ch
Feedback
Islamic Diary ✨

Islamic Diary ✨

前往频道在 Telegram

Sharing : Vid/quote/pic✨ @DiaryQuote_bot-boleh chat bot ni untuk penambahbaikan semoga syurga buat kita Aamiin Hasbunallah wani'mal wakeel -Hanya Allah penolong kami dan Allah sebaik-baik pelindung. 🥀🍂

显示更多
187
订阅者
-124 小时
-17
-330
帖子存档
*KELEBIHAN TAHAJJUD DAN IBADAT MALAM* Firman Allah SWT yang bermaksud; “Wahai orang yang berselimut! Bangunlah untuk solat malam, kecuali sedikit sekali untuk tidur, iaitu seperdua dari waktu malam itu atau kurang sedikit daripadanya atau lebihi dari seperdua itu. Dan bacalah al-Quran dengan tartil dengan penuh perhatian, pengertian dan khusyuk. Sesungguhnya saat-saat di waktu malam itu lebih kuat untuk khusyuk. Sesungguhnya bagimu waktu siang itu cukup panjang untuk berbagai urusan atau sebutlah (iaitu ingatilah) selalu nama Tuhanmu, dan beribadatlah kepadaNya sepenuh hatimu.” – Al-Muzzammil: 1 – 4 dan 6 -8 Selain itu, saidina Umar al-Khattab juga menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata, ‘golongan yang mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat’. *Lima Ganjaran Tahajjud di Dunia* 1- Jauh Daripada Semua Penyakit: Salman Al-Farisi r.a. menceritakan, Rasulullah SAW pernah bersabda; “Kerjakanlah solat malam, kerana itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, jalan mendekatkan diri kepada Tuhan, penebus kesalahan, pencegah dosa, serta penghindar penyakit.” 2 – Dikurniakan Kesan Takwa Pada Wajah: Pernahkah anda melihat wajah-wajah ahli ibadah yang mengamalkan solat malam? Bukankah wajah mereka kelihatan berseri dan tenang? Itulah bukti anugerah yang Allah berikan kepadanya. Bukan itu sahaja, dengan melihat wajah mereka sahaja pun kita berasa cukup bahagia dan seronok, bahkan terasa mahu melihatnya berkali-kali. 3 – Dikasihi Oleh Semua Manusia: Sesiapa yang mengamalkan ibadah malam pasti akan dikasihi oleh setiap manusia, apatah lagi oleh Allah SWT. Begitulah ciri-ciri orang yang beriman dan beramal dengan Allah pasti akan mendapat kasih sayang dari sesiapa pun. 4 – Percakapan Dan Perbuatannya Mengandungi Hikmah (Kebijaksanaan): Sesungguhnya ciri-ciri mereka yang beriman adalah yang menjaga adab dan pertuturan kata-kata mereka. Golongan ini sudah tentu tidak berbicara hal yang melalaikan tetapi setiap kata-kata mereka adalah yang bermanfaat dan berhikmah. Begitu juga dalam perbuatan dan tindak tanduk mereka yang sentiasa berusaha menjauhi perkara yang melalaikan dan berlumba-lumba melakukan kebaikan yang mendekatkan diri kepada Allah SWT. 5 – Dikurniakan Kekuatan Dan Rezeki (Halal dan Diberkati): Dengan menunaikan setiap amal ibadah kepada Allah SWT, tidak kiralah apapun ibadahnya pasti akan ditunaikan rezeki yang melimpah-ruah, seperti makanan yang enak, kesihatan, keluarga yang bahagia dan sebagainya. Bahkan setiap rezeki akan diberkati oleh Allah SWT. *Kurniaan Di Akhirat:* 1. Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri. 2: Dipermudahkan hisab. 3: Melalui sirat al-Mustaqim dengan cepat seperti kilat. 4: Diserahkan surat amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan. Solat malam seperti Tahajud adalah tawaran emas kepada setiap hambaNya untuk mendekatkan hubungan dengan Allah SWT. Walau tidak mudah untuk bangun ketika banyak orang sedang nyenyak tidur, waktu yang dingin, ditambah dengan kesejukan untuk berwudhuk, namun semua ini adalah nikmat agung bagi sesiapa yang sering mengerjakannya sehingga terasa rugi pula jika meninggalkan peluang berharga itu.

