ch
Feedback
Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 265 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 967,并在 马来西亚 地区排名第 2 356

📊 受众指标与增长动态

невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 265 名订阅者。

根据 25 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -113,过去 24 小时变化为 -5,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 4.80%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.43% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 780 次浏览,首日通常累积 395 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

凭借高频更新(最新数据采集于 26 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

16 265
订阅者
-524 小时
-287
-11330
帖子存档
Kadangkala atau kerapkali ibubapa tertanya mengenai anak mencuri/menipu. Mengapa? Ada saya selitkan sedikit di dalam penulisan ini. Baseline nya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=820313111476608&id=477691842405405

Maznah Ibrahim: [PENDAFTARAN DIBUKA] Seminar Ehsabar . Anda atau Pasangan Masih Struggle Nak URUS EMOSI DIRI SENDIRI dan ANAK-ANAK Setiap Hari ? . Bimbang nanti akan beri kesan kepada Diri sendiri, Pasangan dan anak-anak? . Ada kesedihan atau kemarahan yg masih tersimpan? . Kalau emosi Ibu Bapa OK dan Ibu Bapa pun tahu cara urus emosi yg betul, Insyallah datang apapun RAGAM ANAK atau UJIAN, boleh lalui dgn baik dan TENANG.Insyaallah. . Kalau emosi belum selesai, nak buat apa pun serba tak kena. . Mahu saya bantu Anda & Pasangan Anda ? . . ---------- Maklumat Lanjut di: ---------- . KLIK LINK INI >>> https://ehsabar.ml KLIK LINK INI >>> https://ehsabar.ml KLIK LINK INI >>> https://ehsabar.ml . . p/s: Silakan SHARE kepada rakan-rakan atau keluarga anda yg mungkin memerlukannya juga :) . mungkin ia dapat membantu memberi ketenangan dan jalan keluar kepada masalah mereka :)

Ikuti kupasan level 2 Keperluan Asas Anak kita di sini. Jangan lepaskan peluang memahami aspek asas dan penting ini ya. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=819915864849666&id=477691842405405

i rumah. . Last ialah UBATAN bila sakit. Jika tak sakit tak perlu lah diberi ubat ya, ia berkaitan kesihatan, dan tiada kompromi bagi sihat dan bersih. Namun untuk supplemen bersesuaian bagi cegah sakit, tingkat imun tak salah diberi, dari pemakanan natural dan supplemen luaran bagi top up. Cegah lebih baik dari ubati. . Aspek bersih ni, ialah part mandi dan gosok gigi. AIR sangat bantu segarkan badan, menyabun dan mencuci gosok semua tu adalah di bawah aspek bersih dan sihat. Gigi dan lidah digosok pun, akan buatkan otak segar tau, pasal kaitan saraf dekat lidah. Pastikan sebaik anak sudah tumbuh gigi, gosok dengan kain basah / pasang di jari getah tu. No kompromi tak gosok gigi anak. . Jadi boleh rasa, kan jika anak outdoor dengan kita cuaca panas, anak perlu dimandikan untuk segar luar dan dalam (bawa pakaian tambahan bila keluar rumah) dan baik emosi (bersih luar --> baik mood dalaman), . atau kita lepas balik kerja sampai rumah, rasa panas, pastikan kita mandi dulu jika kita mudah hot temper dan kita dapati kita cepat lega bila dapat 'air' - minum air masak / mandi terbaik, tak pun cuci muka, tengkuk, tangan dan kaki serta sebagainya. . Oh satu lagi untuk ibu-ibu, boleh amalkan mandi air garam bukit sebagai bilasan akhir, guna air tapis, bagi mencuci diri dan kembalikan aura positif. Mak tenang, anak juga happy, insyaAllah. Ini dah lama diamalkan oleh ramai orang, dan ia baik untuk kesihatan, why not kita cuba benda baik, tak rugi kan. . Rumusan Level 1: ✅ MAKANAN ✅ TIDUR ✅ OKSIGEN (AKTIVITI FIZIKAL) ✅ UBATAN / SUPPLEMEN ✅ AIR (MANDI, MINUM, GOSOK GIGI UNTUK BERSIH DAN SIHAT) . InsyaAllah saya sambung lagi ya. . Suka baca? Boleh faham tak Level 1 ni? . . Salam kasih sayang ibu mithali (aim untuk diri dan semua), ❤️❤️❤️ Maznah Ibrahim *sumber 2 gambar comel ini : www.loopa.co.uk

