ch
Feedback
Shaqil Haziq Official

Shaqil Haziq Official

前往频道在 Telegram
4 468
订阅者
+224 小时
-127
-2730
帖子存档
Siapa yang makan gula-gula Fruit Plus kena tahu ada isu sedang berlaku dalam syarikat ni sekarang ni. Sampai ada akaun yang k
Siapa yang makan gula-gula Fruit Plus kena tahu ada isu sedang berlaku dalam syarikat ni sekarang ni. Sampai ada akaun yang kena beku! Ini apa yang anda perlu tahu. Baca penuh dekat sini: https://www.facebook.com/share/p/1CZA1p8xuN/

UOBKH Retail Market Monitor 26 August 2026   FBMKLCI: 1,736.33 (-0.15) Support: 1,677, 1,652                    Resistance: 1,753, 1,770                  Bursa Top Gainers: MISC (+4.3%), IOI (+2.8%), PETDAG (+1.9%)   Bursa Top Losers: YTL (-2.8%), IOIPG (-1.8%), IHH (-1.6%)   Bursa Trade Statistics Local Institutions (40.07%): +RM6.00M Local Retail (31.32%): +RM75.00M Foreign (28.62%): -RM81.00M   Global Equity Indexes MSCI Asia : 275.92 (+0.67, +0.27%) NASDAQ : 26,151.30 (+171.11, +0.66%)  S&P500 : 7,677.28 (+24.42, +0.32%) DJIA : 53,577.40  (+160.24, +0.30%)                             USD/MYR: 4.0330 (-0.0110) SGD/MYR : 3.1831 (-0.0043)   Crude Oil (Brent) : $87.09 (-1.49)    Gold : $4,654.44 (-4.17)   US stocks were higher after the close on Tuesday, as gains in the technology, basic materials and healthcare sectors led shares higher. At the close in NYSE, the Dow Jones Industrial Average added 0.30%, while the S&P 500 Index gained 0.32%, and the NASDAQ Composite Index climbed 0.66%. Rising stocks outnumbered declining ones on the New York Stock Exchange by 1,527 to 1,172 and 104 ended unchanged; on the Nasdaq Stock Exchange, 2,036 rose and 1,380 declined, while 179 ended unchanged. (Source: Investing.com)   Stocks To Watch:   1) AUMAS (KLSE: 0098) Technical BUY on breakout (RM 0.415) with +31.3% potential return * Last price: RM0.405 * Target price: RM0.505, RM0.545 * Support: RM0.455 * Stop-loss: RM0.445 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   2) KMLOONG (KLSE: 5027) Technical BUY with + 8.6% potential return * Last price: RM2.80 * Target price: RM2.99, RM3.04 * Support: RM2.68 * Stop-loss: RM2.67 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   3) MSM (KLSE: 5202) Technical BUY with +34.5% potential return * Last price: RM0.74 * Target price: RM0.895, RM0.995 * Support: RM0.625 * Stop-loss: RM0.62 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   Disclaimer: This material is a service for investors and does not represent a buy or sell call. Usage of this information is at your own risk. You are advised to conduct your own independent evaluation, due diligence and risk assessment before investing. We accept no liability whatsoever for any direct or consequential loss arising from any use of this information.   For the full research report, please log in to www.utrade.com.my

