ch
Feedback

不要被骗子欺骗!Telemetrio 会找到并标记这些频道 👉 如果想查看标记,请订阅

Parenting Maznah Ibrahim

Parenting Maznah Ibrahim

前往频道在 Telegram

Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.

显示更多

📈 Telegram 频道 Parenting Maznah Ibrahim 的分析概览

频道 Parenting Maznah Ibrahim (@ehsabar) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 15 799 名订阅者,在 家庭与儿童 类别中位列第 971,并在 马来西亚 地区排名第 2 343 位。

📊 受众指标与增长动态

自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 15 799 名订阅者。

根据 15 十月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -137,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。

  • 认证状态: 未认证
  • 互动率 (ER): 平均受众互动率为 3.71%。内容发布后 24 小时内通常能获得 2.09% 的反应,占订阅者总量。
  • 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 587 次浏览,首日通常累积 330 次浏览。
  • 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。

📝 描述与内容策略

作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Channel ini bertujuan pendidikan hati ❤ emosi dan spiritual anak dan ibubapa melalui sharing ilmu psikologi, parenting dan kesihatan mental ibu bapa anak.”

凭借高频更新(最新数据采集于 16 十月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 家庭与儿童 类别中的关键影响点。

15 799
订阅者
无数据24 小时
-397 天
-13730 天
帖子存档
3 hari lagi 😊 Sabtu ini kita jumpa dalam Tegas Dalam Hikmah. Kalau selama ini ada perkara tentang tingkah laku anak yang buat kita tertanya-tanya, “Apa sebenarnya yang patut aku buat?”, mungkin ini masanya untuk kita lihat dari sudut yang berbeza. Moga ada sesuatu yang nanti boleh dibawa pulang dan digunakan dalam kehidupan seharian bersama anak-anak. 📅 Sabtu ini, 5 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar di sini:>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc44 Dr. Maznah Ibrahim . >

Sedikit demi sedikit... rupanya perubahan itu boleh nampak. Puan Nabilah, peserta Tegas Dalam Hikmah berkongsi:
“Alhamdulillah... Sy rasa sgt bersyukur kerana berpeluang mengikuti webinar ini.. Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 sertanampak hasilnya... Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu. Apa yg penting adalah ibu perlu kekal bertenang terlebih dahulu dlm menghadapi waktu sukar atau 'puzzle' anak2. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan dlm mendidik anak2 kita.. Anak2 adalah saham kita menuju ke syurga-Nya.. Aamiin”
Puan Nabilah, Kuala Kangsar ⭐ 5/5 Yang menariknya, Puan Nabilah menyebut: “...amalkan sedikit demi sedikit... serta nampak hasilnya.” Betul, tak semestinya semuanya perlu berubah sekaligus. Sedikit demi sedikit, dengan kefahaman yang lebih jelas, cara kita membimbing anak juga boleh diperkemaskan. Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah. Sabtu ini 😊 Daftar>> Https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim . . . .

“Anak aku je ke macam ni?” Bila berdepan dengan cabaran tingkah laku anak, kadang-kadang terlintas juga persoalan ni. Rupanya ramai ibu bapa pun hadapi cabaran yang sama. Antara perkongsian peserta Tegas Dalam Hikmah:
“Rasa relieved sangat dapat join webinar ni & rasa diri tak sendirian alami masalah yang serupa dengan anak-anak. Banyak info,maklumat & tips baru yang belum pernah saya dpt walaupun pernah join webinar Pn Maznah yg lain sebelum ni. Rasa lebih positif untuk memperbaiki cara parenting saya utk anak-anak. Terima kasih banyak2 Pn Maznah.”
Neesa, Alor Star ⭐ 5/5 Kadang-kadang mengetahui bahawa kita tak keseorangan pun boleh memberi sedikit kelegaan dan semangat untuk terus belajar. Jom kita explore sama-sama bagaimana nak membimbing anak dengan pendekatan psikologi dalam webinar Tegas Dalam Hikmah. 📅 Sabtu ini Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim

“Rupanya banyak yg telah dilakukan tetapi tidak konsisten. Cth sebelum ni dah amalkan teknik konsekuen natural tapi tercampur dgn tidak logik. Selepas webinar boleh diperkemaskan lg.”
Review dari peserta webinar Tegas Dalam Hikmah yang lepas ----- Kadang-kadang kita sebenarnya dah tahu dan dah cuba. Cuma mungkin ada bahagian yang tercampur tanpa kita sedari. Patutlah kadang-kadang anak keliru dan tak memberi respons seperti yang kita harapkan. Di sinilah kefahaman & pengesahan membantu kita memperkemaskan apa yang dah kita buat. Apa bezanya konsekuen natural dengan yang tidak logik? Jom kita explore sama-sama dalam Tegas Dalam Hikmah 😊 📅 Sabtu, 5 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc41 Dr. Maznah Ibrahim . .

