ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 311 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 350

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 311 名订阅者。

根据 13 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -125,过去 24 小时变化为 -1,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.21%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 687 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 14 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 311
订阅者
-124 小时
-247
-12530
帖子存档
photo content

Antara cara komunikasi yang berkesan untuk anak yang buat mereka gembira ialah: 1. dukung 2. baring Maznah Ibrahim t.mazn.me/
Antara cara komunikasi yang berkesan untuk anak yang buat mereka gembira ialah: 1. dukung 2. baring Maznah Ibrahim t.mazn.me/chan

Untuk semua ibubapa yang membaca ini. syabas anda telah berusaha, dan cuba lakukan yang terbaik setiap hari 👏👏👏 untuk anak anak anda. tutup mata pada ketidaksempurnaan kerana proses melatih diri menjadi dan mencuba lebih baik setiap hari, adalah amat besar nilainya, walau progres nya anda nampak macam kecil. Impaknya tetap ada, usah mengalah, petanda nak dekat jaya tu ialah pabila lagi diuji dan diuji kerana anda diuji dengan ilmu, dan kemahiran yang anda sudah ada, walau dengan bacaan ringkas sahaja. go ahead. move forward. do better in your every single day.😊😉 reward yourself, do self care. 🌻 maznah ibrahim. T.mazn.me/chan

photo content

Ramai Orang, Malah Semua Orang Ada Hasrat untuk Jadi a Better Person, The Best Parent . . Dan, agak ramai juga ter 'stuck' terperangkap dalam satu keadaan dinamakan: Abusive Childhood iaitu pengalaman awal kehidupan sebagai kanak-kanak, adalah tidak seindah seperti sesetengah orang yang bertuah. . Terperangkap dalam satu ruang yang hanya sendiri tahu, dan rasa. Dalam minda dan hati. Kekliruan dan 'struggle' ini diterjemah melalui tingkahlaku yang hampir sama dengan apa ibubapa mereka lakukan kepada mereka, tapi kini mereka lakukan kepada anak mereka pula. . Yang menyayukan hati ialah, pabila diri ibubapa ini yang sudah besar dewasa dan menjadi ibubapa pula, ibubapa mereka masih melayan mereka seperti mereka ini anak-anak kecil dahulu. Masih dimarahi, diherdik, dipaksa, dikutuk, disindir, diketuk kepala/badan dan sebagainya. . Abusive words, treats - perlakuan dan perkataan masih sama seperti dahulu. . Pastinya ibubapa ini mahu keluar dari kepompong ini, mahu bebas menjadi diri seperti diinginkan. Seorang yang positif dan bebas lakukan sesuatu yang lain dari apa diterima. . Ini yang anda mungkin boleh cuba, bagi break the cycle, dan jadi diri anda yang anda mahu: . 1. Solat sunat taubat, dan hajat. Mohon ampun atas kesalahan pernah lakukan samada sengaja atau di luar kawalan diri kepada pasangan dan anak-anak. Susuli dengan solat sunat hajat, minta Allah permudahkan untuk jadi diri anda yang baru dan positif. Allah akan bantu, lorongkan, ilhamkan beberapa saluran positif untuk anda masuk dan terlibat. . 2. Banyakkan membaca, melihat dan terlibat secara fizikal dengan perkara positif: channel video dari individu positif. Contoh, Saya suka reflection dari video blog Aida Azlin di FB tentang kehidupan umum, melihat video dan perkongsian Puan Diyana Tahir di Youtube mengenai ehati dan membaca bahan bacaan berkaitan anak, kemanusiaan dll perkara positif untuk self development. . 3. Banyakkan bergaul dengan kumpulan yang positif sahaja. Samada NGO, atau kumpulan ibu positif seperti Alumni EHSABAR (bias saya ni 😂) dll. . 4. Banyakkan memberi - contoh dalam NGO tu banyak aktiviti kemanusiaan. Mungkin anda rasa, untuk memberi tidak mampu kerana diri sendiri juga tidak cukup kasih sayang positif. Namun percayalah, dengan memberi, contoh kewangan, masa, tenaga, idea buah fikiran, anda akan dapat satu 'kekuatan lain'. The more you give, the more you get. Tiada kemiskinan dalam bersedekah. . 5. Teruskan berdoa dan melaksanakan aktiviti mendekati Ilahi, kerana hakikatnya semua ujian dan kesenangan kita adalah dengan izinNya jua. Pasti ada sesuatu yang anda boleh sumbang, namun dapatkan jawapan atau hikmah positif dari pengalaman kurang indah zaman kanak-kanak anda. Pabila anda sudah rasa bagaimana diperlaku tidak enak, maka anda tidak mahu berikan sesuatu yang tidak enak juga kepada orang lain dan anak sendiri. . 6. Personal Therapy dengan seorang terapis yang sesuai dengan diri anda. Terapis ini akan bantu anda untuk self growing, development and healing too, bagi anda lepaskan segala kekusutan lama, dan bina sel baru, kekuatan untuk menjadi diri anda yang anda mahu. . 7. Kurangkan kontak fizikal dengan ibubapa asal ini, jika serumah, usahakan rumah berbeza, jika kerap melawat, jarakkan kekerapan. Namun masih tetap mendoakan mereka dan layan baik semampunya. . Cubalah. . InsyaAllah anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda. Tiada satu peristiwa kehidupan yang sesia, pasti ada rahmat, pandang dari sudut pandang positif, baik sangka dan kasih sayang. . Banyak kebaikan dan kekuatan luar biasa dari ibu ibu bapa sebegini, yang tidak ada pada ibu ibu bapa lain yang kelihatan lebih indah pengalaman kanak-kanaknya. . . ❤️ Refleksi, Maznah Ibrahim. ......................... p/s: InsyaAllah 'Live Webinar Parenting' premium percuma untuk Februari nanti adalah berkenaan mendorong anak dengan bahasa cinta ya. Stay tune. p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210129

