Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 050
订阅者
无数据24 小时
-37 天
-1030 天
帖子存档
1 050
Eudaemonia jelah bahagia pun. Masuk cite Adit, Shad, Ifan, ntah pape tsunaminya🥰
1 050
Random : #eudaemonia
“Via dah makan?” soal Juan dengan penuh prihatin.
“Dah…”
Seusai itu, air mata Via tumpah. Terkejut Juan dengan reaksi wanita di hadapannya ini. Kelam-kabut! Segera Juan mengikis jarak mereka. Kemudian, tubuh kecil itu didakap erat. Belakang kepala Via juga dielus lembut.
“Kenapa ni, sayang? Juan ada buat salah dengan Via ke?”
“Bukan salah Juan. Via… Via yang salah sebab tengking Juan semalam. Maaf. Maafkan Via sebab buat Juan macam tak ada perasaan. Maaf sebab Via tak jadi isteri yang baik untuk Juan. Maaf…”
“Shh, sayang cakap apa ni? Via isteri yang baik untuk Juan. Juan beruntung sangat-sangat dapat Via. Sayang janganlah cakap macam ni lagi.”
Selepas puas menangis, pelukan itu terlerai. Juan kemaskan rambut Via yang sedikit serabut.
“Manja juga isteri Juan ni rupanya,” usiknya. Pucuk hidung Via dicuit manja. Kemudian, Juan menongkat kepalanya sambil terus memandang Via.
“Now, tell me. Apa yang Juan boleh buat supaya isteri Juan ni boleh senyum semula?”
“Juan… maafkan Via?” soal si isteri teragak-agak.
***
Scene yang saya tambah dalam versi manuskrip heheheh!
1 050
Random : #Epoch
"Kenapa awak tak pernah cerita dekat sesiapa pasal ni?"
Diam.
Dian tidak tahu alasan apa yang perlu dia berikan sekarang. Kena 'tangkap' dengan Shad macam ini pun, cukup membuatkan Dian buntu.
Kalau Shad bagitahu Zhian, macam mana?
"Dian Aurora, jawab saya."
"Kalau aku cerita pun, kau nak buat apa?"
"Kita cari jalan keluar sama-sama. We will do everything asalkan awak tak sakit macam ni."
"Tapi ni masalah aku, Shad. Tak ada kena-mengena pun dengan kau."
"I love you, Dian Aurora," luah Adit secara tiba-tiba. Dian jadi kaku di tempatnya.
"Cukup kan alasan tu untuk saya jadi manusia yang ada kena-mengena dalam masalah ni?"
***
Shad in his romantic era >>>
1 050
Sejak akhir2 ni, suka buat hero rapuh HAHAHAHAH! Sebab orang lain dah tulis hero kacak, saya nak tulis hero yang mentally unstable pulak🥰
And akan ada satu part, Imaan give up dengan Adit sebab Adit ni manusia gamon(gagal move on) dari Imaan sampaikan Faira rasa cam sakit gila hidup dengan Adit.
Grovel scene Adit >>>
HAHAHAHAHAHAH! Rasa macam tak pernah tulis lagi mana2 cerita yang ada grovel scene. ZA tu pun, tak cukup grovel.
Doakan eudaemonia lulus. Kalau lulus, boleh laju sikit taip Epiphany🤣
1 050
Tiber kan tapi saya rindu beban keluarga series. Dan... Adit maybe sedikit red flag dalam Epiphany🤧
1 050
Random : #Epiphany
"Faira."
"Iya?"
Ifan tarik kerusi dan duduk di hadapan Faira. Wajah jirannya itu dipandang lama.
"Ke... Kenapa kau pandang aku macam tu?"
"Kau tu, betul-betul yakin ke dengan keputusan kau ni? Kau tahu kan sejarah Adit pasal Imaan?"
Balik-balik, mesti isu yang sama. Entah kali keberapa Ifan bangkitkan hal ini sampaikan Faira naik rimas.
"Imaan tu sejarah Adit. Takkan kau tak nak tengok kawan baik kau sendiri bahagia?"
"Adit akan bahagia kalau dia boleh lepaskan masa lalu dia. Tapi kau? Kau boleh ke hidup dengan orang yang masih tersekat dalam masa lalu?"
"Adit sendiri yang ajak aku kahwin, Ifan. Kau tahu tu. Maknanya, dia pun dah mula sayangkan aku."
