Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 048
订阅者
无数据24 小时
-27 天
-930 天
帖子存档
1 048
Saja nak story pasal beban keluarga series!
Idea EU ni muncul lps saya betul2 tamatkan au gara² abang. The way Damian, jerry, reza dgn leo terlalu protective dkt Valeria tu buatkan saya mcm...wow! Inspirasinya dari situlah.
Pastu tiberh masa tulis EU, muncul idea untuk adit, shad dgn ifan yg saya selit dalam cerita EU supaya kalian yg membaca dapat tangkap hint2 yang ada untuk cerita selanjutnya.
Kisah Adit tu saya dapat inspirasi daripada au heather tapi adit versi hijau sbb dika merah 😇🔪
shad pulak sbb abian cica AHAHAHAHAHAHA ARGHHHH RINDUNYAAAAAAA ANAK2 TINGGAR!!!
Pastu ifan tu ala2 enervate + untold. Ifan ni rate pain dia mungkin kedua lepas Adit Faira wkwkwkwkwk! Juan Via pun jatuh nombor 3🥲 Shad Dian tu dekah je banyak (kot) AHAHAHAGAH!
Weh, sumpah tak sabar gola nak reveal cover dekat korangg sebab i really lurve semua cover beban keluarga series!!!!
AHAHAHAHAHAHA SEMOGA HANA RAJIN MENAIP🫠🫠🫠
1 048
This is some expectation abt adit & faira. Thank you sebab sudi share pendapat korang!🫶
Buat yang dah baca, feel free dm/ws/chat tele/leave any reviews dkt google form yg disediakan!
Saya sangat perlukann!
1 048
Ready file and ramadan sale selama 5 hari!
Harga asal RM10 tau! Buat yg tak sempat dapatkan Eudaemonia semasa tempoh PO, boleh dapatkan dalam tempoh ramadan sale!
Klik link di bio jika berminat!
https://wa.me/601110728101?text=EUDAEMONIA%20RAMADAN%20SALE
1 048
Selamat menunaikan ibadah puasa lavenders!💜💜💜
Semoga ramadan tahun ini lebih baik berbanding ramadan sebelumnya!🫶🫶🫶
1 048
Kerana apabila dia sudah pergi, hati sentiasa terdetik perkataan kalau dan kenapa.
"Kalau aku dengan dia boleh berbaik macam orang lain..."
"Kenapa aku dengan dia tak boleh berbaik macam orang lain..."
Eudaemonia,
Untuk kamu yang rindukan watak seorang ayah ;)
***
Pre-order akan ditutup tepat jam 12 malam! Klik link di bio untuk pembelian <3
p/s : inilah yang pain 5% tu🥹
1 048
Salam maghrib!
Saya nak cakap yang saya dah pilih pemenang giveaway tu. Saya dah chat kelima2 pemenang tersebut.
Terima kasih buat yg sudi join🥺🫶
Insya Allah nnti saya akan adakan giveaway lagi ya!
1 048
“Awkward kan? Sorry, Via. Saya pun tak tahu nak ajak awak jalan ke mana. Shopping mall je yang boleh saya fikir.”
"Eh, tak apalah! Via okey je sebenarnya. Tadi kan ada Dian dengan Zhian. Sekarang ni, kita berdua je. ”
"Maknanya, akan ada lain kali untuk kita berdua?” Soalan Juan menyebabkan rama-rama mula berkepak dalam perut Via. Juan tahu tak sekarang ni apa-apa saja yang keluar daripada mulut dia tu boleh buat Via rasa teruja?
“Via, saya tanya ni. Akan ada lain kali ke untuk kita berdua?”
Kalau Juan ada waktu…”
Juan tersenyum nipis. Lucu pula melihat wajah Via yang sudah bertukar warna.
“Can I ask you something?”
“Apa dia?”
“Saya nak kenal Via. Boleh ke?”
“Kita kan dah kenal. Nama saya Via, nama awak Juan.”
Si jejaka tertawa kejap dengan kepolosan jawapan si gadis. “Bukan itu maksud saya. Maksud saya, kita kenal lebih daripada tu. Saya tak pernah tahu Via buat apa, suka apa. Saya nak tahu semua hal tentang Via. Boleh kan?”
Lagi, rama-rama berkepak sehingga ke paru-paru.
“Boleh, Juan.”
"Terima kasih. Jadi, Via buat apa sekarang? I mean, Via kerja apa? Saya selalu nampak Via dengan laptop.”
"Saya penulis. Sekarang ni ada manuskrip baru yang kena siapkan.Tapi tarikh hantar lambat lagi.”
"Wow! Awak tulis buku apa? Mana tahu saya pernah baca!”
“Juan suka membaca?”
"Suka! Suka gila! Hmm, kita pergi kedai buku nak tak? Mana tahu Via boleh tunjuk buku Via dekat saya. Via tulis cerita genre macam mana? Saya nak beli!”
***
Man who read : 🫠💜🫶
1 048
Hai Kak Via! Fal nak duduk dengan kakak boleh?”
“Boleh! Meh sini!”
Kerusi kosong di sebelahnya ditarik untuk Raefal. Juan dan Ifan terkebil-kebil apabila Via dan Raefal membuat mereka seolah-olah tak wujud.
“Eh, Juan dengan Ifan duduklah!” pelawa Via.
Juan pandang Ifan. Ifan pandang Juan.