photo content

Kita Kerap Pandang Enteng Kemampuan Besar Anak Kita °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Kisah Lama, Bagaimana Mudahnya Kita 'Judge /Label' Kanak-Kanak Dari Luar. . In the days when an ice cream sundae cost much less, a 10 year old boy entered a hotel coffee shop and sat at a table. A waitress put a glass of water in front of him. “How much is an ice cream sundae?” “50 cents,” replied the waitress. The little boy pulled his hand out of his pocket and studied a number of coins in it. “How much is a dish of plain ice cream?” he inquired. Some people were now waiting for a table and the waitress was a bit impatient. “35 cents,” she said brusquely. The little boy again counted the coins. “I’ll have the plain ice cream,” he said. The waitress brought the ice cream, put the bill on the table and walked away. The boy finished the ice cream, paid the cashier and departed. When the waitress came back, she began wiping down the table and then swallowed hard at what she saw. There, placed neatly beside the empty dish, were 15 cents – her tip. °°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°°° Peringatan Diri Juga, . Sentiasa layan semua orang dengan baik, Ikhlas, Dan kasih sayang. . Allah juga menegur N.Muhammad s.a.w. bab memilih kasih, tidak melayani orang buta dan miskin, dalam Surah A'basa. . Maka peringatan ini untuk diri kita juga, tidak memandang enteng kemampuan anak kecil kita dalam 'membaca' dan beri solusi untuk permasalahan kita. . Sungguh ujian dan petanda mencabar dari anak adalah teguran dan pendidikan dari Allah untuk kita, agar jadi lebih baik. Pasti. . Bila anak kita mungkin lambat membaca, teguran untuk kita menerima kepelbagaian kecerdasan anak yang pastinya ada, dan tidak perlu terlalu takut dan fokus kepada kekurangan dia sebaliknya gunakan kelebihan dia untuk mencambah potensi kebolehan membacanya. Ekstrak dari dalam diri anak bukan paksa dari luar anak, lagi kita fokus nak anak membaca lagi anak menolak dan lambat membaca. Jadi bersyukur, dan berterima kasih kepada Allah dan anak yang merupakan guru kehidupan kita. . Ucapkan 3 Power Words ini: 1️⃣ Terima Kasih, 2️⃣ Maaf, 3️⃣ Penghargaan-Kesyukuran Alhamdulillah. . [+] Terima kasih, Fateh dan Khairunnisa', sebab mengisi ruang hidup Mummy dan Ayah hingga mampu menikmati rasa gembira dan bahagia. Terima kasih juga kerana memberi peluang kepada Mummy menjadi seorang manusia yang lebih baik setiap hari. . [+] Maafkan Mummy bila Mummy ada tersilap dalam melayan dan mengajar Fateh dan Khairunnisa', Sungguh Mummy sentiasa berusaha menjadi Ibu Terbaik untuk kalian berdua. . [+] Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah atas kurniaanMu, anak-anak soleh solehah yang banyak mengajarku, dan berilah bimbingan kepadaku (tunjukilah daku jalan yang lurus). . Refleksi, Maznah Ibrahim 7 Oktober 2017 ........ Telegram Channel Parenting dan Psikologi Anak di sini: T.mazn.me/chan

