Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 729 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 958,并在 马来西亚 地区排名第 2 342 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 729 名订阅者。
根据 30 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -148,过去 24 小时变化为 -6,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.00%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.10% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 630 次浏览,首日通常累积 331 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 31 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
15 729
订阅者
-624 小时
-327 天
-14830 天
帖子存档
15 728
PENTINGNYA TIDUR YANG BAIK (KUANTITI DAN KUALITI) UNTUK ANAK DAN KITA SENDIRI
.
Jaga tidur anak yang mencukupi (kuantiti) dan berkualiti = jaga kesihatan mental anak
Anak yang tak cukup tidur banyak kesan tak baiknya termasuk emosi tak stabil, tantrum dsb.
Kajian membuktikan sewaktu tidurlah segala toksin dibersihkan atau di flush out kan (ref.)
.
.
Jadi, pastikan anak-anak mendapat tidur yang cukup + berkualiti.
1. Tidur malam awal agar bangunnya juga awal (cukup tidur, mood pun ok)
2. Matikan semua gajets di dalam bilik tidur anak, sebaiknya wifi rumah di off kan.
3. Tidur dalam keadaan total gelap tiada cahaya untuk pengeluaran melatonin yang cukup agar tidur lena dan betul rest, jika ada button bercahaya aircond dan plug pun lindungkan.
4. Amalkan hypnoscript :
👍Nanti tidur lepas 'Isya ok (mula masuk katil, namun tidur sepenuhnya mungkin selepas 1 jam itu),
👍Tidur lena lena,
👍Bangun pagi esok senyum
.
CARE,
Maznah Ibrahim
Ref:
https://www.nih.gov/news-events/news-releases/brain-may-flush-out-toxins-during-sleep
https://www.wired.com/story/scientists-now-know-how-sleep-cleans-toxins-from-the-brain/
https://www.webmd.com/sleep-disorders/news/20191101/deep-sleep-may-rinse-days-toxins-from-brain
https://io9.gizmodo.com/why-we-need-to-sleep-in-total-darkness-1497075228
..
Skrip lain lain khusus untuk tingkahlaku dan emosi anak:
Https://Hypnoscript.cc/?utm_source=fp200205
15 728
Alhamdulillah done my Morning Brisk Walk 😍
Sesi 3/7 minggu ini,
4 round 34 min, 2.29 km saja.
Harini zikir Tahlil (belajar from bff Husna Haron) berbunyi begini di sepanjang laluan insyaAllah
"Ketidakselesaan bukan Tuhanku,
Allah Tuhanku".
Sebab
i) cuaca agak panas,
ii) round 3 tu ada lori sampah pula ambil sampah tiap rumah, namun senyum pada mereka sebab tanda syukur dan thanks, jika bukan mereka kutip sampah ikut jadual, memang lagi takselesa lah kita ni if sampah limpah ruah, busuk lagi, ulat dsb
iii) perut juga kurang selesa masa round 1, hilang lepas tu ada balik round 4. Teringat mak tiri sedang dalam icu asalnya sakit perut aja, betapa perut adalah brain kedua, maybe saya ada bimbang sedikit dengan kondisi dia dan kesihatan saya,
Saya pula dah amal minum air rendaman al manna untuk bakteria baik dalam perut, so ini maybe sebab makan tengah malam tadi (ohooo) dan Fateh kami dah start inulin untuk kesihatan perut dan otak dia juga walau terpaksa dia minum juga laaa 😁
.
.
Kesimpulannya,
apalah sangat ketidakselesaan ini berbanding tak terkira kuantiti dan nilai nikmat Allah beri pada diri ini.
.
♥️ No satu sayang siapa? (Soalan quiz spontan anak2 - Allah... otomatik mereka jawab). Cinta Allah Rasul melebihi dari segala.. Terima kasih Allah.. atas nikmat Kau berikan kepada kami.
Maznah Ibrahim
15 728
Tips #28
( 1 Signature Touch Kecil Namun Berharga )
Jum beri 1 aksi kecil yang luar biasa dan pasti anak-anak suka, sebab mungkin jarang buat😊.
Itulah yang jika dijadikan rutin, bina bonding kuat dengan anak-anak,
Dan mereka ingat momen tu sampai besar tau.
.
Contoh :
Mak saya sebelum tidur dia ajak main lawan geletek geletek sampai saya surrender 🙅♀️,
Ayah saya tiap kali nak hantar sekolah ajak adik beradik saya lawan berlari siapa sampai kereta dulu (atau masuk bilik air untuk mandi dulu)👨👍,
Mak saya suka main kejar2 dengan kami guna suara binatang yang kelakar sangat 😄
.
