999
订阅者
无数据24 小时
-37 天
-1130 天
帖子存档
TOL TANPA PALANG MENJADI REALITI
Beberapa konsesi lebuh raya kini mengambil inisiatif sendiri untuk membangunkan sistem tol tanpa palang mereka.
Salah satunya PLUS Expressways Berhad yang menyasarkan untuk memulakan ujian pada bulan April.
PLUS juga bercadang untuk menghubungkan sistem ini dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Ini bertujuan supaya pemandu yang mempunyai tunggakan tol tidak dibenarkan memperbaharui cukai jalan mereka.
Kaedah “lalu dulu, bayar kemudian” ini dikatakan menjadi penyelesaian untuk kesesakan tol lebuh raya.
SUMBER : Paultan
📷 Greenpacket
#EconomyExpress #Berita #News #tol #jpj #PLUS #LebuhRaya
INDRIVE SASAR 40,000 PEMANDU
Applikasi inDrive, sebuah platform perkhidmatan mobiliti meletak jangkaan 40,000 pemandu berdaftar menjelang akhir tahun 2025.
Perkembangan platform ini di Malaysia telah membuktikan keberkesanan strategi yang menekankan keadilan, fleksibiliti, dan pilihan pengguna.
Selain itu, inDrive turut merancang untuk memperkenalkan penyelesaian insurans e-hailing yang lebih cekap dan menarik untuk pemandu.
Di Malaysia, sektor e-hailing dijangka menjana AS$0.51 bilion dalam pendapatan pada 2025, dengan CAGR sebanyak 2.82 peratus.
Bilangan pengguna pula dijangka mencecah 11.47 juta menjelang 2029, mencerminkan permintaan berterusan terhadap perkhidmatan e-hailing.
SUMBER : Akhbar NST
📷 inDrive (Facebook)
#EconomyExpress #Berita #News #inDrive #ehailing #gigeconomy
TIADA LAGI MONOPOLI PUSPAKOM
Kerajaan telah melantik tiga syarikat baru untuk menjalankan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan bermotor.
Syarikat baharu yang dilantik adalah Wawasan Bintang, Pakatan Petroleum, dan Beriman Gold.
Puspakom pula akan terus beroperasi seperti biasa dengan semua cawangannya kekal dibuka.
Tindakan ini sekali gus menamatkan monopoli Puspakom yang telah lama wujud serta menggalakkan persaingan sihat.
Tiga syarikat yang dipilih tersebut perlu menyiapkan prasarana mereka seperti premis dan peralatan dalam tempoh 24 bulan.
SUMBER : Kenyataan rasmi Menteri Pengangkutan melalui akhbar Free Malaysia Today.
📷 NSTP/SYARAFIQ ABD SAMAD
#EconomyExpress #Berita #News #Puspakom #AnthonyLoke #Loke
HARGA UBAT DIJANGKA NAIK
Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) menyatakan bahawa harga ubat-ubatan dan farmaseutikal mungkin meningkat antara 5% ke 10%.
Ini adalah disebabkan oleh kelemahan matawang ringgit serta ketiadaan mekanisme kawalan harga.
Secara amnya, lebih daripada separuh bahan yang diimport untuk ubat-ubatan dan farmaseutikal mengalami kenaikan harga dua kali setahun.
Sebelum ini, dilaporkan bahawa kos perubatan di negara ini meningkat sebanyak 12.6 peratus tahun lalu.
Dalam masa yang sama terdapat peningkatan seramai 600,000 orang dewasa yang memerlukan rawatan untuk penyakit tidak berjangkit sejak tahun 2019.
SUMBER : The Malaysian Pharmacists Society (MPS) melalui akhbar NST
📷 drugtopics
#EconomyExpress #Berita #News #Ubat #Farmasi #Kesihatan
"SEKOLAH BUKAN PASAR MALAM"
Sebuah laporan telah mendedahkan bahawa beberapa pentadbir sekolah telah menjadikan sekolah seakan-akan pasar raya.
Kakitangan sekolah ini dibenarkan mempromosi dan menjual pelbagai produk serta perkhidmatan di dalam kawasan sekolah.
Para pentadbir sekolah ini telah melanggar peraturan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Mengikut peraturan sedia ada, aktiviti seperti ini memerlukan kelulusan KPM, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).
