ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 003 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 961,并在 马来西亚 地区排名第 2 303

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 003 名订阅者。

根据 30 八月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -115,过去 24 小时变化为 -2,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 5.09%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.21% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 814 次浏览,首日通常累积 353 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 31 八月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 003
订阅者
-224 小时
-217
-11530
帖子存档
Ulangan menjadikan kita :- - semakin fasih - selesa - stabil - biasa - lama-lama jadi mudah dan otomatik - alah bisa tegal bi
Ulangan menjadikan kita :- - semakin fasih - selesa - stabil - biasa - lama-lama jadi mudah dan otomatik - alah bisa tegal biasa 😍👍 Sabar dan perbuat aja (Asal betul caranya) Maznah Ibrahim. T.mazn.me/chan

Selamat meneruskan rutin kehidupan kita. Anda telah perbuat yang terbaik selama ini! Well done! Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan
Selamat meneruskan rutin kehidupan kita. Anda telah perbuat yang terbaik selama ini! Well done! Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Luka Kecil Emosi Anak - boleh berlaku walau dari reaksi spontan kita seperti menjerit, yang sebenarnya lebih kepada sebab emosi kita sendiri seperti terkejut, marah, kecewa, hasil dari ekspektasi kita sendiri etc. . . Bila termarah anak semata kerana air tumpah / pasu tertumbang/ cawan pecah etc (insiden dan momen sehari-hari), Ingat ini. Adakah emosi dan 'self esteem' mereka boleh dinaikkan semula, atau dilap /balut semula, digam semula dengan mudah? Sedang jeritan sederhana kuat dan nyaring spontan pun boleh memberi kesan kepada otak anak kecil (sebab dia terkejut, panik, cemas, takut, rasa bersalah) apatah lagi jeritan kuat yang semata-mata kerana marah mereka dari emosi amarah kita. Ia meningkatkan risiko masalah perkembangan dan psikologi anak-anak yang mana bila secara kerap diperlaku, kanak-kanak belajar untuk survive dengan perlu menjadi agresif atau defensif serta ada kajian menunjukkan apabila remaja mereka menunjukkan simptom depresif dan masalah tingkahlaku, Ianya perlukan balutan khas dan pantas untuk rawatan luka emosi. Urgent. Bukan luka fizikal darah aja perlu urgent treatment. Hmm.. 1️⃣ Tarik nafas panjang (tutup mulut, untuk induce sabar dan bertenang) 2️⃣ Berkomunikasilah dengan sebaiknya, sejujurnya, penuh humble dan ikhlas - dengan meminta maaf (kalau bersuara tadi), jelaskan reaksi kita tadi itu bukan sebab salah dia, tidak mengapa, 3️⃣ Fokus kepada aksi SOLUSI ketika itu, contoh kita sama-sama tegakkan semula pasu / kita ambil kain untuk lap air, ok. . Hakikatnya mana dia akan belajar lebih baik dari momen tersilap tu??? Fokus kepada aksi SOLUSI ke atau fokus MASALAH? Fokus kepada tenang dan aras manusia rasional ke atau fokus kepada emosi marah/ kecewa/ penat/ terkejut tu? Pilih yang baik dan terbaik untuk kini dan masa akan datang, Apa dia belajar dari input spontan kita sehari-hari tu, akan menjadi output dia nanti. . Refleksi, Maznah Ibrahim . Telegram channel psikologi anak dan parenting: ⏩ T.mazn.me/chan

photo content

Selesai bersama Ejen Mommy Happy untuk kelas khas berkaitan pengurusan emosi ibu-ibu yang merupakan usahawan hebat. Walau ber
Selesai bersama Ejen Mommy Happy untuk kelas khas berkaitan pengurusan emosi ibu-ibu yang merupakan usahawan hebat. Walau bersama anak di rumah, busy 24-7 dengan urusan rumah dan tangga, namun tetap tip top dalam pekerjaan mereka yang membantu sistem ekonomi negara, secara khusus pendidikan anak-anak generasi kita. Terima kasih CEO Mommy Happy, Pn Siti Sarah kerana sudi menjemput saya untuk berkongsi. Semoga terus maju jaya dan dipermudahkan setiap urusan bersama team semua.

5 Point Petua Ini Diterangkan dalam Live Tadi. Boleh persiapkan anak-anak kita yang akan masuk kelas baru bulan Mac nanti ya. Ulang tonton. Jumpa minggu depan Jumaat 3 petang dengan tajuk lain dan petua menarik ya.