Repost from Islamic Diary ✨
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.    Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.   2.    Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد  ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan  الخصم  pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم  juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.   3.    Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah). Firman Allah SWT: وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204) 4.    Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.   5.    Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.   6.    Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allaah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.    Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.   2.    Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد  ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan  الخصم  pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم  juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.   3.    Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah). Firman Allah SWT: وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204) 4.    Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.   5.    Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.   6.    Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS Allah Benci Orang Yang Keras Kepala dan Kuat Bermusuh عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ Daripada Aisyah RA beliau berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesungguhnya manusia yang paling dibenci oleh Allah ialah orang yang keras kepala dan kuat bermusuhan. (HR Muslim No: 2668) Status : Hadis Sahih Pengajaran: 1.    Orang yang paling Allah benci ialah mereka yang keras kepala, sukar menerima kebenaran dan kuat bermusuhan.   2.    Menurut Muhammad Fuad Abdul Baqi, yang dimaksudkan الألد  ialah permusuhan yang keras (keras kepala dan enggan menerima kebenaran). Manakala perkataan  الخصم  pula bermaksud permusuhan atau penentangan yang salah dalam menegakkan kebenaran ataupun menthabitkan kebatilan (Syarh Sahih Muslim). الخصم  juga bermaksud orang yang gemar bertengkar dan bermusuhan.   3.    Perkara yang dibenci Allah itu tidak terhad pada golongan batil sahaja, akan tetapi Allah juga benci pada golongan yang ingin menegakkan kebenaran namun memusuhi orang lain (dia saja yang betul sedangkan orang lain salah). Firman Allah SWT: وَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يُعۡجِبُكَ قَوۡلُهُۥ فِي ٱلۡحَيَوٰةِ ٱلدُّنۡيَا وَيُشۡهِدُ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلۡبِهِۦ وَهُوَ أَلَدُّ ٱلۡخِصَامِ Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penentang yang paling keras. (Al-Baqarah ayat 204) 4.    Janganlah kerana kita tidak bersetuju dengan seseorang atau sekelompok, menjadikan kita benci dan memusuhi mereka hingga seolah-olah tiada kebaikan pada mereka malah kita berusaha memburuk-burukkan.   5.    Pertelingkahan biasanya berpunca daripada sikap ego, keinginan untuk menang dan enggan mengaku kesilapan. Pertelingkahan yang tidak berfaedah akan mengeraskan hati, memutuskan ukhuwah, menimbulkan kebencian dan menghalang seseorang daripada menerima nasihat.   6.    Seorang Muslim yang berakhlak mulia akan mengutamakan adab, menerima kebenaran dengan hati yang terbuka dan menjadikan dialog sebagai jalan untuk mencapai kefahaman, bukan sebagai medan untuk menunjukkan kehebatan diri. Jagalah akhlak dan wasilah kita dalam menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan agar kita tidak termasuk dalam golongan yang dibenci Allaah.

PERBEZAAN ANTARA ORANG ALIM DAN ORANG 'ARIF BILLAH 🔸 🔥 Alim tahu dan faham. Arif tahu, faham dan alami. 🔥 Orang Alim kelasnya Ulama. Orang Arif kelasnya Wali. 🔥 Orang-orang Alim berjumpa, buat muktamar, seminar-seminar Ulama' Nusantara, 🔥 Orang-orang Arif berjumpa juga Dalam mesyuarat Wali-wali di Alam Malakut, Alam Ardhu Zamzimah. 🔥 Orang Alim kalau terlampau Alim dipanggil 'Allamah'. 🔥 Orang Arif kalau terlampau Arif dipanggil Hujjahtul Muhaqqiqin. 🔥 Imam Ghazali terlampau 'Allamah' dipanggil Hujjatul Islam, itu sebelum belajar Tasawuf dan Tarekat. Namun apabila Imam Ghazali sudah belajar Tasawuf dan Tarekat, beruzlah selama 11 tahun dipanggil terlampau Arif, Hujjatul Muhaqqiqin. 🔥 Alim ada ijazah, master, phd, mengaji macam-macam pondok, universiti dan ke negara Arab. 🔥 Arif tak semestinya ada sijil atau Ijazah. 🔥 Orang Alim tahu apa itu gula. 🔥 Orang Arif rasa itu gula. 🔥 Orang Alim makan gaji ada o.t ada elaun ada upah. 🔥 Orang Arif makan Waridah dan Zauqiah. 🔥 Orang Alim mudah ada perasaan iri sama-sama Alim. ❤❤❤ Orang Arif sama-sama Arif sangat Cinta. 🔥 Orang Alim mudah nak tuduh orang-orang Ariff sesat. ❤ Orang Arif tak tuduh orang alim tapi sangat hormat. 🔥 Orang Alim ada alim-alim kucing. 😥😥 Orang Arif hina diri. 🔥 Orang Alim dapat Syurga Firdaus. 😥 Orang Arif dapat dua Syurga "Syurga Ajilah dan Syurga Aajillah". 🔥 Orang Alim guna akal. ❤ Orang Arif guna lubbun. 🔥 Orang Alim kenal Tuhan secara Samai'. ❤❤ Orang Arif kenal Tuhan secara Zauqi. 🔥 Orang Alim maqam syariat sahaja ❤❤ Orang Arif maqam syariat, tarekat dan hakikat. 🔥 Orang Alim dapat hidayah umum. ❤ Orang Arif dapat hidayah khusus. 🔥 Orang Alim bersama kitab-kitab. ❤ Orang Arif bersama ALLAH swt. 🔥 Orang Alim rujuk kitab-kitab. ❤ Orang Arif rujuk ALLAH swt. 🔥 Orang Alim ulang alik Alam Mulki. ❤ Orang Arif ulang alik Alam Malakut, Jabarut, Lahut... 🔥 Orang Alim sentiasa Ibadah. ❤ Orang Arif sentiasa Musyahadah. 🔥 Orang Alim bergelumang Kasbi. ❤ Orang Arif bergelumang Wahbi . 🔥 Orang Alim bertaraf Dai'. ❤ Orang Arif bertaraf Ulul Albab. 🔥 Orang Alim ialah Abid, ia ibarat air yg menyirami bumi, tetapi ia sendiri tidak mendapat dan tidak merasakan buah yg tumbuh di atas bumi itu. ❤ Orang Arif yg mengenal akan Haq dan Wajah ALLAH swt. *** Subhanallah

