956
订阅者
无数据24 小时
-97 天
-10330 天
帖子存档
6 lagi mohon yg berminat boleh pm @LemonT, jangan risau kelas percuma akan diteruskan
Salam yang mana dah clear payment belum dimasukkan ke group tolong pm @LemonT malam ni.sbb ada privacy term tele xboleh invite ke group
3 Peraturan Utama atau Kardinal Teori Elliott Wave
Apabila anda menganalisis pasaran dan mencuba untuk melabel gelombang, terdapat tiga peraturan utama yang tidak boleh dipecahkan. Jika anda gagal untuk melabelkan gelombang dengan betul, akibatnya boleh menjadi bencana kepada akaun anda.
Peraturan Utama Nombor 1: Gelombang 3 TIDAK boleh menjadi gelombang impuls terpendek
Peraturan Utama Nombor 2: Gelombang 2 TIDAK boleh melampaui tahap permulaan Gelombang 1
Peraturan Utama Nombor 3: Gelombang 4 TIDAK boleh beralih ke kawasan harga yang sama kepada Gelombang 1
Siri-siri Kategori Gelombang (Wave)
Teori Elliott Wave menerangkan tentang siri gelombang dengan nama yang berbeza, skala bermula dari yang terbesar kepada yang terkecil. Nama-namanya adalah:
Grand Supercycle
Supercycle
Cycle
Primary
Intermediate
Minor
Minute
Minuette
Sub-Minuette
Oleh kerana terdapat gelombang yang berada di dalam satu gelombang yang lain, kita boleh mengenal pasti mana satu kategori yang kita akan kesan melalui nama-nama di atas. Untuk menggunakan Teori Elliot Wave dalam dagangan seharian, seorang pedagang harus mengesan jenis gelombang yang utama atau supercycle, kemudian membuat belian (long) atau jualan (short) apabila corak di bahagian akhir hampir terbentuk dan pembalikan bakal berlaku.
Triangle Bentukan
Pembentukan segitiga adalah salah satu corak pembetulan (corrective) di mana ia terikat dengan sama ada penumpuan atau kecapahan (converging or diverging) baris-baris trend. Formasi segitiga adalah dibentuk oleh 5 gelombang, ia bergerak melawan trend dalam pergerakan lingkungan (sideways). Segi tiga ini sama ada boleh berbentuk menurun, menaik, mengembang atau simetri.
Formasi Rata (Flat)
Dalam jenis pembentukan ini, gelombang umumnya adalah pada keadaan yang sama panjang. Gelombang B (wave) akan beralih arah (reverse) keapda pergerakan gelombang A, manakala gelombang C membalikkan semula pergerakan gelombang B. Mereka tidak sentiasa sama, kadang kala gelombang B boleh bergerak melampaui atau melebihi gelombang A.
Pembentukan Zig-Zag
Satu pembentukan zig-zag adalah pembentukan satu pergerakan yang sangat curam atau mendadak pada harga. Pergerakan mendadak ini biasanya bertentangan dengan kecenderungan dominan (predominant). Berikut adalah beberapa ciri-ciri kebiasaan kepada pembentukan zig-zag: - Gelombang B (Wave B) sering menjadi yang terpendek, berbanding dengan A dan C. - Zig-zag boleh berlaku dua kali atau tiga kali dalam satu pembetulan (correction).
Elliot mengatakan dalam teori beliau bahawa terdapat 21 pembetulan (corrective) corak ABC (seperti yang dilihat di atas), yang terdiri daripada tahap mudah ke tahap kompleks. Anda tidak perlu belajar kesemuanya. Ia adalah penting untuk memahami hanya kepada tiga formasi mudah, iaitu; ziz-zag, formasi rata (the flat) dan pembentukan segitiga (triangle).
Baiklah, sekiranya kita boleh melihat dengan jelas lima gelombang yang berasingan ini. Nombor ganjil, 1, 3 & 5 melanjutkan trend dalam harga, manakala gelombang bernombor genap, 2 & 4, bergerak berlawanan terhadap trend harga. Selepas lima gelombang trend menaik awal ini, kebiasaanya terdapat pembalikan (reversal) yang dipanggil countertrend, seperti yang anda dapat lihat di bawah:
Asas Teori Elliot Wave
Elliot menunjukkan kepada kita bahawa tren pasaran bergerak dalam 5 - 3 corak gelombang. Beliau memberikan nombor kepada gelombang ini daripada satu sehingga lima. Gelombang bernombor ganjil dipanggil impuls, dan gelombang bernombor genap dipanggil pembetulan (corrections). Berikut adalah contoh:
ELLIOT WAVE TEORI
Dalam tahun 1920-an, seorang lelaki dengan nama Ralph Nelson Elliot telah menerbitkan sebuah buku bertajuk The Wave Principle. Dalam buku ini terdapat analisis pasaran saham berusia 92 tahun yang bernilai, ia digabungkan dengan bukti-bukti yang beliau harapkan akan membuktikan teori beliau bahawa pasaran diniagakan dalam kitaran secara berulang-ulang. Beliau menamakan perubahan ayunan atas dan ayunan bawah sebagai "gelombang" (waves) harga dan menjelaskan bahawa perubahan ini adalah disebabkan oleh pengaruh luar dan psikologi pelabur.
