Hann's Lavenders 💜
关闭频道
Aᴜᴛʜᴏʀ ᴍɪsᴢʜᴀɴɴ ᴏғғɪᴄɪᴀʟ ᴛᴇʟᴇɢʀᴀᴍ ᴄʜᴀɴɴᴇʟ! @HanaHanisah https://miszhann.carrd.co/ Secret message : http://ngl.link/miszhann 15/2 - annivesary channel!
显示更多1 049
订阅者
无数据24 小时
-27 天
-930 天
帖子存档
1 048
Bukan main rendah diri lagi Farah menjawab soalan Aiden. Aiden tersenyum nipis.
“Layak atau tak itu bukan ada pada awak tetapi pada orang yang rasakan perasaan cinta tu. Saya pun tak pernah rasa saya layak untuk arwah isteri saya. Tapi, bila dia terima saya dengan sepenuh hati dia, terima segala baik buruk saya, itu yang membuatkan saya rasa saya layak berada di samping dia.”
Riak wajah Aiden mula berubah.
Wajahnya jelas menunjukkan dia rindukan si isteri.
Cinta.
Itu yang Farah nampak pada raut wajah Aiden setiap kali lelaki itu menceritakan perihal isterinya.
“Damia sangat mulia hatinya. Dia baik, penyayang, setia. Andai saja saya mampu bahagiakan dia sebelum dia pergi.”
Lama mereka menyepi sebelum Farah mula bersuara.
“Kebahagiaan orang lain itu pula bukan terletak pada diri kita tetapi pada diri mereka sendiri. Mungkin, kita rasa kita tak cukup bahagiakan dia yang telah pergi. Tapi, bila mana kita selamatkan dia daripada kekelaman hidup, itu satu sinar bahagia yang tak mungkin dia lupa.”
Aiden diam dan hanya mendengar segala bait kata yang Farah ucapkan.
“Tak semua bahagia perlu ditunjuk. Tak semua duka perlu disimpan. Walaupun secara mata kasarnya kita melihat dia seperti tak punya rasa, siapa tahu isi hatinya sebenarnya mungkin penuh dengan perasaan berbunga-bunga. Apabila dia yang baik itu ditakdirkan untuk pergi dulu, itu maknanya sudah cukup jasanya pada bumi. Tuhan inginkan dia di sisi, menikmati kebahagiaan yang sudah lama menanti.”
Bergenang air mata Aiden mendengarkan hal itu sambil membayangkan wajah isterinya yang manis.
“Saya yakin yang Puan Damia bahagia sepanjang dia bersama encik. Mustahil untuk tidak merasakan cinta sedangkan dia bersama encik dan Nia selalu sebelum dia menutup mata.
Puan Damia bahagia bersama encik. Nia buktinya. Puan Damia didik Nia untuk jadi seorang anak yang sangat sayangkan ibu bapanya. Setiap hari tak pernah hilang perkataan mama dan papa setiap kali dia berkata-kata. Encik Aiden bertuah sebab encik masih ada Nia sebagai pengubat duka.”
Wajah anaknya yang ceria bermain itu dipandang. Benar apa yang Farah katakan.
Aiden beruntung kerana masih ada Nia di sisi.
Rasa bahagia itu terasa nyata dan sungguh bermakna. Itu hasil cintanya bersama Damia. Nia adalah amanah yang Allah kirimkan. Tidak seharusnya dia melayan Nia dengan dingin dulu.
“Terima kasih Farah sebab sedarkan saya. Betul cakap awak. Saya bertuah sebab masih ada Nia. Dan saya harap, awak pun rasakan hal yang sama.”
1 048
Saya baru sedar saya tak letak sini lagi 3 part terakhir #trencinta . Heheheh! Sabtu saya open google form!
1 048
Then bayangkan ini Eric tgh otw nak pulangkan kostum tu lepas dah buat Eryna happy😭💜
1 048
Saya jadi rindu eric eryna lebih sikit tonight sebab someone send me this video!
COMEL KAN BAYANGKAN TU ERIC TGH OTW KE PUSAT TUISYEN ERYNA ASDFGHJKL KIYOWO NAK MAMPOSSS😭😭😭💜💜💜💜
1 048
https://wa.me/601110728101?text=MISZHANN%20RAMADAN%20SALE
Lai laii! Malam ni untuk cinta series season 1 sahaja! Beli 1 percuma 2
1 048
Outer wear miliknya disarung pada tubuh Syai. Disebabkan bahagian atas pakaian si gadis basah, bajunya melekat di tubuh badan sehingga menampakkan sedikit susuk tubuh.