Utk diriku... Gelap gelita malam tanpa cahaya adalah umpama diri yang jahil tanpa ilmu. . Kejahilan adalah malapetaka yang pasti akan merosak diri dan umat. . Maka kerana itu jangan binasakan diri dengan hidup selesa di dalam kejahilan. . Pesan Nabi SAW, "ubat kejahilan adalah bertanya". Bermaksud, kejahilan hanya akan mampu diubati dengan ilmu. . Begitu juga Allah memperingatkan kita di dalam kitab suciNya yang bermaksud ; "maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kalian tidak mengetahui.” (an-Nahl: 43) . Wallahu'alam. .

🌙MUHARRAM Solat,Solat,Solat. Firman Allah: ‎مَا سَلَكَكُمۡ فِي سَقَرَ  قَالُواْ لَمۡ نَكُ مِنَ ٱلۡمُصَلِّينَ  "Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka🔥Saqar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” (Al-Muddaththir:42-43) ‎إِنَّ بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكَ الصَّلَاةِ “Sesungguhnya antara seorang lelaki, dengan kesyirikan dan kekufuran itu ialah pada meninggalkan solat.” -Hadis Muslim. ‎مَنْ تَرَكَ الصَّلَاةَ مُتَعَمِّدًا فَقَدْ كَفَرَ جِهَارًا “Barangsiapa yang meninggalkan solat secara sengaja maka dia telah kafir dengan nyata.” -Hadis Al-Tabarani, hadis DHAIF (lemah).

*KISAH & PENGAJARAN :* - DOA SEORANG PEMUDA untuk renungan kita bersama.. Kisah seorang pemuda yang selalu pergi solat di sebuah masjid. Setiap kali masuk waktu solat, dia akan ke sana untuk mengerjakan solat berjemaah. Tidak pernah ketinggalan. Seorang sheikh tua sangat kagum melihat kerajinan pemuda itu. Berbeza dengan pemuda-pemuda lain yang lalai mengerjakan solat jemaah. Oleh kerana pemuda ini seorang yang baik dan taat pada agama, sahabat-sahabat dan kawan-kawannya selalu meminta pemuda ini mendoakan mereka. Alhamdulillah! Doanya selalu dimakbulkan Allah Taala. Kawan yang minta dia doakan dapat jodoh, akan berkahwin. Kawan yang minta dia doakan dapat anak, isteri kawannya akan mengandung. Begitulah seterusnya, apa sahaja yang didoakan pasti akan dimakbulkan oleh Allah. Sampailah masa pemuda itu berkahwin dan isterinya mengandung. Ketika isterinya hampir melahirkan anak, pemuda itu berdoa agar anaknya yang bakal lahir sempurna sifat dan anggota badannya. Namun, apa yang menyedihkan, anak pemuda tersebut cacat dan tidak sempurna. Pemuda tersebut hairan kenapa doanya sudah tidak dimakbulkan Allah Taala. Selepas itu, doa pemuda tadi sudah tidak dimakbulkan lagi oleh Allah. Apabila pemuda ke masjid, dia perasan seorang syeikh tua di masjid sudah tidak kelihatan. Dia bertanya kepada jemaah di sana. Mereka mengatakan syeikh tua tersebut telah meninggal dunia. Kemudian, datang seorang lelaki berkata kepada pemuda tersebut, "Kamu tahu tak, syeikh itu selalu berdoa kepada kamu, ya Allah! Makbulkanlah segala permintaan pemuda itu. Setiap hari syeikh itu mendoakan untuk kamu." Pemuda tersebut terkejut mendengar khabar itu. Pemuda itu rasa insaf dan dia sedar bahawa bukan doa dia yang dimakbulkan Allah, tetapi doa syeikh tadi. Allahu Akbar! Kisah ini sangat terkesan di jiwa saya. Kita hidup senang dan mudah di dunia ini kadang-kadang atas keikhlasan doa orang lain. Anak-anak bahagia kerana doa ibubapanya yang tidak pernah putus. Suami/isteri diberi kemudahan dalam urusan kerana doa pasangan mereka yang Ikhlas. Ibubapa bahagia di alam barzakh kerana kiriman doa anak-anak yang soleh. Pelajar berjaya atas keberkatan doa seorang guru yang tidak pernah jemu. Sahabat/Kawan bahagia di dunia ini kerana ada doa sahabat lain yang tulus. Dan kita semua selamat dari segala bencana mungkin masih ada lagi doa orang alim dan para ulamak di dunia ini. Selamat malam semua..

