Parenting Maznah Ibrahim
前往频道在 Telegram
Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.
显示更多📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览
频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 16 278 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 962,并在 马来西亚 地区排名第 2 361 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 16 278 名订阅者。
根据 20 六月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -128,过去 24 小时变化为 -12,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 6.19%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.52% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 1 008 次浏览,首日通常累积 410 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”
凭借高频更新(最新数据采集于 21 六月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。
16 278
订阅者
-1224 小时
-347 天
-12830 天
帖子存档
16 278
Apakah 5 Perkara Yang Anak-Anak Kita Perlukan Tetapi Mereka Tak Cakap ?
Mereka tak dapat beritahu sebab mereka tidak tahu bagaimana nak beritahu,
Mereka kurang kosa kata, perkataan, ayat, dan pernyataan hasrat dan keperluan diri mereka sendiri.
Maka kitalah yang perlu sentiasa upgrade ilmu kita akan keperluan sebenar anak, bukan semata KEMAHUAN anak, ok 😊👍.
Care♥️,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
16 278
Apakah 5 Tangki Emosi Anak Yang Kita Perlu Tahu dan Buat?
(1) Tangki perkataan yang baik dan mengesahkan
- pujian spesifik
- ayat / perkataan menenangkan, menggalakkan, mempercayai, sokong ideanya, validate emosi mereka walau emosi tak baik
.
(2) Tangki sentuhan selamat
- usapan (bahu dan belakang),
- pelukan (full dada to dada),
- ciuman di dahi/pipi.
.
(3) Tangki masa istimewa
- temankan mereka bermain di playground atau di rumah,
- solat
- makan bersama,
- dengar cerita mereka
- dating one to one dengan anak, dll.
.
(4) Tangki layanan yang baik, bukti dengan tindakan
- layan macam VVIP,
- senyum kepada mereka,
- pandang mata pabila mereka berbicara kepada anda.
.
(5) Tangki material bersesuaian
- ikut kemampuan,
- dan sesuatu yang mereka sukai, hargai dan layak terimanya
.
.
Jum sama-sama PENUHI nya untuk Diri, Pasangan dan Anak kita.
Kalau hari ni terlupa peluk anak (tangki sentuhan selamat), cepat cepat usaha peluk mereka nanti ya.
Terlupa puji mereka, usaha cari satu kebaikan atau apa jua untuk diberikan perkataan yang baik.
.
OLEH:
Maznah Ibrahim
t.mazn/me/chan
16 278
Bila Anda Fikir Anda Ibu Yang Teruk, Anda Sebenarnya TIDAK. Ini 10 Tanda Yang Anda Ibu Yang Lebih Baik dari Apa Yang Anda Fikirkan
Sama seperti label kepada seorang anak: "anak jahat", "anak degil", "anak nakal", "anak kurang ajar" dan lain-lain lagi.
Maka label ibu kepada diri ibu sendiri adalah: "ibu gagal", "ibu teruk", "ibu jahat" dan seangkatan dengannya.
Baca lanjut:
https://maznahibrahim.com/anda-bukan-ibu-yang-teruk/
16 278
Parenting Tips #52
( Bayangkan Anak Ini Dewasanya Seorang Yang Bagaimana )
Bayangkan pada suatu hari seorang pemuda/pemudi berusia 25 tahun melangkah masuk ke rumah anda, bagaimana pembawaan diri pemuda/pemudi ini?
.
.
Sewaktu anak buat apa jua hal yang anda rasa pening, puzzle, susah, struggle semua itu,
Sebenarnya ia peluang untuk anda bentuk karektor dan skil kehidupan dia sebagai individu dewasa yang terbaik setnya.
Usah matikan ciri karektor unik itu.
Ia peluang, bukan ancaman untuk anda.
Ambil peluang ini, sahut.
Ia PELAJARAN untuk diri anda,
Usaha tambah ilmu dan skil,
kerana anda perlu ajar/didik/bentuk anak ini.
Selalu positif dalam berfikir dan berasa sebagai #IbuBapaKini.
Boleh?
.
CARE❤️,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
#breakthecycle
#keibubapaanpositif
#anakkeraskemahuan
16 278
Tips #51
( Anak Melawan - 'Lawan' lah dengan Ketegasan Penuh Kebaikan/Care bukan Kekerasan )
Tak lama lagi interview saya dengan Dr Amalina Mohd Daud (Founder Toddible) akan dilancarkan pada Mac : Toddible Summit 2020 - berkenaan 'Anak Degil'. Agak lama juga saya explain berkaitan persoalan ini.
Sebentar tadi saya rakam video menjawab persoalan anak melawan sehingga tahap bukan sahaja mulut malah tangan dan kaki juga nak naik kepada ibubapa, hingga of course ibu ayah akan sangat marah juga (untuk Support Group pembeli Ebook TakNak Marah Anak Lagi).
Instinct kita benar - kekerasan bukan dilawan dengan kekerasan, kelak patah terus atau retak 'saja'. Patah memang tidak boleh sambung semula menjadi sempurna seperti asal dan
Walau 'retak saja' ia beri kesan / damage berpanjangan lukanya hingga dewasa, dan trigger bebila masa bila silap 'disentuh'.
Kembali kepada benar dan bathil.
