ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧

前往频道在 Telegram
1 349
订阅者
无数据24 小时
+27 天
+1230 天
帖子存档
🛡️ PROGRAM SAFE KPM|HENTIKAN BULI, BINA SEKOLAH SELAMAT! 💙 🏫 Sekolah yang selamat bermula dengan sikap saling menghormati,
🛡️ PROGRAM SAFE KPM|HENTIKAN BULI, BINA SEKOLAH SELAMAT! 💙 🏫 Sekolah yang selamat bermula dengan sikap saling menghormati, prihatin dan bertanggungjawab. 🌟 4 Nilai Penting untuk Membanteras Buli 🛡️ SELAMAT – Wujudkan persekitaran sekolah yang bebas daripada buli. 🔒 AMAN – Hormati hak, maruah dan perasaan setiap rakan. 🎯 FOKUS – Utamakan pembelajaran dan tingkah laku positif. ❤️ EMPATI – Fahami perasaan orang lain dan hulurkan bantuan kepada mangsa buli. 🤝 Katakan TIDAK kepada buli! Setiap murid berhak belajar dalam suasana yang selamat, aman dan harmoni. 👩‍🏫 Guru, ibu bapa dan murid perlu berganding bahu membina budaya sekolah yang penyayang, inklusif dan bebas daripada keganasan. 🌱 Tahun Ini, Tahun Kita! 👩‍🏫 Guru Bitara Nadi Negara 🔔 Jom sertai 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧! 🌱 Ilmu dikongsi, manfaat dinikmati bersama.

📢 MAKLUMAN PENDIDIKAN JOHOR|SEKOLAH BEROPERASI SEPERTI BIASA 🏫 📅 Isnin, 26 Oktober 2026 📚 Semua sekolah di negeri Johor a
📢 MAKLUMAN PENDIDIKAN JOHOR|SEKOLAH BEROPERASI SEPERTI BIASA 🏫 📅 Isnin, 26 Oktober 2026 📚 Semua sekolah di negeri Johor akan beroperasi seperti biasa pada tarikh tersebut. 👨‍👩‍👧‍👦 Ibu bapa dan penjaga diminta memastikan anak-anak bersedia untuk hadir ke sekolah seperti biasa. 📲 Sebarkan makluman ini kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan agar informasi pendidikan dapat dikongsi bersama. 📌 Ikuti perkembangan dan makluman pendidikan terkini melalui saluran rasmi. #InfoPendidikan #Johor #SekolahJohor 🔔 Jom sertai 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧! 🌱 Ilmu dikongsi, manfaat dinikmati bersama.

📝 PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR SPM 2026 📚 Calon diingatkan untuk hadir mengikut tarikh, hari dan sidang yang telah ditetapkan
📝 PELAKSANAAN UJIAN BERTUTUR SPM 2026 📚 Calon diingatkan untuk hadir mengikut tarikh, hari dan sidang yang telah ditetapkan serta mematuhi semua arahan sepanjang pelaksanaan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2026. 📌 Perhatian kepada semua calon: ✅ Hadir mengikut jadual yang ditetapkan. ✅ Patuhi arahan guru dan pihak sekolah. ✅ Ikuti prosedur ujian dengan tertib. ✅ Berikan yang terbaik dan kekal yakin! 🎯 Semoga semua calon dipermudah urusan, diberikan keyakinan dan memperoleh kejayaan cemerlang! 🌟 Tahun Ini, Tahun Kita! 👩‍🏫 Guru Bitara Nadi Negara 🔔 Jom sertai 𝐂𝐡𝐚𝐧𝐧𝐞𝐥 𝐏𝐞𝐫𝐤𝐨𝐧𝐠𝐬𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐟𝐨𝐫𝐦𝐚𝐭𝐢𝐨𝐧 𝐏𝐞𝐧𝐝𝐢𝐝𝐢𝐤𝐚𝐧! 🌱 Ilmu dikongsi, manfaat dinikmati bersama.

