ch
Feedback
𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

𓍯 رسالہ مؤلف 🇵🇸

前往频道在 Telegram

barang siapa menyampaikan 1 ilmu saja, dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal) ia tetap memperoleh pahala. (HR. Bukhari) - perjuangan seorang mualaf 💌 ⋮ Since : 5. September. 2022

显示更多
3 117
订阅者
无数据24 小时
-827 天
-12630 天
帖子存档
💙 اللهم صل على سيدنا محمد
you know kan, manusia kalau kita minta banyak kali, dorang akan rasa annoying. tapi Allah, lagi kita minta, lagi Dia suka. doa tu bukan membebankan, doa tu tanda kita admit kita memang tak boleh hidup tanpa Allah. ada kisah hamba Allah yang dah berjanji takkan minta lagi, tapi bila dia minta semula, Allah tetap bagi. bukan setakat bagi, tapi Allah tambah lebih banyak. Itu menunjukkan betapa Allah suka bila hamba-Nya tak berhenti meminta. kadang kita sendiri rasa macam, “eh aku dah doa benda ni banyak kali dah, patut ke aku doa lagi?!”, tapi sebenarnya, Allah tak pernah jemu. lagi kita ulang, lagi Dia suka, sebab tu bukti kita still bergantung kat Dia, bukan kat orang lain. so jangan pernah rasa segan nak doa. even benda kecik macam nak tenang hati ke, nak lulus exam ke, doa je. because doa tu bukan sekadar minta, tapi kita tunjuk kita bergantung kat Dia. and Allah tak pernah jemu dengan doa.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tiada istilah " aku tak solat, tapi aku baik " mana baiknya ? sedangkan kau sendiri derhaka kepada Allah SWT.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
“ya Allah, aku sedar dosaku terlalu banyak, aku sedar pendosa sepertiku tidak layak untuk meminta apa pun kepadaMu, tetapi hanya Kaulah tempat aku berharap ya Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Pengampun, maka dengan rahmat dan kasih sayangMu ya Allah, Kau ampunkanlah semua dosaku dan Kau jadikanlah aku seorang yang berjaya di dunia dan akhirat.”
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: rezeki itu bukan lambat, tapi sedang datang pada masa yang Allah tetapkan. kadang kita rasa hidup ini tak adil. kita dah usaha, kita dah doa, kita dah buat yang terbaik… tapi rezeki masih belum nampak. hati mula gelisah, risau, takut masa depan tak jadi seperti yang diharap. tapi ketahuilah, rezeki itu datang dengan cara Allah, bukan cara kita. “dan barang siapa bertawakkal kepada Allah, nescaya Dia mencukupkan keperluannya.” (surah at-talaq: 3) rezeki bukan hanya wang. rezeki itu ketenangan, kesihatan, kawan yang baik, keluarga yang memahami, hati yang lembut, peluang yang muncul tiba-tiba, dan pintu yang Allah buka tanpa kita sangka. 📍Allah mengatur rezeki dengan penuh kasih sayang: 1. ada rezeki yang Allah percepat supaya kita bersyukur. 2. ada rezeki yang Allah lambatkan supaya kita belajar sabar. 3. ada rezeki yang allah tahan supaya kita tidak lalai dan lupa diri. jangan fikir bila lambat itu maknanya Allah tak sayang. kadang rezeki yang cepat boleh menjauhkan kita dari Allah, dan rezeki yang lambat pula yang menjaga hati kita tetap lembut. ingatlah… rezeki kita tak akan diambil orang lain. yang tertulis untuk kita tidak akan tersalah alamat. yang ditakdirkan untuk orang lain, kita takkan dapat walau macam mana kita cuba. jadi tenangkanlah hati. selagi kita berusaha dan bergantung kepada Allah, rezeki itu pasti datang bukan lambat, tapi sedang bergerak ke arah kita pada waktu terbaik yang Allah telah pilih. 🤍
@RisalahMualaf 🇵🇸