FBMKLCI Update - 26 Aug 2026
FBMKLCI Update - 26 Aug 2026

CAHYA MATA SARAWAK KEMBALI UNTUNG RM22.4 JUTA Cahya Mata Sarawak Bhd kembali mencatatkan keuntungan bersih RM22.44 juta bagi suku kedua 2026 berbanding kerugian RM11.32 juta setahun sebelumnya. Prestasi disokong oleh perniagaan simen dan hartanah yang lebih kukuh, sumbangan penyelenggaraan jalan yang lebih baik serta pengurangan kerugian segmen fosfat. Hasil meningkat 18.2% kepada RM291.97 juta. Bagaimanapun, operasi loji yellow phosphorus di Samalaju ditangguhkan kepada suku keempat FY2026 susulan masalah peralatan ketika ujian. AJINOMOTO UNTUNG SUSUT 3.9% AKIBAT EKSPORT LEMAH Ajinomoto (Malaysia) Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM23.23 juta bagi suku pertama 2026, turun 3.9% daripada RM24.17 juta setahun sebelumnya. Hasil turut susut 1.1% kepada RM178.91 juta. Penurunan prestasi disebabkan eksport yang lebih lemah susulan pengukuhan relatif ringgit terhadap dolar AS serta isu geopolitik di Timur Tengah. PESTEC NAMAKAN BEKAS CEO DALAM SAMAN PENIPUAN Pestec International Bhd mengesahkan saman berkaitan dakwaan penipuan dan konspirasi itu turut menamakan bekas CEO Lim Pay Chuan, bekas setiausaha syarikat Pan Seng Wee, bekas ketua bahagian transmisi Han Fatt Juan serta bekas CFO Teh Bee Choo. Dua pembekal dari China, SPECO dan Shandong Electrical Engineering & Equipment Group, turut dinamakan sebagai defendan. Kes tersebut melibatkan dakwaan transaksi meragukan, invois dinaikkan serta jaminan syarikat induk yang tidak dibenarkan.

CORPORATE NEWS | 24 OGOS 2026 KLK CATAT KERUGIAN RM1.34 BILION AKIBAT IMPAIRMENT SYNTHOMER Kuala Lumpur Kepong Bhd mencatatkan kerugian bersih RM1.34 bilion bagi suku ketiga selepas merekodkan impairment sebanyak RM1.62 bilion terhadap pegangan dalam Synthomer plc yang disenaraikan di UK. Pelarasan tersebut bersifat bukan tunai dan tidak memberi kesan kepada aliran tunai atau pembayaran dividen. Tanpa impairment sekali sahaja dan kerugian Synthomer, keuntungan suku tahunan KLK sebenarnya meningkat 28% kepada RM444.8 juta. KHEE SAN PENGERUSI EKSEKUTIF LETAK JAWATAN Datuk Seri Ngu Tieng Ung, pemegang saham terbesar Khee San Bhd, meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Eksekutif berkuat kuasa serta-merta atas alasan peribadi. Perletakan jawatan berlaku tiga hari selepas enam akaun bank milik anak syarikat utama Khee San dibekukan susulan siasatan di bawah undang-undang anti-pengubahan wang haram. FOODIE MEDIA JALIN KERJASAMA DENGAN TOURISM MALAYSIA Foodie Media Bhd melalui anak syarikatnya Good Foodie Media Sdn Bhd menandatangani memorandum persefahaman dengan Tourism Malaysia bagi menyokong kempen Visit Malaysia 2026–2027. Kerjasama itu melibatkan penghasilan kandungan