📢 PROMOSI LALUAN CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) 🌟 Guru Berkualiti, Pemacu Pendidikan Maju! 🌟 Pejabat Pend
📢 PROMOSI LALUAN CEMERLANG PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP) 🌟 Guru Berkualiti, Pemacu Pendidikan Maju! 🌟 Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya ingin berkongsi maklumat berkaitan Laluan Cemerlang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) sebagai panduan kepada para guru yang berhasrat untuk meningkatkan kecemerlangan kerjaya dalam bidang pendidikan. 📌 Apa yang perlu anda tahu? 🔴 Laluan TBK (Siswazah) Tempoh kenaikan gred sehingga DG14 adalah selama 25 tahun. 🔵 Laluan Guru Cemerlang (GCPC – Siswazah) Tempoh kenaikan gred sehingga DG14 adalah selama 14 tahun. 📊 Kaedah penilaian: ✅ Pencapaian PdP ✅ Semakan dokumen ✅ Pembentangan calon ✅ Pemerhatian dan temu bual 🏆 Kriteria penilaian: 🎓 Akademik – 10% ⚙️ Kompetensi – 20% 📄 Markah PBPPP – 40% 💼 Pengalaman – 5% 👥 Pemantauan – 25% 💡 Ayuh, rebut peluang untuk terus berkembang, tingkatkan kompetensi dan buktikan kecemerlangan dalam profesion keguruan! Laluan kerjaya yang terancang mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan profesionalisme guru serta peningkatan kualiti pendidikan negara. 📲 Imbas kod QR pada infografik untuk menghadiri sesi bimbingan dan mendapatkan maklumat lanjut. Bersama-sama kita melahirkan warga pendidik yang berkualiti demi pendidikan yang lebih cemerlang! Pejabat Pendidikan Daerah Barat Daya

📍 Pernah cuba aplikasi TuJu? Kerajaan menggalakkan penggunaan TuJu, aplikasi navigasi tempatan yang dibangunkan oleh Lembaga
📍 Pernah cuba aplikasi TuJu? Kerajaan menggalakkan penggunaan TuJu, aplikasi navigasi tempatan yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), sebagai alternatif kepada Waze. Menurut Perdana Menteri, langkah ini mengambil kira keselamatan maklumat dan data pergerakan rakyat. Sudah guna TuJu? Kongsikan pengalaman anda! 👇 Sumber: Astro AWANI / Bernama, 20 Oktober 2026.

📢 Ibu bapa dan calon MRSM sesi 2027, catat tarikh penting UKKM dan Ujian Khas! 📌 Tingkatan 4 Semakan: 23 Oktober – 3 Disemb
📢 Ibu bapa dan calon MRSM sesi 2027, catat tarikh penting UKKM dan Ujian Khas! 📌 Tingkatan 4 Semakan: 23 Oktober – 3 Disember 2026 Ujian: 2 – 15 November 2026 📌 Tingkatan 1 Semakan: 13 November – 3 Disember 2026 Ujian: 18 November – 3 Disember 2026 🔗 Pautan semakan: Tingkatan 1: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf1 Tingkatan 4: https://mrsm.mara.gov.my/semakanukkmf4 ⚠️ Rujuk kategori calon dalam poster. Hadir mengikut jadual yang ditetapkan kerana pertukaran tarikh, masa dan pusat ujian tidak dibenarkan. Simpan dan kongsikan kepada ibu bapa yang berkaitan. Ikuti Malaysia Mendidik untuk perkongsian pendidikan. Sumber: Majlis Amanah Rakyat (MARA) #MalaysiaMendidik #MRSM2027 #MARA #UKKM #UjianKhas #PendidikanMalaysia

📝 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀
📝 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐘𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐄𝐌𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐍𝐆𝐒𝐀𝐀𝐍 𝐀𝐓𝐀𝐔 𝐍𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐏𝐑𝐎𝐅𝐄𝐒𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐐𝐔𝐀𝐋𝐈𝐅𝐈𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐅𝐎𝐑 𝐄𝐃𝐔𝐂𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐋𝐄𝐀𝐃𝐄𝐑𝐒 (𝐍𝐏𝐐𝐄𝐋) 𝐀𝐌𝐁𝐈𝐋𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟕 SEMAKAN SURAT JEMPUTAN PENTAKSIRAN BOLEH DI BUAT MULAI 📅 15 Oktober 2026 | 10.00 pagi Cetak surat jemputan pentaksiran di laman web https://tls.moe.gov.my dan sediakan dokumen yang dinyatakan untuk menghadiri pentaksiran.

ℹ️ GARIS MASA URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) TAHUN 2027 Jemaah Nazir berkongsi garis masa ur
ℹ️ GARIS MASA URUSAN PEMANGKUAN GURU CEMERLANG DAN PENSYARAH CEMERLANG (GCPC) TAHUN 2027 Jemaah Nazir berkongsi garis masa urusan pemangkuan GCPC Tahun 2027 sebagai panduan kepada semua calon yang berhasrat memohon. 📌 Calon disarankan agar mengambil perhatian terhadap tarikh-tarikh penting serta memastikan setiap urusan dilaksanakan mengikut ketetapan. 🌟 Selamat maju jaya kepada semua bakal Guru Cemerlang dan Pensyarah Cemerlang! Tarikh adalah tertakluk pada perubahan semasa.