photo content

Bagaimana kita nak tanamkan dalam diri anak yang dia perlu lebih bergantung dan percaya kepada Tuhan berbanding kita, atau mana-mana manusia lain? https://maznahibrahim.com/tanam-sq-anak-anak-kita-milik-siapa/

Break The Cycle. Dari jauh nampak anak sekitar 2 tahun lebih itu mumbling marah-marah, sunguh marah betul. Macam comel aja. 😂 Terfikir, dari mana dia belajar membebel macam tu. Marah pula macam marah betul. Kecil-kecil memang comel, jika besar gaya macam ni ? Haruuu 😅.. takda siapa nak dekat / kawan. ....... Di situasi yang lain nampak pula si adik usia sekolah rendah, mengamuk dan membantai teruk abangnya pula sampai berdarah-darah, gaya macam 'gangster'. Allah. Bukan ibubapanya gangster, tapi ibubapa kerap marah teruk dan ada pukul. Emosi terpendam, macam gunung berapi, tak tahu bila ianya trigger lalu meletus teruk, 😟😩 sukar dikawal. ............ Di keadaan lain, biasa, seorang dewasa bila bercakapnya, dengan alasan nak mengajar, mendidik, menggunakan gaya keras, konon tegas, tapi 'sarcastic' orang kata, berdezuss menusup jantung tanpa tapis. Tak ramai suka. ....... Senang aja, 'what you experienced, you act back'. 'Experience' ni - boleh jadi dua, samada melihat, atau mengalami. Lalu jadi tingkahlaku yang sama. Kes 1, anak 2 tahun kerap melihat, walau tak alami untuk dirinya, kerana mak bebel untuk si abang kakak, maka dia aksikan semula. Kes 2, anak alami, pendam, tak balas, balas di tempat lain, bila 'trigger'. Juga sebab pernah melihat (tv/cerita gaya kasar yang membelasah-dia rakam di memori bawah sedar). Sukar nak kontrol diri bila 'anger' dia 'shoot up' terus ke level 10 tak sempat stop tangga no 5 macam di lif. Kes 3, orang dewasa ini sudah biasa alami sepanjang hidupnya, jadi skrip kehidupan dia, sukar nak ubah gaya.... Memang begitu lah dia... kecuali dia muhasabah diri dan usaha berubaha, ada caranya. ..... Kita mahu 'Break The Cycle'. Warisi yang lebih baik, terbaik kita mampu walau bukan sempurna, 'of course', untuk anak-anak kita. Alam ini perlukan model yang baru beramai-ramaian untuk bentuk semula generasi yang lebih baik, penuh berhikmah. Jika kita pernah dimarah teruk 100%, mungkin kita ada gaya 50% marah macam mak/ayah kita, dengan tambah usaha untuk jadi lebih sabar dan baik, kini sekurangnya dengan usaha lebih baik, doanya anak-anak kita jadi 5% aja gaya macam kita, bukan 100% macam kita yang dah 50% macam nenek/atuknya mereka dahulu itu. Dengan kesedaran dan mahu berubah, apa jua ilmu kita boleh belajar dan amal. . Usaha. Kita Pelajari, Kita Amal. Allah Bantu. . Refleksi, Maznah Ibrahim Channel telegram : t.mazn.me/chan . *Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari 2021 di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210128