Penuhi Keperluan Asasi Anak, Level 1 Sebagai PAAALING ASAS dan Haq, Maka Kuranglah Anak Buat Perangai.... . Assalamualaikum ibu ibu mithali bijak semua. . Hari ini saya nak kongsi mengenai Keperluan Asas dari Hirarki Keperluan Maslow. . Saya rasa ramai sangat dah tahu Hirariki Maslow ni, kan? . Cuma peringatan bersama kita sahaja, ya. . LEVEL 1: Keperluan Fisiologi ========================= Apa maksudnya tu? Keperluan hiduplah. Jika tak da benda ni semua, memang manusia tak boleh survive. . Namun, walau ia paling asas pun, seringkali kita terlepas pandang. . Biasa dengar, kan: Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut, suka hati la :D . Anak kecil pun sama. . Jaga rutin MAKAN dia, pemakanan seimbang dan cukup zat nutrien, kurangkan junk food, kalau makanan kudapan pun biar buat sendiri, macam cekodok pisang ke, biskut sihat ke dll. Sebaiknya air tangan sendiri. Tak sempat, pilih yang terbaik dan beli pun ok. . Maka anak ini yang dijaga pemakanan dari pagi sampai awal malamnya, kurang tantrum, sebab kenyang perut ^_^. Pastikan air masak mencukupi. Latih dan latih, lelama dia biasa. Kurangkan makanan bergula putih dan makanan proses. InsyaAllah emosinya lebih baik dan mood elok. (sama la untuk diri kita orang dewasanya ya). . Selain tu, TIDUR. . Makan dan tidur ni jika kita pun, tak cukup makan dan tidur, pasti akan terkesan kan, macam nak jadi harimau / singa lapar aja (haha). Jadi pastikan sebelum balik rumah dari kerja tu kita sendiri cukup makan, minum petang dulu naaa... . Lepas tu kita buat mindset dan doa untuk berhadapan dengan demand dan cerita anak tu dengan sangat sabar dan tenang dan berhemah, layan baik mereka ni. Mereka ni rindukan kita dan nak bercerita. . Tidur ialah istirehat, sangat penting. Tidur anak kecil, perlu nap yang cukup ikut perkembangan dan usia. Boleh rujuk di sini untuk cek anak perlu berapa jam tidur malam dan berapa kali nap siang hari. Saya memang suka rujuk babycenter untuk anak pertama dulu sebab ia lengkap ikut usia minggu ke minggu. Once dan master dah tahu untuk anak pertama, anak kedua dan seterusnya jadi mudah saja, kan. ~~~ untuk anak kita 0-8 tahun, sila baca sini ya: https://www.babycenter.com/0_your-childs-sleep-and-nap-timeline_10357001.bc . . Seterusnya UDARA - semestinya untuk bernafas. . Perasan tak anak kecil kan energi banyak. So cepat dia punya in out : oksigen CO2 dia bersilih ganti. . Pastikan rumah cukup udara bersih. Cuba selalu 5 S dan buang barang lama. Spring cleaning dan ubah perabot (part ni saya pun sedang usaha untuk buang barang). . Paling mudah saya amat menggalakkan anak dapat play outdoor time sekurangnya 3 kali seminggu macam orang dewasa (dos orang dewasa ialah Minima 3 kali seminggu senamanselama 20 minit sekali). . Let say, anda hari bekerja dah penuh tak sempat nak ke playground, at least la buat waktu weekend. Weekend kan 2 hari, so cover la 2 kali seminggu (pagi atau petang) atau 4 kali seminggu iaitu pagi DAN petang. . Option lain, pastikan ruang rumah adalah cukup luas untuk anak berlari melompat berjalan tak terhalang dll. Anak kecil ni rumah kurangkan perabot. Biarkan anak cukup ruang berkarya dan beraksi. Besar dia nanti takpela nak rumah cantik berhias kaca bagai tu. . Adakan ruang untuk bergayut (gayut sangat baik untuk daya genggaman tangan, juga oksigen terutama bila nak pindah batang ke batang / satu batang aja minta dia tahan dan kira berapa banyak dia dapat). Apa-apa yang mencabar dari segi fizikal macam lari, berjalan laju, ia akan push kita nya daya oksigen masuk ke badan. Jadi ia amat baik untuk otak juga. Beza anak dapat aktiviti fizikal dengan tak dapat, anak yang dapat aktiviti fizikal akan lebih gembira (hormon antistress terembes), bekerjasama (aspek sosial sebab mood ok) dan berfikir lebih rasional dan waras (level ketiga otak neokorteks/rasional). . Tranpoline di rumah amat baik untuk daya uji oksigen ni juga, selain anak kecil amat suka melompat-lompat kan, apa kata kita beri dia lompat setempat di tranpoline yang best tu sebagai tambahan ruang selamat beraktiviti fizikal d

