ch
Feedback
Hann's Lavenders 💜

Hann's Lavenders 💜

关闭频道

Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!

显示更多
1 035
订阅者
无数据24 小时
-27
-830
帖子存档
Hari ini dah hari kesepuluh ramadan. Lepas maghrib nanti, kita akan masuk fasa kedua ramadan. Semoga 10 hari pertama kita semua ni, berlalu dengan baik supaya bila masuk fasa kedua dan ketiga, akan jadi lebih baik🤍🫶✨

Semalam ayam gepuk, harini ayam gepuk lagi😚🫶 Hidup ayam gepuk!
Semalam ayam gepuk, harini ayam gepuk lagi😚🫶 Hidup ayam gepuk!

And last, sebab nak start tulis Beast secara fokus penuh, i'll bring back this and korang boeh predict Waail dalam Beast nanti macam mana. Vince pun kata Waail... raksasa🤗 Sesuailah dengan nickname dia, Beast.

Gigih cari vid ni sebab yaya baru habis baca HUG and spam ws tak rilek HAHAHAHAHA Yang mana belum baca tu, dijemput bacaaa✨✨✨✨

And... korang ingat tak citra sakti😭🫶 YA ALLAH RINDUNYAAAA!!!!! Sepatutnya kan, CS yang saya send sebagai mss yang akan terbit time PBAKL. Tapi saya tersekat dgn max worss yang publisher kasi. CS dah 40K tau tapi saya terpaksa stop tulis sbb saya tak nampak ending cite ni takat 65K je. Ada rezeki, saya akan habiskan CS dan send dekat mana2 publisher. Doakan ada rumah nyaman yang sudi terima Citra Sakti🥹🫶

Niat nak cari vid geng asam laksa tapi terjumpa ni. Ya Allah, nak tulis hawa jiwari tapi masaku padat yakmat😭😭😭

Izinkan saya spam video last year yang rasa mcm baru je share tapi since april 2023 rupanya. Cepatnya masa😭😭😭

Random #JedAdaWidu "Kalau aku cakap yang aku dah lama sukakan kau... kau akan terima aku tak?" Widuri yang mendengar persoalan Jed itu mula tersedak air kelapa. Apa benda mamat ni tiba-tiba sangat? "Kau ni, lama sangat ke single sampaikan nak suka aku?" "Aku tak main-main, Widu. Aku memang sukakan kau." "Heh! Ingat aku nak percaya? Kita berkawan sejak sekolah rendah, Jed. Jangan buat lawak boleh tak?" "Then, kau boleh anggap aku sukakan kau sejak sekolah rendah, sejak pertama kali kita berjumpa." Dahi Widuri berkerut-kerut kerana dia masih tidak percaya dengan apa yang Jed katakan. Ah, kenapa healing-beach- date mereka tiba-tiba berubah macam ni? "Okey, kalau kau betul-betul sukakan aku, jawab soalan aku." "Soalan apa?" "Bagi satu sebab kenapa kau suka aku. Dulu, masa aku bercinta dengan Zafri, dia selalu kata dia suka aku sebab aku cantik. Kau? Kenapa kau suka aku?" Jed terdiam. Kenapa dia sukakan Widuri? Buat pertama kalinya dia menerima soalan itu dan... Jed tiada jawapan. "Tak ada," jawab Jed. "See? Kau tak suka aku pun. Kau just sin---" "Aku tak perlukan alasan untuk sukakan kau, Widu." Laju Jed mencelah bicara gadis itu. "Kenapa aku perlukan alasan untuk sukakan kau? Buatnya satu hari nanti benda yang aku suka dekat kau tu hilang, maknanya rasa suka aku tu pun akan hilang sama. Macam Zafri. Dia suka kau sebab kau cantik. Dia minta putus dengan kau sebab dia jumpa perempuan yang lebih cantik daripada kau. Kan?" Cis! Sempat pula Jed ungkit pasal itu. "Aku tak rasa macam tu. Aku selalu rasa kau cantik, Widu. Tak pernah sekalipun aku rasa kau tak cantik. Tapi, bukan tu alasannya kenapa aku sukakan kau. Aku suka kau sebab aku memang sukakan kau. Suka yang tiba-tiba, suka yang aku nak rasa sampai bila-bila. Dengan kau, aku selalu rasa berbunga-bunga. Bila aku dengan kau, aku rasa bahagia sangat-sangat, Widu. Kau mungkin tak nampak tapi bila kita berdua macam ni, hati aku rasa macam nak pecah sebab teruja sangat boleh ada dengan kau." Terkelip-kelip mata Widuri mendengar bicara panjang lebar Jed. Buat pertama kali dalam sejarah mereka berkawan, baru kali ini Jed bercakap banyak macam pengetua yang bagi ucapan 'sepatah dua' kata. Jed dah confess, aku kena buat apa? Kena gelabahlah!

