956
订阅者
无数据24 小时
-97 天
-10330 天
帖子存档
Oleh kerana RSI jenis indicator yang lagging, ia juga mempunyai kelemahannya
tersendiri. Pergerakkan pasaran yang mengejut dan kuat boleh memberi kesan yang kuat kepada RSI dan ia mungkin memberi “false” signal.
1.Perkongsian dari Babypips
Relative Strength Index(RSI) RSI
secara basic ialah indicator yang memberitahu kita momentum atau kekuatan sesuatu pergerakan/trend market. Dibawah ialah formula untuk mengira RSI.
picture14.jpg
Seperti indicator indicator
lain, semua kiraan akan dibuat oleh program graf secara automatic.
RS = purata bilangan hari yang “close” dengan keuntungan / purata bilangan hari yang “close” dengan kerugian.
RSI mempunyai bacaannya, iaitu 0 – 100. Sesuatu trend selalu dianggap “overbought” oleh traders apabila bacaan di RSI menunjukkan 70 keatas, dan “oversold” apabila RSI menunjukkan 30 kebawah.
Alhamdulillah baru hari ni channel dibuka sambutan traders semua amat terbaik dah mencecah 750 followers.TQ😊👍
Pasaran forex adalah global dan dibuka 24 jam sehari pada hari bekerja:
Ia dibuka pada jam 0:00 CET (GMT + 2) pada hari Isnin
Ia ditutup pada jam 22:00 CET (GMT + 2) pada hari Jumaat
Ia ditutup pada hari Sabtu dan Ahad kerana kebanyakan bank-bank ditutup dan kecairan adalah rendah
Terdapat empat sesi perdagangan mengikuti rantau:
Asia – Tokyo, Hong Kong dan Singapore
Eropah – Frankfurt dan London
Amerika – New York dan Chicago
Pasifik – Wellington dan Sydney
Setiap sesi mempunyai ciri-ciri unik, anda perlu memahami untuk mendapatkan yang terbaik daripada setiap pasaran.
Asia
Pasangan mata wang yang paling aktif didagangkan pada sesi ini adalah seperti berikut:
USDJPY – Dolar US kepada Yen Jepun
EURUSD – Dolar US kepada Euro
EURJPY – Euro kepada Yen Jepun
AUDUSD – Dolar Australia kepada Dolar US
Eropah
Ini adalah sesi yang aktif, dan turun naik kadar pertukaran yang ketara mungkin berlaku kerana jumlah dagangan instrumen kewangan yang berasas Euro:
Volatiliti meningkat apabila pasaran London dibuka
Aktiviti berkurangan pada tengah hari
Aktiviti meningkat lagi pada petang
Amerika
Dagangan forex yang paling aktif bermula apabila New York membuka dan peniaga Eropah kembali dari makan tengah hari. Sesi Amerika mempunyai ciri-ciri berikut:
Volatiliti adalah rendah kerana bank-bank Amerika dan Eropah mempunyai tahap pengaruhan yang setaraf
Volatiliti boleh meningkat apabila pasaran Eropah tutup – terutamanya pada hari Jumaat
Perdagangan adalah agresif
Pasifik
Perdagangan adalah sunyi pada sesi Pasifik.
Bila pasaran dibuka?
Semua masa yang dipaparkan adalah CET (GMT + 2).
Jadual sesi perdagangan:
Rantau Bandar Buka Tutup
ASIA Tokyo 1:00 9:00
Hong Kong 2:00 10:00
Singapore 1:00 9:00
EROPAH Frankfurt 7:00 15:00
London 8:00 16:00
AMERIKA New York 14:00 22:00
Chicago 15:00 23:00
PASIFIK Wellington 21:00 5:00
Sydney 21:00 5:00
InsyaAllah jom sama-sama buat yang terbaik,Tidak ada Hero antara kita,Kita sama-sama belajar
inshaAllah perkongsian ilmu asas trade menggunakan OHLC juga akan dikongsikan Terima kasih semua.Kami akan simplekan Asas Sahaja kita mampu melakukan trading secara santai.Semuanya berkenaan risk dulu..dan tiada teknik hollygrail yg dikongsikan.Cuma cara dan bagaimana menggunakan asas teknik ini akan dikongsikan semuanya secara PERCUMA
Satu candle sudah cukup untuk meraih profit. Itulah philosofi para trader jangka panjang. Mereka hanya mengharapkan profit dari satu buah candle sahaja namun dengan banyak point yang didapati. Time frame yang biasanya digunakan itu minima untuk 1 hari. Namun bagi kita para intraday trader pun boleh melakukan seperti mereka, kita boleh meraih banyak persent in point (pip) dengan membidik candle tf h1, h4 & daily.