Sabtu depan kita jumpa 😊 Jom kita explore sama-sama macam mana nak bimbing anak-anak dengan pendekatan psikologi melalui webinar Tegas Dalam Hikmah. 📅 Sabtu, 5 September 2026 🕣 8.30 malam | Live Online Daftar di sini>> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas Dr. Maznah Ibrahim

“Jangan lari!” Anak berhenti. Dua saat kemudian... lari semula. “Kan mama dah kata jangan lari!” Situasi macam ini memang boleh buat kita rasa anak tak dengar cakap. Tetapi cuba kita lihat arahan tadi. “Jangan lari.” Kita sudah beritahu anak apa yang kita tak mahu. Tetapi adakah anak cukup jelas tentang apa yang kita mahu dia buat? Contohnya, berbanding: “Jangan lari dalam rumah.” kita boleh cuba: “Berjalan perlahan dalam rumah.” Berbanding: “Jangan jerit.” boleh jadi lebih jelas jika kita sebut: “Cakap perlahan.” Nampak macam beza pada pilihan perkataan sahaja. Tetapi sebenarnya kita sedang memberikan anak satu tingkah laku yang lebih jelas untuk dilakukan. Kecuali dalam keadaan tertentu, terutama yang melibatkan keselamatan, arahan yang terus dan tegas mungkin diperlukan. Dalam rutin harian pula, kita boleh melihat semula arahan yang sering kita berikan. Adakah kita hanya memberitahu anak apa yang jangan dibuat... atau anak juga jelas tentang apa yang kita mahu dia lakukan? Ada masa anak memang perlu ditegur dan ada batas yang tetap perlu dijaga. Cuma ketegasan juga boleh datang dalam bentuk arahan yang jelas, spesifik dan mudah difahami anak. Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat pengurusan tingkah laku anak dengan lebih teratur, termasuk bagaimana peraturan dan arahan diperkenalkan supaya anak lebih jelas tentang tingkah laku yang diharapkan. 📅 Sabtu, 5 September 2026 🕣 8.30 malam Daftar: >> https://webinar.mazahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-tc39 Dr. Maznah Ibrahim

photo content

“Mama buatkanlah…” Anak sedang cuba memasang sesuatu. Tak menjadi. Dia cuba lagi. Masih salah. Kemudian mula mengeluh. “Mama… susahlah.” Sebagai ibu bapa, kadang-kadang tangan kita lebih cepat daripada anak. Kita ambil. Kita betulkan. Kita tunjuk cara. Niat kita baik. Kita mahu membantu. Tetapi ada masanya, tidak terus menyelesaikan masalah anak juga sebahagian daripada membimbing. Kita boleh berada di situ. Boleh beri sedikit petunjuk jika diperlukan. Tetapi beri juga ruang untuk anak mencuba, tersilap dan melihat sendiri apa yang berlaku selepas pilihannya. Kerana ada perkara yang lebih mudah difahami anak apabila dia mengalaminya sendiri, bukan hanya mendengar penerangan daripada kita. Sudah tentu bukan semua keadaan sesuai dibiarkan begitu sahaja. Ada situasi yang memang memerlukan kita masuk campur. Tetapi mungkin sesekali kita boleh bertanya pada diri, “Anak perlukan saya selesaikan… atau dia perlukan ruang untuk belajar?” Dalam webinar Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat bagaimana pengalaman dan apa yang berlaku selepas sesuatu tingkah laku boleh mempengaruhi pembelajaran anak, supaya kita tidak hanya fokus kepada bagaimana mahu menghentikan sesuatu tingkah laku. 📅 Sabtu, 5 September 2026 🕣 8.30 malam Daftar >> https://webinar.maznahibrahim.com/tegas?utm_campaign=tdh-wg38 Dr. Maznah Ibrahim . . .

“Kalau mama tak ada, adik buat juga ke?” Ada anak yang cepat ikut arahan bila kita ada di depan mata. “Letak kasut sini.” Dia buat. “Dah, berhenti main.” Dia berhenti. Tapi bila kita tak ada di situ, perkara yang sama mungkin jadi lain pula. Dan di situ kita mula nampak satu perkara. Anak mungkin sudah tahu apa yang mama dan ayah mahu. Tetapi dia masih perlukan orang dewasa untuk mengingatkan dan mengarahkannya. Sebenarnya, kita mahu anak sampai ke satu tahap di mana dia boleh mengurus dirinya sendiri. Bukan hanya tahu apa yang perlu dibuat apabila disuruh, tetapi mula boleh menentukan apa yang patut dilakukan dalam sesuatu keadaan. Ini memang mengambil masa. Anak masih belajar mengenal batas, mengawal tingkah laku dan membuat pilihan. Jadi mungkin matlamat kita bukan sekadar: “Anak dengar cakap.” Tetapi perlahan-lahan bergerak kepada: “Anak tahu apa yang patut dibuat.” Daripada bergantung sepenuhnya kepada arahan kita, kepada belajar mengurus dirinya sendiri. Dan akhirnya, apabila kita tidak berada di sebelahnya, dia masih mempunyai panduan untuk membuat pilihan yang baik. Moga perkongsian pagi ini mengingatkan kita bahawa membesarkan anak bukan sekadar mengajar mereka mengikut arahan, tetapi membantu mereka membina keupayaan untuk mengurus diri sendiri. Dr. Maznah Ibrahim p/s: Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan pendekatan psikologi untuk membantu ibu bapa memahami tingkah laku anak dan membina keupayaan mereka mengurus diri dengan lebih baik. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . . .

