PERMATA UiTM Jasin
前往频道在 Telegram
Assalamualaikum dan selamat datang! ✨ Channel ini ditubuhkan bertujuan untuk menyebarkan info-info berkaitan Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) serta maklumat-maklumat penting UiTM 📝 " Cultivating the Muslim Code " Ikuti kami: LinkTr.ee/PermataKJM
显示更多494
订阅者
无数据24 小时
+27 天
-130 天
帖子存档
🤲🏻 Salam Maal Hijrah 🤲🏻
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
Syukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah pun memasuki tahun baharu dalam kalendar Islam iaitu bulan Muharram yang juga dikenali sebagai Maal Hijrah. Bulan ini merupakan bulan yang istimewa dalam sejarah Islam kerana berlakunya peristiwa penghijrahan baginda Nabi Muhammad dari kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 Masihi.
Islam dalam sejarah kelangsungannya di atas pentas kehidupan ini adalah agama yang amat menekankan pentingnya perubahan. Proses perubahan tersebut tidak hanya terhad pada sifat dan perilaku manusia, malah ia turut menganjakkan keadaan pemikiran dan sistem kehidupan. Allah S.W.T telah berfirman di dalam al-Quran bahawa :
الٓر ۚ كِتَٰبٌ أَنزَلۡنَٰهُ إِلَيۡكَ لِتُخۡرِجَ ٱلنَّاسَ مِنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِ بِإِذۡنِ رَبِّهِمۡ إِلَىٰ صِرَٰطِ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡحَمِيدِ
"Alif, Laam, Raa'. Ini ialah Kitab (Al-Qur'an) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya dari gelap-gelita kufur kepada cahaya iman - dengan izin Tuhan mereka - ke jalan Allah Yang Maha Kuasa lagi Maha Terpuji."
[Surah Ibrahim, 14 :1]
Jelas di sini bahawa manusia amat dituntut supaya melakukan perubahan dalam kehidupan mereka iaitu berubah daripada keadaan yang tidak baik kepada keadaan yang baik dan juga daripada keadaan yang baik kepada keadaan yang lebih baik lagi.
Semoga Allah memberkati kita dalam segala usaha yang dilakukan, dan semoga kita mendapat balasan setaraf dengan kerja dan dedikasi kita. Marilah kita berusaha untuk mencapai kecemerlangan dan kejayaan bersama.
" Cultivating the Muslim Code "
#Hijrah
#AwalMuharram
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[1 Minggu 1 Hadis]
Pengajaran Hadis
Islam adalah agama yang sudah sempurna dasar dan prinsipnya. Ia tidak perlu ditokok tambah lagi. Sebarang tokok tambah, ubah suai atau pengurangan yang bertentangan dengan usul agama adalah bid'ah yang diharamkan, yang ditolak dan sesat.
Yang dimaksudkan dengan bid'ah ialah segala perkara yang tidak berdasarkan usul agama, seumpama mereka cipta cara beribadat tertentu, seperti sembahyang cara baru, upacara keagamaan baru dan sebagainya.
Setiap muslim mestilah menjauhkan diri daripada terjebak dalam perbuatan bid'ah sesat, kerana ia boleh membawa kepada kehancuran diri, agama dan setengahnya pula membawa kepada kufur. Cukuplah baginya berpegang teguh dengan apa yang telah dibawa oleh Rasulullah SAW, demi menjamin kesejahteraan agamanya.
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA)
1 Julai 2024 / 24 Zulhijjah 1445H
SUMBER: https://online.fliphtml5.com/uuvnu/rgmn/#p=1
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM
#1Minggu1Hadis

_____
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM
#1Minggu1Hadis
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[SEMAKAN JADUAL & LOKASI PEPERIKSAAN AKHIR JULAI 2024 UiTM CAWANGAN MELAKA KAMPUS JASIN]
Assalamualaikum w.b.t. &
Salam Sejahtera
Merujuk perkara di atas, para pelajar boleh mula mencetak slip menduduki peperiksaan akhir melalui pautan berikut:
📌https://istudent.uitm.edu.my/isp/index_isp.htm
Untuk makluman, hanya slip menduduki peperiksaan yang dicetak melalui iStudent Portal UiTM sahaja merupakan DOKUMEN RASMI untuk menduduki peperiksaan akhir.
