Iddin Ramli Quotes 🖋️
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Iddin Ramli Quotes 🖋️ 的分析概览
频道 Iddin Ramli Quotes 🖋️ (@iddinshare) 是活跃参与者。目前社区聚集了 64 710 名订阅者,在 宗教与灵性 类别中位列第 841,并在 马来西亚 地区排名第 1 884 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 64 710 名订阅者。
根据 20 十一月, 2024 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -1 283,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 0%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“100% manage by Iddin Ramli”
凭借高频更新(最新数据采集于 21 十一月, 2024),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 宗教与灵性 类别中的关键影响点。
64 710
订阅者
无数据24 小时
-1617 天
-1 28330 天
帖子存档
64 710
Bersyukurlah akan hal-hal yang sedikit pasti hal sedikit itu akan terasa cukup.
Bersyukurlah, kerana yang bersyukur itu cuma sedikit. Beruntunglah jika kamu termasuk dalam mereka yang sedikit itu. Mereka yang sedikit itulah yang paling beruntung & tenang di dunia & akhirat.
- Iddin Ramli
64 710
Selalu pesan pada diri,
Selalu ingatkan diri,
Tak semua yang kamu harapkan akan sejalan dengan kehendakmu.
Sekurang-kurangnya kamu hanya terluka kerana perkara itu tidak mengikut kehendakmu. Jangan ditambah lagi dengan luka menaruh harapan.
- Iddin Ramli
64 710
Kata Nabi, yang kuat itu bukan mereka yang mampu mengangkat berkilogram besi. Tapi mereka yang mampu menahan diri daripada marah. Sungguh, sabar itu adalah sifat orang beriman. Diam itu lebih baik kerana marahmu itu tidak akan mengubah apa-apa yang telah berlaku.
- Iddin Ramli
64 710
Diam tidak semestinya kalah. Kadangkala diam untuk tidak membesarkan masalah. Diam juga kerana ingin bertenang agar tiada yang terluka kerana kata-kata. Kerana sedar, tidak berbaloi untuk bergaduh kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi kehilangan kamu kerana hal-hal kecil. Tidak berbaloi berlawan mulut kerana hal yang tidak sepatutnya.
- Iddin Ramli
64 710
Ada yang malam melakukan dosa, siangnya merintih menyesal pada yang Esa. Ada yang siang melakukan dosa, malamnya merintih seperti bayi dengan penuh penyesalan pada yang Maha Esa. Jangan putus asa dengan Rahmat Allah. Selagi ada peluang, merintihlah kerana Tuhan tidak teragak-agak untuk menerima kamu pulang.
- Iddin Ramli
64 710
Tiada yang lebih memahami kamu lebih dari Allah. Allah tahu apa yang terpendam. Allah tahu setiap masalahmu. Sebelum kamu meluahkan pada-Nya, Dia sudah tahu setiap susunan permintaanmu. Kamu harus terus meminta & berharap dalam setiap doa-doamu. Kerana kamu itu hamba. Hamba sifatnya hina tiada apa-apa melainkan memerlukan sepenuh kebergantungan kepada-Nya.
Mintahlah. Tuhan itu mendengar.
- Iddin Ramli
64 710
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ
Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baiknya pelindung dan sebaik-baiknya penolong kami.
64 710
Korang nak tanyalah. Siapa lepasan SPM yang dapat tawaran ipta? Bila tarikh intake korang? Bulan oktober kan? Berapa hari bulan ya?
64 710
Kamu tidak mendewasa kerana teori-teori kehidupan yang kamu belajar di universiti. Kamu mendewasa kerana apa yang kamu lalui, luka yang kamu tempuhi, sakit yang kamu hadapi.
- Iddin Ramli
64 710
Sudahlah tu berharap. Kamu hanya memiliki perkara yang tertulis takdirmu. Sudahlah tu memaksa perkara yang tidak mahu mendekat. Sudahlah tu mengejar perkara yang berpaling. Kamu tak sepatutnya selemah itu. Bila lagi nak sedar ni?
- Iddin Ramli
64 710
Kita selalu sakit hati dengan perkara yang tiada urusan dengan kita. Selalu benci seseorang yang tiada salahnya pada kita. Selalu iri pada nikmat seseorang yang tidak menyinggah pada kita.
Sebenarnya bukan orang itu yang menyakitikan kita. Bukan dia yang salah, tapi hati kita yang bermasalah.
- Iddin Ramli
64 710
Jika takdir berkata sebaliknya, seharusnya kamu memilih untuk terus kuat kerana takdir tidak akan menyakitimu dengan sengaja tanpa hikmah dari-Nya. Menjadi lemah & tenggelam itu adalah pilihan.
- Iddin Ramli
64 710
IDDIN DATANG BICARA SANTAI KE TEMPAT BELAJAR KORANG SECARA PERCUMA‼️
Slot available -
12/9 - pagi (n9/melaka)
13/9 - malam (pahang)
18/9 - pagi (perak)
20/9 - malam (kedah)
22/9 - pagi (kedah/perlis)
Whatsapp untuk jemputan👇🏽
wasap.my/60145518810/jemputiddinramli
64 710
Benar, manusia itu tidak sempurna & melakukan salah. Tapi jika kesalahan yang sama berulang kali, adakah kamu masih memilih untuk bersangka baik lagi?
Tak perlu berpura bersangka baik sedangkan hatimu dirobek. Kamu cuma takut hidup tanpa dirinya. Semenjak dia hadir, kamu lebih banyak luka berbanding bahagia. Sedangkan selama ini kamu mampu saja hidup sendiri dengan bahagia. Bila lagi nak sedar ketenangan hatimu sendiri adalah keutamaan untuk diperjuangkan?
- Iddin Ramli
64 710
Apa sahaja yang berlaku kamu harus tetap melangkah kehadapan. Itulah kehidupan. Jangan berhenti & mengalah. Jangan merasakan seolah-olah ujian itu adalah noktah. Apa yang telah lalu adalah sumber pelajaran yang tidak akan kamu perolehi di mana-mana universiti. Kamu akan menumbuh dewasa kerana hal itu.
- Iddin Ramli
64 710
Kadang bingung, kenapa doamu sudah terlalu lama tidak tertunai. Persoalanmu tiada tanda akan terjawab. Kecewa, hiba menyelubungi hati.
Ingat, kunci bahagia itu ada pada bersangka baik dengan Allah. Allah itu Maha Berkuasa ke atas segala perkara. Yang mengawal segala hal adalah Dia. Jadi sederhanakan risaumu. Tuhan tidak akan biarkan kamu berada dalam kecelakaan selama kamu terus bersandar pada-Nya.
- Iddin Ramli
64 710
Korangg datang pesta buku kelantan tak? Kat aras 2 mydin tunjong kota bharu.
28 july hingga 5 ogos tau.