“Kenapa anak saya jadi macam ni?” Kadang-kadang kita tengok satu tingkah laku anak yang berulang. Cepat marah. Susah bekerjasama. Mudah terasa. Atau terus diam bila ditegur. Lama-lama, kita mungkin mula kenal anak melalui tingkah laku itu. “Memang dia macam tu.” Tapi kalau kita berhenti sekejap... mungkin ada soalan lain yang lebih membantu. Apa yang sedang berlaku pada anak saya sebelum tingkah laku itu muncul? Apa yang dia fikir? Apa yang dia rasa? Apa yang sedang dia lalui? Sebab tingkah laku yang kita nampak di luar mungkin hanyalah bahagian yang paling mudah dilihat. Ada perkara lain yang berlaku di dalam diri anak yang kita mungkin belum faham. Dan bila kita belum faham apa yang sedang berlaku, mudah untuk kita terus memilih cara yang sama setiap kali. Sedangkan keadaan anak mungkin berbeza. Sebab itu, memahami tingkah laku bukan bermaksud kita membiarkan apa sahaja yang anak lakukan. Kita tetap boleh tegas. Tetap boleh menetapkan batas. Cuma kita cuba faham dahulu apa yang sedang kita hadapi. Sebab bila kita lebih faham, kita mungkin boleh pilih pendekatan yang lebih sesuai untuk keadaan itu. Bukan sekadar bertanya, “Macam mana nak hentikan perangai ini?” Tetapi mula bertanya, “Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada anak saya?” Mungkin soalan itu nampak kecil. Tetapi cara kita melihat anak boleh berubah hanya kerana satu soalan tersebut. Dan bila cara kita melihat berubah... cara kita membimbing juga boleh berubah. Moga perkongsian malam ini membantu kita berhenti sekejap sebelum membuat kesimpulan tentang tingkah laku anak. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, saya akan kongsikan bagaimana pendekatan psikologi membantu kita memahami tingkah laku anak, supaya kita boleh memilih cara membimbing yang lebih tepat, tenang dan berhikmah. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . . .

“Tadi mama marah sangat...” Lepas anak masuk bilik, keadaan dah reda. Kita duduk sekejap dan mula rasa serba salah. Tadi suara kita tinggi. Mungkin cara kita cakap pun agak kasar. Kita tahu kita terbawa emosi. Tapi nak mula semula macam mana? Ada ibu yang terus buat macam tak ada apa berlaku. Ada yang tunggu anak datang dulu. Ada juga yang rasa, kalau minta maaf nanti anak pula rasa dia yang menang. Padahal, anak juga sedang belajar daripada apa yang berlaku selepas konflik. Kalau kita tersilap, kita boleh tunjuk bahawa mengakui kesilapan itu bukan sesuatu yang memalukan. Kita boleh datang semula dan berkata: “Tadi mama marah sangat. Cara mama cakap dengan adik tu kurang baik. Mama minta maaf.” Itu bukan bermaksud kita menarik balik batas yang kita tetapkan. Batas masih boleh kekal. Cuma dalam masa yang sama, anak belajar sesuatu yang lain. Bila kita tersilap, kita boleh mengaku. Bila kita menyakiti orang, kita boleh membaiki. Dan mungkin ini antara perkara yang kita mahu anak bawa sampai mereka dewasa. Bukan menjadi manusia yang tak pernah marah atau tersilap. Tetapi tahu apa yang perlu dilakukan selepas kita tersilap. Kita pun sedang belajar. Anak pun sedang belajar. Moga perkongsian tengah hari ini mengingatkan kita bahawa cara kita kembali kepada anak selepas satu kesilapan juga boleh menjadi sebahagian daripada proses mendidik. Salam kasih, Dr. Maznah Ibrahim p/s: Dalam Webinar Tegas Dalam Hikmah, kita akan melihat tingkah laku, komunikasi dan hubungan ibu bapa-anak daripada sudut psikologi supaya kita lebih tahu bagaimana hendak membimbing dalam situasi sebenar. 👉 https://webinar.maznahibrahim.com/tegas . . .