photo content

Sejak Khairunnisa’ @KN usia dekat 2 tahun masa dia masuk fasa autonomi (nak ikut cara dia), kami train dia untuk bernafas ‘breath in’, dan asertif : tanya dan minta sendiri dengan abangnya, apa apa dia mahu. Bukan menangis sahaja mengadu. Skil ini bantu untuk konflik mereka berada dalam tahap selamat hingga kini (setiap hari gaduh tapi masih kekal baik). .......... https://maznahibrahim.com/ajar-anak-teknik-berdiplomasi-musyawarah-sesama-mereka/

Audio Post #19 Isu pembelajaran anak sewaktu PKP. Ramai bimbang tentang anak dan motivasi belajarnya. Dengarkan input dari saya. . https://open.spotify.com/episode/5zX90m3hH6NOksg7UO26UQ?si=dBJzFtgwTYGxg9Sm6A9jig . .

Dengarkan kisah anak manis 7 tahun, Lisa ini. "Lisa kan gagap". Sebagaimana "broke our heart" ayat ini terkeluar dari mulut si kecil, ini juga yang saya alami, rasainya, bila anakanda soleh pertama saya Fateh berkata "Fateh kan tak boleh membaca"! dan Khairunnisa "Kenapa kulit kakak tak macam orang lain"... 😭 Haish. Hati ibu ayah mana tak terkesan. Saya faham. Allah uji sesuai dengan kemampuan kita. Kita mampu bantu si kecil. . "Fateh bukan tak boleh membaca. Fateh akan membaca nanti. Fateh akan baca lajuu dan terus laju, banyak ilmu Fateh akan dapat bila dah membaca. Mummy ayah yakin itu. Kerja kita, buat aja. Terus buat". Sewaktu usia 8 lebih, baru dia dapat membaca perlahan-lahan, dan semakin baik kini usia 9. Bila direnung kembali, fasa usia 5 hujung dia (saya stop memfokus keupayaan membaca dia tapi fokus pada EQ, SQ dan fizikal dia), tak sangka dia sudah lancar juga membaca BM, BI dan Iqra'. Dan saya suspek disleksia ke apa dia ni, dengan lupa yang amat walau baru berapa saat baru baca tadi..... Lama perjalanan kami bersabar, dan terus support dia... Allah tahu bila nak beri hasil. Kita cuma perlu jaga 'proses' membantunya aja... . "Kulit kakak nanti akan licin. Sihat, bersih, cantik macam kulit orang lain". "Macam kulit Yumna? Macam kulit Mummy?" Tanya si kecil. "Ya, macam kulit Yumna, kulit Mummy dan kulit semua kawan kakak. Kakak cuma perlu bersabar dan terus jaga makan macam biasa. Allah sayang kakak yang sabar ni". . Terima kasih Pn Nurhafiezah, Kami semua mendoakan anakanda Lisa akan lancar, petah, dan cemerlang dalam kerjayanya nanti. Dialah si pengucap dalam konferens antarabangsa nanti 😊😘😘: Isk comel betul customise buku anakanda Lisa ini. 😍😍😍👏 Syabas la ibu... Lihat buku Pn Nurhafiezah di sini:- https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10221234685788973&id=1001209320

p/s: InsyaAllah 'Live Webinar Parenting' premium percuma untuk Februari nanti adalah berkenaan mendorong anak dengan bahasa cinta ya. Stay tune. p/s: Webinar Penat Emosi: Urus Emosi Ibu Bapa pada 20 Februari, dapatkan segera tempatnya, di sini: https://webinarv2.maznahibrahim.com/penat-emosi-live/?utm_source=t210127

