Koleksi resepi masakkan
前往频道在 Telegram
2 192
订阅者
+124 小时
+67 天
+330 天
帖子存档
Hari ni kita buat pepes ayam je.. 😁 😁
Isi ayam 300 g
Telur 1 biji
Bahan kisar:
Cili kering 5..7
Bawang kecil 5 biji
Bawang 4 ulas
Buah keras 3 biji
Serai 2 batang
Jintan manis satu sdu makan
Jintan putih "
Biji ketumbar. "
Halia 1 inci
Daun kunyit hiris halus
Blen semua bahan kisar tumis ngn sedikit mnyk.. Dh tumis sajuk kn dlu.. Baru tambah isi ayam yg dh di blen ngn telus ayam hirisan daun kunyit Perasa kn ngn gula garam.. Klu nk sedap lg letak santan satu kotak.. Gaul semua bahan... Baru bungkus ngn daun pisang
Rempeyek Cik Ani
Bahan-Bahan Rempeyek
2 cawan tepung beras(cap kepala gajah)
400ml santan
1 biji telur ayam
1 sudu makan air kapur
1 biji buah keras
1 ulas bawang putih
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1sudu kecil jintan putih
ikan bilis secukupnya
kacang tanah secukupnya..
kalau nak pedas boleh tambah cili kisar
selamat mencuba
terima kasih..
Saya dah cuba....sedap lah😘😘😘
KEK KAROT KUKUS
Bahan-bahan:
2 bji telor
1/2 cwn gula
3/4 minyak jagung
Di Blend smpai kembang
Campur 1 skesen vanilla
1 cwn tepung gndum
1 sdu kecil baking pwder
1/2 sdu kecik soda bikarbonat
diayak
1 cwn carrot diparut
Campur bahan2 campuran tepung ke dalam bahan adunan yang diblend tadi. Mix rata2.
Masukkan carrot. Mix rata
Kukus dalam stgh jam ke 45 minit
Panaskan kukus terlebih dahulu dan tutup permukaan loyang untuk elakkan air menitis atas kek.
Kredit resepi: Zuraini Manap
Resipi Somtam Mangga 🥭
Bahan-bahan ✨
- 4 Biji Mangga
- Udang kering
- Bawang merah 1 biji
- Cili padi 5 biji
- Sos Cili Thailand
Cara Penyediaan ✨
1. Mula sagat mangga terlebih dahulu dan masukkan udang kering.
2. Campurkan bawang merah yang dipotong nipis nipis dan cili padi.
3. Letakkan sos Thail ni. Lepastu gaul rata ye. Jangan letak gula dan garam dah. Sos ni semua cukup rasa dah.
4. Siap di gaul. Selamat mencuba semua.
Simple kan☺️
Sumber: Ameera (Facebook)
Cerita mlm tadi..Buat peanut butter sendiri. Guna 3 bahan je.
Sedap. Rasa mcm peanut butter kt biskut julies tu 😋
Kacang tanah (sangaikn/bakar dlu)
Gula kelapa
Garam pink
Blend je semua smpai jd berminyak.