“Sama-sama. Dan betul. Saya Ad, abang sepupu Tasha. Nama awak?”
"Syairah Qistina. Ad boleh panggil saya, Syai.”
Ad mula tersenyum apabila si gadis memperkenalkan diri. Wajah lembut itu kembali ceria selepas adegan yang tidak menyeronokkan tadi.
“Syai okey? Ada…” Kata-kata Ad tidak disambung. Lupa pula suaranya kurang enak didengar. Nak bermesra pula dengan kawan baik adik sepupunya ini.
“Ada apa? Ad tak nak habiskan ayat?”
Diam. Si jejaka tidak menjawab sebaliknya mula tundukkan kepala lalu mengusap belakang tengkuk. Disebabkan itu, Syai mula faham kenapa. Teringat kisah Ad yang pernah Tasha ceritakan.
“Saya suka dengar suara Ad. Suara Ad macam radio yang ada effect heavy bass. Saya suka. Jadi, Ad tak perlulah rasa tak selesa bila bercakap dengan saya.”
Kata-kata Syai membuatkan Ad terkedu.
Bagaimana si gadis ini tahu apa yang ada di fikirannya? Namun kerana kenyataan Syai juga, Ad mengukir senyuman nipis. Rasa tidak selesanya tadi dihambat pergi.
“Syai ada sakit dekat mana-mana?” Kepala digeleng.
“Tak ada. Nasib Ad sempat sampai. Terima kasih lagi sekali sebab tolong saya.”
Tanpa mereka sedar, Syai dan Ad saling menatap sesama sendiri bagaikan lupa mereka di tempat kerja. Entah kenapa, Ad rasa senang apabila melihat gadis ini seakan-akan selesa dengan dirinya.
Ketenteraman mereka pun terganggu apabila orang ketiga muncul.
“Weh, Ad! Hang buat apa dekat anak dara orang tu? Hang gila ka?”
Teman utara dia sampai dah. Renungan mereka berdua terputus dan terus tertumpu kepada Irfan yang baru tiba.
“Bukan macam tu, encik! Ad tolong saya je. Tadi ada orang simbah saya dengan air sejuk.”
Ad memandang rakannya itu. “Lain kali jangan tuduh.”
1 048
Saja nak imbau kenangan sksksksksksk!
Cuti kan start 19 April en? Dulu kalau dkt maktab dapat cuti mengejut mcm ni, mesti semua rushing call mak ayah bagitahu boleh balik tarikh last sebelum cuti tu hshshshsh!
Pernah sekali tu time pilihan raya, kan PH menang. Pastu dapat cuti esok tu. Saya dkt maktab dah tau time tu. Tapi sbb cuti, call abah weh suruh ambik AHAHAHAHAHAHAHAH NASIB RUMAH DEKAT JE DGN ASRAMA😭😭😭
Fuhhh rindu my good old days yeee. Boleh stay up sampai 3-4 pagi skt asrama, lepak dgn member2, pillow talk sebelum tido, stay up study and many more lahhh🥹🫶
Skrg ni asyik penat 24/7 nak2 sejak jadi dewasa ni. Time diploma stay up buat assignment. Skrg penat kerja, menulis, kerja rumah. Siapa kata adulthood ni best, meh adu lawan. I miss my high school moments 😭
Nak sekolah balik tapi tak nak SPM semula sbb i too *ehem bodo *ehem untuk repeat SPM. Ada A dalam result pun bersyukur dah AHAHAHAHAHAHAH
1 048
Jangan lupa doa dan selawat banyak2 ya malam ni!
Kalau penat sangat, tak a short nap. Lepastu bangun dan cuba solat paling2 2 rakaat.
Semoga kita diberi peluang nak merasa malam lailatulqadr!
1 048
“Saya dah selalu cakap macam tu eh?” Ika garu kepala yang tidak gatal.
“Yup! Selalu sangat cik cakap macam tu. Kalau cik nak tahu, sayalah yang selalu hantar pesanan roti tu. Chocolate crossaint with strawberry milkshake.”
Pesanan Ika disebut lancar. Nampaklah betapa sukanya Ika pada roti itu.
“Hehe! Terima kasih. Erm, nama awak apa?” soal Ika ramah.
“Nama saya Haq. Nama cik baki simpan?” Ika tertawa kejap sebelum dia menjawab soalan Haq.