MACAM MANA NAK 'BOOST' KONFIDEN ANAK DENGAN PERKATAAN YANG TEPAT Semalam Fateh anak saya berkata :- Mummy mesti bangga dapat anak macam Fateh yang pertama mandi pagi dan petang. Wah apa lagi saya pun ucapkan semula ayat pengesahan ('words of affirmation' : Tangki Emosi Perkataan) : "Mummy dan Ayah memang amat bangga, syukur dapat anugerah anak soleh macam Fateh yang rajin mandi, jadi orang pertama sekali mandi waktu pagi dan petang tanpa disuruh". ...... Fikir semula, macam mana dia boleh ucapkan sebegini? Pastinya dari tangki 'words' tertentu yang Mak Ayah dia selalu ucapkan iaitu 'Proud' / Bangga (walau dia Thinking selalu juga cakap dia tak suka dengar Mummy dia cakap banyak,banyak 😄😁😆 ). ..... Kemudian dia beritahu : Kawan Abang cemburu sebab Abang ada Mak Ayah macam Mummy dan Ayah. Owh hooo camana tu, saya tanya ? Dia sebut nama kawan dia, X iaitu adik kepada abang Y ni, terkejut dan kelihatan cemburu bila dia beritahu atau cerita yang dia dapat apa dia nak (mainan spesifik) setiap bulan bila dia minta pada Mummy (hmm shopee Mummy ler tew😄🤣😊). ..... Tangki material : saya adakan 1 kali sebulan sebab dia layak atas setiap usaha kecil dia lakukan setiap hari sama ada di sekolah, atau di rumah. Dan tangki material saya dapati banyak didambakan oleh kanak-kanak kerana mereka menilai kasih sayang dengan memperoleh apa dia teringin (selain tangki lain yang lebih utama, namun sila limitkan ia: 'gift'/hadiah/ material agar : ⏩ jadi istimewa, ⏩ sentiasa tunda / tangguhkan keinginan tidak dapat 'on the spot' bila dia minta, fokus didik dia untuk sabar dan berdoa, ⏩ sentiasa ada sebab kepada hadiah material itu, tiada percuma, ⏩ sentiasa penuhkan tangki lain juga iaitu masa, sentuhan, layanan/perbuatan, dan perkataan dengan sangat TIPTOP sebab material tidak boleh ganti sama sekali 4 tangki lain ini). . Dan ya, perkongsian pengalaman dia dengan kawan buatkan dia sedar rupanya ada kawan dia tak dapat macam apa dia dapat dari mak ayah dia... . Syukur Alhamdulillah Tabarakallah, Allah tunjuki dia. . Saya kongsikan tips perkataan 'power' agar anak akan beremosi positif dan seterusnya bertingkahlaku positif ya 😍. .... BINA/TINGKAT SELF ESTEEM ANAK: GUNA PERKATAAN POWER INI UNTUK BOOST MOTIVASI ANAK . Banyakkan guna perkataan-perkataan ini dalam percakapan harian anda dengan anak untuk kekalkan dan tingkatkan motivasi mereka, sekaligus cipta happiness dalam memori di sistem otak mereka. . 💝 Waah.. Anak bijak kreatif ayah BERJAYA buat …..(xyz)...(roket kertas sendiri, basuh kasut sendiri, basuh pinggan sendiri - harus disebut jelas spesifik) . 💝 MasyaAllah SUKAnyaaaa Mama bila ….(xyz).. (kakak berusaha kongsi mainan dengan adik, buat air susu sendiri, sikat rambut sendiri, .. SUKA buat yang mendengar akan SUKA hati juga 🥰) . 💝 You are a wonderfull child. Kakak dan abang adalah ANUGERAH TERHEBAT Mama/Ayah dapat dari Allah. . 💝 It’s okay. TAK APA buat silap, Abang/Kakak CUBA LAGI! Mama yakin lepas ni lebih baik. . 💝 BOLEH. NANTI abang jadi angkasawan yang seterusnya dalam Negara. 💝 BOLEH. NANTI kakak jadi tukang masak terhandal dalam Negara dan dunia. . 💝 Anak KACAK/COMEL/SOLEH/SOLEHAH Mama ni tengah (xyz) (sikat rambut ke, lukis orang ke, berlatih matematik ke), mesti ramai suka sebab (kemas rambut tu, nanti pandai lukis macam orang betul, lama lama terror math). . ⏩ PERKATAAN yang BAIK BAIK beri EMOSI baik-baik juga. Maka TINGKAHLAKU anak juga jadi baik-baik nanti ;) . ⏩ Kerana kata kata anda adalah DOA untuk anak. . . . 😍😍😍 Semoga dapat sesuatu untuk parenting journey anda pula. Oleh : Maznah Ibrahim #REPOST p/s: Dalam ebook Mudahnya Anak Mendengar Kata Dengan Teknik Hypnoscript, saya ada kongsi lebih 200 skrip positif yang berpengaruh, yang boleh tuan puan gunakan pada situasi tertentu (73 situasi common harian) ❤❤❤ Boleh rujuk website ini untuk maklumat lanjut. https://hypnoscript.cc/?utm_source=fp210127 https://hypnoscript.cc/?utm_source=fp210127