digital dan liputan acara, manakala Tourism Malaysia akan berkongsi maklumat pelancongan, memberi kebenaran penggunaan logo serta menjemput Foodie Media ke acara terpilih. SIME DARBY PROPERTY GANDA UNTUNG, NAIKKAN DASAR DIVIDEN Sime Darby Property Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM322 juta bagi suku kedua 2026, meningkat lebih dua kali ganda berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Hasil meningkat 9.3% kepada RM1.16 bilion, disokong oleh pembangunan hartanah dan pendapatan sewaan baharu daripada data centre. Syarikat turut menaikkan dasar pembayaran dividen kepada 40%-60% daripada keuntungan bersih, tidak termasuk item luar biasa, berbanding 20% sebelum ini. Dividen interim pertama sebanyak 1.70 sen sesaham akan dibayar pada 21 Oktober. WCE KAJI SAMBUNGAN LEBUHRAYA KE GELANG PATAH WCE Holdings Bhd sedang menilai daya maju cadangan sambungan Lebuhraya Pantai Barat dari Banting ke Gelang Patah menerusi model penswastaan. Keputusan bergantung kepada butiran pembiayaan, kos pembinaan, pengambilan tanah serta sokongan kerajaan. Syarikat turut memberi amaran bahawa peningkatan kos pembinaan dan risiko pengambilan tanah boleh menjadikan projek tersebut berisiko tinggi tanpa sokongan kerajaan. SUNWAY CONSTRUCTION UNTUNG NAIK 23.5%, ORDER BOOK RM10.5 BILION Sunway Construction Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM103.59 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 23.5% walaupun hasil turun 31.1% kepada RM1.02 bilion. Peningkatan keuntungan disokong oleh margin yang lebih baik merentasi semua segmen. Kumpulan telah memperoleh RM6.85 bilion kontrak baharu setakat tahun ini, melepasi sasaran FY2026 sebanyak RM6 bilion. Sasaran replenishment penuh tahun kini dinaikkan kepada RM7 bilion hingga RM9 bilion dengan order book RM10.5 bilion. ZETRIX AI UNTUNG NAIK 35% DIDORONG AI DAN BLOCKCHAIN Zetrix AI Bhd, sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services, mencatatkan keuntungan bersih RM269.3 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 35%. Hasil meningkat 38.6% kepada RM426.7 juta, disokong oleh sumbangan platform AI, perkhidmatan Web3 serta jualan node blockchain dan token. Syarikat mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.25 sen sesaham yang akan dibayar pada 20 November. GUAN CHONG CATAT REKOD UNTUNG RM253 JUTA Guan Chong Bhd mencatatkan keuntungan bersih rekod RM253.02 juta bagi suku kedua 2026, meningkat lebih lima kali ganda daripada RM48.2 juta setahun sebelumnya. Pengurangan kos serta pinjaman yang lebih rendah membantu meningkatkan keuntungan walaupun hasil merosot 54% kepada RM1.8 bilion. Syarikat optimistik permintaan coklat akan pulih secara beransur-ansur pada separuh kedua 2026.