Baca Idea di Poster 😍.
Anda pasti ada signature touch lain yang lagi menarik, kan? Tulis di komen, sama-sama kawan nak baca.
.
*Nota. Biasanya yang anak ingat ialah yang super kelakar, yang fun, dan elemen play, bukan yang formal formal education tu sangat tau 😁.
.
CARE♥️,
Maznah Ibrahim
.
t.mazn.me/chan
15 728
Ini aktiviti penting untuk semua anak kecil perlu tahu. Iaitu apa dia boleh buat bila dia rasa emosi Tak OK. Ada cara positif lain dia boleh buat selain cara kebiasaan yang kurang selamat.
.
[FREE DOWNLOAD] RODA 'STRESS MANAGEMENT' ANAK KECIL
>>>ACTIVITY SHEET - COPING SKILL STRATEGIES<<<
Tujuan:
1. Untuk lakukan 1 aktiviti bonding #IbuBapaKini dengan anak, bagi aspek EQ (Cerdas Emosi)
.
Manafaat yg dapat :
1. Untuk IbuBapa tahu apa yang anak suka sangat buat - ia sebenarnya juga adalah strategi dayatindak (coping skill) positif bila emosi Tak OK dirasai 👉😊👍
.
2. Untuk perkenalkan kepada anak ada cara lain untuk urus emosi Tak OK selain cara kebiasaan yang mungkin tak berapa selamat (i.e. pukul adik bila marah -- boleh pukul punching bag bila marah dan banyak lagi option lain tau)
.
Link download :
https://copingstrategies.zkart.com
https://copingstrategies.zkart.com
https://copingstrategies.zkart.com
.
Semoga bermanfaat untuk anda semua ya 😍
.
.
CARE ♥️,
Maznah Ibrahim
p/s Kongsikan dengan ramai kenalan anda ya agar sama-sama boleh jadi coach emosi anak, insyaAllah...🎈🎁🎀
15 728
Bila kita bayangkan yang terburuk tentang anak kita, itulah yang akan kita nampak/lihat dan dapati.
.
Sentiasa meletakkan impian (visualise) yang terbaik, saya ulang, yang TERBAIK untuk capaian anak-anak kita,
Dari sudut pencapaian:
🎀 Tingkahlakunya (i.e dia boleh bangun pagi awal),
♥️ Emosinya (i.e dia boleh sabar dan tenang),
🌟 Pelajarannya (i.e dia boleh lancar membaca),
"Aim the star, you ll get the moon"
(At least 😊)
.
.
Sebab ia akan membuka, membesarkan potensi mereka dan keupayaan diri kita sebagai
💪pendorong mereka yang memotivasikan mereka dan percaya kepada mereka.
.
Kerana anak sebenarnya HIDUP dalam lingkungan HARAPAN dan KEPERCAYAAN yang telah kita letakkan untuk mereka tanpa sedar.
.
.
Kepercayaan yang TERBAIK bantu
♥️ bentuk hubungan dan bonding yang terbaik untuk #IbuBapaKini - ANAK.
👉👉👉 Investment waktu tua dan akhirat kelak 👴👵
.
Hadiah apakah lagi yang boleh kita berikan, selain PERCAYA dan doa yang terbaik untuk mereka.
Hasil ? Dari Allah jua.
Tak kira apa hasilnya, PERCAYA yang ia adalah yang terbaik buat masa ini untuk kita dan anak-anak kita.
.
CARE♥️
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
15 728
PERATURAN MARAH / ANGER RULES
------------------------------------------------------
Ya, memang rasa marah adalah tidak salah, kerana ia hanyalah satu perasaan spontan dirasai bila trigger/ tercedera emosi kerana nak melindungi dari diri dilukai.
.
Cuma untuk anak-anak,
penting untuk diingatkan kepada mereka,
.
"Marah adalah okay,
cuma pastikan adik tidak :
1) cederakan diri
2) cederakan orang lain
3) rosakkan barang lain di sekitar"
.
Exactly peraturan yang sama di dalam PlayTherapy Room kami,
.
"Adik boleh buat apa saja adik mahu dalam bilik ini,
asalkan adik tidak cederakan diri, cederakan kakak, atau rosakkan barang di dalam bilik ini.
Sesi masa istimewa kita 40 minit,
dan kakak akan beritahu bila masa nak habis.
Dan pasir, hendaklah di dalam kotak pasir sahaja".
.
Clear rules,
kanak-kanak akan rasa sangat selamat sebab tahu apa boleh apa tak boleh.
.