Ada 3 teknik atau cara untuk membaca satu candle berikutnya itu adalah seperti:
1. Teknik membaca tenaga candle
Kita boleh membaca arah candle selanjutnya dengan melihat tenaga candle sebelumnya . Karena pada kebiasaannya adalah bahwa jika tenaga candle sebelumnya besar maka arah candle selanjutnya adalah sama sebagai kesinambungan wujudnya dari tenaga yang berbaki yang perlu dihabiskan.
Tenaga sebuah candle ini sebenarnya diukur dari volumenya. Ertinya jika sebuah candle memiliki volume besar maka normalnya panjang badan candle pun besar sebagai bentuk pemanfaatan tenaga itu. Mungkin kita boleh membayangkan sebuah kendaraan yang memiliki bahan bakar (petrol) yang banyak, kendaraan ini akan mampu menempuh jarak yang jauh. Berbeza sekali jika bahan bakarnya (petrol) hanya sedikit , mungkin hanya mampu menempuh jarak yang pendek sahaja .
Oleh kerana itu kita boleh mengambil kesimpulan :
Jika candle sebelumnya memiliki tenaga besar namun badannya pendek maka ini bererti tenaganya belum digunakan atau terjadi penyumbatan tenaga. Sehingga candle seterusnya akan meledak membentuk candle body yang panjang.
Jika candle sebelumnya memiliki tenaga besar dan badan candle juga besar, maka ini bererti tenaganya telah digunakan . Sehingga candle selanjutnya masih tetap searah dengan tenaga candle sebelumnya namun panjang body candle selanjutnya akan lebih pendek.
2.Teknik membaca posisi candle pada market volatile
Selain dengan ukuran volumenya, arah candle berikutnya juga biasa boleh dilihat dari posisi candle itu sendiri. Candle pada market yang volatile tenaganya lebih besar dari candle yang berada pada market yang sideways atau pasar-pasar kecil. Sehingga pada market yang volatile badan candle biasanya lebih panjang.
Aturan pemanfaatan tenaga yang membentuk panjang badan juga berlaku pada posisi candle di market yang volatile . Anda boleh membayangkan apakah mungkin ditengah kondisi volatile candle yang pendek adalah sebuah bentuk untuk pelemahan trend? Apakah mungkin pada saat pasaran sedang ghairah mudah untuk ia berbalik mengikut arahan?
Jawabannya tidak mungkin. Oleh kerana itu jika anda melihat candle pendek (spining top atau doji) setelah candle panjang pada volatile tinggi, itulah peluang untuk terjadinya candle panjang.
3. Teknik membaca candle pada hujung trend
Hujung sebuah trend adalah area yang sangat berpotensi terjadinya pembalikan arah. Oleh kerana itu biasanya sebuah hujung trend terjadi pada area yang sangat jenuh. Tanda-tanda pasaran akan berbalik arah adalah munculnya perlawanan dan percubaan balik arah dalam bentuk shadow candle.
Jadi, jika anda melihat sebuah candle dengan panjang ekor sama dengan atau lebih besar dari panjang body dan terjadi diarea jenuh, maka itu menunjukan bahwa pada candle tersebut telah terdapat perlawanan . Oleh karena itu arah candle selanjutnya akan berlawanan dengan arah trend yang sedang terjadi.
Itulah beberapa teknik OHLC membaca satu candle berikutnya. Semoga bermanfaat
JIKA SETAKAT INI TUAN-PUAN PEROLEH SEDIKIT ILMU , MAKA SHARE LA LAGI CHANNEL NI DENGAN PERKONGSIAN LEBIH DARI KAMI.TQ
Tuan-tuan boleh add rakan atau bg link Group ini kepada Rakan-rakan semoga sangat berguna untuk semua
https://t.me/joinchat/AAAAAEPI8wndPBPP-yHrmA
ESOK AKAN ADA PERKONGSIAN BASIC SnR dari tuan Dollah utk tajuk tersebut dan sambil-sambil kami akan selit Nota-nota yg sudah diterjemahkan utk rujukan semua