Gigi diketap. Terasa seperti ingin sahaja Ifan baling pasu bunga ke kepala Faira. Tahulah cinta, tapi takkanlah sampai buta sekali?
"Kau tahu kan cara Adit pandang kau macam mana, Faira?"
Cukup dengan soalan itu, Faira terdiam. Tak semena-mena, ada satu nama yang bergema di dalam kepalanya.
Imaan.
Adit pandang aku sebagai Imaan.
1 050
Sesi #oversharing bermula!
Bezanya Fadh Naaila dengan Waail Nabila, saya sangat suka.
Fadh Naaila lebih kepada 'i love you, you love me but why are we like this' trope.
Tapi Waail Nabila macam 'i dont want you, idiot.' and 'but i'll do anything to make sure that i'm not gonna move on from you.' trope.
Mende aku ngarut pun aku tak tahu tapi gitulah lebih kurang.🥲
Memula Waail in denial phase and berusaha keras tolak Nabila jauh2. Tapi bila Waail sedar dia jatuh cinta dgn Nabila, member lak tak nak move on🥰
Cinta mati ke?
Maybe yes... but not anymore until you guys read Niel x * dgn Vince x Tania☺️
Niel x * ni mcm comfort fluffy love of cinta mati.
Tapi Vince x Tania ni cinta mati yang always 'go die, you fool but whatever happen, we must die together.' 😭😭😭
Penakkkl HAHAHAHAH!
Nama heroin Niel takleh share lagi doe. Spoiler terbesar Hug HAHAHAHAHAH! Yang dah baca Hug, maybe boleh dapat teka siapa cinta mati Niel🥰
Jangan tulis nama tu dekat sini. Nanti gue kerat lu ye🤩
Sekian sesi #oversharing malam ni😚🫶
1 050
Tetiba rasa macam nak tulis cite Waail. Bila takde apa2 deadline, jadi ginilah. Ikut sedak je mood nak tulis cite apa😭😭😭
Harin Beast, seminit nanti tetiba IAC. CS ke, J ke.
Lantak ko lah hana🥲
1 050
Random #Beast : OH
"Hei..."
Waail meraih bahu Nabila yang masih fokus dengan 'kerjanya'. Nak alihkan perhatian, selalu sangat buat macam ni.
Potong bawang.
"It's okay to cry, sayang. Menangis tanpa paksa tu lebih nikmat rasanya."
"Tapi saya benci diri saya bila saya menangis."
"Tak salah pun nak menangis, Nabila. Manusia perlu menangis. Kalau tak menangis, tu maknanya Tuhan dah tarik nikmat kita sebagai manusia."
Bibir Waail terukir senyuman nipis. Lalu, kedua-dua belah tangannya naik mengelus lembut pipi Nabila.
"I'm here, sayang. Beast sentiasa ada untuk Belle. Jadi, saya akan selalu ada untuk awak, Nabila. Walaupun dunia menentang awak... saya pun mungkin akan buat hal yang sama sebab, what did you do sampaikan satu dunia nak menentang awak? Awak bunuh orang penting negara secara live ke?"
Selorohan Waail secara tiba-tiba membuatkan tawa Nabila pecah. Spontan, tangan Nabila naik memegang kedua-dua belah pipi Waail juga.
"Just joking," ucap Waail manja. "Walaupun satu dunia menentang awak sebab awak ada buat salah, saya akan tetap ada di sisi awak, nasihatkan awak dan kita akan sama-sama berubah ke arah yang lebih baik."
"Terima kasih, Waail."
Baru sahaja Nabila mahu jengketkan kakinya untuk mengucup pipi bersih Waail, tiba-tiba...
"Pedih, sayang!"
Nabila lupa. Dia baru sahaja memotong bawang dan sekarang tangannya di pipi Waail.
Ah, sudah!
1 050
Random #Beast : OH
"Tak rasa sayang?"
"Sayang apa?"
"Nak lepaskan semuanya?"
Nabila memandang ke hadapan. Kemudian, satu keluhan berat kedengaran. Naaila yang duduk di sebelah, mula mengukir senyum nipis. Dia tahu, Nabila pasti rasa lelah ketika ini. Memutuskan semuanya dalam keadaan marah hanya akan keruhkan keadaan.
"Aku tak ingat macam mana rasanya ada keluarga, Nabila. Lepas mama dengan papa aku meninggal, aku cuma ada baba. Baba yang jaga aku macam aku ni, nyawa dia. Dengan baba, aku rasa ada keluarga."