🌹zikir hari selasa🌹 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمْ Allahumma solli a'la muhammad wa'ala aali muhammad wasohbihi wasallim maksud: “ya Allah , kurniakan kesejahteraan ke atas Nabi Muhammad, keluarganya dan para sahabatnya” fadhilat: setiap satu bacaan , Allah akan ampunkan dosa kita selama setahun dari Abu Hurairah RA, Rasulullah ﷺ bersabda yang bermaksud: “barangsiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapus sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Hadis Riwayat Ahmad, An-Nasaie & Al-Hakim)@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
ilmu tidak akan diperolehi dengan tubuh yang suka berehat.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
sehitam-hitamnya tangan pasti telapaknya putih, begitu juga seburuk-buruknya manusia pasti ada sisi baiknya. "jadilah baik meskipun tidak diperlakukan baik oleh orang lain"
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
naik bukit pelan-pelan, angin sejuk rasa lega. jangan tinggal selawat kawan, hati tenang hidup sejahtera.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
“Nabi Muhammad tidak bisa menikmati syurga selagi salah satu diantara aku atau kamu ada yang didalam neraka. Maka, adakah insan yang mencintaimu melebihinya? (selawat)” - Ustadzah Halimah Alaydrus -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: sabar itu bukan kelemahan, tapi kekuatan yang Allah hadiahkan. sabar bukan sekadar menahan marah atau diam ketika terluka. sabar adalah kekuatan hati yang hanya Allah benar-benar nampak. kadang orang di sekeliling tak faham apa yang kita tahan, apa yang kita telan, apa yang kita simpan sendiri. tapi allah tahu semuanya. > “sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.” (surah al-baqarah: 153) sabar bukan untuk memaksa diri jadi kuat sepanjang masa… tapi untuk mengingatkan diri bahawa pertolongan Allah itu selalu dekat. bila dunia buat kita penat, bila manusia buat kita kecewa, sabarlah kerana sabar itu jambatan kepada sesuatu yang lebih baik. 📍sabar dalam hidup ada 3 bentuk: 1. sabar dalam ketaatan — walau letih, kita tetap cuba lawan nafsu untuk dekat dengan Allah. 2. sabar dalam menjauhi dosa — walau hati lemah, kita tetap cuba jaga diri. 3. sabar ketika diuji — walau sakit, kita tetap bergantung kepada allah. setiap sabar yang kita lakukan, walau kecil, walau tak disedari manusia, semuanya tinggi nilainya di sisi Allah. Allah tak biarkan air mata itu jatuh sia-sia. dan satu hari nanti, bila Allah gantikan segala sabarmu dengan sesuatu yang tak pernah kau bayangkan, barulah kau faham… rupanya sabar itu bukan menghukum, tapi sedang mempersiapkan hadiah yang lebih indah.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
ahad, 30 november 2025 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ku tutup november ini dengan penuh rasa syukur. terima kasih untuk semua yang terjadi dibulan ini, banyak mengajar erti sabar dan ikhlas semoga menjadi penutup yang indah. semoga di bulan december diberikan kebahagian kesihatan, dikurniakan rezeki yang melimpah dan dilancarkan segala urusan.
@RisalahMualaf 🇵🇸