Sampaikan mesej yang benar kepada anak (No means No juga), dengan cara penuh kebaikan dan 'care'. Terangkan apa yang bathil tidak boleh dengan sebenarnya kepada anak, kerana mereka sentiasa perlukan dua side (boleh tak boleh, benar dan salah).
..........................
Why we care?
Sebab kita care hati dia. Kita care mental health dia nanti sampai dia besar. Ayat ibu-ibu yang bertanya kepada saya - bimbang nanti dia jadi macam mana dewasa nanti. Yes, intuit anda itu benar.
.
We do care, maka kita baiki sekarang.
.
What to do? LAKUKAN 3 INI :-
1. Kemaafan dipohon dari yang Haq. Solat sunat taubat. Akui silap pada pemilik sebenar anak, azam tidak mahu buat lagi. Bila ingat diri kita ibubapa adalah pemilik anak maka itulah jadinya amarah melampau dilempias sewenangnya kepada anak. Kemudian susuli dengan solat sunat hajat agar dimudahkan perjalanan anda seterusnya untuk isu anak melawan ini. Teknik rebonding membantu, insyaAllah.
2. Kemaafan kepada anak. One to one dengan anak, komunikasi sebaiknya, tentang apa sebenarnya struggle atau konflik anak yang buat dia marah sangat ini (tips of iceberg, dapatkan punca di bawah itu), dapatkan perspektif dia dahulu kepada anda, kemudian baru kongsikan perspektif anda pula. Minta maaf pada anak dan minta anak bantu ibu ayah dalam usaha ibu ayah tangani isu anak dan adik beradik dia.
3. Maafkan diri. Fahami diri kenapa anda bertindak begitu (anda trigger reptilian brain anda sendiri), dari pengalaman lalu diri anda, Kefahaman memberi laluan kepada kemaafan, dan kemaafan beri laluan untuk letting go dan move on. Anda tidak dapat move on selagi tidak let go, tidak boleh let go selagi tidak memaafkan, tidak memaafkan selagi tidak sampai ke tahap kefahaman akan perspektif diri dan perspektif individu yang berkait isu /memori pain anda itu.
.
I do care for you too😘.
CARE ❤️,
Maznah Ibrahim
t.mazn.me/chan
#anakmelawan
#breakthecycle
16 278
Tips #50
( Tingkahlaku Kanak-kanak Ialah Bahasa Untuk Keperluan Mereka )
'Behaviour' adalah tips of iceberg sahaja,
Sebab sebenar ialah dasar di bawahnya.
Hanky panky anak kecil berpunca dari keperluan asasi : fisiologi dan emosi tidak cukup dipenuhi.
Baca tingkahlaku anak sebagai suatu bahasa petunjuk.
Petunjuk sesuatu.
Apakah yang dia PERLU sebenarnya?
Anak besar sedikit, apakah dia MAHU (plan/objektif dia) sebenarnya?
Time in, spend masa, komunikasi same-eye-level dan nyatakan kemungkinan keperluannya:
"adik sebenarnya mengantuk ya?"
"adik sebenarnya lapar/haus?"
"adik sebenarnya bosan ya?"
Then terus channel atau bawakan dia kepada solusi terbaik anda pada waktu itu.
CARE ❤️,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
#breakthecycle
#tangkiemosi
#kerenahanakadalahtipsoficeberg
16 278
Tips #49
( 3-Saat 'PAUSE' )
Saya percaya kepada teknik Lampu Oren dalam Traffic Light Model pembuatan keputusan / tindakan.
Sebab kebanyakan isu manusia dalam pembuatan keputusan kurang tepat ialah bila terus 'LAMPU HIJAU', bertindak terus.
Isunya bila bertindak terus,
Ia adalah yang kurang selamat, kurang tepat.
Tengok aja jika lampu hijau sentiasa ON tiada lampu merah, jalanraya akan kucar kacir kan?
.
.
Ibu bila nampak anak bergaduh,
Terus meletup marah balik,
Nampak mainan bersepah, terus marah minta kemas sekarang atau buang semuanya,
Nampak anak tak siap-siap lagi ke sekolah,
Terus ugut atau bertempik suruh cepat masuk kereta.
Semua ini HIJAU terus tau. Jalan.
.
Maka perlu kuasai teknik 'LAMPU MERAH' STOP dan 'LAMPU OREN' brainstorming tindakan.
.
Isunya Lampu Oren ini perlukan masa untuk proses,
Sedangkan masa amat suntuk
(If remaja saya, saya ajar teknik lampu isyarat ini, dan Lampur Oren ini perlu masa untuk mereka berfikir apa senarai alternatif tindakan yang boleh buat, setiap satu kena timbang baik buruk, untung rugi. Lama tapi berbaloi proses ini 😊)
.
Maka strategi paling baik untuk para #IbuAyahKini yang masa serba pantas ialah :-
.
.
'BERNAFAS DALAM SEKALI' iaitu 3 SAAT SAHAJA.
.
Anda pilih,
3-saat pantas yang mampu cegah parah (luka emosi dan mental bertahun kekal)
atau,
Tiada laksana tindakan 3-saat,
= terus meletus dan
=> damagenya, Ya Ampun tertusuk dalam dada (ibaratnya luka tapi tak nampak, ambil masa nak dirawat).
.
Baca infografik saya ini.
.
.
CARE ❤️,
Maznah Ibrahim
T.mazn.me/chan
#breakthecycle
#emositenangkomunikasimenangmenang
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