Beberapa saat, Juan hanya tarik kerusi kosong di depan Via. Ifan pula duduk di hadapan Raefal. Melihat Via dan Raefal bagaikan dalam dunia sendiri, dua rakan itu merapatkan jarak mereka dan berbicara dengan nada yang perlahan seperti berbisik. Memang hanya mereka berdua sahaja yang dengar. Via di depan pun tak dengar apa-apa. Mungkin kerana terlalu khusyuk melayan Raefal yang sedang bermain dengan komputer ribanya.
“Juan, kau tak cakap dekat aku pun yang Via dah balik Malaysia?”
“Kenapa aku kena cakap dekat kau pulak? Via adik Adit, bukan adik aku. Aku pun baru tahu dia ada dekat Malaysia beberapa hari lepas.”
“Tapi kenapa Adit tak cakap apa-apa?”
"Penting ke untuk Adit bagitahu kita?
Bukannya kita rapat pun dengan adik dia dulu.”
“Dulu tak penting tapi sekarang penting.”
“Maksud kau?” Dahi Juan berkerut.
“Kau jangan ingat aku bodoh ya, Juan.
Cara kau pandang Via. Mata tu, mata. Aku pun pernah jatuh cintalah.”
Diam.
Juan tidak mampu menafikan apa yang Ifan katakan. Perlahan-lahan, mata dikalih melihat Via di hadapannya. Kejap ketawa, kejap tersenyum. Semua hal yang Via lakukan membuatkan jantung Juan berkerja keras.
Betapa hebatnya penangan seorang gadis bernama Kristal Elviana dalam hidup Fazuan Aliando.
Masalahnya, perasaan ini hanya sepihak.
Kan?
***
Yakinnya kamu, Juan!
1 048
Bila kau nak perform lagu tu, Fan? Aku nak datang tengok boleh tak?” soal Via kepada Ifan tanpa menghiraukan orang lain.
“Bulan depan atau bulan depan lagi satu. Sebab hujung minggu ni aku kena ke Perak dua minggu. Ada game hoki.”
"Jauh bebenor kamu pergi mainnya!” Shad lontarkan ayat itu dengan intonasi loghat Perak yang dia belajar daripada menonton filem Zombie Kampung Pisang.
“Buruk Shad. Buruk gila,” ucap Adit tiba-tiba.
"Apa yang buruk?” soal Shad tidak mengerti.
“Bunyi loghat Perak kaulah, gila!” tempelak Ifan. Geram!
“Thank you Fan sebab faham aku.”
"Sampai hati hamba berdua menghina beta depan muka. Beta murka!” Mula dah drama sultan dia tu.
“Baguslah Adit dengan Ifan mengata kau depan-depan. Daripada mengata belakang, kan dah jadi mengumpat.”
Juan yang sengaja membela Adit dan Ifan.
“Sudahlah kalian bertiga. Nampaknya, hanya gadis manis ini yang berpihak kepada beta.”
“Siapa kata?” bidas Via.
"Via! Sampainya hati kamu memperlakukan beta begini!”
***
Bila selalu lepak kafe, Via pun dah terikut2 perangai member beban keluarga merosating Shad😌
1 048
“Kenapa Via buat semua ni? Via kesiankan abang ke?”
“Memang Via kesian dekat abang tapi Via tahu abang Via kuat. Abang tak perlukan simpati orang lain untuk teruskan hidup. Abang cuma perlukan semangat. Jadi, Via nak kasi semangat dekat abang! Sambil-sambil tu, Via boleh ubah cara hidup Via. Via rasa hidup Via plain. Sebab tu kut jodoh tak muncul-muncul. Jodoh Via tu tak tahu ke yang atuk dah bising-bising suruh Via kahwin?”
Adit ketawa kejap sambil gelengkan kepala beberapa kali. Otak Kristal Elviana ini ada-ada sajalah jawapannya.
“Bang, Via nak tanya. Sekarang ni, Via tengah tulis satu cerita tau. Hero tu jatuh cinta dengan adik kawan baik dia. Kalau abang, abang bagi ke kawan baik abang tu kahwin dengan adik abang?”
“No way! Perangai masing-masing entah apa-apa, nak jadi adik ipar? Tak boleh, tak boleh! Kalau abang jadi Via, abang buat banyak sikit liku kehidupan hero heroin tu. Separuh buku tu saja, abang tulis pasal hero nak ambil hati abang heroin. Lagi satu, tak pelik ke daripada kawan baik tiba-tiba nak jadi adik ipar? Kalau perangai elok, boleh dipertimbangkan. Ini kalau perangai macam Shad yang masuk air tu, abang tak nak!”
Aduh! Jawapan Adit sangatlah jelas dan nyata. Tak perlu Via menyoal lebih-lebih. Nasib saja dia tak menyebut perihal Juan. Kalau tidak, memang boleh bergaduh!
***
Agak-agak, macam mana Via nak pujuk Adit untuk terima Juan?🤔
1 048
Giveaway closed! Esok atau lusa saya umum pemenang ya! Terima kasih buat yg sudi join!🫶🫶🫶
1 048
Seperti yang anda dapat baca, giveaway Eudaemonia! Untuk penyertaan ahli channel ni, cuma 1 rules kalian.
Komen kenapa anda nak baca Eudaemonia✨
5 pemenang akan dipilih. Giveaway berlangsung selama 24 jam.
Selamat mencuba! 🙈💗
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