Cik baki simpan?
“Zulaikha Amani. Awak boleh panggil saya Ika.”
“Cantik nama cik baki simpan.” Sempat Haq memuji sebelum dia membuka bicara lebih lanjut.
“Cik Ika belajar lagi?” .
“Ya, saya belajar lagi. Ini dah semester akhir. Tengah siapkan kajian mini. Oh ya! Janganlah panggil saya cik. Panggil Ika je.”
“Baik, Ika je.”
Haq tertawa kejap dengan bidasan jawapan Ika. Ada-ada sajalah cik baki simpan ini.
“Comellah awak ni, Haq. Mata awak mesti senyum sama bila awak senyum.”
Kepala yang masih disarung helmet, digaru. Haq rasa sedikit segan apabila Ika menegurnya. Bijak gadis ini meneka bahawa si jejaka sedang tersenyum sedangkan wajah Haq ditutup dengan kain sehingga paras hidung.
Nampak macam purdah pun ada. Maklumlah, cuaca panas. Debu di jalan juga boleh menyebabkan kulit jadi gatal. Disebabkan itulah kebanyakan penghantar makanan akan menutup separuh wajah mereka menggunakan kain nipis.
Lama mereka berdua bersembang sehinggalah pesanan baru masuk ke telefon Haq.
“Ada pesanan baru masuk. Saya pergi dulu, cik baki simpan!”
“Hati-hati bawa motor, mister eye smile!”
1 048
https://twitter.com/zphinx21/status/1645633685897752579?t=npesNGp6KW1SwwUrR3m2VA&s=19
Hai guys!
This is special for nctzen/malayzen. Kalau ada yang berminat, boleh reply dkt tweet ni ya!
1 048
Membulat mata Nur apabila mendengar balasan Qafeel. Sah, kali ini Qafeel sahih gila!
Tak sempat Nur mahu melangkah pergi, Qafeel mencabar gadis itu.
“Kalau awak tak cakap ya, saya akan jerit dekat sini. Biar semua orang tahu yang saya dah jatuh cinta dengan awak.”
“Qafeel!”
Senyuman di bibir lelaki itu melebar. Dia mengurangkan jarak mereka berdua.
“Ya, sayang?”
Rasa marah di dada, ditahan sebaik mungkin. Tidak mungkin juga Nur mahu memalukan Qafeel di hadapan semua orang.
Ikutkan hati, mahu saja Nur menengking lelaki ini. Suka pun, suka juga. Marah tetap marah ya!
“Nak apa?” soal Nur sambil menahan bengang.
“Nak awak.”
“Kau cakap apa ni, bang? Gelilah aku dengar!”
“Saya serius ni, Nur. Saya nak awak. Awak nak saya tak?”
Terkebil-kebil Nur memandang Qafeel atas bawah. Lelaki di hadapannya ini, sedar ke tidak apa yang sedang diucap?
“Kau ada pergi minum arak ke, bang? Ke kau telan mana-mana ubat sampai overdose? Itu yang mabuk semacam ni?”
Qafeel tersenyum nipis lalu dia ketawa kecil. Ini satu sikap Nur yang paling Qafeel suka.
Nur tak pernah cuba untuk menarik perhatiannya. Semakin Qafeel mendekat, semakin kasar bicara gadis ini.
Qafeel suka.
“You are my drugs, Nur Sayang Ameena.”
“Ish! Jangan main-mainlah, bang! Aku tak suka.”
1 048
Cam besa, nak keluarkan draft dalam kepala ni dulu. Serabut AHAHAHAHAH!
Doakan H diterima terbit ya! Boleh baca cerita Vince cepat2 hehehehe🫶
1 048
Okay tahu hrini mcm oversharing gila bapak tapi saja nok kabo yang saya dah ada idea untuk cinta series season 4 book 10&11 😭😭😭
Season 3 pun tak siap2 lagi, otak aku ni sibuk nak pikir season 4 punya😭😭😭
Season 4 ni vibe mcm beban keluarga series, au vibes.
BC - Saya suka sbb hero dia suka budak2 asfghjkl eiii nyomel
KC - Heroin tua setahun dua dri hero asdfghjkl first time tulis cite hero muda ehehehehe
Hmmm cukup ah tu kot en nak cite lebih2 sangat pun citenya tak wujud pun lagi AHAHAHAHAHA
BILA MMB NAK SIAP GINI GAYA 😭😭😭
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