photo content

📅 Isnin, 24 Ogos 2026 📉 FBMKLCI turun -0.15 mata atau -0.01%, ditutup pada paras 1,736.33. 📊 Jumlah dagangan (Vol): 3.608 bilion unit 💰 Nilai dagangan (Val): RM3.040 bilion 📈 Kaunter naik: 482 📉 Kaunter turun: 714 ⏸️ Kaunter tidak berubah: 540 ⛔️ Kaunter tidak diniagakan: 46 FBMKLCI ditutup hampir tidak berubah, susut hanya 0.15 mata. Namun, sentimen pasaran keseluruhan masih lemah apabila 714 kaunter turun berbanding 482 kaunter yang naik. Menariknya, walaupun indeks hampir mendatar, breadth pasaran menunjukkan tekanan jualan yang agak meluas. Aktiviti dagangan kekal aktif dengan 3.608 bilion unit diniagakan bernilai RM3.040 bilion.

UOBKH Retail Market Monitor 24 August 2026   FBMKLCI: 1,736.48 (-0.23) Support: 1,677, 1,652                    Resistance: 1,753, 1,770                  Bursa Top Gainers: YTLPOWR (+4.7%), PPB (+3.8%), YTL (+2.5%)   Bursa Top Losers: TM (-4.1%), AXIATA (-1.6%), NESTLE (-0.95%)   Bursa Trade Statistics Local Institutions (41.42%): +RM58.33M Local Retail (30.67%): -RM47.58M Foreign (27.91%): -RM10.75M   Global Equity Indexes MSCI Asia : 276.44 (-0.65, - 0.23%) NASDAQ : 26,180.46 (+113.29, +0.43%)  S&P500 : 7,674.37 (+33.21, +0.43%) DJIA : 53,277.01  (+517.80, +0.98%)                             USD/MYR: 4.0340 (-0.0010) SGD/MYR : 3.1797 (-0.0016)   Crude Oil (Brent) : $93.44 (-0.95)    Gold : $ 4,620.61 (+17.04)     US stocks were higher after the close on Friday, as gains in the basic materials, consumer goods and healthcare sectors led shares higher. At the close in NYSE, the Dow Jones Industrial Average gained 0.98%, while the S&P 500 Index climbed 0.43%, and the NASDAQ Composite Index added 0.44%. Rising stocks outnumbered declining ones on the New York Stock Exchange by 1,662 to 1,032 and 109 ended unchanged; on the Nasdaq Stock Exchange, 2,120 rose and 1,303 declined, while 196 ended unchanged. (Source: Investing.com)   Stocks To Watch:   1) ECOWLD (KLSE: 8206) Technical BUY on breakout (RM 2.11) with +8.5% potential return * Last price: RM2.09 * Target price: RM2.24, RM2.29 * Support: RM2.04 * Stop-loss: RM2.03 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   2) FOCUSP (KLSE: 0157) Technical BUY on breakout (RM 0.535) with + 20.6% potential return * Last price: RM0.525 * Target price: RM0.595, RM0.645 * Support: RM0.50 * Stop-loss: RM0.495 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   3) MCEHLDG (KLSE: 7004) Technical BUY on breakout (RM 1.56) +10.9% potential return * Last price: RM1.52 * Target price: RM1.68, RM1.73 * Support: RM1.47 * Stop-loss: RM1.46 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: NO   Disclaimer: This material is a service for investors and does not represent a buy or sell call. Usage of this information is at your own risk. You are advised to conduct your own independent evaluation, due diligence and risk assessment before investing. We accept no liability whatsoever for any direct or consequential loss arising from any use of this information.   For the full research report, please log in to www.utrade.com.my

Berikut adalah result weekly watchlist VVIP Traders (Group Client) berdasarkan watchlist di atas. 17 Aug - 21 Aug Kenaikan Pa
Berikut adalah result weekly watchlist VVIP Traders (Group Client) berdasarkan watchlist di atas. 17 Aug - 21 Aug Kenaikan Paling Tinggi dalam 5 hari ➤18.37% Average Kenaikan Saham dalam 5 hari ➤ 7.94% Kenaikan Paling Rendah ➤ 2.44% Jumlah Saham Tidak Pecah Support ➤7 DARIPADA 7 Jumlah Saham Pecah Support ➤ 0 DARIPADA 7 Success Rate Saham Tak Pecah Support ➤ 100% Success Rate Kenaikan Lebih 4% dalam masa 5 hari trading ➤85% Disclaimer: ini bukan cadangan pembelian saham atau penjualan saham Belum ada akaun cds boleh mohon di sini: https://shaqilhaziq.my/open-cds-account

FBMKLCI Update - 24 Aug 2026
FBMKLCI Update - 24 Aug 2026

PA RESOURCES UNTUNG 4Q LONJAK 3 KALI GANDA PA Resources Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM18 juta bagi suku keempat 2026, meningkat tiga kali ganda susulan hasil suku tahunan yang mencatat rekod, didorong oleh peningkatan tempahan jualan. Hasil meningkat 25.2% kepada RM204.83 juta. Syarikat mengumumkan dividen interim 0.5 sen sesaham yang akan dibayar pada 30 Oktober. FAR EAST HOLDINGS UNTUNG SUSUT 35%, BAYAR DIVIDEN 6 SEN Far East Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM32.29 juta bagi suku kedua 2026, turun 35.4% berikutan sumbangan lebih rendah daripada syarikat bersekutu serta penurunan hasil tuaian dan pengeluaran. Hasil merosot 5.3% kepada RM229.57 juta. Syarikat mengumumkan dividen interim sebanyak 6 sen sesaham yang akan dibayar pada 21 September. NATIONGATE UNTUNG SUSUT 79% SUSULAN NORMALISASI TEMPAHAN DATA COMPUTING NationGate Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM10.90 juta bagi suku kedua 2026, merosot 79% daripada tempoh sama tahun sebelumnya. Penurunan disebabkan sumbangan lebih rendah daripada perniagaan data computing serta pergerakan mata wang asing yang kurang menguntungkan. Hasil turut merosot 32% kepada RM1.77 bilion daripada RM2.60 bilion. Dividen interim dikekalkan pada 0.25 sen sesaham.