🌷zikir hari isnin 🌷 لاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللّٰهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْم laa haula wala quwwata illaa billa hil aliyyil'azim maksud:“tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”. fadhilat: satu kalimah disebut akan diberikan  ganjaran pahala sebesar bukit uhud. selain itu, ia akan menghilangkan sifat sombong, riak dan cintakan perkara-perkara duniawi. Rasulullah ﷺ bersabda tentang anjuran membaca kalimat tersebut “mahukah aku tunjukkan kepadamu salah satu bacaan yang menjadi simpanan kekayaan di dalam syurga? Maka sahabat menjawap, tentu wahai Rasulullah; Rasulullah menjelaskan, 'bacalah laa haula wala quwwata illaa billa.' ” (Hadis Riwayat Muslim)@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
kenapa nangis ? penat ya ? kamu pergi ambil wudhu lepastu solat, sujud tu lama sikit sambil mengadu semua perkara dengan Allah. Allah rindu sangat tu dengan kamu sebab kamu dah terlampau jauh denganNya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tetaplah semangat jangan berhenti ditengah jalan, tidak ada kehidupan tanpa masalah dan tidak ada perjuangan tanpa lelah.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tegurlah kawanmu selagi mampu, jangan takut dihina atau dikecam. yang penting tangunggjawab kita sudah selesai, kalau dia masih tidak berubah. biarkan, itu urusan dia dengan Allah. kita cuma perlu doakan yang terbaik buatnya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tentang siapa diriku, aku tak seindah yang tampak di mata. jika terlihat indah, itu semua kerana rahmat Allah yang menutupi celahnya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
tegurlah kawanmu selagi mampu, jangan takut dihina atau dikecam. yang penting tangunggjawab kita sudah selesai, kalau dia masih tidak berubah. biarkan, itu urusan dia dengan Allah. kita cuma perlu doakan yang terbaik buatnya.
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد “
Beruntung sekali kita semua menjadi umat Islam, kerana kita punya tali yang tidak akan pernah putus. Kita punya tiang sandaran yang tidak akan pernah roboh. Ketika Allah jadikan Nabi Muhammad ﷺ sebagai Nabi kita, kita dimuliakan dengan diturunkannya sebaik-baik Rasul untuk kita. Lalu kemudian kita secara otomatis menjadi pada sebaik-baik ummat, maka kenapa kita sombong tidak hendak berselawat kepadanya” - Ustadzah Halimah Alaydrus -
@RisalahMualaf 🇵🇸

💙 اللهم صل على سيدنا محمد
🔖 tazkirah: redha itu bukan pasrah, tapi percaya pada takdir Allah kadang kita cuba sehabis baik, tapi hasilnya tetap tak seperti yang kita mahu. kita rancang, kita doa, kita berusaha… tapi akhirnya tetap terjadi sesuatu yang menyakitkan. hati pun bertanya, “kenapa jadi macam ni?” di saat itu, redha adalah ubat yang paling sukar ditelan, tapi paling kuat menyembuhkan. “boleh jadi kamu tidak suka sesuatu, padahal ia baik bagi kamu.” (surah al-baqarah: 216) redha bukan bermaksud kita tak boleh sedih. bukan bermaksud kita berpura-pura kuat. redha adalah bila kita percaya bahawa apa pun yang allah tetapkan, walau pahit hari ini, pasti ada hikmah yang indah pada akhirnya. 📍bagaimana untuk belajar redha: 1. terima bahawa ada perkara yang di luar kemampuan kita. 2. ingat bahawa Allah tak pernah zalim pada hamba-Nya. 3. yakin bahawa Allah hanya ambil untuk memberi sesuatu yang lebih baik. kadang sesuatu yang kita mahu sangat sebenarnya akan menyakitkan kita. dan kadang sesuatu yang kita tak mahu rupanya membawa kita dekat kepada Allah. percayalah… Allah tak pernah tersilap mengatur hidup hamba-Nya. setiap detik, setiap takdir, setiap air mata semuanya dalam pengetahuan-Nya. dan bila akhirnya kita belajar untuk redha, barulah kita sedar… hati yang redha itu lebih ringan, lebih tenang, dan lebih kuat menghadapi dunia. 🤍
@RisalahMualaf 🇵🇸

🌻 zikir hari ahad🌻 يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ yaa haiyyu, yaa qoyyum maksud : “Wahai Allah yang tetap hidup dan tetap mengurus urusan makhluk” fadhilat :  Memperolehi harta yang banyak dan membawa berkat serta dicintai setiap manusia Imam Al-Ghazali menyatakan: “siapa yang menginginkan keuntungan, mempunyai kewibawaan, dimuliakan, terlindung dari bahaya dan tipu daya musuh, diindahkan tutur katanya dan luas rezekinya, maka bacalah kalimat ini.”@RisalahMualaf 🇵🇸