ch
Feedback
MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS - Info

前往频道在 Telegram

Menyalurkan maklumat terkini dan info aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields. Mohon disebarkan link ke channel ini agar lebih ramai yang mendapat manfaat. Sebarang pertanyaan, blh hubungi Tuan Nazir (0182644330)

显示更多
543
订阅者
无数据24 小时
+17 天
-230 天
帖子存档
PENCAPAIAN AKADEMI AL-QURAN bawah 18 TAHUN MAHDC KIAN MEMBANGGAKAN . ​Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT. Syabas dan tahniah diucapkan kepada anak-anak Tahap 1 Akademi Al-Quran Bawah 18 Tahun MAHDC yang telah berjaya khatam Al-Quran pada 8 September lalu! ​Istimewanya, ini merupakan kumpulan ke-3 yang berjaya dilahirkan melalui akademi ini. . ​Nantikan juga Majlis Khatam Al-Quran Official yang akan dianjurkan oleh pihak MAHDC tidak lama lagi. . Nota gambar : Anak2 Tahap1 diraikan belanja makan pizza oleh pembimbing dan guru, Tn Haji Nasir, Terima kasih Tn. Hj. Nasir atas dedikasi dan kasih sayang mendidik anak-anak kita. . ================================== . ​Ibu ayah ingin anak-anak kuasai bacaan Al-Quran dari asas hingga khatam? Mari sertai kami! . ​Sistem Pembelajaran: Bermula dari Iqra’ hingga Khatam Al-Quran ​Yuran Bulanan: RM20 sahaja sebulan ​Kumpulan Sasaran: Anak-anak di bawah umur 18 tahun . ​Bantu anak-anak kita membina benteng agama sejak kecil. Ayuh ibu ayah, daftarkan anak-anak anda ke Akademi Al-Quran bwh 18 MAHDC hari ini! . ​#MAHDC #AkademiAlQuran #KhatamAlQuran #PendidikanIslam #MasjidPilihan

Jadual Kuliah Dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-30 September 2026 . JANGAN BIARKAN HATI KITA TERSESAT . Kadang-kadang kita sendiri takut dengan hati kita. Hari ini kita mungkin menangis dalam sujud dan terasa begitu dekat dengan Allah, tetapi esok belum tentu kita sekuat hari ini. Dunia sentiasa menawarkan godaan, sedangkan iman ada pasang surutnya. Kita takut, apabila terlalu lama leka, kita semakin jauh hingga terlupa jalan untuk kembali kepada-Nya. . Sebab itu, selagi masih ada rasa takut dan mahu kembali, jangan pernah berhenti memohon kepada Allah. Peganglah hati kami, ya Allah. Jangan biarkan ia hanyut bersama dunia atau terlalu kuat mengejar sesuatu yang akhirnya akan kita tinggalkan. Ikatlah hati kami dengan iman, al-Quran, solat dan agama-Mu. . يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu. . Kita tidak meminta hidup tanpa ujian. Kita cuma memohon agar dalam setiap ujian, kita tidak kehilangan Allah. Dan apabila tiba waktunya nanti, semoga degupan hati ini terhenti dalam keadaan mengingati-Mu, mencintai-Mu dan meredhai-Mu — serta Engkau meredhai kami.  

Jadual Kuliah Dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-30 September 2026 . JANGAN BIARKAN HATI KITA TERSESAT

80 MUSLIMAT SERTAI BENGKEL PENGURUSAN JENAZAH MAHDC . DESA COALFIELDS | 12 SEPTEMBER 2026 — Ilmu pengurusan jenazah merupakan satu kemahiran penting yang perlu dipelajari dan diwariskan dalam masyarakat agar amanah terakhir terhadap insan yang telah kembali menghadap Allah SWT dapat dilaksanakan dengan sebaiknya. . Atas kesedaran tersebut, Biro Muslimat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields (MAHDC) telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Jenazah Muslimat pada Sabtu, 12 September 2026, dengan penyertaan seramai 80 orang peserta. . Bengkel yang berlangsung dari 7.45 pagi hingga 12.00 tengah hari itu telah dikendalikan oleh Ustazah Nurma Muhammad yang berkongsi ilmu dan panduan berkaitan tatacara pengurusan jenazah berdasarkan tuntutan syarak. . Lebih menarik, peserta turut diberikan peluang untuk menjalani sesi praktikal secara berkumpulan dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kaedah ini memberi ruang kepada peserta untuk mencuba sendiri proses pengurusan jenazah secara lebih dekat, di samping menerima tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang sesi praktikal berlangsung. . Pendekatan secara teori dan praktikal ini bukan sahaja membantu meningkatkan kefahaman peserta, malah memberi keyakinan dan kemahiran yang lebih baik untuk mereka melaksanakan pengurusan jenazah sekiranya diperlukan pada masa akan datang. . Penganjuran program seperti ini juga menjadi salah satu usaha masjid dalam memperkasa ilmu fardu kifayah dalam kalangan masyarakat, khususnya muslimat, agar kemahiran pengurusan jenazah terus dipelajari, diamalkan dan diwariskan kepada generasi seterusnya. . Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Biro Muslimat MAHDC atas penganjuran program yang bermanfaat ini serta kepada Ustazah Nurma Muhammad atas perkongsian ilmu yang sangat bermakna. . Semoga setiap ilmu yang dipelajari menjadi manfaat buat peserta dan masyarakat, serta dikira sebagai amal jariah yang terus mengalir pahalanya. . #MAHDC #MasjidAlHidayahDesaCoalfields #BiroMuslimatMAHDC #PengurusanJenazah #IlmuFarduKifayah #BersamaMemakmurkanMasjid  