CORPORATE NEWS | 21 OGOS 2026 BANK ISLAM KETUA PENGERUSI ISMAIL BAKAR BERSARA SELEPAS 6 TAHUN Tan Sri Ismail Bakar akan bersara sebagai Pengerusi Bank Islam Malaysia Bhd selepas enam tahun menerajui bank tersebut. Peletakan jawatan beliau berkuat kuasa pada 22 Ogos 2026. Beliau dilantik sebagai pengerusi pada Ogos 2020. KPJ HEALTHCARE CEO CHIN KEAT CHYUAN BERUNDUR Chin Keat Chyuan akan melepaskan jawatan sebagai Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare Bhd pada 1 September 2026 selepas tiga tahun menerajui kumpulan tersebut. Beliau berundur bagi mengejar kepentingan lain. Ketua Pegawai Perubatan kumpulan, Profesor Datuk Dr Hanafiah Harunarashid, akan menjalankan tugas sebagai pegawai bertanggungjawab sementara menunggu pelantikan Presiden dan Pengarah Urusan baharu. KHEE SAN BEKU 6 AKAUN BANK SUSULAN SIASATAN AMLA Enam akaun bank milik anak syarikat Khee San Food Industries Sdn Bhd telah dibekukan susulan siasatan di bawah undang-undang pencegahan pengubahan wang haram Malaysia. Khee San berkata akaun tersebut digunakan secara aktif bagi operasi harian dan pembekuan itu dijangka menyebabkan sedikit gangguan kepada operasi kumpulan. BINTULU PORT METERAI PERJANJIAN SEMENTARA DENGAN SARAWAK Bintulu Port Holdings Bhd telah memeterai perjanjian dengan Kerajaan Sarawak bagi mewujudkan rangka kerja operasi sementara ketika pelabuhan tersebut beralih daripada kawalan kerajaan Persekutuan kepada negeri. Perjanjian yang berkuat kuasa sejak 27 Julai itu bertujuan memastikan operasi pelabuhan tidak terganggu sementara kedua-dua pihak memuktamadkan perjanjian konsesi jangka panjang. SUNWAY CONSTRUCTION DAPAT KONTRAK RM1.04 BILION DARIPADA SYARIKAT TEKNOLOGI AS Sunway Construction Group Bhd memperoleh kontrak bernilai RM1.04 bilion untuk menjalankan kerja-kerja mechanical, electrical and plumbing (MEP) bagi dua projek daripada sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di AS. Kerja dijadualkan bermula serta-merta dan siap pada Mac 2028. Identiti pelanggan serta lokasi projek tidak didedahkan. FBG HOLDINGS MAHU TARIK DIRI DARIPADA PROJEK MEDI-CITY PENANG FBG Holdings Bhd sedang berusaha untuk menarik diri daripada pembangunan bersama projek Medi-City di Batu Kawan, Pulau Pinang. Projek tersebut merupakan pembangunan bersepadu yang menggabungkan komponen kesihatan dan wellness bersama pembangunan kediaman, runcit serta komersial. AEON MALAYSIA UNTUNG NAIK 15.7% KEPADA RM14.2 JUTA AEON Co (M) Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM14.2 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 15.7% walaupun hasil kekal hampir tidak berubah pada RM995.33 juta. Peningkatan keuntungan disokong oleh kawalan kos yang lebih ketat serta kecekapan operasi yang lebih baik. Tiada dividen diumumkan. ALLIANZ MALAYSIA UNTUNG NAIK 2.2%, HASIL INSURANS RM1.63 BILION Allianz Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM218.66 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 2.2% berbanding tahun sebelumnya. Hasil insurans meningkat 7.2% kepada RM1.63 bilion, disokong oleh prestasi perniagaan insurans am dan hayat. Tiada dividen diumumkan bagi suku tersebut. MHB CATAT UNTUNG TERBAIK DALAM 2 TAHUN Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) mencatatkan keuntungan bersih RM60.59 juta bagi suku kedua 2026, hampir enam kali ganda berbanding setahun sebelumnya. Hasil pula meningkat lebih dua kali ganda kepada RM986.73 juta, didorong oleh aktiviti projek yang kukuh dalam segmen heavy engineering. Tiada dividen diumumkan. VELESTO UNTUNG HAMPIR SUSUT KEPADA RM531,000 Velesto Energy Bhd mencatatkan keuntungan bersih hanya RM531,000 bagi suku kedua 2026 susulan pendapatan yang lebih rendah dan peningkatan perbelanjaan. Hasil merosot 23% kepada RM154.03 juta apabila hanya dua pertiga daripada rignya beroperasi dan kadar sewaan harian purata turun 16%. Syarikat mengumumkan dividen interim 0.25 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen yang diumumkan tahun ini sebanyak 1 sen sesaham.