Mudah dan jimat 👍🏼
Selamat mencuba kwn2 ☺️
Alhamdulillah siap tupat pulut hitam utk malam ni...esok fasa kita rebuih plop..jom nenooooo
Resepi tupat pulut hitam cara saya
500 gram beras pulut hitam
500gram beras pulut biasa
Santan 500gram
Air 1 1/2 cawan
Gula 3 camca besaq
Garam 1 camca besaq
Cara2
Masuk santan+air+garam+gula..beserta daun pandan..agak2 dah panas santan tu terus masukkan beras pulut hitam dulu...kacau sehingga santan mendidih & beras pulut hitam tu kembang..baru masukkan beras pulut biasa..kacau lge sehingga santan kering & sebati dgn beras pulut..selamat mencobaaaa
#Notakaki
Beras pulut hitam rendam semalaman
Beras pulut biasa pun rendam jugak
LAKSA JOHOR🍜❤️💙
Alhamdulillah, dah byk kali saya buat Laksa Johor ni. Bukan setakat buat untuk makan family tapi jualan jugak. Permintaan pun ramai dan ramai jugak puji sedap. So saya nak share resepi The Original Laksa Johor..😘😌
Aksesori Original Laksa Johor saya cuma guna Timun, Taugeh, Sambal Belacan, Daun Kesum dan Limau Purut. Kalau ada orglain yg buat penambahan aksesori tu mungkin cara orglain sebab citarasa kita tak sama kann..😊🥰
Saya halalkan perkongsian Laksa Johor ni. Hanya doakan segala urusan saya dipermudahkan. Selamat mencuba..😍😄
Resepi Laksa Johor🍜❤️💙
- 1paket Spagheti Angle Hair
- 1kg Ikan Kembong / Selayang / Tenggiri / Parang
- 1mangkuk Cili Kisar
- 3sdb Rempah Laksa Syarifah @ Rempah Kari Ikan
- 1sd Udang Kering*
- 3bj Bawang Besar*
- 5bj Bawang Putih*
- 1inci Halia*
- 1 1/2inci Lengkuas*
( Blend bahan bertanda * )
- 1kotak Santan
- 60g Kerisik
- 2btg Serai
Sambal Belacan🌶️🔥
- 15bj Cili Padi Merah
- Air Asam Jawa
- 1inci Belacan
- Garam, Gula & Perasa
( Blend kesemuanya )
Aksesori lain🥒🧅
- Taugeh ( Buang ekor )
- Timun ( Kupas kulit dan potong secara membulat )
- Bawang Besar ( Hiris halus )
- Limau Kasturi
- Daun Kesum ( Hiris halus )
Cara Membuatnya
✨ Rebus spagheti hingga lembut bersama sedikit minyak. Pastu cuci semula spagheti dan simpulkan.
✨ Bersihkan ikan dan rebus bersama asam keping. Selepas tu asingkan isi ikan dgn tulang. Blend isi ikan bersama air rebusan tadi dan blend tulang ikan dan tapis. Ketepikan.
✨ Tumis bahan blend dan serai hingga naik bau. Masukkan cili kisar dan rempah laksa dan tumis lagi hingga pecah minyak. Kemudian masukkan isi ikan tadi bersama air rebusan, kerisik, santan dan perasakan bersama gula dan garam.
✨ Biarkan mendidih dan sedia untuk dihidangkan.
credit : Noor Faezah
RESEPI SERBUK PATI AYAM HOMEMADE MUDAH
Baru siap buat serbuk pati ayam homemade utk ank 7 bulan bkn utk baby jer boleh guna semua peringkat boleh guna. No gula,garam,msg dgn bahan pengawet. 😁
BAHAN-BAHAN :
3 ketul dada ayam
1 1/2 inci halia (diketuk)
2 btg serai (diketuk)
Air (agak tenggelam dada ayam)
CARA MEMBUATNYA :
1. Basuh bersih dada ayam kemudian toskan.
2. Rebus dada ayam dgn serai dan halia sehingga hempuk atau lembut.
3. Angkat dan toskan buang air rebusan atau boleh simpan guna utk buat sup. Carik² atau leraikan dada ayam tadi.
4. Sangai isi ayam tadi atas kuali yg tidak melekat guna api kecil sangai sehingga garing dan keperangan.
5. Kemudian blend kering isi ayam tadi guna tapis utk dptkan tekstur serbuk. Ulang langkah sehingga dpt tekstur yg kalian suka.
Untuk 3 ketul dada ayam sy dapat 4 botol penuh anggaran 60ml. 😊
TEMPAT PENYIMPANAN :
Dalam chiller utk tahan lebih lama
Pastikan bekas utk simpan serbuk pati ayam betul-betul KERING nanti cepat rosak kalau terkena air.
Saya letak serai dgn halia utk tambah perisa dan bg bau harum dlm masakan baby .
Saya halalkan resepi mohon doakan saya semoga sihat walafiat, dikurniakan rezeki melimpah ruah dan mati dlm husnul khotimah. Aamiin. 🙂😊
Resepi Oleh : Nur Sakinah
SELAMAT MENCUBA 👍
Masa balik Johor haritu, saya tolong Ummi (Cikgu Supini) masak satu menu orang Johor. Iaitu, botok-botok.
Saya ingatkan makanan orang Jawa. Ummi kata mungkin bukan. Tak pernah lagi jumpa di negeri lain walaupun kawasan orang Jawa.