Terdapat juga pegawai pendidikan tertentu yang membenarkan penyedia perkhidmatan dari luar memasuki sekolah, sehingga mengakibatkan kes penipuan yang menjerat guru-guru.
📷 Institut Aminuddin Baki
#EconomyExpress #News #Berita #Cikgu #Sekolah
KHAZANAH NASIONAL ANTARA TERBAIK DUNIA
Khazanah Nasional Bhd telah muncul sebagai salah satu dana kekayaan berdaulat (Sovereign Fund) berprestasi terbaik di dunia.
Ini adalah selepas ia berjaya mencatatkan pulangan tahunan sebanyak 24.6 peratus pada tahun lalu.
Khazanah mengalahkan beberapa 'sovereign fund' antarabangsa yang lain termasuk Norges Bank Investment Management (NBIM) dari Norway serta NZ Super Fund.
NBIM, yang merupakan 'sovereign fund' terbesar di dunia dengan aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi AS$1.7 trilion, melaporkan pulangan tahunan sebanyak 13 peratus tahun lalu.
Sementara itu, NZ Super Fund mencatatkan pulangan sebanyak 15.62 peratus, menurut laporan Global SWF.
📷 Mukhriz Hazim/Malaysiakini
#EconomyExpress #Berita #News #KhazanahNasional #SovereignFund #NBIM #NZSuperFund
RESTORAN PANDU LALU GUNA DRONE TINGKATKAN JUALAN
Chick-fil-A, telah mencatatkan jualan pandu lalu yang lebih tinggi berbanding mana-mana rangkaian makanan segera lain di Amerika Syarikat.
Mengatasi McDonald's dari segi pendapatan per restoran, Chick-fil-A mencatatkan jualan sekitar $21.6 bilion di lebih kurang 3,000 restoran.
Sebuah cawangan di Rockford, Illinois meningkatkan jualan pandu lalunya sebanyak 50% selepas mendapatkan bantuan daripada unit Film Studies Chick-fil-A.
Unit tersebut terdiri daripada pasukan juruterbang dron yang menyediakan rakaman udara kepada restoran untuk mengenal pasti kelembapan dalam lorong pandu lalu.
Pesanan makanan melalui tingkap pandu lalu menyumbang kepada sekitar 60% daripada jumlah pendapatan Chick-fil-A pada tahun lalu.
📷 Jeff Greenberg/Universal Image
#EconomyExpress #Berita #News #ChickfilA #fastfood #business
UJIAN 5G DI JAMBATAN PULAU PINANG BERJAYA
U Mobile telah berjaya menjalankan ujian rangkaian 5G di Jambatan Pulau Pinang pertama di Malaysia.
Hasil ujian mencapai liputan rangkaian yang lancar dengan kelajuan melebihi 120Mbps merentasi jambatan sepanjang 13.5km.
Usaha ini merupakan sebahagian daripada kerjasama dengan Huawei, yang menggunakan teknologi Meta Active Antenna Unit (MetaAAU).
Kejayaan ini meletakkan titik penamat untuk masalah sambungan yang telah lama wujud di jambatan merentasi laut ini.
Secara tradisional, mengekalkan liputan yang konsisten memerlukan stesen pangkalan 4G di tengah-tengah jambatan.
📷 U Mobile
#EconomyExpress #Berita #News #UMobile #5g #Huawei #MetaAAU
CUKAIKAN GOLONGAN MAHA KAYA
PMX menyatakan bahawa kenaikan tarif elektrik yang dirancang oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) tidak akan menjejaskan 85 peratus rakyat Malaysia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Menteri Kewangan menjelaskan bahawa hanya pemain industri dan golongan kaya yang akan membayar lebih.
Ini berikutan pelbagai pihak yang mempersoalkan mengapa kerajaan dilihat membuat pusingan-U mengenai pengumuman tarif elektrik.
Pada Disember lalu, Anwar menegaskan bahawa kerajaan tidak membenarkan sebarang kenaikan tarif elektrik yang akan memberi kesan kepada rakyat.
Kenaikan harga elektrik tidak akan mencecah 14 peratus seperti yang dikhabarkan, sebaliknya akan dilaksanakan menerusi sistem ICPT.
📷 Saw Siow Feng/Bernama
#EconomyExpress #Berita #News #PMX #AnwarIbrahim #DSAI #TNB #Elektrik #Tarif
LINKEDIN MAHU PENCARIAN KERJA LEBIH BAIK
Menurut satu platform pengambilan pekerja, lebih 14 juta permohonan pencari kerja langsung tidak diendahkan dalam satu suku tahun 2024.
