Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 759 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 335 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 759 名订阅者。
根据 25 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -145,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.90%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.13% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 614 次浏览,首日通常累积 335 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 26 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 759
订阅者
-624 小时
-337 天
-14530 天
帖子存档
15 759
InsyaAllah hari ini Jumaat,
Selama 1 jam
3-4 pm
akan ada Live Webinar berkenaan Bijak Emosi, anjuran SR Setiabudi.
Ia akan diadakan live di Page Rasmi sekolah dan Page saya ini https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial
Boleh tonton di mana-mana antara dua ya 🙂.
.
Objektif yang ingin dicapai dari perkongsian adalah:
1. Meningkatkan kemahiran untuk mengesan, mengawal dan mengatasi tekanan dalaman diri serta meningkatkan fokus kawalan diri dan memberi kesan positif kepada prestasi kerja & pengurusan rumahtangga.
2. Memantapkan kemahiran mengurus emosi diri dengan lebih baik dan menangani emosi orang lain dengan bijaksana sekaligus mewujudkan suasana kerja/keluarga yang harmoni.
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada ramai orang, silakan kongsi dan kita bersama-sama boleh dapatkan input dan beri soalan bersesuaian ok.
.
Care ❤,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
15 759
Hari Ini Hari Khamis!!!😊
Jemput Singgah Lalu Dengar Audio Input di The Parent Hut Podcast :
https://open.spotify.com/episode/7yvVvd3Ac9xHQQsybEyDGS?si=Q3jIrm4QTCG56XzLO4ODcQ
15 759
Apakah Itu Keibubapaan Mengikut Karektor Anak?
Mari kita dengarkan dari Pn Siti Mashitah Sarif berkenaan ini.
InsyaAllah kami akan anjurkan Seminar Kenal Karektor dan Potensi Diri, pada 26 Disember 2020, secara online (Zoom).
Boleh masuk ke sini untuk info lanjut dan sebarang persoalan ya:
https://chat.whatsapp.com/BJzHeSoBpfRJrNQPchxj0V
15 759
Skil Penting Untuk Anak Guna Walau Kita Tiada Di Sisi
.
.
Sangat menarik apabila si anak 8 tahun menceritakan semalam sewaktu diambil pulang dari rumah rakan untuk bermain :
dia menolak pelawaan kawan untuk biskut oreo perisa baru walau dia rasa berminat;
dia menggunakan kaedah 'beri alasan' dan tukar kepada permintaan lain;
dia berkata 'taknak, tapi saya nak minta air masak' (switch kepada lain).
Bila ditanya sebab apa menolak (mak memikirkan yalah dia di rumah kawan itu, pastinya dia bukan di kawalan kita lagi, jadi apa yang mendorong atau buatkan dia sanggup menolak benda menarik macam tu ?)
Dan,
Dia jawab sebab ada 'GULA'
Dan mak ayah rasa 'berjaya' sebab telah perkenalkan makanan baik, sihat untuk otak sejak 2-3 tahun lepas dengan 'hypnoscript' santai-santai; dan education mengenai gula semua...
.
.
Namun esoknya bila tanya semula, siapa yang ajar tentang keburukan makanan manis so on, dia kata 'cikgu ajar' (laa...ingatkan mak ayah dia yang ajar sabo aja la). Hahahah.
Tapi saya merasakan perlunya reciprocal iaitu dua pihak ibubapa dan guru memperkenalkan dan mendidik bab ini.
Alhamdulillah.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
*Skil say no ni saya ajar anak sejak usia 2 tahun, insyaAllah anak boleh gunakan: perkataan Jangan, Taknak, Tak Boleh dsb boleh dipelbagaikan dan lakon bersama (role play) bagi apa jua situasi. CikYumna 2.6 tahun baru-baru ni meluahkan "Mami JANGAN cakap Na...", dengan muka sangat sedih (bila mak dia bercakap mengenainya dengan pengasuh). Hm.. ok ok mami tak cakap pasal Na dah ok. Sorry sorry.