UOBKH Retail Market Monitor 21 August 2026   FBMKLCI: 1,736.71 (+5.39) Support: 1,677, 1,652                    Resistance: 1,753, 1,770                  Bursa Top Gainers: YTL (+9.5%), YTLPOWR (+5.7%), PPB (+2.3%)   Bursa Top Losers: PCHEM (-6.8%), MRDIY (-2.0%), 99SMART (-1.4%)   Bursa Trade Statistics Local Institutions (39.65%): +RM262.99M Local Retail (35.83%): -RM228.13M Foreign (24.52%): -RM34.86M   Global Equity Indexes MSCI Asia : 274.43 (-0.49, -0.12%) NASDAQ : 26,067.17 (-263.92, -1.00%)    S&P500 : 7,641.16 (-66.82, -0.87%) DJIA : 52,759.21 (-703.84, -1.32%)                               USD/MYR: 4.0460 (+0.0060) SGD/MYR : 3.1809 (+0.0020)   Crude Oil (Brent) : $93.78 (+2.16)    Gold : $4,522.75 (+3.66)   US stocks were lower after the close on Thursday, as losses in the consumer services, healthcare and industrials sectors led shares lower. At the close in NYSE, the Dow Jones Industrial Average declined 1.31%, while the S&P 500 Index declined 0.86%, and the NASDAQ Composite Index declined 1.00%. Falling stocks outnumbered advancing ones on the New York Stock Exchange by 1,776 to 946 and 86 ended unchanged; on the Nasdaq Stock Exchange, 2,123 fell and 1,309 advanced, while 198 ended unchanged. (Source: Investing.com)   Stocks To Watch:   1) NEXG (KLSE: 5216) Technical BUY with +37.9% potential return * Last price: RM0.33 * Target price: RM0.395, RM0.455 * Support: RM0.25 * Stop-loss: RM0.245 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   2) PARAMON (KLSE: 1724) Technical BUY on breakout (RM 1.04) with +14.4% potential return * Last price: RM1.02 * Target price: RM1.12, RM1.19 * Support: RM1.01 * Stop-loss: RM0.995 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   3) TOPGLOV (KLSE: 7113) Technical BUY on breakout (RM 0.68) +24.3% potential return * Last price: RM0.665 * Target price: RM0.78, RM0.845 * Support: RM0.62 * Stop-loss: RM0.615 * Timeframe: 2 weeks to 2 months * Shariah: YES   Disclaimer: This material is a service for investors and does not represent a buy or sell call. Usage of this information is at your own risk. You are advised to conduct your own independent evaluation, due diligence and risk assessment before investing. We accept no liability whatsoever for any direct or consequential loss arising from any use of this information.   For the full research report, please log in to www.utrade.com.my

