjauan ini amatlah kami hargai. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi: Yap Pei Shi - https://wa.me/+601127245520 Nur Hazirah - https://wa.me/+60135153344 Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[INFO PENTING PEPERIKSAAN AKHIR] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Berikut merupakan info penting berkai
+3
[INFO PENTING PEPERIKSAAN AKHIR] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Berikut merupakan info penting berkaitan peperiksaan pada semester kedua Sesi 2022/2023. Info tersebut termasuklah mengenai etika pemakaian yang telah ditetapkan oleh pihak universiti dan senarai dokumen yang perlu dibawa semasa peperiksaan. Diharapkan agar semua mahasiswa/i mematuhi etika pemakaian tersebut semasa berada di dalam dewan peperiksaan agar semua proses berjalan dengan lancar. Teguran dan tindakan yang sewajarnya akan diambil terhadap mahasiswa/i yang tidak mematuhi etika pemakaian ini. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[RESPONS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TERHADAP TARIKH PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) PADA TEMPOH PEPERIKSAA
+3
[RESPONS MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA TERHADAP TARIKH PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) PADA TEMPOH PEPERIKSAAN SESI A222] Assalamulaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar, Universiti Utara Malaysia, Sesi 2022/2023. #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE KE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA] Pada 22 Julai 2023,
+1
[LAWATAN DELEGASI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE KE UNIVERSITI UTARA MALAYSIA] Pada 22 Julai 2023, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia telah menerima satu lawatan delegasi daripada MARA-JAPAN INDUSTRIAL INSTITUTE. Lawatan delegasi yang telah dihadiri seramai 35 orang wakil pelajar daripada MJII ini berfokus kepada perkongsian berkaitan organisasi, kebajikan pelajar, dan langkah dalam menyahut aspirasi pemerkasaan mahasiswa. Progran sebegini juga merupakan satu langkah penting ke arah membangunkan dan memperkenalkan universiti kepada orang luar. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM FESCO 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan
[SYABAS DAN TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DALAM FESCO 2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Pasukan Rentak Rumandawi UUM atas kemenangan meraih Juara serta Koreografi Terbaik dalam FESCO 2023 (Festival of Colours of the World 2023) pada 22 Julai lalu, bertempat di Universiti Teknologi PETRONAS. Pasukan Rentak Rumandawi UUM telah memenangi banyak pertandingan sebelum ini sekali gus membuktikan bahawa UUM sebagai salah satu universiti yang mampu melahirkan mahasiswa yang berkebolehan dari pelbagai bidang. Semoga kejayaan ini dapat menyuntik semangat para pelajar untuk terus mengharumkan nama universiti sehingga ke persada antarabangsa. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[TAHNIAH DAN SELAMAT BERGRADUASI] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti
[TAHNIAH DAN SELAMAT BERGRADUASI] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Tahniah dan Selamat Bergraduasi kepada para graduan Universiti Utara Malaysia. Selamat maju jaya juga diucapkan kepada para graduan. Semoga ilmu yang telah diperoleh menjadi berkah dan bermanfaat kepada diri dan orang lain. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PERASMIAN INISIATIF FOOD BANK DI INASIS DAN BANTUAN BAKUL RAHMAH] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Men
+2
[PERASMIAN INISIATIF FOOD BANK DI INASIS DAN BANTUAN BAKUL RAHMAH] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub telah melancarkan inisiatif Food Bank, Menu Rahmah dan Bantuan Bakul Rahmah yang mampu memberi manfaat kepada pelajar terutama bagi golongan B40. Pelancaran ‘Food Bank’ yang berlangsung di Inasis TM merupakan yang pertama di UUM. Semoga dengan adanya usaha sebegini dapat membantu meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan terutama untuk mendapatkan keperluan asas. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[PERSIDANGAN PARLIMEN MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2022/2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. P
+2
[PERSIDANGAN PARLIMEN MAHASISWA UNIVERSITI UTARA MALAYSIA 2022/2023] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Pada 17 dan 18 Julai lalu, telah berlangsungnya Persidangan Parlimen Mahasiswa yang melibatkan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Kepimpinan dan Pembangunan Siswa (JKPS) Inapan Siswa (Inasis) dan Presiden badan-badan pelajar. Lebih 20 usul yang merangkumi pelbagai aspek telah dibincangkan dalam persidangan pada kali ini. Suara mahasiswa dari pelbagai latar belakang telah didengari dan dibahaskan demi mencapai satu titik persamaan iaitu kebajikan pelajar. Semoga platform sebegini dapat menjadi pencetus dalam melahirkan pemimpin berfikiran kritis dan cakna dengan persekitaran semasa. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa

[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Univer
[SELAMAT MENJALANI MINGGU ULANG KAJI] Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam Biru Warna. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia (MPP UUM) ingin mengucapkan Selamat Menjalani Minggu Ulang Kaji kepada semua pelajar. Semoga para pelajar dapat memanfaatkan minggu ini untuk mengulang kaji pelajaran sebelum menduduki peperiksaan akhir nanti. Sekian, terima kasih. Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Utara Malaysia Sesi 2022/2023 #ForABetterUUM #MPPUUM2023 #MPPPrihatin #PemerkasaanMahasiswa