Idk siapa yang perlu dengar ni tapi, it's okay kalau awak rasa sakit yang seseorang buat dekat awak tu, untuk jangka masa yang lama. Tentang sembuhkan hati, tiada siapa tahu berapa lama masa yang kita perlukan. Perihal jiwa yang sudah lama disakiti, tak perlu paksa dia sembuh secepatnya. Masa untuk sembuh tu, selalu kita sendiri yang berhak tentukan.

Irsa muka tebal Nabhan🤗 #PelangiDanCinta

Random #berbeza "Boleh tak kita singgah kedai Pak Cik Razak tu? Saya teringin nak makan aiskrim la." "Hmm..." Tidak banyak soal, Deedat hanya menurut sahaja apa yang Areej mahu. Sebelum masuk ke simpang rumah mereka, ada mini market Encik Razak. Memanh Areej sering ke sana selepas dia pindah masuk rumah Deedat. "Awak nak apa-apa tak? Saya boleh belikan." Kepala digeleng. Selepas itu, Areej menekan kedua-dua belah pipi Deedat sehingga mulut suaminya muncung sedepa. "Hesy, apa ni, Areej?" Tangan Areej, dikunci lembut. "Oh, boleh bercakap? Ingatkan ada emas dalam mulut awak tu sampaikan tak nak jawab soalan saya guna mulut." "Areej... don't start." "Apa? Salah ke apa yang saya cakap? Awak langsung tak nak bercakap dengan saya, Deedat. Lepas je awak nampak saya dengan Sufi berborak dekat lobi tadi, awak terus ---" Diam. Ketika itu, Areej baru sedar sesuatu. Ditambah pula dengan wajah Deedat yang tiba-tiba berubah merah, Areej yakin tekaannya tidak salah. "Awak cemburu ke, Deedat?" soalnya dengan nada nakal. "No way! Tak ada sebab saya nak cemburu!" Gelabah! "Yes way! Awak cemburulah! Isy, comelnya Encik Deedat Mukhriz ni bila cemburu!" Pipi Deedat dicubit manja beberapa kali. Hendak menepis, Deedat benar-benar malas. Jadi, dia relakan jiwa sajalah. Dalam erti kata lain, Deedat... suka apabila Areej bersikap begini terhadapnya. "Saya beli aiskirm dua bekas ya!" Areej turun dari kereta dengan wajahmya girang tak terkata. Deedat yang melihat tingkah isterinya, mula sembunyi senyum. Tangan juga meraup wajah berkali-kali. "Suka betul dia tengok aku cemburu."

Pagi tadi cam barai gila sbb tidur kul 3 pagi semalam. Pastu masuk kete masa otw gi kerja, terus tidur. Sedar2, ceramah pagi ustaz irfan dah habis🥲 Pastu sbb pagi tadi jammed tak rilek, dengarlah ceramah Ustaz Abdul Somad pulak. Yang ini,saya mamai🥲 tapi dapat tangkap apa yang ustaz sampaikan. Ustaz Abdul Somad kata ; "Jangan biarkan diri bersendirian tanpa bacaan yang baik, kawan yang baik, zikir yang baik. Sebab bila kita bersendirian tanpa hal-hal yang baik, syaitan mudah suruh kita buat 2 perkara. Satu, suruh kita buat jahat. Dua, suruh kita tinggalkan kebaikan." Senang kata, selalu buat diri kita rasa berteman dgn hal² yang baik. Zikir, itu paling mudah untuk kita boleh praktiskan🤍

Tajuk asalnya, Isa Ada Cinta. Tapi sebab sebelum ni dah ada ebook yang guna nama Isa, tukarlah ke Irsa Ada Cinta. Bila sebut-sebut Irsa tu, rasa macam lack something. Terus teringat yang maksud Irsa tu, pelangi. Tajuk final ; Pelangi Dan Cinta. Mula : 18/12/2023, 1002 malam Tamat : 18/3/2024, 0255 pagi PDC, sign off! #PelangiDanCinta

Ouh ye, lupa nak share! Pagi tadi, ustaz irfan cakap lebih kurang macam ni, "Kita sebenarnya paling kuat kena lawan diri sendiri sebab kita yang buat pilihan, kita yang buat keputusan. Jahat kita, kita kena tepis hebat²." Terus rasa tertampar. Sebab betul, at the end of the day, kita bertarung dengan diri kita sendiri. Apa keputusan itu, itu atas kita sendiri. Jadi, semoga kita selalu kuat lawan hal negatif pada diri!

3 bab Biasiswa Cinta, updated! https://www.wattpad.com/1430688356 - Bab 1 https://www.wattpad.com/1430688621 - Bab 2 https://www.wattpad.com/1430688790 - Bab 3 *** "Nama awak apa?" "Dura Ryani. R-Y-A-N-I."

Saya update BC dekat wattpad lambat sikit sebab... Laptop tertinggal dekat kedai buku🥰🥲 Gelepar cari laptop dalam rumah, dalam kereta tapi takdok. So jap lagi nak gi sekolah balik, ambik laptop. Payohnya jadi manusia otak seminit ni🥰

Malam ni saya up bab 1 sampai 3 kalau sempat