Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 305 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 965,并在 马来西亚 地区排名第 2 355 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 305 名订阅者。
根据 15 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -126,过去 24 小时变化为 -5,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.63%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 755 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 16 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 305
订阅者
-524 小时
-237 天
-12630 天
帖子存档
16 303
Kerja Kita IbuAyah Belum Selesai, Sampai Tutup Mata
Saya tahu, sebagai #IbuBapaKini di zaman baru ini set cabarannya lain dan unik.
Namun satu yang tak pernah tinggal dalam kamus keibubapaan dari dulu hingga kini, zaman batu hingga zaman konkrit ialah PENGORBANAN.
Dari awal sewaktu bujang kemudian melangkah ke alam rumahtangga, mengandung dan peroleh anak (alam keibubapaan), sangat banyak kerja / tugas dan pengorbanan yang telah kita lakukan setiap saat tanpa sedar.
Unik bukan, kita dah laluinya pun 🙂
.
Tiada yang mudah, tiada yang percuma, tiada yang sepenuhnya pelangi indah, ada aja hujan panasnya, mendungnya, petir guruhnya dan cuaca damai nyamannya juga.
Bila kita rasa susah, kita tahu ada orang lain yang lebih susah dari kita.
Bila kita rasa atau fikir kita tiada kasut mahal yang selesa, ada orang tiada kaki pun untuk pakai kasut mahupun selipar.
Kita tiada suami di sisi sebab pjj atau berpisah hidup atau mati, kita lupa kita ada contoh Maryam yang tiada pernah berkahwin pun dan perlu melahirkan Nabi Isa a.s. dalam suasana kecaman masyarakat;
Juga model Siti Hajar yang seorang diri di padang pasir luas, tiada jiran, kehabisan makanan dan minuman dengan bayi kecilnya Nabi Ismail a.s. yang kelaparan dan kehausan.
ataupun kita ada suami yang kita kita keluh kesah dan rasa dia kejam sebab dia tak membantu kerja rumah,
Namun kita lupa kita ada contoh Asiah, isteri kepada Firaun yang jauh lebih kejam, malah sangat angkuh dan mengaku diri Tuhan, namun beliau tetap bersabar dan tetap beriman kepada Nya..
.
Allah, apalah sangat ujian kita, kan?
.
BILAKAH AKAN BERAKHIR KESUSAHAN ATAU UJIAN HIDUP KITA?
Saya selalu berkata betapa kita ada hari yang bertukar ganti setiap hari, siang - malam - siang kembali ; cerah - gelap - cerah kembali, menunjukkan yang kita takkan pernah tiada harapan atau hari baru (bila rasa hari hari kita gelap sentiasa belum muncul siang - saya pernah rasa begini),
betapa ia fitrah alam yang tetap akan berlaku, untuk sama-sama direnung dan difikirkan (berbanding fikir benda lain yang tak menguntungkan pun);
ujian, kesusahan, kesulitan, pasti akan berakhir dengan kemudahan, kesenangan, mahupun ganjaran disisiNya.
Selalulah bersyukur.
Teruslah perbuat baik dan berada di landasan Tuhan yang menciptakan kita. Doa dan usaha sentiasa untuk terus berada dalam landasan yang dimahukan olehNya ini.
.....
.
Salam persediaan hari raya Aidiladha semua 😍.
Jaga penjarakan sosial, sedia sanitiser, basuh tangan dan bersihkan diri selalu, jaga kesihatan pemakanan, tidur dan senaman serta emosi anda ya.
Salam Aidiladha,
Maznah Ibrahim
Malam ini Slot 3 bagi E Release, kita bina tempat selamat secret garden kita ya.
Kot last minute nak join, boleh aja join slot 3 sahaja, daftar di Go.mazn.me/release2
16 303
Marah Anak: Bagaimana Cara Rasulullah?
Kita cuba perhalusi cara bagaimana Rasulullah menegur anak kecil.
https://maznahibrahim.com/marah-pada-anak-kecil-bagaimana-cara-rasulullah-dan-kait-dengan-ilmu-sains-manusia-dan-psikologi/
16 303
Kita Ibu Bapa Ni Ada Aja Silap Pada Anak,
Walau anak banyak menduga kita dan buat silap, kan?
Namun tidak boleh disamakan 'serangan' dari anak kecil usia jauh beza puluhan tahun dengan kematangan kita menilai dan bertindak kepada mereka.
Respon segera, bila diserang (ancaman), memang kita akan 'react'. Marah balik, jawab balik, kadang hukum si anak, tarik benefit dia dan sebagainya.