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 . Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan rah
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 . Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan izin-Nya, kita masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat keamanan, keharmonian dan kebebasan di bumi Malaysia tercinta. . Kemerdekaan bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi juga bebas untuk menjadi insan yang lebih baik, bersatu dalam perbezaan dan bersama-sama membina negara yang diberkati. . Sebagai umat Islam, cintakan tanah air juga diterjemahkan dengan menjaga perpaduan, menghormati sesama insan, memelihara keharmonian dan menjadi rakyat yang amanah serta bermanfaat. . Sempena Hari Kebangsaan ke-69, marilah kita titipkan doa: “Semoga Allah SWT terus melindungi Malaysia, memelihara keamanan negara, menyatukan hati seluruh rakyat serta mengurniakan keberkatan dan kesejahteraan kepada tanah air yang kita cintai.” . Selamat Hari Kebangsaan ke-69, Malaysia! . Salam kasih daripada, Jemaah & Warga MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS

PROGRAM TAZKIRAH KESELAMATAN PDRM (15 MINUTES TALK) BERSAMA JEMAAH MASJID AL-HIDAYAH DESA COALFIELDS 28 Ogos 2026 | Jumaat . Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang lalu, Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields berbesar hati menerima kunjungan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh dalam menjayakan Program Tazkirah Keselamatan PDRM (15 Minutes Talk) bersama ahli kariah sebelum Solat Jumaat. . Program ini merupakan satu kolaborasi antara pihak masjid dan PDRM, khususnya dalam usaha menyampaikan perkongsian ilmu serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap aspek keselamatan dan pencegahan jenayah dalam kehidupan seharian. . Dalam program tersebut, Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor, Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah merangkap Pegawai Perhubungan Masjid, telah menyampaikan tazkirah bertajuk “Keselamatan” kepada para jemaah. Perkongsian ringkas namun amat bermakna ini mengingatkan kita bahawa aspek keselamatan bukan sahaja menjadi tanggungjawab pihak berkuasa, bahkan memerlukan kerjasama dan keprihatinan seluruh masyarakat. . Pihak Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields amat menghargai usaha dan komitmen IPD Sungai Buloh dalam mendekati masyarakat melalui pendekatan yang santai, berinformasi dan dekat dengan komuniti. Sesungguhnya, hubungan erat antara masjid, PDRM dan masyarakat merupakan satu jalinan penting dalam membentuk komuniti yang lebih selamat, harmoni dan saling prihatin. . Turut hadir dalam program ini ialah YDH SUPT Mohd Hafiz Muhammad Nor, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, YBhg. Tuan Haji Azmi Sekon, Nazir Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields diiringi para pegawai MAHDC, ASP Azril Hisham Ab Rashid, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah, Sarjan Mejar Fuzi Kamazan, Ketua Polis Balai Saujana Utama serta Lans Koperal Noornickman Aziz, Penolong Pegawai Perhubungan Masjid. . Semoga kolaborasi antara Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields dan IPD Sungai Buloh ini dapat terus diperkasakan pada masa akan datang demi manfaat seluruh ahli kariah dan masyarakat setempat. . Masjid bukan sekadar tempat beribadah, tetapi juga medan membina masyarakat yang berilmu, prihatin dan saling menjaga. . Terima kasih IPD Sungai Buloh atas kunjungan dan perkongsian yang amat bermanfaat. . BERSAMA MEMBINA KOMUNITI SELAMAT, HARMONI DAN SEJAHTERA.

