ch
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

前往频道在 Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

显示更多
543
订阅者
无数据24 小时
+17 天
-230 天
帖子存档
Jadual Kuliah & Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 April 2024 Rasulullah SAW memperbanyakkan ibadah pada malam sepuluh terakhir melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Jom sama-sama kita berazam dan bertekad untuk menggunakan malam-malam yang berbaki di bulan Ramadan ini dengan mengisinya dengan ketaatan dan ibadah kepada Allah SWT. Semoga kita berjaya dan dikurniakan ketaqwaan serta keampunan dari-Nya. Amin. Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Sedar tak sedar, kita dah berada di 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN!!! Rugi yang amat kalau tak dihidupkan malam-malam yang terakh
Sedar tak sedar, kita dah berada di 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN!!! Rugi yang amat kalau tak dihidupkan malam-malam yang terakhir ini dengan amalan-amalam sunat. Manalah tahu, kalau-kalau Allah tak rezekikan kita antara yang bertemu Ramadhan yang akan datang 😔. Jadiiii… malam-malam yang berbaki ini, jom kita isi sama-sama. Mudah-mudahan Allah rezekikan kita dengan Lailatul Qadr. Macam mana nak dapat? Jom bangun qiam bersama di MAHDC setiap malam. Insya-Allah ada peluang 99.9%. Selamat berbuka puasa 🤲🏼☺️

TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa MAHDC telah kehilangan seorang jemaah yang sangat istiqamah, HJ SANDIN @ SAMDIN BIN MD ZIN @ MD ZAIN, (No. 47, Jln DC 3/15) yang telah menghembuskan nafas terakhir selepas Maghrib Khamis, 28 Mac 2024 di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). . Al-Fatihah... ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن... . Alhamdulillah jenazah telah diurus (mandi dan kafan) di MAHDC dan telah disolatkan di MAHDC usai solat Jumaat. Jenazah telah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama. . Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhum dan doakan semoga dengan kematian yang dicemburui pada hari yang terbaik dalam bulan yang terbaik ini, Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman... ‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي . Jawatankuasa Khairat dan Kematian Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

📢📢📢📢 🌸🌸🌸🌸 Assalamua’laikum. Sukacita dimaklumkan sempena Ramadan bulan Al-Quran ini Biro Muslimat MAHDC akan mengadakan Program Klinik AL-Fatihah pada ketetapan berikut: Tarikh: 23 Mac 2024 (Sabtu) Masa : 10 am – 11.30 am Tempat : Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields Bacaan Al-Fatihah peserta akan disemak secara individu oleh panel yang ditetapkan dan maklumbalas berkaitan kesilapan sebutan huruf dan bacaan (jika ada) akan dikenalpasti bagi tujuan memperelokkan bacaan. Penyertaan adalah PERCUMA. Semua muslimat dijemput hadir. Penyertaan remaja amat dialu-alukan. Jom sahabat muslimah semua.🌟🌟🌟 Kita perbaiki AlFatihah kita PENGHULU segala surah dan KUNCI ibadah solat kita yang merupakan TIANG agama

Jadual Kuliah & Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Mac 2024 Selamat beribadah sepanjang Ramadan dengan puasa, qiam, solat tarawih, doa, zikir, tadarus al-Quran, sedekah dan infaq dalam memperkukuhkan iman dan takwa serta meraih keampunan Allah SWT. Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

TAKZIAH DARI WARGA MAHDC.. Dukacita dimaklumkan bahawa PUAN NORSENANI BINTI MD ISA (No. 5, Jln DC 1/13 – bekas pengusaha Restoran Desa Coalfields) telah menghembuskan nafas terakhir pada pagi 14 Mac 2024. Al-Fatihah... ‎بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن... Jenazah telah disolatkan di MAHDC sebelum waktu Asar (14 Mac 2024) dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Aliya Saujana Utama (RASU). Marilah sama2 kita hadiahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada almarhumah dan doakan semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman... ‎آمــــــــــــــــــينَُ يَا رَبَّ الْعَالَمِي Jawatankuasa Khairat dan Kematian Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan “Berpuasalah kamu pada bulan kesabaran, Ramadhan.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Kita semua akan mula menjalani Ibadah Puasa pada 12 Mac 2024 (Selasa) bersamaan 1 Ramadhan 1445H. Allah SWT telah menjanjikan pada bulan Ramadan ganjaran pahala yang berganda-ganda. Marilah kita manfaatkan setiap masa untuk berdoa, berzikir, membaca al-Quran, qiamullail, bersedekah, menghidupkan malam-malam sepanjang bulan dengan ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Selamat berpuasa!” RAMADHAN ~ Aku Kembali… Ikhlas daripada, Jawatankuasa Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Ramadhan 1445H bakal menjelang tiba. MAHDC sekali lagi membuka peluang buat tuan puan muslimin mu
Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan Ramadhan 1445H bakal menjelang tiba. MAHDC sekali lagi membuka peluang buat tuan puan muslimin muslimat menyertai kempen sumbangan untuk membiayai majlis Iftar, Sahur dan agihan Bubur Lambuk di MAHDC. Jom rebut ganjaran yang berlipatganda sempena Ramadhan yang penuh keberkatan. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Tn Nazir, Hj Azmi bin Sekon (019-3843862) atau mana-mana AJK MAHDC. Semoga Ramadhan yang bakal tiba adalah yang paling bermakna untuk kita semua. RAMADHAN - Aku Kembali

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Jumaat - 1 Mac 2024) oleh AF USTAZ MUHAMAD ADHA BUYONG di TANGGUH kan atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Wallahu a’lam.

Jadual Kuliah & Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Mac 2024 11 hari menuju Ramadhan اللَّهُـمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانْ Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

Jadual Kuliah & Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Mac 2024 11 hari menuju Ramadhan اللَّهُـمَّ بَلِّغْنا رَمَضَانْ Jom follow/like/share rangkaian media sosial MAHDC https://www.facebook.com/mahdc2019 https://t.me/mahdc2021 Sumbangan kepada Tabung MAHDC boleh disalurkan ke akaun 14153010047044 (Bank Islam)

MAKLUMAN Kuliah Maghrib malam ini (Selasa - 27 Feb 2024) oleh AF USTAZ SHAHRIZAN DAUD AT-TURABI di TANGGUH kan atas keuzuran yang tidak dapat dielakkan. Wallahu a’lam.