Maaf lama tak menulis, santapan emosi dan ilmu untuk kita semua. Saya sedang dalam fasa ujian sedikit, dan insyaAllah tetap merindui untuk menulis. Penulisan kecil hari ini untuk anda. ❤️

Sudah lihat dan dengar FB Live saya berkenaan Ebook Saya TakNak Marah Anak tempoh hari? Ia sekitar 40 minit saja. . Ada juga soal jawab berkenaan isu marah anak. . Free kan masa anda, jum tonton. https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=811182952389624&id=477691842405405

Cuti Cuti Macam Ni Biasa Ibu Terlepas Marah Ya lah, menghadap anak 24 jam ya? Boleh bayangkan untuk ibu fulltime home engineer camana? Sentiasa ingatkan diri kita, Anak anak adalah tetap anak. Mereka jauh beza usia dengan kita, Mana sama anak 3 tahun pengalaman dengan anda 30 tahun pengalaman hidup. Mereka perlu, dan nak kan perhatian, didikan, asuhan dengan sebaiknya Nak nak setelah sibuk dengan rutin mereka. Rutin mereka ada, rutin kerja kita juga ada. Kita dan mereka sama saja, Dua entiti berbeza sebab tanggungjawab berbeza. . Mereka ialah tanggungjawab kita untuk diasuh, dididik, dibimbing apa betul, apa salah, dan bagaimana berhadapan dengan konflik. .. Konflik dengan mak ayah di rumah, (lain suruh lain dibuat), Konflik minat berbeza (interest) antara dia dan adik beradik dia, (berebut siaran tv dsb), . Bagaimana kita hadapi atau atasi konflik, begitulah mereka belajar dan akan lakukan nanti. . Contoh jika kita marah si abang/kakak menangkan si adik, Adik belajar, boleh marah si abang/kalak camtu aja. Sentiasa asingkan si besar dan buat one to one bercakap dan didik mereka. . Sebenarnya masa cuti inilah ibubapa banyak nak dalami pengalaman anak anak di luar sana, di sekolah, lingkungan kawan kawan sebayanya. . Jangan terkejut, Anda tak pernah ajar anak pasal kahwin-kahwin, Anak usia 5 anda dah sebut pasal dah besar nak kahwin dengan orang ni, nak buat macam ni itu ini bila dah kahwin. . Cerita cerita macam ni, Hanya dapat bukan masa primer time anak jumpa lepas sekolah terus cerita kat kita, . Sebab ia info tak utama. Anak pun tak ingat sangat. Tapi, ia akan muncul bila santai-santai, Bila tetiba dia trigger. . Jadi waktu santai dan rehat camni amat penting. Masa nilah nak banyak asuh dia pasal apa yang betul, apa yang salah, Amar makruf, nahi munkar. Ikut aja guidelines apa diberi Allah dalam Quran. Masa nilah nak cerita banyak pasal kisah nabi nabi terdahulu.... Masa senggang, lebihan waktu dari waktu sibuk biasa Isnin-Jumaat. . Kalau rasa nak marah, PAUSE dengan bernafas sekali hingga tiga kali dulu, Bergerak, untuk release energy marah. Cakap hanya bila dah tenang, Masa marah, pasti ayat keluar ayat yang tak baik, Maka, keluarkan dulu emosi negatif, Untuk masuk emosi sedikit positif, Baru deal/berhadapan dengan si anak. . . Banyakkan penuhi tangki emosi asas anak-anak: ❤️ Hugs peluk mereka full dada ke dada, ❤️ Ucapkan sayang dan hasrat anda ke mereka, ❤️ Main sebentar dengan mereka, temani mereka dengan aktiviti mereka pilih bukan kita pilih, ❤️ Hadiahkan mereka dengan masakan dan minuman kegemaran mereka, ❤️ Layan mereka baik dan istimewa seperti Tuan Muda atau mak bapa mertua, atau anak kawan tumpang rumah, ❤️ pandang mata mereka dengan kasih sayang seperti mereka baru lahir. . . . Salam Cuti Weekend, Renungan, Maznah Ibrahim

untuk yang alami atau mengenali sahabat yang ada alami penderaan emosi mental dari pasangan👆

InsyaAllah sejam lagi saya akan adakan FB Live, Review untuk Ebook Saya TakNak Marah Anak Lagi. Hari ini, 1.30 tengahari. Jumpa nanti. Maznah Ibrahim. fb page : maznahibrahimofficial