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: 🌠"Jika aku masih hidup sehingga tahun yang akan datang aku akan berpuasa pada hari ke sembilan ( Muharram)." 🌠HR : Muslim daripada Abu Hurairah.

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Puasa Tasu’a (puasa 9hb Muharam) عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُا حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Abdullah bin Abbas RA, beliau berkata: Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari Asyura dan memerintahkan para sahabat untuk puasa pada hari tersebut, ada sahabat yang berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya hari Asyura adalah hari yang diagungkan orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Jika sampai tahun hadapan, Insha Allah kita akan berpuasa pada hari ke sembilan.” Abdullah bin Abbas berkata: Namun, belum sampai tahun depan, Rasulullah SAW telah wafat. (HR Muslim No: 1916) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.    Hadis ini menunjukkan bahawa puasa hari Asyura merupakan ibadah yang sangat diberi perhatian oleh Rasulullah SAW.   2.    Antara hari yang digalakan berpuasa pada bulan Muharam ialah puasa sunat hari Tasu'a (9hb Muharam) iaitu sehari sebelum hari Asyura (10hb Muharam).   3.    Puasa dua hari iaitu puasa sunat Tasu'a (9hb Muharam)  dan puasa sunat Asyura (10hb Muharam) adalah untuk membezakan amalan berpuasa seorang Muslim dengan puasa orang Yahudi dan Keristian.   4.    Ibnul Qayim dalam Zadul Ma’ad, 2/72 menjelaskan puasa yang berkait hari Asyura ada tiga Kategori:   a)    Kategori paling sempurna, puasa tiga hari. Sehari sebelum Asyura, hari Asyura, dan sehari selepas Asyura  (9hb, 10hb dan 11hb Muharam). b)   Kategori kedua, puasa pada 9hb dan 10hb Muharam berdasarkan banyak hadis. c)    Kategori ketiga, puasa pada10hb Muharam saja. 5.    Marilah kita tunaikan puasa Sunat Tasu'a (9hb Muharam) yang jatuh pada 25hb Jun hari Khamis dan puasa Sunat Asyura (10hb Muharam) pada 26hb Jun hari Jumaat. Moga Allah akan mengampukan dosa-dosa kita setahun yang lalu. Mungkinkah Muharam ini tidak akan kita temui pada tahun hadapan?  

Ingatan utk kita KE MANA ROH KITA SELEPAS KITA MATI? Apabila seorang hamba Allah S.W.T telah meninggal dunia, maka roh mereka akan menuju ke tujuh tempat; 1. Roh para Nabi dan para Rasul menuju ke Syurga Adnin. 2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus. 3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin 4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka. 5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat. 6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik. 7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat. Telah bersabda Rasullullah SAW: “Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya adalah; 1. Orang-orang yang mati syahid. 2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan. 3. Orang berpuasa di hari Arafah.” Jadilah kita orang Islam yang sempurna agar roh kita ditempatkan ke tempat yang paling baik apabila kita mati kelak. Sentiasa kemaskini ilmu agama kita, renovate hati kita, up-grade iman kita dan up-to-date amalan kita... InsyaAllah sama-samalah kita beringat. Wallahu a'lam