Oleh itu, LinkedIn akan menambah satu ciri baru yang akan melabel syarikat yang aktif memberi respond kepada pemohon.
Ciri ini sedang diuji pada sebilangan kecil iklan kerja sebelum dilancarkan sepenuhnya dalam beberapa bulan akan datang.
Dalam masa yang sama, Linkedin juga akan menggunakan AI untuk menilai kelayakan calon berdasarkan jawatan yang ingin dipohon.
Ini akan mengurangkan permohonan kerja yang tidak sepadan sekaligus meningkatkan kecekapan proses untuk majikan dan pemohon kerja.
📷 Babak dari filem 'The Intership' (2013)
#EconomyExpress #Berita #News #LinkedIn #Jobs #JobApplication #CariKerja
SAMAN UNTUK BETULKAN MAKLUMAT SALAH COVID-19
Bekas menteri kesihatan, Khairy Jamaluddin, memberitahu Mahkamah Tinggi tujuan saman yang difailkannya terhadap seorang pendakwah.
Khairy menekankan saman tersebut bertujuan untuk membetulkan maklumat salah mengenai penyakit Covid-19 dan program vaksinasi kerajaan.
Kes ini penting untuk menyampaikan mesej bahawa adalah tidak bertanggungjawab untuk menyebarkan maklumat palsu semasa krisis kesihatan awam.
Khairy memfailkan saman terhadap Rasyiq Alwi pada tahun 2022 berikutan dakwaan Rasyiq bahawa beliau telah “berbohong” mengenai status vaksinasinya.
Perbicaraan diteruskan di hadapan Hakim Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.
📷 FB Khairy Jamaluddin/IG @ustazabusyafiq
#EconomyExpress #Berita #News #KJ #COVID #vaksin #saman
SYARAT LEBIH RINGAN UNTUK JADI JURURAWAT
Keperluan kemasukan bagi program diploma kejururawatan untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah diringankan.
Syarat baru hanya memerlukan tiga kredit berbading lima kredit sebelum ini sebagai langkah untuk menangani masalah kekurangan jururawat.
Sebelum ini, calon perlu memperoleh lima kredit dalam SPM (Bahasa Melayu, Matematik dan satu subjek sains), selain lulus Bahasa Inggeris.
Di bawah syarat baharu, hanya kredit dalam Bahasa Melayu, Matematik, satu subjek sains yang diperlukan serta lulus dua subjek lain termasuk Bahasa Inggeris.
Pada Mei lalu, Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad menyatakan bahawa kekurangan jururawat di hospital dijangka mencecah hampir 60% menjelang tahun 2030.
📷 AIMST UNIVERSITY
#EconomyExpress #Berita #News #nurse #kkm #jururawat
SLOT IKLAN 'SUPER BOWL' CECAH 8 JUTA USD
Acara sukan tahunan, Super Bowl kini kembali dengan penuh keterujaan oleh peminat-peminat sukan 'American Football'.
Lebih daripada 123 juta orang menonton Super Bowl tahun lalu, menjadikannya siaran televisyen paling banyak ditonton dalam sejarah Amerika Syarikat.
Sekurang-kurangnya 10 slot iklan berdurasi 30 saat untuk Super Bowl LIX telah dijual pada harga $8 juta setiap satu.
Setiap tahun, pelbagai syarikat dan jenama sanggup membelanjakan jumlah wang yang banyak untuk memastikan iklan mereka melekat di ingatan penonton.
Pakar pemasaran menjangkakan lebih banyak elemen humor, nostalgia, dan kemunculan selebriti dalam iklan tahun ini.
📷 L.E. Baskow/Las Vegas Review-Journal
#EconomyExpress #Berita #News #superbowl #americanfootball
PESAWAH PINTA KERAJAAN NAIKKAN HARGA PADI
Sekumpulan ahli PeSawah, iaitu singkatan kepada (Pertubuhan Persaudaraan Pesawah Malaysia) telah mengadakan demonstrasi aman di hadapan Wisma Tani.
Mereka menuntut kenaikan harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,800 setiap metrik tan berbanding harga semasa RM1,300.
Menurut PeSawah, harga RM1,300 itu terlalu rendah kerana subsidi diesel yang disasarkan pada bulan Jun lalu telah menyebabkan kos bagi semua perkhidmatan dan jentera meningkat.