FBMKLCI Update - 21 Aug 2026
FBMKLCI Update - 21 Aug 2026

MAGNUM UNTUNG NAIK 8.4%, RANCANG SAMBUNG SEMULA OPERASI DI KEDAH Magnum Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM67.36 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 8.4% daripada RM62.13 juta setahun sebelumnya. Peningkatan margin keuntungan disokong oleh pembayaran hadiah permainan yang lebih rendah. Hasil bagaimanapun susut 2.7% kepada RM555.32 juta akibat jumlah hari cabutan yang lebih rendah. Syarikat mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 3.5 sen sesaham yang akan dibayar pada 23 September serta merancang menyambung semula operasi di Kedah secara berperingkat. DIALOG CATAT PERTUMBUHAN UNTUNG 13.6%, DIVIDEN FY2026 4.7 SEN Dialog Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM167.47 juta bagi suku keempat 2026, meningkat 13.6% daripada RM147.38 juta setahun sebelumnya. Hasil meningkat 27.3% kepada RM774.56 juta, disokong oleh sumbangan lebih kukuh daripada perniagaan kumpulan khususnya di Malaysia. Dialog mencadangkan dividen akhir 3 sen sesaham, menjadikan jumlah dividen FY2026 sebanyak 4.7 sen atau kira-kira RM265.93 juta. MPI UNTUNG HANYA NAIK 1.6% WALAUPUN HASIL LONJAK 30.6% Malaysian Pacific Industries Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM44.23 juta bagi suku keempat 2026, meningkat hanya 1.6% daripada RM43.53 juta setahun sebelumnya. Ini berlaku walaupun hasil meningkat 30.6% kepada RM736.64 juta daripada RM564.02 juta, apabila kos dan cukai yang lebih tinggi mengehadkan pertumbuhan keuntungan. BURSA REPRIMAND HUA YANG ATAS PELANGGARAN PERATURAN BELI BALIK SAHAM Bursa Malaysia telah memberi teguran awam kepada Hua Yang Bhd kerana melanggar peraturan penyenaraian berkaitan pembelian balik saham sendiri. Syarikat membeli 4.48 juta saham daripada seorang pemegang saham melalui urus niaga langsung pada harga RM876,515.98 atau 19.5 sen sesaham pada 22 April, bukannya melalui pasaran Bursa seperti yang ditetapkan di bawah peraturan Main Market. LBS BINA UNTUNG SUSUT 44.4%, BAYAR DIVIDEN 0.85 SEN LBS Bina Group Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM15.05 juta bagi suku kedua 2026, turun 44.4% daripada RM27.08 juta setahun sebelumnya. Penurunan berlaku terutamanya kerana keputusan tahun sebelumnya mendapat manfaat daripada pembalikan peruntukan kontingensi bagi projek yang telah siap. Hasil bagaimanapun meningkat 9.9% kepada RM340.46 juta. Syarikat mengumumkan dividen interim pertama sebanyak 0.85 sen sesaham yang akan dibayar pada 19 November.