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS   Syurga Untuk Pengunjung Masjid عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ Daripada Abu Hurairah RA dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid pada waktu pagi atau petang, maka Allah akan menyediakan baginya suatu tempat persinggahan di syurga (kediaman yang mulia), setiap kali dia pergi ke masjid pada waktu pagi atau petang." (HR Muslim No:1073) Status: Hadis Sahih Pengajaran: 1.    Orang yang sentiasa mengunjungi sama ada untuk solat, menuntut ilmu, beriktikaf dan sebagainya di masjid pagi dan petang akan disediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga.   2.    Rasulullah SAW menjanjikan perlindungan di hari kiamat kepada tujuh golongan, satu daripada golongan itu adalah …. mereka yang hatinya terikat dengan masjid walau di mana dia berada: عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمُ اللهُ فِيْ ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ….. وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْـمَسَاجِدِ Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Tujuh golongan yang dinaungi Allâh dalam naungan-Nya pada hari dimana tidak ada naungan kecuali naungan-Nya (di hari Akhirat): …. seorang yang hatinya sentiasa terikat ke masjid. (Sahih Bukhari: 660) 3.    Bersungguhlah menjaga solat berjemaah khususnya di masjid bagi kaum lelaki. Ingatlah kisah Sulaiman Ibn Hamzah al-Maqdisi keturunan Ibn Qudamah seorang ketua hakim di Syam, beliau pernah berkata: Aku tidak pernah solat fardu secara sendirian kecuali 2 kali dan sehingga sekarang aku seakan-akan merasa masih belum mengerjakannya (padahal usianya ketika itu mencecah 90 tahun) (dalam ar-Raqaik oleh Muhammad Ahmad ar-Rasyid)   4.    Tempat pertama yang Rasulullah SAW bina ketika sampai ke Quba dalam peristiwa hijrah baginda adalah Masjid iaitu masjid Quba. Marilah sama-sama kita berusaha menjadikan masjid sebagai rumah kedua kita untuk menunaikan solat berjemaah, mendalami ilmu agama, dan mengeratkan hubungan ukhuwah sesama ahli kariah. Sahutlah seruan muazin ketika azan dikumandangkan … “Hayya a’lal Solah, Hayya a’lal Falah” (mari menunaikan solat, mari menuju kejayaan)… Kunjungilah masjid khususnya apabila masuk waktu solat fardhu.   5.    Hadis ini mengajarkan bahawa melazimi ke masjid pagi dan petang merupakan tanda keimanan, dan Allah menjanjikan tempat istimewa di syurga bagi mereka yang istiqamah dalam amalan ini. Ia menanam nilai cinta kepada rumah Allah, disiplin dalam ibadah, dan keikhlasan dalam mencari keredhaan-Nya.   6.    Masjid bukan sekadar tempat solat tetapi juga merupakan tempat menuntut ilmu, berdakwah, berzikir, tadarus al-Quran, membina ukhuwah juga membentuk akhlak masyarakat. Masjid adalah pusat pembinaan ruh dan pembangunan masyarakat. Berusahalah memakmurkan masjid kerana ia rumah Allah di dunia dan jalan menuju rumah yang kekal di syurga. Wallahu a'lam

*Jangan Pernah Bosan Berdoa* *SAHABAT*.. ingatlah setiap tangan yang menengadah ke langit tidak akan pernah menutup kembali dalam keadaan hampa. Terkabul tidaknya doa kita itu adalah rahasia Allah. Hadirnya hati ketika berdoa meski tiadanya harapan yang kita pinta pun hadiah terindah yang Allah berikan. Jangan pernah bosan berdoa, sebab Allah tak pernah bosan mendengar suara kita ketika memohon pada-Nya. ...JANJI ALLAH PASTI...