"Lebih baik tak payah ada keluarga daripada ada, tapi menyakitkan hati."
Kasar bidasan Nabila namun Naaila tetap senyum.
"Tapi kau ada Basit," jawab Naaila tenang. Dia perasan, riak wajah Nabila mula berubah.
Kelat namun terselit rasa bersalah.
"Waail ada cerita dekat aku yang Basit jarang layan kau dengan baik masa arwah ayah kau ada. Waail pun ada cakap yang masa arwah ayah kau ada, mak kau dengan Maya, layan kau dengan baik. Tapi bila dah jadi macam ni, kau tahu siapa yang lebih ikhlas dengan kau. Basit berkeras nak ada di sisi kau, Nabila. Takkan kau nak tolak kehadiran adik sendiri?"
Naaila hembus nafas berat. "Dulu, aku selalu tolak kehadiran Fadh. Aku rasa, aku ni akan jadi punca kematian dia. Tapi bila Fadh berkeras nak ada dengan aku, aku mula sedar yang dialah paling ikhlas dengan aku. Sejak tu, aku terima kehadiran dia dan hadap semuanya sama-sama. Berseorangan, memang bukan hal yang buruk. Tapi berteman, membuatkan jiwa kita lebih damai."
Bukan niatnya mahu menjadi watak utama ketika ini. Namun, Naaila rasa, tak ada salahnya dia berkongsi tentang apa yang dia pernah rasa. Situasinya mungkin berbeza. Tetapi cara menguruskannya, mungkin sama.
"Aku... kena terima kehadiran Basit ke?"
Jujur, Nabila buntu tentang apa yang dia perlu rasa sekarang. Semuanya berlaku terlalu kejap dan membuatkan dirinya bingung.
"Kalau kau tanya aku, aku tak ada jawapan tu. Yang tahu kau patut terima Basit atau tak, cuma diri kau."
1 050
Random #Beast : OH
"Nabila..."
"Just don't, Waail. Saya tak nak bahas apa-apa pasal ni."
Melihat Nabila yang sengaja sibukkan diri, hati Waail jadi sayu. Dia tahu, hal yang berlaku tadi, memberi kesan kepada isterinya.
"I'll leave you alone, gatito. Saya... ada dekat depan."
Waail tahu, mendesak Nabila dalam keadaan sekarang, bukan cara yang terbaik. Hati isterinya masih terluka. Atau lebih tepatnya, sentiasa terluka. Masakan Waail tega untuk menekan Nabila?
Sebelum keluar, Waail menitipkan beberapa pesan.
"Nabila, luahkan apa yang dipendam tu, tak pernah salah. Tapi meluahkan semuanya di saat kita betul-betul terluka, itu... satu senario yang terburuk. Saya tak salahkan awak. Saya faham keadaan awak. Cuma... saya tak suka bila awak marahkan diri awak sendiri macam ni. Take your time to heal, sayang. Walau seribu tahun lamanya."
Belum sempat Waail mahu keluar setelah berkata-kata, Nabila mula bersuara.
"Stay. I need you to stay, Waail."
1 050
Eccedentesiast ;
(.n) someone who hides pain behind a smile.
Tentang mereka yang sama-sama terluka dalam kekecewaan yang berbeza.
#cokiber #revamp
1 050
Random : cokiber #revamp
Bagasi yang sudah dizip, ditarik menuju ke pintu. Rasanya, tidak lengkap jika dia pergi begitu sahaja.
Kaki menapak mendekati tubuh sang suami yang duduk di birai katil. Nur melutut di atas lantai. Kemudian, tangan kasar itu diraih lalu belakang tangan Qafeel dibawa ke bibir.
"Izinkan Nur pergi, abang."
Kepala diangkat. Mata saling bertaut. Masing-masing menghadiahkan satu pandangan redup berbalut pilu. Qafeel rasa rohnya seperti perlahan-lahan keluar dari jasad.
Apabila Nur membuat keputusan untuk pergi, mampukah dia kembali berdiri? Sedangkan beberapa tahun kebelakangan ini, semuanya sudah cukup sulit untuk dijalani.
Tangan kiri Qafeel mendarat di atas kepala isterinya. Diusap lembut dengan satu rasa menggila di dada.
Mata dipejam. Mutiara jernih mula mengalir perlahan. Memang mereka saling mencintai tetapi cinta yang ada, mula menyakitkan hati.