Namun hakikatnya tidak perlu begitu.
Apa jua serangan, atau ancaman, dibalas dengan kebaikan.
Marah dilawan dengan tenang.
Ada ular datang, bila-bila masa semilisaat boleh mematuk, kita merespon dengan tenang sebaik, sehabis mungkin.
Itu fitrahnya. Bak kata orang, api disimbahi minyak, marak, api disimbahi air, padam.
Maka,
Sentiasalah balasi apa jua kerenah anak (mahupun orang dewasa) dengan kebaikan, dan emosi tenang.
Sesuatu yang perlu dilatih sentiasa.
Mudahan kebaikan berterusan dari kita ini mampu memadam kesan-kesan lama marakan api kecil kita selama usia hidup si anak, kan?
Refleksi,
Maznah Ibrahim
*Sentiasa Mendidik Hati dan Belajar Bersabar
*Eh malam ni Slot 2 kita dalam E Release akan lakukan aktiviti clay expression dan clay creation, masih sempat jika mahu mendaftar ya 😊 di Go.mazn.me/release2
16 303
Macam Mana Nak Latih Anak Pemarah Jadi Sabar ?
1. Anak yang selalu mengalah, sedia bersabar orangnya, kita beritahu ayat ini (dalam poster) sebagai penyejuk hatinya.
2. Anak yang kuat marah, nak dilatih sabar, sebut juga ayat ini. Lama-lama mudahan dia percaya kepada kekuatan dan kelebihan orang yang sabar.
Kita juga, ulang-ulang kepada diri.
Ia hypnoscript juga.
Percaya, yang orang sabar memang akan menang (Menang secara sahsiah, menang emosi, menang hormat dll).
.
.
Proses didik emosi anak ini bermula dengan kita ibubapa juga didik emosi kita,
Kita sentiasa dalam proses belajar..... dan memodelkan.
.
.
❤
Maznah Ibrahim
Program E Release Batch 2 malam ini bermula masih ada tempat ya.
Di sini daftar nya :
Go.mazn.me/release2
16 303
Kadangkala rasa nak menangis mengenang kerenah anak, kan.
Sabar nya kita dengan permintaan, ujian dan cabaran dari mereka ini.
Namun serentak itu juga kita akan terfikir akan ibu ayah kita dahulu yang amat bersabar dengan kerenah kita dan adik beradik kita.
Nah, kini masanya untuk kita melaluinya sendiri dan semakin menghargai ibu ayah kita, kan 😊.
Sabar juga bukan termaktub terhadap ujian dari anak,
malah juga termaktub untuk pemikiran dan emosi sendiri yang mungkin kadangkala hampir menyerah kalah, pasrah, taknak buat apa dah dan sebagainya.
Teruskan kesabaran anda, ia tiada limit.
Tetap sabar dan perkuatkan kesabaran kita.
.
Selamat bersiap sedia untuk pulang ke kampung bagi yang merancang untuk pulang,
Yang tak pulang pun selamat stay at home lagi dan hayati erti pengorbanan untuk aidiladha tahun ini.
.
Maznah Ibrahim.
T.mazn.me/chan
*Program E-Release kita tetap akan berlangsung ya insyaAllah
16 303
Apa Nak Buat Bila Penat Emosi dan Minda Kemudian Banyak Terlepas Pada Anak ?
Asasnya adakan/dapatkan perkara ini (3R):
1. Relaks. Secepat tarik nafas dalam 1 kali, atau 6 kali berterusan (35 saat)
2. Respons stres diri dengan berkongsi dan dapatkan Maklumbalas dari individu yang tepat, bersenam, outing dan sebagainya.
3. Refleksi sendiri, jadikan sebagai Personal Me Time. Tulis/lukis.
Semoga semuanya sihat emosi dan bertambah baik insyaAllah
.
Maznah Ibrahim
Program E Release Batch 2 masih terbuka, boleh ke
Go.mazn.me/release2
16 303
Sejak akhir ni Fiza burn out 🤯
Sebab PKP kan, dah alang-alang 'tak dapat' keluar. Jadi kerja kuat tak berhenti macam tekan gear 5 tak lepas-lepas.
Bagi orang lain maybe its ok. But not for me.
Fiza memang type jenis kena ada waktu kerja, waktu rehat, waktu sendiri, waktu dengan anak², waktu tengok alam. Waktu itu waktu ini.
Sebab itu lebih selesa kerja sendiri.
Tapi bila diri mula kerja kuat, automatik mengabaikan waktu² lain tu. Nak angkat pedal minyak dah macam tak reti.