TANDA TANDA LALAI antaranya: 1. Kurang membaca Al Quran 2. Kurang berzikir 3. Lalai dlm solat, kurang ingat pd Allah: - Tidak fokus, - Sering terlupa bilangan rakaat, - Melewatkan solat, - Kurang solat jemaah. 4. Banyak membuang masa utk hiburan, sukan & dimeja makan serta menonton tv. 5. Kurang @ malas berdoa. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja. 6. Sentiasa sibuk dgn urusan dunia; mudah stress. 7. Cara hidupnya menyerupai musuh Islam. 8. Tak berhati² dgn perkara yg syubhah & haram. 9. Tangguh utk bertaubat. 10. Malu utk belajar agama. 11. Bangun fikir nak makan apa & apa aku nak buat hari ini. Ada juga Ustaz sebut: Jarak antara hati kita dgn ketenangan, ibarat jarak' kita dgn Al-Quran. Pesan Ustaz: Beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dgn Al Quran tu, kita nak bersahabat dgn dia. (nak baca) Kemudian, Ustaz cerita tentang akibat LALAI: 1. Kurang semangat nak beribadah, tidak suka baca Quran. 2. 'Bunuh' kebaikan yg kita buat, kita tak nampak berbuat baik itu suatu yg utama. 3. Hilang fokus dlm hidup. 4. Mudah lesu & buntu, sentiasa rasa esok masih ada & suka tangguh beribadah & kerja soleh. Sebab-Sebab LALAI: 1. Mengulang² dosa kecil sampai jadi kelaziman. 2. Berkawan dgn org² yg lalai. 3. Berada dlm persekitaran 'rosak'. (Cth: pergaulan bebas dgn bukan mahram, dedah aurat & buat maksiat), berada di situ bukan utk tujuan berdakwah. 4. Tidak berzikir. 5. Terjerat dlm perancangan² licik musuh Islam. (Cth: berlebihan dlm mendengar lagu, tonton filem Yg melalaikan dll. Cara² mengatasi LALAI: 1. Cari sahabat yg baik & soleh. 2. Hadiri majlis ilmu. 3. Bangun malam utk solat tahajjud. 4. Banyakkan zikir & taubat. 5. Rajin baca quran. 6. Bersangka baik pd org lain. 7. Pemaaf. 8. Ingat mati. 9. Kurangkan makan. 10. Amalkan sunnah Nabi saw. 11. Bersabar bersyukur & bertawakkal. Semoga kita didalam golongan yang TIDAK LALAI AAMIIN 🤲🏼

🌺 AMALAN HARIAN JUTAWAN 🌺 1) PAGI YANG LEBIH AWAL DARI ORANG LAIN Biasa dah dengar, dan kita pun tahu. Cuma pagi mereka bermula dengan penuh rasa syukur. Pagi mereka penuh dengan planning untuk sebar manfaat. Orang yang menang di awal pagi, maka seluruh harinya akan berjaya. Menang ni maksudnya mampu lawan untuk tarik selimut saat orang lain masih diulit mimpi. Hah pagi kita jam berapa hari ni? 2) KONSISTEN MENJAGA YANG SUNAT Seorang Jutawan yang buat sales 2 juta sehari kongsikan, selain solat sunat dhuha dan tahajud satu lagi solat sunat yang menjadi amalan beliau adalah solat sunat istikarah. Katanya, sebab setiap hari kita perlu buat pilihan. Selain itu, solat istikarah juga adalah dengan tujuan agar Allah sentiasa kirimkan ilham-ilham yang terbaik buat kita. 3) MENGAJI AL-QURAN Ada analogi tingkatan pembacaan Al-Quran setiap hari. Untuk yang nak jadi jutawan levelnya adalah sekitar 300-1000 ayat sehari. Jadi kalau sekadar baca 10 ayat sehari, lambat lagi lah maknanya tu nak jadi jutawan. Hihi. 4) HADIAHKAN AL-FATIHAH Setiap Hari tak pernah tinggal untuk menghadiahkan Al-Fatihah untuk keramat hidup. Dan pastinya untuk insan bernama guru. Walaupun sekadar mengajar ABC, dia tetap seorang guru. Setiap hari wajibkan diri untuk mengirim hadiah buat mereka. Insha'Allah keberkatan akan datang dalam hidup. 5) SEDEKAH DENGAN KONSISTEN Setiap hari wajib bersedekah. Sebelum jadi jutawan dah persiapkan diri untuk jadi hartawan dermawan. Tak perlu tunggu kaya baru nak sedekah, tapi bersedekah sampai kita jadi Kaya. 6) MELAZIMI SURAH AL-IKHLAS Wajibkan diri untuk membaca surah Al-Ikhlas 10x sehari tanpa tinggal. Surah ini walaupun tak ada satu ayat pun bagitahu tentang ikhlas, tapi jika nak didik hati untuk menjadi seorang yang ikhlas jaga lah amalan ni. Jalan nak menuju Jutawan ni bukan mudah, dengan hati yang bersih Insha'Allah mampu menjadi pendinding untuk kita kental dan kekal di puncak.