Ummi belajar cara buat menu ini pun dari ibu kepada kakak iparnya yang dulu pernah jadi anak angkat kerabat diraja Johor. Banyak masakan yang dia belajar ikut cara istana.
Jadi bila makanan ni lalu kat tekak, ada feel sikit-sikit lah diri tu macam TMJ. Haha
.
Bahan-bahan resepi Botok-botok Diraja Johor: (Untuk 20 bungus)
A. Sambal/kuah
1. Bawang putih
2. Bawang merah*
3. Lada kering*
4. Serai 4 batang*
5. Lengkuas 1 inci*
6. Halia 1 inci*
7. Kunyit 3 inci*
8. Air asam
9. Serbuk kari
10. Garam
11. Kerisik
12. Daun kunyit
13. Santan
*Bahan dikisar.
B. Ulam-ulaman yang kami guna.
1. Pucuk ubi
2. Daun bebuas
3. Puding semangkuk
4. Puding kerinting
*Ini ulam yang boleh ditambah.
5. Daun kaduk
6. Pucuk betik.
7. Daun pegaga.
8. Daun selon
9. Ulam raja
C. Ikan
Tenggiri (Paling sesuai)
Ikan kembung (alternatif)
D. Daun pisang untuk bungkus.
.
Cara-cara memasaknya boleh lihat dan baca dalam setiap gambar ya...
*Dipersilakan SHARE dan TAG. Simpan dulu, masak kemudian. Hehe
RESEPI MINI NAN CHEESE
Bahan A:
11 gr/1 peket yis
2 sdm gula
1 sdm susu pekat
3/4 cawan air suam
Bahan B:
2 cawan tepung gandum, hakak guna cap sauh
2 sudu besar marjerin
secubit garam
cheese, boleh guna mozzarella atau cheddar
1. Satukan kesemua bahan A dalam mangkuk, biarkan selama 10 minit.
2. Gaul marjerin, garam dan tepung gandum.
Masukkan campuran yis, uli selama lebih kurang 15 minit sehingga adunan tak melekat di tangan.
3. Rehatkan doh selama 45 min.
Tumbuk doh untuk buang angin.
Bahagikan doh lepada 6 bahagian dan bentukkan bulat.
4. Gelek dengan roller dan letak cheese. Bulatkan dan gelek semula.
Rehatkan doh sekejap.
5. Masak diatas kuali non-stick, tak payah sapu minyak. Masak dengan api yang terkecil sekali, tutup kuali.
Masak sehingga kedua belah permukaan roti nampak keperangan.
6. Setelah masak boleh sapu sedikit marjerin di bahagian atas untuk efek kilat.
Hidangkan dengan kuah kari
sambal sardin pun ok
Credit to owner
Terima kasih
Selamat mencuba :) ;)
P/S: ramai pulak nak resipi ni.
Kepak Ayam Manis² Pedas
RESIPI::
1 kg kepak ayam -
Bersihkan dengan air hingga jernih, toskan hingga kering.
Madu (honey)
REMPAH²"
1 sudu kecil serbuk jintan
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk bawang putih
2 sudu kecil serbuk bawang
2 sudu kecil serbuk cili (tambah jika nak lebih pedas)
1 Sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu makan tepung jagung
2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Satukan semua rempah dan kemudian campurkan dengan kepak ayam dan gaulkan hingga sebati.
Perapkan selama 30 minit (kalau semalaman lagi sedap).
Susunkan kepak ayam di dulang ketuhar. Dan masukkannya ke dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu.
Pertama, pada suhu 150 ° C selama 20 minit. Kemudian terbalikkan kepak ayam, lumurkan perapan dalam dulang di atas kepak ayam dan bakar lagi selama 10 minit .
Akhir sekali, campurkan madu dgn krpak ayam dan bakar pada suhu 200 ° C hingga keperangan dan rangup ... lebih kurang 10 - 20 minit. Bergantung pada ketuhar masing² dan kalau nak ranggup ke atau tidak. Bila dah cukup ranggup, keluarkan dari oven, dan dah boleh dihidangkan. Tapi jangan makan terus dari oven, panas tu.
Resipi ini lebih sihat dan lebih senang dibuat daripada di goreng dengan minyak.
Rasa manis dan pedas tu ikut citarasa masing².
Selamat mencuba.
Kredit : victoria van