Untuk anak semasa dia sedang show the tantrum,
berada di situ, TIME IN,
.
katakan kepada mereka,
"Mak akan ada di sini untuk teman adik,
pastikan adik selamat.
Adik dah habis marah, boleh datang dekat Mak, okay?"
.
Jika Mak nak TIME OFF diri,
katakan,
"Mak juga sangat marah macam adik.
Mak akan pergi ke sana (cth bilik/dapur) untuk tenangkan diri mak sebab Mak taknak cederakan adik.
Adik boleh teruskan keluarkan marah adik,
Bila adik dah selesai, adik datang dekat Mak".
.
👍Anak tahu apa dia boleh buat,
👍Anak tahu mak dia berada di mana
👍Anak tahu mak dia pergi sebab
i) nak make sure dia selamat sebenarnya dan
ii) mak juga nak bertenang.
.
.
Mesej Utama saya:
1) Marah adalah okay, tidak salah sama sekali
2) Cara ekspres marah sahaja ada OK dan ada Tak OK, pilih yang OK
3) Cara marah yang selamat diluah menggunakan anggota badan adalah tukar saja kepada alternative ways, dan berbeza ikut individu, kerana setiap orang ada pattern dia tersendiri, boleh diajar untuk 'tukar' seperti jika selalu marah di mulut tukar dengan hembus nafas kuat (selepas tarik nafas dalam) atau zikir di mulut atau menyanyi,
.
Cumanya biasanya mudah terbabas sukar nak 'pause',
.
Maka latihan atau amalan kawalan emosi dalaman untuk tukar impulse control spontan tu, amat perlu seperti :
👍 latihan pernafasan awal pagi (60 saat / 10 minit / 15 minit atau lain2 jenis)
👍 Istighfar minima berapa ratus kali (anda tetapkan)
👍 Body Workout - semudah brisk walk dulu 10 minit / tingkatkan hingga 30 minit satu masa.
.
CARE ♥️,
Maznah Ibrahim.
.
t.mazn.me/chan
15 728
Tips Parenting #27
( Buat Semuanya Untuk Siapa ?)
.
Mahu berubah jadi tenang ?
Jadi lagi berang.
Mahu berubah jadi sabar ?
Jadi lagi mak 'dinasour'.
Mahu jadi lembut, baik-baik ?
Jadi laaagi keras, siap bertempik-tempik.
.
.
Pabila mahu berubahnya kita itu kerana Manusia (kerana anak, kerana pasangan),
.
Maka lagilah tak tentu arah.
.
Ingat,
Keterbatasan diri kita sebagai manusia,
Amat rendah nilainya,
Bila lakukan sesuatu ini kerana manusia juga.
.
Buatlah kerana Tuhan Yang Maha Pencipta.
.
InsyaAllah bila lemah terus rasa mahu Maju 🏃♂️,
Maju ke depan kerana matlamat nan Satu☝️,
Iaitu Redha Tuhanmu.
.
Visi akhirmu mahu berada di syurga kekal.
CARE ♥️,
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
15 728
Bagaimana Kita Boleh Ajar Anak Guna Sendiri Teknik Hypnoscript Pada Waktu Sukar Dia ?
Saya kongsikan di sini.
Jemput.
https://maznahibrahim.com/anak-amal-hypnoscript-sendiri/
15 728
🎊🎉🎈COMING SOON 🎁🎀🎈🎊🎉
Free Gift untuk anda yang BERMINAT DAN MAHU sahaja.
.
Cheat Sheet untuk aktiviti DIY Roda Impian
Coping Strategies anak anak anda. (stres, marah, sedih, takut dll).
.
.
Hasil Aktiviti Roda Impian anak saya usia 5 dan 8 tahun telah saya kongsikan di dalam Channel Telegram saya semalam :
.
t.mazn.me/chan
.
👉Stay Tune 👈
😍
*Gambar gambar ini saya cari dan susunkan ikut karektor anak lelaki dan perempuan. Ia adalah positive coping strategies iaitu strategi daya tindak secara positif yang kanak-kanak boleh lakukan bila berasa emosi tidak enak, berbanding cara negatif dan tidak selamat seperti memukul adik/ibubapa, menghempas barang hingga rosak, dll.
*Penting sekali demi mental health anak anak kita kini dan akan datang.
Maznah Ibrahim
15 728
Semoga diri kita,
Anak anak kita,
Keluarga kita,
Sahabat kita,
Dan seluruh rakyat Malaysia
Dilindungi dan dipeliharaNya
Dari apa jua penyakit yang merbahaya.
Amin.
Sumber pic: yufidia.com
