ch
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

关闭频道

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

显示更多
1 045
订阅者
无数据24 小时
-47
-1130
帖子存档
Diam. Ain tidak menjawab apa-apa. “Sampai bila kita nak macam ni, Ain?” Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar, Ain memandang Ha
Diam. Ain tidak menjawab apa-apa. “Sampai bila kita nak macam ni, Ain?” Sebaik sahaja pertanyaan itu keluar, Ain memandang Haaim. “Soalan tu abang patut tanya pada diri abang. Ain ke yang salah dalam hal ni? Ain ke yang buat perangai? Ain ke yang buat keputusan untuk akhiri hubungan kita?” “Ain, abang tahu abang salah. Ain boleh hukum abang tapi tak perlu sampai Ayyash yang jadi mangsa.” “Ayyash tak sepatutnya jadi mangsa tapi abang yang paksa Ain untuk bersikap macam ni. Tak guna untuk pegang tali perhubungan kita ni kalau gunting yang abang pilih.” Marah yang cuba menguasai diri, dikawal sebaik mungkin. Ain tidak mahu Ayyash mendengar pertelingkahan mereka berdua. Seburuk apa punHaaim, biar Ain sahaja yang tahu. Bagi Ayyash, ayahnya adalah seorang lelaki yang baik dan penyayang. Ain tidak akan sanggup untuk hancurkan tanggapan anaknya. “Abang cuma nak Ain bahagia.”

“Eryna Eshal!” Suara Eric mula memetir apabila dia melihat isterinya bersikap kurang ajar begitu terhadap ibu saudaranya. “Ja
“Eryna Eshal!” Suara Eric mula memetir apabila dia melihat isterinya bersikap kurang ajar begitu terhadap ibu saudaranya. “Jangan berkasar dengan Aunty Maria! Dia ni keluarga saya. Apa yang dah rasuk awak sampai jadi kurang ajar macam ni sekali?” Panggilan yang bertukar itu menyebabkan Eryna mengukir senyum sinis. “Tanyalah keluarga awak sendiri. Kenapa saya yang perlu bagitahu sedangkan mereka berdua ni puncanya?” Eryna mendekati Jane. Bahu perempuan itu, ditolak kasar. “Kau cakaplah dekat abang sepupu kau ni. Apa yang dah jadi sebenarnya. Cakap!” Lengan Eryna ditarik supaya menjauhi Jane. Eric menggengam erat bahu isterinya. “Sudah, Eryna!” “Apa?! Kenapa saya yang perlu berhenti sedangkan mereka berdua yang mulakan dulu? Dekat mana adilnya kalau awak tak dengar cerita saya? Kalau awak nak bela sangat keluarga awak ni tanpa dengar penjelasan saya, silakan. Silakan bela aunty dan sepupu kesayangan awak ni!”

Paling2 awal pun, 9hb saya boleh hantar sbb lps layout, saya nak check lagi sekali. Harap faham ya🥺🤍
Paling2 awal pun, 9hb saya boleh hantar sbb lps layout, saya nak check lagi sekali. Harap faham ya🥺🤍

Saya tidur lepas subuh, bangun pukul 10.30 pagi tadi. Bangun2 terus buat slide untuk presentation mini thesis. Kepala sakit nak mampos help😌🥲 Nak clarify awal2. Lepas 7hb, akan ada birthday sale. Semua jualan ebook akan dibuka KECUALI Jangan Degil Boleh Tak? dan #7teen(ni akan pupus tak lama lagi.) So, mana yang tak sempat grab cinta series time pre-order, boleh siap2 kumpul duit okay! Ada special price jugak untuk yang beli time birthday sale. Lagi 6 hari nak tambah umur. Aiseyman, aku dah tua(muda lagi lek lu.) So, itu jelah kut. Maaf sebab lama menyepi. Insya allah, akan kembali normal. Nak gi dobi jap.