.
Okay, webinar Therapeutic Storytelling telah dibuka pendaftarannya, boleh daftar di sini :
https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
15 759
Sudah dibuka!!!
Boleh mula daftar sekarang, dan boleh share kepada seramai mungkin kenalan, sahabat, pasangan anda ya 😍😍😍👍
https://webinarv2.mazn.me/therapeutic-story-telling-live?utm_source=t
15 759
Hari ini adalah hari Isnin!
Mari singgah dengar Audio Post Keenam
Kali ini saya berbicara mengenai bagaimana kita nak gunakan 'Be-Do-Have' dalam memperbaiki keyakinan diri sebagai ibubapa yang mahu menjadi lebih baik setiap hari.
Silakan.
https://open.spotify.com/episode/5xyJzHU8cUwli8oDE83OVc
15 759
Ada adegan anak pecahkan pinggan?
Pasti ada, kan.
Setiap rumah ada alaminya.
Kita cakna dan tahu kesan jika marah anak kaw kaw punya, efek ke 'reptilian brain' dia.
Ketakutan, rasa bersalah, rasa diri amat kecil bila dimarahi.
Sedangkan orang dewasa terbuang air kecil di masjid pun Rasulullah s.a.w tidak marah malah mengarahkan sahabat lain untuk membersihkan air kencing itu kemudian baru memberitahu ayat peraturan masjid *Teknik Nabi, oleh Tim Pengkaji Hadith Nabi (TPH).
Mudah aja:
1. dalam rumah anak kecil, kita sediakan pinggan plastik yang bpa free untuk makanan panas.
2. anak sudah besar sedikit, kita izinkan untuk adegan pecah berlaku. Belilah pinggan kaca yang tidak terlalu mahal.
3. adegan pecah berlaku, kita katakan: Hati-hati, jangan pijak. Tidak apa, ambil penyapu dan kita bersihkan. (permulaan ayah ibu bersihkan kerana tentunya si anak terkejut dengan adegan ini).
4. anak sudah besar sedikit, usia 7 ke atas, pecah berlaku, anak sendiri akan katakan: jangan bergerak (kepada semua ahli keluarga), abang/kakak nak ambil penyapu dan sapu.
Modelkan semasa anak kecil, dan
anak laksanakan sewaktu dia sudah mampu.
Berapa harga pinggan kaca kita tu?
RM3? RM10? RM30 seunit?
Berapa harga keyakinan diri anak yang telah punah akibat kita memarahi mereka?
Mampukah kita bayar kembali?
Fikir-fikirkan.
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
*Tadi petang Khairunnisa 5 tahun yang teruja nak makan pankek pisang yang dia tolong sedia bahan dan masakkan tu, terjatuh pinggan kaca dan berderai lah serpihan pinggan dan pankek pisangnya. Dia sedih, terkejut.
Syukur saya cuma berkata: Tak apa, pinggan tu harga RM3 aja kakak *beli di Giant. Pankek? Dia tanya. Pankek tak apa, kan kakak buat 6 keping pankek ? (sebenarnya lebih). Sudah kotor usah rasa sayang.
Abang dia 8 tahun? Kakak, jangan bergerak, bahaya.
Mak dia? Hmm ingat si abang nak bersihkan, tak😅, si abang berlalu pergi sambung kerja dia dan mak sapukan aja hingga bersih. Oh abang ada kutip serpihan di nun sana juga.☺️👍🏼 Alhamdulillah walau mak penat juga kelas zoom dua hari ini sampai malam semalam meeting dan supervision. Allah sahaja memelihara diri kita semua... TQ Allah..❤
Semoga kita semua menjadi ibubapa yang mampu
⭐Pause,
⭐Tarik Nafas tidak berkata apa dan
⭐Go for Teknik Solusi ya
15 759
Tunjukkan atau ekspreskan rasa sayang atau cinta kita kepada anak dan pasangan dengan:
[ 5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI ]
.
