ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 278 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 361

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 278 名订阅者。

根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.19%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 008 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 278
订阅者
-1224 小时
-347
-12830
帖子存档
Apa Nak Buat dengan Anak Cuti Panjang Yang PerGerakan Amat Terhad Ini? Saya share soalan jawapan di komen, Mungkin beri sedikit idea pada tuan/puan. Cuma memang, Ia tidak semudah mana, Asal ada aktiviti nak buat, Rendahkan rigidity (super clean / kemas) = fleksibiliti And go with the flow, OK dah 👍👍👍😊♥️ Yes anak kecil tak ikut flow/plan kita sangat, Choice ada: Sama ada mak ikut anak yang style freedom (normal young kids), Atau mak maintain personaliti mak yang plan bagai berjadual tu (which is good sangat), Cuma mak terima ia akan jadi keluar dari kotak jadual, Dan aim kan at least 1 aktiviti bermanfaat telah berjaya dibuat / hari, sudah memadai (rendahkan target, starts will small first ya). Dan anak jenis Thinking pula sebenarnya perlu jadual (seawal usia 2 sudah nampak keperluan jadual dia, cuma saya mak yang jadual dalam kepala dan spontan), Maka, buatlah sebaik anda, InsyaAllah asal tak berlebihan, Ia no harm, kan 😊 Maznah Ibrahim 👇👇👇👇

Harus gunakan masa dan peluang ini untuk 'bond' dengan anak-anak dan mak pak perlu jadi kreatif ok 😁😊👍😊 Semoga semua kita terpelihara oleh Nya, stay positive and calm ok. Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

Photo from Maznah
Photo from Maznah

Didoakan anda semua kuat dan positif dalam situasi semasa kini, Berusaha membentuk kesabaran dlm diri anda setiap hari ❤️ Kerana setiap ujian itu, Anda MAMPU DAN LAYAK hadapinya, Dengan sebaiknya, Berbekalkan kebijaksanaan dan sumber yang ada dalam diri dan sekeliling anda. CARE♥️ Maznah Ibrahim.

photo content

SEBENARNYA TIADA ISTILAH ANAK EKSIDEN KALAU IBU AYAH TAHU MERANCANG. . . Merancang keluarga merupakan sesuatu yang penting untuk memastikan kestabilan emosi ibu, kestabilan ekonomi keluarga dan kualiti setiap anak. . . Benar...setiap anak yang keluar itu rezeki Tapi rezeki yang tidak dirancang dan kemudian tidak terurus dengan baik itu pun kita taknak juga. . . Dr Muhammad Izzat kongsikan dalam Toddible Baby Summit betapa pentingnya merancang keluarga dengan baik especially untuk ibu-ibu supaya betul-betul dapat berehat dan sembuh dari kehamilan terdahulu. . . Banyak sebenarnya kaedah merancang ni. Ada yang kaedah natural dan semulajadi. Tapi itulah kalau nak pilih yang natural ni, keazaman kena tinggi dan biasalah cycle wanita ni boleh berubah bila stress, bila ada tekanan - maka efficiency pun kurang juga. . . Bila guna hormon - sama ada makan, cucuk, etc pula - efficacy lebih baik. Tapi itulah tak semua sesuai dengan hormon - ada yang wajah naik jerawat, ada yang berat badan bertambah, ada yang migrain sampai guling-guling di lantai. . . Saya memang ada sahabat yang tidak sesuai makan pil perancang, Setiap kali makan memang akan muntah, kepala pusing dan lembik. Kesian sangat! . Hebat pengorbanan wanita nak merancang keluarga ni! . . Ada tak kaedah merancang melibatkan lelaki ni? Apa kaedah merancang yang sesuai untuk wanita - sebab setiap wanita ini sungguh berbeza! . . Jom dengar kupasan Dr Izzat tentang Family Planning dalam Toddible Baby Summit 2020. Gagal merancang bererti merancang kegagalan. . . Tulisan ini adalah dari : Dr Amalina Mohd Daud, Founder Toddible ......................................... Jom join online event ini pada 23-27 Mac 2020, Percuma untuk ibubapa di seluruh Malaysia Duduk di rumah atau lockdown juga masih boleh tonton seisi keluarga Daftar di https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit https://go.mazn.me/ToddibleSummit . . #SHARE kan ya! . . #toddiblebabysummit2020

photo content

Suami berpesan : Inilah masanya yang paling sesuai untuk hypnoscript anak berkenaan keperluan makanan sihat. Untuk tingkat imun badan. 🙋‍♂️ Fateh faham. Terima. Dah besar boleh fikir. 👧 KN memang terima sebab kondisi eczema dia buatkan dia memang makan yang agak bagus la (walau ada sikit cheating, iaitu cheese cake, lain semua dia tak makan makanan tak berapa sihat) 👼 CikNa paling terror sebab lahir lahir aja persekitaran makanan sihat sudah tersedia dalam keluarga, dan so far dia enjoy makan makanan sihat buah sayur vitamin semua dengan selamba aja😁 Suami request air lemon madu, Mummy add halia, sebab suka halia, So air Halia Lemon Madu untuk orang dewasa ya (rasanya CikNa confirm nak try air ni) Maznah Ibrahim #anyeducationstartfromhome