KELEBIHAN MEMILIKI ANAK PEREMPUAN... ~~~ Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang memiliki tiga anak perempuan, lalu dia bersabar dengan kerenah, kesusahan dan kesenangan mereka, nescaya Allah s.w.t akan memasukkannya ke dalam syurga dengan kelebihan rahmat-NYA untuk mereka.” Seorang lelaki bertanya, “Juga untuk dua anak perempuan wahai Rasulullah?” Sabda baginda, “Juga untuk dua anak perempuan.” Seorang lelaki berkata, “atau untuk seorang wahai Rasulullah?” Rasulullah s.a.w menjawab, “Juga untuk seorang.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Al-Hakim) Namun, riwayat ini diperluaskan juga kepada seseorang yang memelihara saudara perempuan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Tidak ada bagi sesiapa tiga orang anak perempuan ataupun tiga orang saudara perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, melainkan Allah Taala akan memasukkan mereka ke syurga.” (Hadis Riwayat Al-Bukhari) Daripada Aisyah r.a., dari Rasulullah s.a.w baginda telah bersabda yang maksudnya, “Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan, lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik, nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmidzi) ~~ Sesungguhnya perempuan atau wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan mereka. Daripada hadis-hadis di atas, dapat kita pelajari bahawa kedua ibu bapa wajib memberi perhatian terhadap anak-anak perempuan lantaran anak-anak perempuan merupakan aset penting yang menentukan sama ada ibu bapa mereka layak memasuki syurga atau terhumban ke dalam neraka disebabkan oleh mereka. Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam hadis baginda yang bermaksud, “Takutlah kamu kepada Allah s.w.t dalam perkara-perkara yang berhubung dengan kaum wanita.” Ini bermaksud bahawa setiap ibu bapa dan yang bergelar suami hendaklah sentiasa mengawasi anak-anak perempuan mereka dan juga isteri mereka agar sentiasa berpegang teguh dengan agama dan mematuhi perintah Allah s.w.t. Pernahkah anda mendengar, kata orang tua,? menjaga lembu sekandang adalah lebih mudah daripada menjaga seorang anak perempuan? Kemungkinan ini ada benarnya apakala kita melihat ramai ibu bapa yang menjaga anak-anak mereka dengan hanya memberi tempat tinggal, makan dan minum semata-mata seperti menjaga dan memelihara binatang ternakan yang hanya bertujuan menggemukkan sahaja. Sedangkan pendidikan agama tidak diberi penekanan yang sepatutnya. Contohnya dalam perkara aurat dan pergaulan hingga akhirnya ramai perempuan atau wanita yang menjadi bahan fitnah dan terdedah dengan berbagai keburukan yang mencemarkan nama baik keluarga dan agama. Sesungguhnya anak-anak yang diajar dengan didikan agama yang baik akan memberi faedah kepada ibubapanya semasa hidup dan selepas mati bahkan secara logiknya tiada ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi beban dan membawa kecelakaan kepada mereka di dunia apalagi di akhirat kelak. Alangkah beruntungnya ibu bapa yang mempunyai anak perempuan, lalu mereka mendidik dengan penuh kesabaran dan kasih sayang. Mendidik anak perempuan sememangnya mencabar, tetapi cabaran yang besar itu jika dilakukan dengan kesungguhan serta tabah menghadapi kerenah mereka, Allah Taala dan Rasul-Nya telah menjanjikan balasan yang amat besar.

✍🏿 Muhasabah Hati _Si anak gadis kecil menyeberangi jambatan kayu bersama bapanya._ _Si Ayah berasa risau lalu berpesan kepada anak kecilnya._ _"Peganglah tangan ayah agar kamu tidak jatuh ke dalam sungai"_ _Anak kecil itu menjawab,_ _"Tidak ayah.. ayah lah pegang tangan saya"_ _"Apakah perbezaannya?", Tanya ayah kehairanan._ _"Perbezaannya sangat besar ayah", Jawab si anak kecil._ _"Kalau saya pegang tangan ayah, jika ada apa-apa berlaku, saya mungkin akan terlepas dari pegang tangan ayah."_ _Sambung anaknya lagi,_ _"Jika ayah yang pegang tangan saya, walau apa pun akan terjadi, saya pasti ayah tak akan lepaskan tangan saya."_ Value of the story... Janganlah kita lepaskan tangan tangan mereka yang memerlukan kita. _Seringkali kebenaran yang sukar kita rungkai kita lebih menghargai bila Tuhan hilangkan dari mata._ Semoga kita lebih belajar untuk terjemahkan penghargaan melalui kebaikan pada mereka disekeliling kita.