Pelajar juga boleh menyemak maklumat lebih terperinci (tarikh, masa, lokasi & kedudukan meja) di link berikut:
📌 KPPIM https://appspenang.uitm.edu.my/kjmems/mainPage.php
📌 FPA
http://appspenang.uitm.edu.my/fpaems
Adalah diingatkan bahawa, bagi penyata peperiksaan yang dimuat turun melalui link appspenang, ianya hanyalah sebagai rujukan pelajar dan TIDAK BOLEH DIGUNAKAN sebagai dokumen rasmi untuk menduduki peperiksaan akhir.
Untuk makluman pelajar, Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Julai 2024 boleh didapati di Notis Papan Kenyataan di Aras 1, Blok Kuliah bermula pada 4 Julai 2024 (Khamis).
Diharapkan para pelajar sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
BAHAGIAN HAL EHWAL AKADEMIK
KAMPUS JASIN
﷽
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Unit Hal Ehwal Islam (UHEI) UiTM Jasin dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadiran warga UiTM & orang awam ke
📖 Kuliah Maghrib (KM) 📖
🗓 Tarikh: 24 Jun 2024 (Isnin)
⏰ Masa: Jam 1930 - 2030 (7.30 - 8.30 malam)
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
🎙 Penceramah: Ustaz Amirul Firdaus bin Zahar (Pegawai Eksekutif HEI (Imam))
📖 Kitab: Syarah Hadis 40 Imam Nawawi
🌻 Marilah kita merapatkan ukhuwwah & mengimarahkan majlis ini. 🌻
Merit kolej disediakan! 🤩
" Cultivating the Muslim Code "
#ManfaatkanMaghrib
#TamanSyurga
#JomJadiBaik
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[PEMAKLUMAN TARIKH PEMBUKAAN EXIT SURVEY BAGI SESI MAC - OGOS 2024]
ISNIN | 24 JUN 2024
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓
Merujuk perkara di atas, berikut merupakan tarikh pembukaan Exit Survey bagi sesi Mac-Ogos 2024:
📍Tarikh: 24 Jun - 7 Julai 2024
📍 Platform: UFuture
Mahasiswa boleh membuat Exit Survey melalui pautan berikut:
🔗https://ufuture.uitm.edu.my/login
Mahasiswa diminta untuk melengkapkan Exit Survey sebelum tarikh terakhir bagi mengelakkan sebarang kesulitan berlaku.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KJM
http://wasap.my/601154118061/MPPAisya
[MPP AISYAH]
https://wasap.my/60138607427/SMPPAiman
[SMPP AIMAN]
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
”MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
[PEMAKLUMAN SOLAT JENAZAH BAGI ARWAH MUHAMAD HAKIMI BIN MOHAMAD NASSER]
RABU | 19 JUN 2024
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku 🎓.
Merujuk perkara di atas, dukacita dimaklumkan seorang pelajar dari Fakulti Perladangan dan Agroteknologi UiTM Kampus Jasin, Muhammad Hakimi bin Mohamad Nasser telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya pada jam 11.15 pagi tadi semasa dalam perjalan ke kampus.
Sehubungan dengan itu, solat jenazah akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:
Tarikh: 19 Jun 2024 (Rabu)
Masa: 5.00 petang
Tempat: Surau At- Taqwa, UiTM Kampus Jasin
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ"
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
🌙 Subuh Macam Jumaat 🌙
﷽
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Makluman kepada semua Warga UiTM Cawangan Melaka Kampus Jasin, program Subuh Macam Jumaat yang dianjurkan oleh pihak Hal Ehwal Islam dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) & Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) akan dijalankan pada ketetapan berikut:
🗓️ Tarikh: 21 Jun 2024 (Jumaat)
⏱️ Masa: 4.30 - 7.00 pagi
📍 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
📌 Semua pelajar yang berkelapangan dijemput hadir bagi mengimarahkan program Subuh Macam Jumaat ini.
📌 Sarapan pagi disediakan kepada 200 orang pelajar terawal.
📌 Merit kolej turut disediakan.