Selain itu, kos benih padi juga telah meningkat dua kali ganda sejak 2023 bersama-sama kos lain seperti sewa tanah, racun perosak dan kos upah turut meningkat.
Walaubagaimanapun, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu telah tampil memberi jaminan bahawa usaha sedang dijalankan untuk membincangkan permintaan tersebut.
📷 UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
#EconomyExpress #Berita #News #Padi #Beras #pesawah
EMPAT INSTITUSI KEWANGAN DIDENDA BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan denda berjumlah RM1.66 juta ke atas empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA).
Dalam satu kenyataan, BNM menyatakan bahawa jumlah denda yang dikenakan pada 22 Julai 2024 telah dibayar oleh empat institusi yang terlibat.
Melalui denda tersebut, Maybank dan RHB Bank masing-masing telah membayar RM750,000, manakala Maybank Islamic membayar RM150,000 dan AmInvestment Bank RM10,000.
Bank pusat itu berkata, denda ini dikenakan akibat kegagalan institusi berkenaan untuk menghantar maklumat kepada BNM, bersama-sama dengan keperluan-keperluan lain yang terdapat dalam beberapa dokumen dasar.
📷 TheEdge Malaysia
#EconomyExpress #Berita #News #BankNegara #BNM #Maybank #RHB #AMBank
TRUMP VS COLOMBIA
Dalam satu catatan di Truth Social, Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan cukai import segera sebanyak 25% ke atas semua eksport Colombia ke Amerika Syarikat.
Jumlah itu kemudiannya akan naik menjadi 50% dalam masa seminggu.
Semua ini bermula apabila Presiden Colombia, Gustavo Petro, menentang rancangan Trump untuk pemindahan semula pendatang tanpa izin dari Colombia di Amerika Syarikat.
Selepas Trump mendapat tahu tentang hal itu, beliau dengan segera memutuskan untuk mengenakan langkah-langkah balas dendam dalam bentuk cukai tarif tersebut.
Ini sekaligus menjadikan satu contoh kepada negara-negara lain yang cuba untuk melakukan perkara yang sama.
📷 REUTERS/Luisa Gonzalez
#EconomyExpress #Berita #News #Trump #Tariff #Colombia #Immigrant
SARAWAK PERKENALKAN SYARIKAT PENERBANGAN SENDIRI
Kerajaan negeri Sarawak meneruskan perancangan mereka ke arah pembangunan yang lebih pesat dengan mengumumkan syarikat penerbangan tersendiri.
Diberi nama Syarikat Penerbangan Sarawak, ianya dijangka beroperasi selepas Tahun Baru Cina.
Pengumuman tersebut diberi selepas pengambilalihan MASwings Sdn Bhd daripada Malaysia Aviation Group (MAG).
MASwings yang telah ditubuhkan sejak tahun 2007 memberi fokus kepada laluan penerbangan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak.
Turut dimaklumkan yang perjanjian pengambilalihan akan ditandatangani tidak lama lagi selepas proses penilaian selesai.
📷 NSTP/MOHD ADAM ARININ
#EconomyExpress #Berita #News #Sarawak #MASwings #AbangJo
DUTI EKSAIS KENDERAAN DITUNDA KE JANUARI 2026
Baru-baru ini telah disahkan bahawa peraturan duti eksais baru kepada kenderaan telah ditangguhkan lagi selama setahun, hingga Januari 2026.
Pada tahun 2019, peraturan duti eksais baharu itu telah diperkenalkan buat kali pertama secara umum sebelum ditangguhkan oleh kerajaan beberapa kali sehingga 31 Disember 2024.
Duti eksais merupakan cukai yang ditetapkan oleh undang-undang ke atas barangan tertentu yang diimport atau dikilangkan di Malaysia untuk kegunaan domestik.
Kebanyakan kenderaan mampu milik yang jatuh dalam kategori CKD seperti Perodua Myvi, Proton Saga dan Honda Y167ZR akan terkesan dengan kenaikan harga sehingga 20%.
Sebagai pencerahan, CKD bermaksud (Completely Knocked Down) yang merujuk kepada kenderaan yang dihantar dalam bentuk komponen dan dipasang di kilang atau pengedar di Malaysia.
📷 Paultan
#EconomyExpress #Berita #News #DutiEksais #ckd #vmo