RENUNGAN IBU BAPA..🥰 Saya ada 3 orang anak.Semua berjaya kecuali sorang.Ada doktor dan enginer Tapi anak yang Bongsu tak menyerlah langsung.Dapat cukup makan ja SPM... Sangat mengecewakan saya.Tuisyen beratus ringgit sebulan.Tapi hasil tak da. Tak macam abang, kakak dan adik dia. Dapat straight A. Dapatlah kerja kilang...Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia. 'Tengok macam adik beradik yang lain, semua keja elok-elok.Kau sorang kerja kilang.Buat malu keluarga ja.' Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia. Masa berlalu pantas. Takdir ALLAH saya kena strok. Isteri saya pun sakit juga. Tak mampu nak uruskan saya.Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la sikit. Dak juga.. Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing.Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Satu hari anak ke-3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa? Dia jawab berhenti kerja nak jaga abah. Kelu lidah saya. Menitis air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu.Tapi dialah yang menjaga saya hingga hari ini. Saya mohon ampun kepada ALLAH atas kesilapan saya yang dahulu. Rupanya Allah jadikan dia kurang dalam pelajaran, tapi ALLAH sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi. Demikianlah ALLAH takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tidak nampak sekarang, masa depan kita tidak tahu. Bersangka baiklah dengan ALLAH... Bagi ibubapa yang dapat result anak tidak cemerlang.Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhir kehidupan. Tapi gagal dalam agama Allah s.w.t. itulah sebenar-benarnya bala yang paling besar bagi manusia.

Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri...? Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita. CARA MENGAMALKANNYA : Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur... 1. "Beri salam" pada diri sendiri dahulu 2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali 3. kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan : " ALHAMDULILLAH " 4. Kemudian katakanlah : Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya.. Aamiin Ya Allah. Lalu baca surah" Al-Fatihah 1x. Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya… Rasulullah S.A.W bersabda :"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala." (HR. Al-Bukhari) Aamiin ya Rabbal'alamin Saya doakan semua yang ngebagikan 2 grup dan mengaminkan doa ini, di beri rezeki melimpah 7 turunan dan diundang segera oleh Allah menunaikah Haji dan Umroh dengan cara2Nya. Aamiin.... 🤲 Yng bilang aamiin semoga panjang umur Aamiin Ucapan adalah doa Semoga bermanfaat dunia akhirat... Aamiin.

*PENTING...* *Tanda2 kedatangan STROKE* Dalam sebuah pesta, seorang suami datang bersama isterinya dan tiba-tiba si isteri tersandung & jatuh. Si isteri meyakinkan semua orang, bahwa dia baik saja, hanya tersandung batu karena kasut barunya. Si isteri dan suami tetap hadir di pesta itu sepanjang malam. Beberapa waktu kemudian, suaminya menelefon, bahwa isterinya dibawa ke hospital dan sekitar jam 6 pagi telah meninggal. Si isteri terkena serangan stroke ketika di majlis pesta. Kalau di antara mereka ada yang tahu bagaimana mengenali orang yang diserang stroke, kemungkinan si isteri masih boleh hidup. Seorang Neurologi menyatakan, bahwa penderita stroke *dalam 3 jam yang pertama* serangan dapat sembuh sepenuhnya jika dengan cepat dapat mengenali gejala, mendiagnos & membawa pesakit untuk mendapatkan pengubatan *sesegera mungkin. Jangan lewat dari 3 jam, kerana dapat berlaku kerusakan kekal.* *CARA MENGENALI STROKE* Menghafal *S - B - A* : Para dokter menyatakan orang terdekat dengan si penderita dapat mengenali stroke dengan menanyakan 3 pertanyaan sederhana. Ingat 3 Langkah *S-B-A* iaitu : • *S: Senyum* Minta penderita untuk tersenyum. Kalau pipi senget, maka ada kelumpuhan saraf, ini gejala stroke. • *B-bicara* Minta penderita untuk bercakap kalimat singkat, misalkan: Aku mahu minum atau apa saja. Kalau percakapannya pelat, sukar difahami, ini gejala stroke. • *A - Angkat 2 tangan* Minta penderita untuk mengangkat kedua tangan. Kalau tidak boleh mengangkat tangannya berarti ada kelumpuhan, ini sedang jalan proses berlakunya stroke. *Jika ada salah satu gangguan yang nampak dalam melakukan SBA ini*, segera panggil ambulan & ceritakan keadaan ini kepada petugas. *Cara lain untuk mengenali stroke* adalah: Minta orang tersebut menjulurkan lidahnya. Jika *"bengkok"* menyimpang ke satu arah, ini juga merupakan suatu tanda dari ancaman stroke. Jika Anda dapat mengirimkan Wassap ini kepada paling sedikitnya 10 orang, maka paling tdk ada satu nyawa yg dpt diselamatkan. Percayalah ini akan bekerja baik menolong seseorang. Tak ada yg tahu seseorang akan terkena stroke suatu hari nanti.