photo content

TIADA ILMU YANG SIA-SIA BILA KITA MULA MENGAMALKANNYA (UNTUK KITA YANG SELALU RASA TIDAK YAKIN DENGAN DIRI....) Terima kasih Pn Sakilah.. Membaca ini buat saya lagi bersemangat dan yakin bahawasanya: 1. Mulakan dari awal adalah terbaik 2. Mulakan sahaja walau 1 ilmu kecil, dan konsisten lakukannya insyaAllah banyak manfaat kita perolehi. 3. Semua anak boleh capai level EQ sebegini. :) Saya gembira, syukur, terharu, dan rasa kuat lagi dengan feedback sebegini. Saya yakin semua ibu bapa boleh kecapi nikmat atas sesuatu usaha kecil kita menanam, menyirami, dan mengusahakan tanaman benih tanggungjawab kita ini. #anakpokokkita ............................................................................................................... Assalammualaikum pn maznah nm sy sakilah, sy nk ucap Terima kasih sbb pn maznah banyak membantu dan memberi jwapan yg sllu buat sy kebingungan, sblom sy beli ebook lg pn sllu reply setiap kli sy tanya soalan di messanger.. Alhamdulillah sy rs sekarang ni sy jauh lebih baik dr pd dulu sy bole control emosi sy pd ank2 dan org2 di sekeliling sy.. Sy bole senyum gembira dan bnyak bersabar melayan perangai ank2 sy.. Anak sulung sy skrg umur 4 thun sy ubah cara sy berckp dgn anak dr dy umur 2tahun masa tu sy cuma tgok video pn kat fb alhamdulillah skrg senang sangat handle dy cuma kena sllu ingat kan dan jelas kn dekat dy, lg 1 yg paling sy suka ank sulung ni pandai luah kan perasaan kalau sy termarah dy akan ckp mama tak bole marah kkk bile dy salah dy akan ckp kkk minta maaf mama, pernah dy ckp tipu lepas tu sy cakap kalau kkk ckp benar walau pun kkk buat salah mama lebih suka sejak pd hr tu dy mmg jujur pada sy, dy sllu mengalah pd adik nye beberapa hr ni sy puji dy ikut mcm ayat yg pn bgi tahu kat dlm group telegram dy happy senyum setip kli sy beri pujian.. Ank second sy nak masuk 1thn sy guna hypno baru beberapa bulan dan dy pun faham ap yg sy smpai kan pd dy.. Sy gembira dan bersyukur sy jumpa video puan dlm fb dlu klau sy tak tgok video tu mgkin smpai sekrang sy stress dan tak bole kwal emosi sy pd anak2 terima ksh pn maznah semoga allah balas jasa pn maznah:blush: ——— Untuk makluman, Pn Sakilah adalah: Pemilik Ebook Hypnoscript, Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi dan ahli Support Group bagi kedua-dua ebook ini di telegram Telegram umum channel Parenting dan Psikologi Anak: T.mazn.me/Chan

photo content