Qafeel tahu, bukan ini masanya untuk dia bersikap pentingkan diri.
Mata kembali dibuka. Mata Nur yang berubah merah dipandang. Menahan tangis juga, mungkin.
Entah bila lagi masanya mereka akan bertatapan begini, Qafeel tidak tahu. Tetapi yang pasti, dia perlu melepaskan cinta untuk kali ini.
Senyum paksa diukir. Qafeel tidak mahu Nur rasa bersalah. Memang, hatinya sakit. Tetapi hati isterinya ini, jauh lebih menderita dan terluka.
Nafas ditarik dalam-dalam untuk mengumpul kekuatan sambil hati memanjatkan satu doa.
Ya Allah...
"Abang izinkan Nur pergi."
Jagalah cahayaku selalu.
1 050
Random : Isa Ada Cinta.
“Saya boleh bayar sendirilah. Kenapa awak nak kena bayarkan pula?” soal Diyyah dengan nada yang sedikit tidak puas hati.
“Saja. Saya rasa nak belanja seseorang hari ini. Lepas tu pagi tadi, saya ada buat spin wheel. Saya masukkan nama Anas, Kak Rina, Keel, Jed, Ash. Dan semestinya, saya masukkan nama awak sekali. Sebab itulah saya belanja awak.”
“Jadi, nama saya ke yang wheel tu pilih?”
“Tak. Wheel pilih Jed tapi saya tak nak belanja dia. Saya nak belanja awak. Siapa pun nama yang muncul lepas saya spin the wheel tu, saya tetap akan belanja awak.”
#IsaAdaCinta
1 050
Eksperimen cinta dengan tundukkan playboy itu masih available ye. Buyer tak jadi beli.
1 050
Random : Jed Ada Widu
"Jed!"
Ah sudah! Datang dah penggegar jiwa dan raga!
"Hai, Widu..."
Widu tersenyum nipis apabila namanya disebut.
"Sebab nilah aku tak pernah lupa kau, Jed. Kau seorang saja panggil aku Widu. Orang lain, panggil aku Duri."
Widuri Adira.
Gadis bersahaja yang berjaya mendahului carta hati Jed sejak bangku sekolah.
"Mungkin sebab tu Rayfal tinggalkan aku. Sebab perangai aku memang macam duri. Kan?"
Luahan Widu tiba-tiba membuatkan Jed terdiam sesaat.
"Duri tu wujud sebab nak melindungi dirinya sendiri daripada bahaya. Kalau orang tu lari, maknanya dia bahaya untuk awak. Orang yang tepat saja takkan rasa sakit apabila menyentuh duri tu."
Kerana bagi Jed, Widuri yang sedang berdiri di hadapannya ini, tidak pernah menyakitkan hatinya. Semakin dia jatuh cinta, adalah.
#JedAdaWidu
1 050
Random : Keel Ada Qai
"Qai!!! Mana boleh macam ni!"
Buku yang Qai baca, dirampas. Keel pandang teman wanitanya dengan riak sangat tidak puas hati.
"Keel! Qai tengah baca kan! Kenapa ambik buku tu?!"
"Buku ni wishlist Keel dari last month tahu tak? Mana boleh Qai beli lepas tu baca dulu!"
Merajuk!
Bukannya Qai tidak tahu betapa teringinnya dia ingin membeli novel itu. Sudahlah dari Indonesia. Ini pasti beli dengan group order!
"Keel, tahu tak part Qai baca tu, part genting? Rafa tengah marah adik-adik dia!"
Qai panjangkan tangan untuk mengambil kembali novel Indonesia berjudul Our Home itu. Namun sayang, langsung tidak dapat dia capai memandangkan Keel jauh lebih tinggu daripadanya.
"No! Tu part favourite Keel! Isy, Qai ni kan."
"Alah, nanti Qai habis baca, Keel bacalah pula. Nanti kita share pendapat kita pasal buku tu. Okey?"
Tak boleh keras kepala, nanti Keel makin merajuk, susah pula Qai mahu pujuk.
"Betul ni? Jangan kasi spoiler dekat Keel walaupun Keel dah baca AU ni."
Qai tarik senyum.
"Okey!"
#KeelAdaQai
1 050
Btw, tu sekadar cover bodo² jelah sebab bosan tadi sementara ambik mood tulis IAC hshshshsh
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