So harini, saya nak edit saja sampailah nak gerak gi ktm petang nanti. Posmen cinta, insya allah dah tak ada salah but i still need to recheck. Kopi cinta, beta reader ada tegur beberapa typo dan ayat mcm orang tak betul. So, saya kena recheck. Earphone, ofc kena check and recheck sbb semalam tulis dalam keadaan kepala sakit dan berpusing2. Pening nat. Tamat je, terus tutup laptop🥲

Hshshshs! Saja nak share progress cinta series puasa raya. Posmen Cinta - 5 hari (12K+ words) Kopi Cinta - 4 hari (15K+ words) Earphone - 15 jam (10k+ words) You guys know, rekod terbesar hidup saya sepanjang menulis ni, Earphone puasa raya. 10K WORDS LESS THAN 24 HOURS😭😭😭😭 Punyalah pecut sampai nak pecah kepala semalam sebab hrini saya kena pergi penang smpai 7hb. Start pukul 2 petang, habis pukul 4 pagi. Damn, i need my beauty sleep🥲

Agak lama ya tak update apa2 dekat sini. Maaflah, saya terlalu sibuk dgn assignment bergunung, ebook cinta series lagi. Ni baru ada masa nak datang my comfort zone🥺🤍 Harap semuanya baik2 saja!🤍

Hai. Apa khabar?🥺🤍 #nephophilia

Dibuka sampai 1 june je okay!
Dibuka sampai 1 june je okay!

Review kopi cinta 🤍
Review kopi cinta 🤍

Review posmen cinta 🤍
Review posmen cinta 🤍

Posmen Cinta Puasa Raya, teaser 1 ✨ “Ibu, kenapa menangis?” Tegur Ayyash. Risau melihat sang ibu sedih di pagi hari. Ain hapuskan air matanya perlahan sebelum tersenyum nipis. “Ibu menangis sebab ibu gembira dapat tengok ayah dan Ayyash ada depan ibu. Masih bersama ibu.” Disebalik bicara Ain, hanya Haaim yang mengerti maksudnya. “Ayyash dengan ayah akan selalu ada dengan ibulah. Ibu jangan sedih tau. Ayyash tak suka tengok ibu nangis.” Terus si kecil itu bangun, memeluk erat wanita yang dia gelar ibu. Ain turut membalas erat pelukan itu. Haaim yang melihat hanya membiarkan. Air mata yang bertakung, ditahan sebaik mungkin supaya tidak tumpah. Hiba sekali melihat adegan ini. Ramadan seterusnya… Masih bersamakah mereka? “Terima kasih, sayang ibu. Sekarang, Ayyash masuk bilik, siapkan barang untuk pergi sekolah. Nanti ibu mandikan Ayyash.” “Aip-aip, ibu sayang!” Ayyash keluar dari kamar ibu bapanya dengan berlari-lari anak. Tinggallah Ain dan Haaim berdua. “Pagi ni, Ain kena pergi kilang kejap untuk tengok stok produk. Abang boleh hantarkan Ayyash ke tadika?” “Abang temankan Ain. Kita hantar Ayyash sama-sama. Macam selalu.” “Kalau macam tu, biar Ain je yang hantar Ayyash.” Haaim segera menghalang ketika Ain mahu bangun. “Sayang marahkan abang lagi?” “Memang Ain marahkan abang dan untuk waktu sekarang, Ain tak boleh nak bersikap biasa dengan abang. So please, jangan buat Ain macam Ain ni patung. Ain pun ada perasaan selepas apa yang abang dah buat pada Ain.”

teaser 1 ✨
teaser 1 ✨

Review FRTF🥺🤍
Review FRTF🥺🤍

photo content
+1

photo content
+3

Ayuh!
Ayuh!

Assalamualaikum dan selamat tengah hari! PRE-ORDER SALE GILA PUASA RAYA! RM13 SAHAJA UNTUK 3 EBOOK! Dan, ada free 1 ebook! Wa
Assalamualaikum dan selamat tengah hari! PRE-ORDER SALE GILA PUASA RAYA! RM13 SAHAJA UNTUK 3 EBOOK! Dan, ada free 1 ebook! Wah-wahhh! Gila betul harganyaaa! 2 hours only! Siapa cepat, dia dapat! Boleh tekan link di bawah untuk pembelian! https://wa.me/601110728101?text=SALE%20GILA%20PUASA%20RAYA

FRTF first review🥺🤍
FRTF first review🥺🤍

First review FRTF 🥺🤍
First review FRTF 🥺🤍