Jadual Kuliah Dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 15-31 Ogos 2026 . Bulan Rabiulawal menjelang membawa sinar, Lahirnya Baginda Nabi, insan pengasih dan penyayang; Inilah peluang kita untuk kembali sedar, Memperbanyak selawat, agar hidup sentiasa tenang. . Lebihnya bulan ini bukan pada adat semata, Tapi pada menghayati sunnah dan keperibadian; Suburkan rasa cinta kepada Rasul pembawa pelita, Jadikan akhlak Baginda sebagai panduan kehidupan.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 31 Julai 2026 / 16 Safar 1448H . KERJA BERKUALITI, KEJAYAAN DINIKMATI . Ada yang bekerja demi GAJI, ada yang mengejar PUJIAN. Namun seorang Mukmin bekerja mencari REDA ILAHI. Apabila NIAT dipelihara, setiap peluh menjadi ibadah, dan setiap usaha akan sentiasa DIBERKATI. . KUALITI bukan sekadar hasil yang dipuji, tetapi amanah yang ditepati. Bekerjalah dengan ITQAN dan IHSAN, walaupun tiada manusia memerhati. Kerana Allah sentiasa melihat, lalu setiap usaha menjadi lebih BERERTI. . Kerja akan terasa ringan apabila hati memahami MAKNA di sebaliknya. Apabila tugas dilakukan kerana Allah, rutin yang sama tidak lagi membebani, sebaliknya menjadi jalan menuju REDA ILAHI yang sentiasa DINIKMATI. . Jangan sesekali menjual AMANAH demi keuntungan yang sementara. Harta yang haram mungkin memewahkan kehidupan, tetapi tidak akan menenangkan HATI. Rezeki yang halal, walaupun sedikit, sentiasa membawa BARAKAH yang DIRAHMATI. . Setiap jawatan ialah AMANAH, setiap tugas ialah UJIAN, dan setiap amalan pasti akan dihisab di hadapan Allah. Maka kejarlah bukan sekadar kejayaan dunia, tetapi kejayaan akhirat yang HAKIKI. . Marilah kita bekerja dengan IKHLAS, memimpin dengan AMANAH, berusaha dengan ITQAN, dan hidup dalam TAKWA. Semoga setiap rezeki menjadi HALAL, setiap amal menjadi saksi, dan setiap langkah menuju kebahagiaan yang ABADI.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 31 Julai 2026 / 16 Safar 1448H . KERJA BERKUALITI, KEJAYAAN DINIKMATI

Jadual Kuliah Dan Aktiviti Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 1-14 Ogos 2026 . Allah Dengar Setiap Degupan Hatimu . ​Seringkali kita merasa sendirian dan tidak didengari dalam menempuh ujian hidup. Namun, ketahuilah bahawa Allah SWT sentiasa dekat dengan kita. Dia Maha Mendengar bukan sahaja kata-kata yang terucap, malah Dia Maha Mengetahui setiap degupan jantung, getaran jiwa, dan segala isi hati kita yang paling dalam. Tiada satu pun perasaan sedih, gembira, khuatir, mahupun harapan yang tersembunyi daripada pengetahuan-Nya. . ​Kesedaran akan kedekatan Allah ini seharusnya memberikan kita ketenangan dan kekuatan. Walau seberat mana pun bebanan yang dipikul, atau sekecil mana pun hajat di hati, luahkanlah kepada-Nya melalui doa yang tulus. Percayalah bahawa setiap rintihan hati yang tulus, setiap harapan yang dipanjatkan, dan setiap air mata yang menitis kerana takut dan harap kepada-Nya tidak akan pernah sia-sia. . ​Marilah kita sentiasa membasahi lidah dengan zikrullah dan mengikhlaskan niat dalam setiap amalan. Sesungguhnya, Allah sentiasa bersama hamba-hamba-Nya yang sabar dan bertawakal. Letakkanlah pergantungan sepenuhnya hanya kepada-Nya, kerana Dialah sebaik-baik Pelindung dan Penolong.