InsyaAllah jumpa kita petang ini, 3 pm, Boleh tanya soalan terus untuk kondisi anak memasing ya. Saya juga akan terangkan kenapa jadi begitu dan fahami bagaimana nak bantu anak agar boleh sedia, gembira ke sekolah/pusat asuhan baru. Ilmu basic ini akan bantu kita untuk apa jua kondisi berkaitan memulakan perjalanan di tempat baru. Maznah Ibrahim

photo content

Semoga semua anak bersedia, dan yakin untuk ke sekolah. gembira, dan berjaya duduk di sekolah sehingga tamat masanya 🙂 iring
Semoga semua anak bersedia, dan yakin untuk ke sekolah. gembira, dan berjaya duduk di sekolah sehingga tamat masanya 🙂 iringi mereka dengan sokongan dan doa berterusan. Maznah Ibrahim. Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan Ebook hypnoscript anak: https://hypnoscript.cc

Apakah yang kita boleh pelajari dari video ini? Dari sudut parenting, apa yang kita dapat terkesan. Mari komen, kongsikan den
Apakah yang kita boleh pelajari dari video ini? Dari sudut parenting, apa yang kita dapat terkesan. Mari komen, kongsikan dengan saya 🙂 . https://fb.watch/al2ZFuOf3_/ . .

photo content

Macam Mana Nak Latih Anak Agar Luah Kepada Kita? Satu perkara yang saya sedari bila topik anak memendam rasa dan hanya luah melalui tindakan / tingkahlaku mencabar mereka (tiba-tiba marah, mengamuk, memberontak dll), ialah PELUANG BESAR KITA DALAM SKIL PENTING INI: Cara bagaimana kita 'groom' atau latih (bentuk) anak agar MAHU berkongsi apa jua dengan kita, hatta perkara kecil dan remeh, yang dia kacau kawan mahupun perkara besar kawan kacau dia. Ia amat penting sebenarnya. Kecil pada kita, besar pada dia (isu dia), Besar pada kita, kecil aja pada dia (kepentingan luah dan niat/objektif kita). Contoh, dia nak cerita kawan dia kacau dia then dia buat camni camtu, padanya ia besar, pada kita remeh kecil aja ni. Dia maybe takut nak share sebab dia buat silap dan tahu reaksi kita bagaimana maka dia memilih pendam aja (kecil pada dia besar pada kita). Kita nak ajak dia berhenti di kedai dulu beli makanan, baru balik rumah, dia taknak sebab nak pulang cepat tengok tv, besar pada kita kecil pada dia. (Alah mak / ayah ni, abang nak cepat la, tak kisah la makanan ada ke tak). Mak pula kata nanti kamu yang bising bila makanan lambat mama masak. So, dua dua pun penting dan besar, perspektif berbeza aja kan . . Mari kita belajar (i) mendengar, (ii) bertanya, serta (iii) meluah kepada anak, akan perasaan kita. Ok. Ayah PELIK la abang solat laju sangat, macam kartun aja, Hmm sebenarnya tak boleh macam tu, sebab kita nak cakap dengan Allah elok-elok bukan rushing. Ayah nak abang solat elok-elok ok. Mudahan anak boleh luah perasaan dan pandangan dia yang: "Ayah, abang tengok kawan buat macam tu ok aja. Lagipun abang nak cepat tengok tv / buat kerja sekolah. Boleh la ayah" (😅 rupanya ya) . Haa kan perspektif berbeza tu? Ok. Hubungkan aja neuron dalam brain kita dengan memahami makna di sebalik tingkah laku anak kecil, dengan BERTANYA kepada mereka (ask, don't assume). :D. *Saya siap cakap dengan si anak hari ini, penting luah sebab nanti badan abang pendam tenaga tu, stres, jadi sakit (sakit kepala, dada, perut dll lagi, demam ke apa). So luahlah (ni pasal kesihatan mental sebenarnya ni 😄). Ada ramai orang dewasa lelaki, stres sensorang, boleh mati sebab jantung mengejut tau, sebab pendam (antara puncanya lah). Lepas berjaya luah, memang dia nampak lega dan terus 360° sihat dah 😁. Syukur alhamdulillah..... Hai anakku... . . Refleksi, Maznah Ibrahim Selamat masuk sekolah kepada anak-anak kita nanti. Persiapkan mereka ya agar tiada drama nanti :) Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

photo content

Terus berusaha untuk positif dengan niat, usaha kecil, konsisten lakukannya, serta raikan kejayaan kecil kita setiap hari ya.
Terus berusaha untuk positif dengan niat, usaha kecil, konsisten lakukannya, serta raikan kejayaan kecil kita setiap hari ya. Apapun masa amat pantas berlalu dan tiada masa untuk difokuskan kepada kesilapan/kegagalan. Terus maju selepas ambil pelajaran hari ini. Maznah Ibrahim. Telegram psikologi anak dan keibubapaan positif: T.mazn.me/chan

12 Azam Baru Keibubapaan Kita untuk Tahun 2022!!! https://www.youtube.com/watch?v=vW6k7OJ4k-U&list=PLq4UkD8znwpLGf7ZhIP6KaFntWCj3slhP Tonton sikit-sikit, ok! Sayang semua ❤️, doa saya untuk anda semua dan diri saya juga 😊 Kongsikan dengan ramai sahabat kita juga ya. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Perkara-perkara penting yang kita mahu fokuskan untuk tahun baru2022 ya. InsyaAllah. Nantikan 12 vid pendek sebagai hadiah untuk para sahabat ibu ayah sekalian, reminder kita bersama... Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

I told you. You are an amazing parent. Nak tunggu orang beritahu mungkin tak dapat, maka kita perlu selalu sebut agar percaya diri meningkat. https://vt.tiktok.com/ZSeuPYEwF/ . . Anda ibubapa terbaik!👍

Kaedah Azam Baru dari Muhasabah 365 Hari vs 24 Jam https://vt.tiktok.com/ZSeud5bRX/ . .