Ah, penyakit 'workaholic' dah mai balik. Tapi pada masa sama serabut dengan ujian² kecil yang lain juga 😅
Faham-fahamlah bila orang pompuan dah burnout
(suami sebenarnya kena pandai tengok dan remind bini untuk selfcare. Atau tolong memudahkan segala urusan adalah lebih afdhal. Bukan hanya terima 'seadanya' 😉😂)
Kalau tidak,
Dia punya meroyan tu tempias sekali ke anak tau 😭. Atau kalau yang jenis senyap tu, awak cakaplah dengan dinding 😅
Alhamdulillah kebetulan tabung untuk peningkatan diri dah ada sikit. Sekali upah design masuk, fiza akan bahagi juga ke sini.
Mula ingat nak spend upgrade skill design dulu.
Tapi kalau dah sampai kerja pun dah slow sebab emosi ke laut, makanya spend untuk upgrade ilmu urus diri (emosi) dah jatuh wajib kot untuk Fiza.
Tanya suami, alhamdulillah dia izinkan. Siap tolong 'jagakan' anak⁴ 😄
Maka bermulalah 3 sesi Experiential Release Session Batch 1 secara online dengan Puan Maznah Ibrahim .
Rupanya, kita sendirilah kena 'control' atau atur self care kita. Kita boleh sebenarnya.
Tapi biasalah kan mak² ni selalu sangat lupa nak take care diri sendiri.
Dan akhirnya, anak-anak bawah tanggungjawab kita dan suami pun mungkin akan dapat tempias tak elok tu. Nauzubillah.
Banyak juga yang dapat dalam masa yang singkat ni.
Terutamanya kena letakkan angka pada model selfcare sendiri. Agar ia betul² kita buat.
Nak rasa sendiri bagaimana self release tu, wajiblah join next batch. Nanti fiza cari balik poster dan letak di komen.
Oklah. Setakat ni saja. Moga coretan ni jadi reminder FB tahun depan. Kita tengok ada perubahan tak.
Doakan adalah ya 🤲. Sebab Fiza memang sayang orang lain lebih dari diri sendiri. Selalu lupa diri sendiri.
Tapi lepas ni,
Because I love myself more ❤️.
So i can give better to others 🥰
Fiza Rafi
Kita takkan terlepas dari ujian #selfreminder
Namun bagaimana kita memandang ujian/halangan itu, selepas kita sendiri bina kekuatan diri adalah tidak sama dari diri yang lemah.
InshaAllah ia pasti berbeza perasaan dan keadaannya dengan 'energy' baru selepas kita release dan recharge diri kita ❤️
....
*perkongsian ikhlas Pn Fiza di fb beliau, saya minta izin share di page dan channel. Semoga segala yang terbaik untuk beliau, dan impian tercapai satu persatu... Amin.
Pn Fiza ni juga Alumni EHSABAR saya yang anjurkan EHSABAR di Langkawi dulu. Sangat kreatif mendesign dan ada hasilkan produk busy box untuk anak, kot perlu kan kepakaran beliau WAHM Work At Home Mother ni boleh la pm beliau ya😍👍 di 019 404 7003
16 303
Apakah 3 Pilihan dalam Berkomunikasi dengan Anak?
1. Ayat kita berbentuk ancaman, ugutan, bebelan, menyakitkan atau melukakan hati ibarat panah menusuk atau pisau menikam,
2. Ayat kita berbentuk mendorong, menenangkan, menghargai, menyokong, menasihati dengan hikmah, ibarat air siraman dari gunung atau telaga yang segar...
3. Diam. Tidak perlu berkata apa-apa, jika itulah pilihan lebih baik bila pilihan 2 tidak mampu dilakukan
(namun amat perlu dilakukan susulan komunikasi jelas selepas itu sebab anak kecil amat mudah salah sangka apabila ada gap tak diisi, mereka isi sendiri secara otomatik. Ketahuilah silent treatment kadangkala lebih bahaya dari pilihan 1).
Apa khabar ibu ayah semua di petang Ahad ini?😍
.
Maznah Ibrahim
Join telegram channel keibubapaan positif dan psikologi anak di sini ya:
t.mazn.me/chan
16 303
Sedang berlangsung slot 3 untuk E-Release,
Pakat khusyuk sedang menterjemahkan apa dilalui tadi.
😊
Me time
Our time
E-Release
Batch 2 masih buka (28-30 Julai, 10-11.30pm)
Go.mazn.me/release2
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