Jadual Kuliah & Aktiviti MAHDC (1-14 Ogos 26).pdf6.00 KB

BUKAN TELEFON JE NAK KENA CAS... . Hari-hari kita pastikan bateri telefon kita 100%. Baru 'low-batt' 20%, kita dah mula resah. Kat luar rumah pun kita sanggup usung powerbank ke mana-mana, takut sangat kalau telefon kita terpadam. . Tapi pernah tak kita tanya diri sendiri: Bagaimana pula dengan bateri hati kita? Bila kali terakhir kita 'cas' jiwa kita dengan Al-Quran? Kadang-kadang kita rasa cepat runsing, mudah marah, hati tak tenang, dan hidup rasa penat sangat. Boleh jadi itu tanda jiwa kita sedang low-batt—dah lama kontang tanpa siraman ayat-ayat suci Allah. . Kalau telefon bimbit perlu dicas untuk berfungsi, hati manusia pula perlukan Al-Quran untuk kekal 'hidup' dan tenang. . "Ingatlah, dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang."— (Surah Ar-Ra’d: 28) . Tak perlu tunggu masa terluang yang panjang. Buka kembali Al-Quran. Walaupun hanya satu mukasurat, atau beberapa ayat sehari—jadikan ia pengecas harian jiwa kita. Jangan biarkan telefon kita sentiasa full bar, tapi hati kita tinggal 1%. . Semoga Allah jadikan Al-Quran sebagai penawar dan cahaya dalam kehidupan kita seharian. Amin2.. 🤲

Bukan bateri je nak kena cas..

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 24 Julai 2026 / 9 Safar 1448H . HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM . Pahlawan Islam bukan sekadar gagah menghunus SENJATA, tetapi berani mempertahankan KEBENARAN dan tetap teguh di atas jalan ALLAH. Perjuangannya bukan mencari KEMASYHURAN, sebaliknya mengharap KEREDAAN ALLAH... demi Allah. . BADAR mengajar bahawa KEMENANGAN lahir daripada IMAN dan TAWAKAL, manakala UHUD mengingatkan bahawa kelalaian terhadap PERINTAH ALLAH membawa padah. Sesungguhnya, kemenangan sebenar sentiasa bermula dengan KETAATAN... demi Allah. . Hari ini, medan perjuangan bukan sekadar di hadapan musuh, tetapi juga dalam mempertahankan AKIDAH, menuntut ILMU dan membimbing KELUARGA. Setiap usaha menjaga agama ialah satu perjuangan yang mulia... demi Allah. . Para ULAMA dan PENDAKWAH terdahulu telah berkorban agar cahaya ISLAM terus menyinari umat. Tanggungjawab itu kini berada di bahu kita untuk diteruskan kepada GENERASI yang akan datang... demi Allah. . Marilah kita menjadi BENTENG PERTAMA buat diri dan keluarga. Didiklah anak-anak dengan IMAN, ILMU dan AKHLAK, agar lahir generasi yang teguh AKIDAHNYA, luhur jiwanya dan tinggi semangat juangnya... demi Allah. . Semoga kita tidak sekadar menjadi PENONTON SEJARAH, tetapi menjadi sebahagian daripada PEJUANG ISLAM yang mempertahankan agama dengan ILMU, AMAL dan KEIKHLASAN. Mudah-mudahan kita dihimpunkan bersama para pahlawan yang diredai... demi Allah.

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 24 Julai 2026 / 9 Safar 1448H . HAKIKAT KEPAHLAWANAN ISLAM

Refleksi Khutbah Jumaat Masjid Al-Hidayah Desa Coalfields 17 Julai 2026 / 2 Safar 1448H . JALAN MENUJU HATI YANG SEJAHTERA . Bukan HARTA yang menjamin bahagia, bukan juga PANGKAT yang membawa mulia. Di sisi Allah, yang paling berharga ialah HATI YANG BERSIH DARIPADA NODA, kerana itulah bekalan menuju SEJAHTERA. . HASAD, DENDAM DAN PRASANGKA hanya merosakkan jiwa serta memutuskan kasih sesama manusia. Sebaliknya, hati yang MEMAAFKAN, BERSYUKUR DAN REDA akan sentiasa dipenuhi SENTOSA. . JAGALAH HATI SEBELUM MENJAGA KATA. Jagalah LIDAH DAN JARI sebelum menulis di media sosial. Kerana SETIAP UCAPAN AKAN DIPERSOALKAN, dan setiap amal akan menentukan bahagia atau DERITA. . HATI YANG BERSIH tidak lahir dengan sendiri. Ia disucikan dengan MUJAHADAH, dihiasi dengan ZIKIR, ISTIGHFAR, SYUKUR DAN AMAL SOLEH, sehingga hidup dipenuhi CAHAYA. . Marilah kita MENGIMARAHKAN MASJID, mencintai MAJLIS ILMU dan sentiasa BERMUHASABAH. Semoga kita kembali menghadap Allah dengan HATI YANG SEJAHTERA, lalu dikurniakan SYURGA YANG PENUH BAHAGIA.