PM2.5: HABUK HALUS YANG BOLEH SAMPAI KE DALAM DARAH, MALAH DIKESAN PADA ORGAN JANIN. Bila jerebu melanda, kita biasanya risau
PM2.5: HABUK HALUS YANG BOLEH SAMPAI KE DALAM DARAH, MALAH DIKESAN PADA ORGAN JANIN. Bila jerebu melanda, kita biasanya risau apabila mata mula pedih, tekak terasa perit dan dada menjadi sesak. Tetapi ada sesuatu yang jauh lebih membimbangkan tentang udara yang sedang kita sedut. Zarah pencemaran yang paling kecil mungkin langsung tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Ia dikenali sebagai PM2.5. . APA SEBENARNYA ADA DALAM PM2.5? PM2.5 bukan sekadar debu atau habuk biasa. Ia merupakan campuran zarah halus yang boleh mengandungi jelaga daripada pembakaran, bahan karbon, sulfat, nitrat, logam berat seperti plumbum dan arsenik, serta sebatian organik toksik. Kandungannya bergantung pada punca pencemaran. Asap kebakaran hutan, pembakaran sampah, pelepasan kilang dan asap kenderaan menghasilkan campuran pencemar yang berbeza. . APA BEZANYA DENGAN PM10? PM10 merangkumi zarah dengan diameter sehingga 10 mikrometer, manakala PM2.5 berdiameter 2.5 mikrometer atau lebih kecil. Sebagai gambaran, sehelai rambut manusia mempunyai diameter sekitar 50 hingga 70 mikrometer. PM10 boleh memasuki saluran pernafasan dan paru-paru. Namun, PM2.5 yang lebih kecil mampu menembusi lebih jauh sehingga ke alveoli, iaitu kantung udara halus tempat pertukaran oksigen berlaku. Dan di sinilah masalahnya bermula. . SEJAUH MANA ZARAH INI BOLEH PERGI? Apabila PM2.5 sampai ke bahagian terdalam paru-paru, ia boleh mencetuskan keradangan dan tekanan oksidatif. Kesan ini tidak semestinya terhenti pada paru-paru sahaja. Keradangan tersebut boleh mempengaruhi salur darah dan jantung. Malah, kajian menunjukkan sebahagian zarah yang sangat kecil, khususnya zarah bersaiz nano, boleh menembusi ke dalam peredaran darah. Pendedahan kepada PM2.5 telah dikaitkan dengan peningkatan risiko serangan jantung, strok, penyakit paru-paru kronik dan kanser paru-paru. . PENEMUAN KAJIAN YANG LEBIH MEMBIMBANGKAN. Pada tahun 2022, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal The Lancet Planetary Health melaporkan penemuan zarah black carbon, iaitu jelaga daripada pencemaran udara, dalam sampel darah tali pusat dan tisu janin. Zarah tersebut turut dikesan dalam sampel hati, paru-paru dan otak janin. Penemuan ini penting kerana ia menunjukkan bahawa sesetengah zarah pencemaran boleh merentasi plasenta semasa kehamilan. Walaupun kajian tersebut tidak membuktikan bahawa setiap zarah yang dikesan menyebabkan kerosakan organ, ia memberikan satu amaran penting tentang potensi pendedahan pencemaran udara terhadap bayi yang masih berada dalam kandungan. . Ketika jerebu, kurangkan aktiviti luar, terutama aktiviti fizikal lasak. Kurangkan kemasukan udara tercemar ke dalam rumah, gunakan penapis udara HEPA jika ada, dan pakai pelitup muka N95 yang sesuai apabila perlu keluar dalam keadaan udara berasap. . Kita mungkin hanya nampak asap di langit. Tetapi kesan pencemaran udara boleh berlaku jauh lebih dalam daripada apa yang mampu dilihat oleh mata. Paru-paru bukan satu-satunya organ yang perlu kita lindungi ketika jerebu. PUBLIC HEALTH MALAYSIA #PublicHealthMalaysia #Jerebu #PM25 #PencemaranUdara #KesihatanAwam

ℹ️ PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JOHOR DILANJUTKAN, DENGAN PENGECUALIAN TERHAD BAGI PEPERIKSAAN TERTENTU YB DR. MUHAMMAD
+2
ℹ️ PENUTUPAN INSTITUSI PENDIDIKAN DI JOHOR DILANJUTKAN, DENGAN PENGECUALIAN TERHAD BAGI PEPERIKSAAN TERTENTU YB DR. MUHAMMAD NAQIB BIN MD GHAZALI Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor ADUN Panti