" Cultivating the Muslim Code "
#SubuhMacamJumaat
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengalu-alukan kehadiran siswa & siswi ke program:
🎙 Kuliah Rabu (KR) 🎙
🗓 Tarikh: 19 Jun 2024 (Rabu)
⏰ Masa: Selepas Maghrib
🕌 Tempat: Surau At-Taqwa, UiTM Jasin
🎙 Pentazkirah: Muhammad Nizamuddin bin Mansor
✒ Tajuk: Kenali Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W
⚜ Kepada warga kampus UiTM Jasin, ayuh kita meriahkan program Kuliah Rabu ini dalam usaha menuntut ilmu agama, seterusnya mewujudkan biah solehah (persekitaran yang baik) di kampus ⚜
" Cultivating the Muslim Code "
#KuliahRabu
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa[1 Minggu 1 Hadis]
Pengajaran Hadis
Hadis ini menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh.
lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA)
18 Jun 2024 / 11 Zulhijjah 1445H
SUMBER: https://online.fliphtml5.com/uuvnu/rgmn/#p=1
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM
#1Minggu1Hadis
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[1 Minggu 1 Hadis]
Pengajaran Hadis
Hadis ini menerangkan tentang rukun lslam lima perkara. Hadis ini mengumpamakan lslam sebagai sebuah binaan yang tertegak megah dengan lima batang tiang. Tanpa lima perkara ini lslam seseorang akan goyah dan runtuh.
lni membayangkan betapa rukun-rukun ini mestilah ditegakkan oleh setiap muslim dengan penuh ikhlas dan tanggungjawab. Menegakkan rukun lslam bermakna kesempurnaan, keteguhan, keutuhan dan keelokan binaan lslam sebaliknya kecuaian bererti keruntuhan, kehancuran dan kemusnahan lslam.
Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA)
18 Jun 2024 / 11 Zulhijjah 1445H
SUMBER: https://online.fliphtml5.com/uuvnu/rgmn/#p=1
_____
" Cultivating the Muslim Code "
Ikuti kami: http://LinkTr.ee/PermataKJM
#1Minggu1Hadis
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa
[PEMAKLUMAN TARIKH DAN JADUAL PEPERIKSAAN AKHIR UNTUK SESI MAC-OGOS 2024]
Assalamualaikum w.b.t.,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM di hatiku. 🎓
Merujuk perkara di atas, pemakluman tarikh dan jadual peperiksaan akhir untuk sesi Mac-Ogos 2024 adalah pada ketetapan berikut:
📍Tarikh : 15 Julai - 4 Ogos 2024
Jadual Peperiksaan Akhir sesi Mac-Ogos 2024 boleh didapati di pautan berikut bermula pada 14 Jun 2024:
🔗https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/exam_schedule/index.htm
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi:
KJM
https://wasap.my/601154118061/MPPAisya
[MPP AISYAH]
https://wasap.my/60138607427/SMPPAiman
[SMPP AIMAN]
Diharapkan agar mahasiswa sentiasa cakna dengan informasi semasa bagi mengelakkan sebarang permasalahan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
"MAHASISWA PROAKTIF, PENCETUS GENERASI BERPRESTIJ”
Yang menjalankan amanah,
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Kampus Jasin
Sesi 2023/2024
🕌 Selamat Hari Raya Aidiladha 🕌
﷽
السَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
Segala puji bagi Allah S.W.T kerana pada tanggal 10 Zulhijjah ini kita masih diberikan peluang untuk meraikan sambutan Hari Raya Aidiladha.
Kehadiran Aidiladha sentiasa mengingatkan kita kepada peristiwa Nabi Ibrahim A.S. yang diuji oleh Allah S.W.T dengan perintah menyembelih anaknya iaitu Nabi Ismail A.S.
Rentetan peristiwa ini, setiap tahun ketika perayaan Aidiladha umat Islam akan menyembelih binatang-binatang korban lalu mengagihkan kepada golongan fakir miskin.
وَلِكُلِّ أُمَّةٍۢ جَعَلْنَا مَنسَكًۭا لِّيَذْكُرُوا۟ ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلْأَنْعَـٰمِ ۗ فَإِلَـٰهُكُمْ إِلَـٰهٌۭ وَٰحِدٌۭ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا۟ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan korban sampai mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka."
[Al-Hajj, 22:34]
Marilah kita sama-sama muhasabah diri untuk memanfaatkan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T kepada kita untuk melaksanakan ibadah korban. Semoga ibadah korban dan semua amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda.
Kami daripada Persatuan Mahasiswa At-Taqwa (PERMATA) ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh warga UiTM Kampus Jasin.
✨Semoga Hari Raya Aidiladha tahun 2024 ini menjadi tahun yang membawa seribu makna buat umat Islam di negara kita. ✨
" Cultivating the Muslim Code "
#SalamAidiladha
#JomJadiBaik
#PermataKJM
#PersatuanMahasiswaAtTaqwa