Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 273 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 361 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 273 名订阅者。
根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.19%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 008 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 273
订阅者
-1224 小时
-347 天
-12830 天
帖子存档
16 273
“Tapi kakak tak reti….”
Takper, kakak buat aja. Kata saya sambil sibuk melukis bentuk ‘love’ lagi untuk kertas warna lain.
“Nanti kakak terpotong kang, camana?”
Terpotong pun tak apa. Potong lain pulak. Kakak gunting aja ikut bentuk tu.
Kata saya selamba aja. Saya langsung tidak fokus kepada kebimbangan dia. Yang saya tahu, saya yakin dia boleh. Sebab dia rajin menggunting guna gunting sebenar sejak usia 1 lebih lagi rasanya.
Kemudian, terdetik di hati saya, mesti dia pernah terpotong bentuk yang bukan lurus bersegi di sekolah kot?.
Sebab ‘love’ tu kecil dan berbentuk ‘curve’. Dan dia keep saying dia takut nak potong dan “nanti terpotong nanti”.
Rupanya, anak-anak dengan pengalaman ‘tidak jaya’ seperti ini juga boleh fobia, taknak cuba lagi, takut pengalaman sama berulang.
Yang saya tahu juga, hanya ‘pengalaman baru sahaja’ yang boleh ‘overwrite’ memori pengalaman lama. Maksudnya, buat lagi dan lagi sampai berjaya dan pastinya pengalaman baru akan lebih baik, sebab sudah semakin ‘berpengalaman’, orang kata.
Tup tup, eh dia berjaya.
Saya tak fokus menengok dia saja, sebab saya sibuk buat benda lain.
Benda ini adalah telefon kertas dia. Selalu buat, kali ni nak buat lagi.
Masa nak buat, saya dapat idea guna kertas berwarna square tu agar boleh jadi ‘keypad’ comel untuk telefon kertas dia.
Oh, dia dah berjaya memotong ikut bentuk ‘love’ itu.
Terus dipuji. Saya kata, “Kan? Kakak boleh buat pun, lain kali buat aja, takyah fikir tak berjaya ok?”
Pastinya isu ini timbul kerana dia sudah mula bersekolah dan mungkin dia ada rasa sedikit tekanan untuk achievement dia.
Mak dia, senang aja, bagi aja dorongan dan kepercayaan kepada dia.
Video dia masa usia 2 tahun, dia sebut ayat “Adik BERJAYA gunting”,
Dia usia 5 (momen ini berlaku Sabtu baru ni, sehari sebelum dia usia 5 genap), dia mula berasa ‘takut’, takut terpotong, takut TAK BERJAYA potong ikut bentuk ‘love’, takut terpotong sebab ia kecil dan bentuk berbentuk ‘curve’.
-- Kalau perasan saya guna keyword 'TAK JAYA' bukan 'GAGAL', sebab saya nak lead dia kepada 'BERJAYA', tak kisahlah berjaya potong senget pun, dia berjaya menggunting guna alat gunting.
Beza kan?
Nanti saya come out dengan poster infografik usia 3-6 tahun untuk anak-anak kita semua ya (initiave vs. guilt).
Key nya:
♥️👉PERCAYA – percaya keupayaan anak - paling mahal,
♥️👉SUPPORT – sokong usaha dia dan inisiatif dia nak buat sesuatu dari idea dia (dalam kes ni dia nak buat telefon kertas, semua bahan dia yang ambilkan, kita sebut aja perlu ini, ini, ini).
♥️👉PERKATAAN TEPAT – “Buat aja, terpotong, gunting lagi” (mudahkan pemikiran sukar dia, ajar dia REDAH).
Semua keyword yang TEPAT ini saya masukkan dalam Ebook Premium Hypnoscript.
Semua anak boleh BERJAYA... (in what ever sense).
CARE
Maznah Ibrahim
hypnoscript.cc/?utm_source=ch200211
16 273
Ada Anak Usia 1.5 hingga 3 Tahun?
Rasa perlu kesabaran menggunung tak?
Label negatif: keras kepala, degil tu omitkan (tiadakan).
Sebab sebenarnya ia perfectly normal ya.
Keyword tu kita ganti dengan: Bijak sangat ni, kuat semangat, kuat kemahuan.
.
Raikan, Support perkembangan mereka ni.
Sabar memang kena kuat.
Kuatkan lagi kesabaran anda.
.
Ini fasa dia. Hari dia.
Hari kita tua esok? (Nak ke dilabelkan mak ayah ni keras kepala betul, degil ketegaq)
Baca dan fahamkan ya.
.
CARE❤️😊
Maznah Ibrahim.
.
.
t.mazn.me/chan
16 273
Ada anak usia sekolah rendah?
Waktu ni sama ada mereka suka atau kurang suka dengan aktiviti / kurikulum sekolah.
Kitalah yang bantu mereka beri perspektif mengenai tanggungjawab sebagai individu, buat aja, lalui aja.
Strategi utama untuk tingkatkan motivasi dan keyakinan diri anak, saya senaraikan dalam Infografik ini (berdasarkan perkembangan sosio-emosi kanak-kanak).
Balik kepada 'source' utama iaitu 'inner strength' setiap anak yang berbeza kapasiti, kecenderungan (minat) dan personaliti mereka.
Bandingkan dirinya dahulu dengan dirinya sekarang, bukan dengan orang lain (kawan sekelasnya/ sepupunya /adik beradiknya).
Yang penting kita semua pasti mahu mereka gembira dan bahagia kan?
CARE❤️,
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
16 273
https://maznahibrahim.com/5-cara-tahan-marah-spontan-kepada-anak/
5 Cara Tahan Marah Spontan Kepada Anak
16 273
Peringatan untuk diri dan untuk semua.
Selamat bercuti dan meluangkan masa bersama anak-anak dan pasangan.
CARE♥️
Maznah Ibrahim
.
T.mazn.me/chan
16 273
Kadangkala rasa lelah,
Dah belajar macam-macam dan masih tersasar tindakan dan kata.
Wahai ibu ayah,
Kamu tetap #IbuBapaKini yang terbaik untuk anak-anakmu.
Usaha kamu adalah yang terbaik,
Buat masa itu,
Dalam keadaan ketika itu.
Kemudian nanti, cerita lain.
.
Bangkit dan capailah dirimu yang terbaik itu,
Kekuatan, jawapan, ada dalam dirimu jua,
Dengan ilham dan bimbingan Nya insyaAllah.
.
Maka, maafkan diri,
Lepaskan yang sudah,
Dan terus jalan ke depan.
Orang tua kata ambil yang keruh dan buang yang jernih.
.
Ketahuilah, sememangnya kita adalah tidak sempurna pun,
Kerana kita hanyalah ciptaanNya yang Ter Baik, Ter Hebat,
Dan usaha kita adalah yang terbaik sebagai manusia luar biasa yang hebat hasratnya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak.
.
CARE ♥️
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 273
Cara cari penulisan saya dalam Gua Channel Khazanah kecil saya ini ialah,
Pergi ke tiga titik di atas kanan,
Tekan button search tu,
Dan taip keyword tuan puan mahu.
Contoh isu anak bergaduh,
Boleh taip:
Adik beradik bergaduh : 10 carian
Anak beraduh : 31 carian
Konflik adik beradik : 12
Begitu juga penulisan mengenai anak remaja.
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