CORPORATE NEWS | 21 OGOS 2026 KOSSAN CATAT UNTUNG SUKU TAHUNAN TERTINGGI SEJAK 2022 Kossan Rubber Industries Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM64.47 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, lebih dua kali ganda berbanding RM31.15 juta setahun sebelumnya. Prestasi ini merupakan keuntungan suku tahunan tertinggi Kossan sejak FY2022. MAH SING JUAL TANAH SEPANG RM617.9 JUTA UNTUK PEMBANGUNAN DATA CENTRE Mah Sing Group Bhd bersetuju menjual tanah seluas 78.8 ekar di Sepang, Selangor kepada WG Malaysia X Sdn Bhd pada harga RM617.86 juta secara tunai. Tanah yang kini masih kosong itu akan digunakan oleh pembeli bagi pembangunan berkaitan data centre. SUNWAY HEALTHCARE UNTUNG LONJAK 89%, HASIL REKOD RM672.9 JUTA Sunway Healthcare Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM78.16 juta bagi suku kedua 2026, meningkat 89% daripada RM41.39 juta setahun sebelumnya. Hasil melonjak 29.8% kepada rekod RM672.9 juta daripada RM518.58 juta, disokong oleh peningkatan hasil operasi hospital serta jumlah pesakit yang lebih tinggi. TELEKOM MALAYSIA CATAT PENURUNAN UNTUNG 9%, BAYAR DIVIDEN 7 SEN Telekom Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM365.48 juta bagi suku kedua 2026, turun 9.3% daripada RM402.97 juta setahun sebelumnya susulan kos yang lebih tinggi. Bagaimanapun, hasil meningkat 6.8% kepada RM2.96 bilion daripada RM2.77 bilion hasil peningkatan merentasi segmen perniagaan. TM mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 7 sen sesaham yang akan dibayar pada 18 September. TXCD DAPAT LANJUTAN 6 BULAN UNTUK PELAN PEMULIHAN PN17 TXCD Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Ageson Bhd, mendapat lanjutan enam bulan lagi sehingga 7 Februari 2027 untuk mengemukakan pelan regularisasi yang disemak kepada Bursa Securities. Syarikat PN17 tersebut sebelum ini menarik balik pelan regularisasi yang dihantar pada 1 April selepas menerima maklum balas daripada pihak berkuasa berkaitan. 7-ELEVEN MALAYSIA UNTUNG MENJUNAM 58.5% AKIBAT KOS EKSPANSI 7-Eleven Malaysia Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM8.28 juta bagi suku kedua 2026, merosot 58.5% daripada RM19.96 juta setahun sebelumnya. Penurunan disebabkan peningkatan kos operasi susulan pengembangan rangkaian kedai yang pesat. Namun, hasil meningkat 9.7% kepada RM883.61 juta daripada RM805.59 juta hasil pertambahan jumlah kedai dan pertumbuhan jualan. MALAYAN CEMENT CATAT REKOD UNTUNG, NAIKKAN DIVIDEN KEPADA 9 SEN Malayan Cement Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM222.92 juta bagi suku keempat 2026, meningkat 35% berbanding tempoh sama tahun sebelumnya. Hasil turut meningkat 17% kepada RM1.29 bilion. Syarikat mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 9 sen sesaham yang akan dibayar pada 2 Oktober, menjadikan jumlah dividen FY2026 sebanyak 15 sen berbanding 12 sen pada FY2025. YTL CORP UNTUNG SUSUT 47%, TAPI DIVIDEN NAIK KEPADA 6 SEN YTL Corp Bhd mencatatkan keuntungan bersih RM327.56 juta bagi suku keempat 2026, turun 47.1% daripada RM618.91 juta setahun sebelumnya. Walaupun begitu, hasil meningkat lebih 15% kepada RM8.81 bilion daripada RM7.65 bilion. Syarikat mengumumkan dividen interim sebanyak 6 sen sesaham yang akan dibayar pada 23 Oktober, meningkat daripada 5 sen pada suku sama tahun sebelumnya. GENTING BERALIH KEPADA KERUGIAN RM27.1 JUTA Genting Bhd mencatatkan kerugian bersih RM27.10 juta bagi suku kedua 2026 berbanding keuntungan RM243.50 juta setahun sebelumnya. Hasil bagaimanapun meningkat 14% kepada RM7.75 bilion daripada RM6.78 bilion, disokong oleh segmen leisure & hospitality serta perladangan. Anak syarikatnya, Genting Malaysia Bhd, pula mencatatkan penurunan keuntungan bersih sebanyak 89% kepada RM47.4 juta walaupun hasil meningkat 32% kepada RM3.85 bilion.

📅 Khamis, 20 Ogos 2026 📈 FBMKLCI naik +5.39 mata atau +0.31%, ditutup pada paras 1,736.71. 📊 Jumlah dagangan (Vol): 4.280 bilion unit 💰 Nilai dagangan (Val): RM4.003 bilion 📈 Kaunter naik: 577 📉 Kaunter turun: 610 ⏸️ Kaunter tidak berubah: 610 ⛔️ Kaunter tidak diniagakan: 16 FBMKLCI kembali mengukuh dengan kenaikan 5.39 mata, selepas susut kecil 2.04 mata pada sesi sebelumnya. Namun, kekuatan pasaran masih belum begitu menyeluruh apabila 610 kaunter turun berbanding 577 kaunter yang naik. Dalam masa sama, aktiviti dagangan meningkat dengan ketara kepada 4.280 bilion unit, manakala nilai dagangan mencecah RM4.003 bilion. Secara keseluruhan, indeks berjaya ditutup lebih tinggi tetapi breadth pasaran masih agak bercampur.

Benda senang jangan susahkan.