❤Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
- pujian spesifik
- ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau negatif mahupun positif.
.
❤Tangki sentuhan selamat
- usapan (bahu dan belakang),
- pelukan (full dada to dada),
- ciuman di dahi/pipi.
.
❤Tangki masa istimewa
- temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
- solat
- makan bersama, dll.
.
❤Tangki layanan yang baik
- layan macam VVIP,
- senyum kepada mereka,
- pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
❤Tangki material bersesuaian
- ikut kemampuan,
- dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anda.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk diri dan anak kita.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
Channel Telegram
T.mazn.me/chan
15 759
SAYANG ANAK PENUH BERSAMA BATASAN
Saya yakin ramai antara kita sayang anak dengan sepenuh hati dan sanggup berkorban untuk mereka.
Kerana anak kita banyak berubah. Berubah sikap, berubah rutin dan tidak terkira senarainya.
Untuk tempoh PKP ini, banyak kes yang merujuk kepada saya berkaitan tingkah laku anak di luar sepatutnya, dan trennya berkaitan 'sexualised behaviour'.
Bermaksud anak-anak terdedah tanpa sedar, kepada video dan cerita yang tidak sesuai dengan usia mereka. Dan kemudian melakukannya dengan spontan.
Saya selalu berkata gunakan peluang ini untuk ambil tahu (cakna), dan didik anak sekaligus bab ini. Ini peluang, Maka anak akan lebih percaya kepada kita untuk berbincang mengenai topik ini kini dan akan datang.
Adalah ok untuk berkata TIDAK kepada anak, selagi mereka di bawah tanggungjawab kita, dengan kaedah bersesuaian mengikut usia mereka.
Jika anak kecil, kita boleh 'distract' atau 'redirect' aja mereka kepada aktiviti lebih menarik.
Untuk anak sederhana besar (sekolah rendah), boleh terangkan sebab logik dan kesan jangkamasa sederhana (ada anak usia 4 ke atas sudah boleh terima alasan logik dengan latihan awal).
Untuk anak menengah, dengan sedikit remote diberi namun tetap berbatas.
Kuncinya adalah batasan.
Tidak mungkin kita beri 'remote' kepada mereka dalam keadaan mereka belum mampu menilai dengan baik akan baik dan buruk sesuatu perkara itu. Membaca kondisi pun belum cukup akal orang kata.
.
Tegas, dengan berhemah.
'Demi kasih sayang, maka ku turutkan jua' - tukar kepada
'Demi kasih sayang dan TANGGUNGJAWAB, ku akan beri tetapi ada BATASNYA'.
.
Contoh anak kecil: makan dulu kemudian tv, atau tv dulu lepas tu makan ok (give in first then win later)
Contoh anak sederhana besar: solat dulu kemudian tv 30 minit atau berbasikal 3 round dulu baru tv 30 minit
Contoh anak remaja: game internet 2 jam selepas selesai siri tugasan dalam department dia 'in charge' (kebersihan dapur / kerja sekolah adik beradik) dan stop 10 minit sebelum solat.
Lagi besar usia lagi besar tanggungjawab diberi dan besar pula permintaan dia.
Pokoknya win-win.
🧒👶Anak kecil : main / movement, dan banyak tarik tali (give in first win later)
👧🧑Anak sederhana besar : hormat, bimbing tugasan dan give and take.
👩💻👨💻Anak besar : bincang semeja, beri tangungjawab dan beri remote kebebasan beserta syarat bersesuaian.
.
Akhirnya, balik kepada tanggungjawab di bahu kita,
sebagai #ibubapakini, dengan bersedia untuk menjawab kelak kepada empunya anak-anak -- TUHAN yang mencipta.
.
.
Tunjang - ialah Spiritual Quotient, insyaAllah selamat kita di 'track' 'parenthood journey' ini.
.
.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
Telegram channel saya untuk keibubapaan positif dan psikologi anak : T.mazn.me/chan