Photo from Maznah
Photo from Maznah

photo content

Tips Keibubapaan #62 (Perkataan Silap Yang Makna Sebenarnya Lain) Sama seperti bila orang dewasa (yang kemudian kanak-kanak tiru) bila marah, Perkataan / ayat bad words itu tidak menggambarkan makna sebenar. Ni nanti bila anak dah boleh bercakap dan luah perasaan kepada anda kelak, Beritahu diri yang dia sebut lain, sebenarnya😊. Ini akan bantu anak reconnect dengan mereka dan penuhi keperluan emosi mereka, ok. *klik gambar untuk penerangan lebih jelas di caption. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1411918262316087&id=477691842405405 CARE ♥️, Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Tips Keibubapaan #61 (Mindset Bagi IbuBapa Yang Anak Belum Lancar Membaca - Anak Anda Akan Lancar Membaca) Peranan kita, Ada, Besar sekali Di saat orang sekeliling mungkin tidak supportive atau memahaminya. Yuk. Semoga belajar sesuatu, kongsikan. . CARE♥️ Maznah Ibrahim T.mazn.me/chan

photo content

Tips #60 ( Anda Adalah PENTING dan MELENGKAPKAN Semua ) . CARE ♥️, Maznah Ibrahim

photo content

Dr Khairunnisa' jadi 'doktor vet' 2 hari lepas, Kisahnya si Oren ni kena buli, jerkah, diserang si kucing otai kawasan hampir setiap hari. Sampai demam, behaviour changed - kurang selera makan, berak amat kurang, pernafasan laju - stress (degupan jantung kencang sentiasa-macam dalam mode sedia sentiasa- fight/flight mode atau anxiety), murung - tidur selalu, kelihatan tak ceria sangat, tak cergas macam biasa . . Menariknya bila diperhatikan body language si kucing otai 'pembuli', dia sampai tahap kita jerkah pun dia relek aja : 👉Jalan menonong kool 👉Kepala tegak ke atas 👉Tak takut / lari pun Sungguh, saya teringatkan if pembuli manusia, macam tulah gayanya tak kisah pembuli kecil kanak2 atau dewasa 🤔🧐😬. Huhu Banyak kita belajar dari alam - binatang, hidupan dll. Maznah Ibrahim

photo content

Semalam Fateh anak saya berkata :- Mummy mesti bangga dapat anak macam Fateh yang pertama mandi pagi dan petang. Wah apa lagi saya pun ucapkan semula ayat pengesahan (words of affirmation : Tangki Emosi Perkataan) : "Mummy dan Ayah memang amat bangga, syukur dapat anugerah anak soleh macam Fateh yang rajin mandi, jadi orang pertama sekali mandi waktu pagi dan petang tanpa disuruh". ...... Fikir semula, macam mana dia boleh ucapkan sebegini? Pastinya dari tangki words tertentu yang Mak Ayah dia selalu ucapkan iaitu 'Proud' / Bangga (walau dia Thinking selalu juga cakap dia tak suka dengar Mummy dia cakap banyak,banyak 😅). ..... Kemudian dia beritahu : Kawan Abang cemburu sebab Abang ada Mak Ayah macam Mummy dan Ayah. Owh hooo camana tu, saya tanya ? Dia sebut nama kawan dia, X iaitu adik kepada abang Y ni, terkejut dan kelihatan cemburu bila dia beritahu atau cerita yang dia dapat apa dia nak (mainan spesifik) setiap bulan bila dia minta pada Mummy (hmm shopee Mummy ler tew 😅😅😅🙊). ..... Tangki material : saya adakan 1 kali sebulan sebab dia layak atas setiap usaha kecil dia lakukan setiap hari sama ada di sekolah, atau di rumah. Dan tangki material saya dapati banyak didambakan oleh kanak-kanak kerana mereka menilai kasih sayang dengan memperoleh apa dia teringin (selain tangki lain yang lebih utama, namun sila limitkan ia agar : 👉 jadi special, 👉 sentiasa tunda / tangguhkan keinginan tidak dapat on the dot dia minta, didik dia sabar dan berdoa, 👉 sentiasa ada sebab kepada hadiah material itu, tiada percuma, 👉 sentiasa penuhkan tangki lain juga iaitu masa, sentuhan, layanan/perbuatan, dan perkataan dengan sangat TIPTOP sebab material tidak boleh ganti sama sekali 4 tangki lain ini). . Dan ya, perkongsian pengalaman dia dengan kawan buatkan dia sedar rupanya ada kawan dia tak dapat macam apa dia dapat dari mak ayah dia... . Syukur Alhamdulillah Tabarakallah, Allah tunjuki dia. . Saya kongsikan tips perkataan power agar anak akan beremosi positif dan seterusnya bertingkahlaku positif ya.😍 .... BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . 🏆 Waah.. ANAK HEBAT ayah berjaya buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri - harus disebut jelas spesifik) . 🏆 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, .. SUKA buat yang mendengar akan SUKA hati juga 😊🥰) . 🏆 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . 🏆 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . 🏆 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. 🏆 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . 🏆 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . 🔜 PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;) . 🔜 Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . . . 😍😍 Semoga dapat sesuatu untuk parenting journey anda pula 👍👍✔✔ ❤️ Oleh : Maznah Ibrahim p/s: Dalam ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata Dengan Teknik Hypnoscript, saya ada kongsi lebih 200 skrip positif yang berpengaruh, yang boleh tuan puan gunakan pada situasi tertentu (73 situasi common harian) ❤❤❤ Boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut. 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 👉👉👉 https://hypnoscript.cc/?utm_source=tc20200313 . .