2 650
订阅者
无数据24 小时
无数据7 天
无数据30 天
帖子存档
2 650
Kawan baik ni dah anggap macam adik beradik sendiri even tak pernah jumpa depan depan...
Serius rasa nak nangis🥺
"Harap persahabatan kita kekal hingga ke akhir nafas .... "
😔
@HatiMilikAllah
01 2月 2019, 07:42
2 650
crush
Jujur aku cakap,aku sendiri ada crush..Tapi sampai sekarang aku tak boleh nak move on..(actually,boleh je)..
Crush ni ,bila kita minat orang tu atas sebab tertentu..Memang fitrah lelaki suka perempuan..dan perempuan suka laki..Memang wujud perasaan tu..
Tapi bila kita layan perasaan tu,ia akan jadi *fitnah* ..
Kau mula stalk dia
Kau mula tengok-tengok dia
Kau mula jadi P.A tak berbayar
Kau mula follow ig,twitter,kalau yang ada nombor ws dia..
Kau mula jadi stalker berjaya..Tapi kejayaan kau tu tak diiktiraf di mata Allah..
Kau hanya berjaya menghampiri zina..
@HatiMilikAllah
#nasihatuntukdirisendirijuga
01 2月 2019, 00:43
2 650
People say ;
"Jangan ukur kasih sayang dengan benda-benda kecil"
But then those small things make us feel appreciated, feel loved, feel like some kind of different from the others.
However, do keep yourself postive.
@HatiMilikAllah
31 1月 2019, 20:47
2 650
Mungkin sekarang awak diuji dgn kehilangan orang tersayang...
Tengok Surah Al Baqarah ayat 155 dah jelas disitu...Allah uji kita dgn kelaparan, kekurangan harta, & jiwa.
“Dan sampaikan lah berita gembira pada orang yang sabar”
Maksudnya, ada hikmah disebalik Allah uji itu 💕
@HatiMilikAllah
31 1月 2019, 20:33
2 650
Mak aku pernah pesan :
"Bila dah ada pasangan nanti, banyakkan ucap terima kasih
bila dia buat something.
Jangan merungut. Tapi hargai.
Kalau dia salah, jangan marah.
Tapi ajar sampai dia faham
untuk atasi masalah."
@HatiMilikAllah
31 1月 2019, 20:27
2 650
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Amalan Masuk Syurga dan Terhindar Neraka
عَنْ أَبِي أَيُّوبَ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ أَعْمَلُهُ يُدْنِينِي مِنْ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُنِي مِنْ النَّارِ قَالَ تَعْبُدُ اللَّهَ لَا تُشْرِكُ بِهِ شَيْئًا وَتُقِيمُ الصَّلَاةَ وَتُؤْتِي الزَّكَاةَ وَتَصِلُ ذَا رَحِمِكَ
Dari Abu Ayyub dia berkata, "Seorang laki-laki mendatangi Nabi SAW, seraya bertanya, 'Tunjukkanlah kepadaku suatu amalan yang mendekatkan aku ke syurga dan menjauhkan aku dari neraka? ' Baginda menjawab: 'Kamu menyembah Allah, tidak mensyirikkan-Nya dengan sesuatu apa pun, mendirikan solat, menunaikan zakat dan menyambung silaturahim dengan keluarga." (HR Muslim No: 15) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
Amalan yang mendekatkan seseorang ke syurga dan menjauhkannya dari Neraka:
a. Beribadat kepada Allah
b. Tidak melakukan syirik
c. Mendirikan solat fardhu dan memeliharanya
d. Mengeluarkan zakat
e. Menyambung silaturahim dengan ahli keluarga
Berusahalah melakukan ibadat kerana Allah, menjauhi perbuatan syirik, menjaga solat waktu, menunaikan zakat serta menyambung silaturahim antara ahli keluarga. Moga kita dijauhkan dari api neraka dan masuk ke syurga.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
01hb Februari 2019
26hb Jamadil Awal 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
31 1月 2019, 17:49
2 650
📌Tazkirah Ringkas
📑ANCAMAN KERAS TERHADAP MEREKA YANG MENYEMBUNYIKAN KEBENARAN
Firman Allah SWT :
إِنَّ الَّذِينَ يَكْتُمُونَ مَا أَنْزَلَ اللَّهُ مِنَ الْكِتَابِ وَيَشْتَرُونَ بِهِ ثَمَنًا قَلِيلًا ۙ أُولَٰئِكَ مَا يَأْكُلُونَ فِي بُطُونِهِمْ إِلَّا النَّارَ وَلَا يُكَلِّمُهُمُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَلَا يُزَكِّيهِمْ وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ
[Surat Al-Baqarah 174]
Terjemahan :
"Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya."
📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti
Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com
31 1月 2019, 16:57
2 650
Tabahlah di saat kita dibuang seperti sampah. Akan tiba satu ketika Allah hadirkan seseorang untuk kutip kita seperti permata.
@HatiMilikAllah
31 1月 2019, 10:15
2 650
Fitrah dan fitnah
Bunyi lebih kurang kan..
Bila ada perasaan suka dekat someone ia menjadi fitrah
Tapi
Bila melayannn
Ia jadi fitnah
@HatiMilikAllah
31 1月 2019, 06:05
2 650
Ibnu Jauzi rahimahullah berkata, "Semakin dekat seorang hamba dengan Allah stw semakin baik pula tutur katanya."
(Dipetik daripada facebook Zonkuliah)
📮Join Telegram Taman Orang Soleh
telegram.me/RiyadusShaliheen
30 1月 2019, 20:03
2 650
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS
Larangan Berzina Membunuh dan Murtad
عَنْ اِبْنِ مَسْعُودٍ رَضِىَ الله عَنْه قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : لاَ يَحِلُّ دَمُ امْرِئٍ مُسْلِمٍ إِلاَّ بِإِحْدَى ثَلاَثٍ: الثَّيْبُ الزَّانِي وَالنَّفْسُ بِالنَّفْسِ وَالتَّارِكُ لِدِيْنِهِ الْمُفَارِقُ لِلْجَمَاعَةِ رَوَاهُ البُخَارِيُّ وَمُسْلِمٌ
Daripada lbnu Mas’ud RA beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah (Tiada Tuhan melainkan Allah dan aku adalah utusan Allah) kecuali disebabkan salah satu daripada tiga perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya yang memisahkan diri daripada jamaah (murtad). (HR Bukhari No: 6484) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Seorang yang telah mengucap dua kalimah syahadah, itu bermakna terjamin keselamatan nyawanya, darahnya dan harta bendanya daripada sebarang pencerobohan dan kezaliman. Tidak boleh sesiapa menumpahkan darahnya termasuk dirinya sendiri.
2. Apabila berlaku pencerobohan terhadap darah, harta dan maruahnya dia berhak menuntut balas mengikut peruntukan syara’.
3. Tiga sebab yang membatalkan penjagaan dan pemeliharaan terhadap darah, jiwa dan maruahnya iaitu apabila dia:
a. Berzina setelah berkahwin
b. Membunuh dengan sengaja tanpa hak
c. Murtad atau sengaja meninggalkan agama
4. Sesungguhnya agama yang disepakati adalah yang dipegang oleh jamaah kaum muslimin, maka wajib dijaga dan tidak boleh keluar darinya.
5. Islam mengajar betapa pentingnya menjaga kehormatan dan kesucian agama, diri, keluarga dan masyarakat.
#Semarak Ukhuwah Memacu Perubahan#
#Malaysia Menuju Negara Rahmah#
Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Johor
31hb Januari 2019
25hb Jamadil Awal 1440
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia Negeri Johor, sila klik link di bawah :
telegram.me/hadisharian_ikram
Ingin menyertai 1 hari 1 hadis dalam bahasa Inggeris? Sila klik link di bawah:
https://t.me/ahadithadayAHAD
30 1月 2019, 17:30
2 650
📌Tazkirah Ringkas
📑ABDIKANLAH DIRI SEMATA MATA KEPADA ALLAH
Firman Allah SWT :
وَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الرَّحْمَٰنُ الرَّحِيمُ
[Surat Al-Baqarah 163]
Terjemahan :
"Dan Tuhan kamu ialah Tuhan yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
📮Join Telegram Tazkirah Ringkas
telegram.me/DakwahTanpaHenti
Sebarang teguran/nasihat email to
tazkirahringkas@gmail.com
30 1月 2019, 17:05
2 650
Cikgu Matematik aku selalu kata :
"Jangan biasakan padam kesalahan. Buat pembetulan. Jadikan kesalahan itu sebagai pengajaran bagi awak "
Same goes to our life, brosis.
@HatiMilikAllah
30 1月 2019, 10:01
2 650
“When you don’t have time to do the remembrance of Allah, the heart starts getting harder and weaker.”
@HatiMilikAllah
30 1月 2019, 09:53
2 650
A true relationship is when you can tell each other anything and everything. ❤️
@HatiMilikAllah
30 1月 2019, 09:41
2 650
Dalam perhubungan, paling penting adalah komunikasi. Tak puas hati, tegurlah. Kalau ada buat silap,nasihatilah. Jangan sesekali pendam. Jika kita pendam, kelak kita akan makan hati. Bila makan hati,kita akan mula tawar hati. Bila tawar hati, mulalah kita buka ruang pada org baru.
@HatiMilikAllah
30 1月 2019, 09:22
2 650
Dear me,
Trust yourself. You have to be confident that you can do it better.
@HatiMilikAllah
30 1月 2019, 08:44
