Tutorial..ICT
前往频道在 Telegram
📈 Telegram 频道 Tutorial..ICT 的分析概览
频道 Tutorial..ICT (@tutorial_ict) 马来语 语言赛道中的 是活跃参与者。目前社区聚集了 12 492 名订阅者,在 技术与应用 类别中位列第 10 095,并在 马来西亚 地区排名第 3 025 位。
📊 受众指标与增长动态
自 невідомо 创建以来,项目保持高速增长,吸引了 12 492 名订阅者。
根据 01 七月, 2026 的最新数据,频道保持稳定运转。过去 30 天订阅人数变化为 -51,过去 24 小时变化为 0,整体触达仍然可观。
- 认证状态: 未认证
- 互动率 (ER): 平均受众互动率为 14.08%。内容发布后 24 小时内通常能获得 N/A% 的反应,占订阅者总量。
- 帖子覆盖: 每篇帖子平均可获得 0 次浏览,首日通常累积 0 次浏览。
- 互动与反馈: 受众积极参与,单帖平均反应数为 0。
📝 描述与内容策略
作者将该频道定位为表达主观观点的平台:
“Kongsi idea tentang ICT”
凭借高频更新(最新数据采集于 02 七月, 2026),频道始终保持新鲜度与高覆盖。分析显示受众积极互动,使其成为 技术与应用 类别中的关键影响点。
12 492
订阅者
无数据24 小时
-87 天
-5130 天
帖子存档
12 492
di bawah ni saya sertakan tutorial ringkas cara nak buat teka silangkata tersebut...selamat mencuba
12 492
Assalamualaikum dan selamat malam...malam ni sedikit perkongsian tentang cara nak hasilkan teka silangkata secara online menggunakan classtools.net
12 492
QARI & QARIAH MALAYSIA JUARA TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA
Qari dan qariah Malaysia, Abdul Khair Jalil dan Nor Farhatul Fairuzah Panut masing-masing diumumkan johan kategori Tilawah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) ke-61.
Pada majlis yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu, Abdul Khair memperoleh markah 93.02 peratus manakala Nor Farhatul Fairuzah meraih 87.05 peratus.
Kedua-dua mereka membawa pulang hadiah jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai RM40,000 dan piala iringan disampaikan Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan berangkat ke majlis itu.
Sementara itu, Yassine Bekouassa dari Algeria muncul naib johan qari dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 manakala tempat ketiga dimenangi qari Maghribi, Ilyas Lamhayahoui yang menerima wang tunai RM20,000.
Wardatun Nisa Hasa dari Indonesia pula muncul naib johan qariah dan tempat ketiga dimenangi qariah Thailand, Karimah Hayibaraheng, dengan masing-masing turut membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000 dan RM20,000.
Bagi kategori Hafazan Al-Quran Lelaki, Mohamed Abdi dari Sweden muncul juara setelah memperoleh markah 96.05 peratus manakala Mohammad Maruf Hossain dari Kanada di tempat kedua dengan 94.26 peratus dan Heytham Sagar Ahmad (Kenya) di tempat ketiga apabila meraih 94.11 peratus.
Kategori Menghafaz Al-Quran Wanita pula dimenangi Fatouma Ousseni Moussa dari Niger yang mendapat markah 92.96 peratus, di tempat kedua Hadeel K.A Madfaa (Palestin) 92.83 peratus dan Hasiya Usman Jibrilla Mohammed (Nigeria) di tempat ketiga setelah memperoleh 88.58 peratus.
Juara setiap kategori Hafazan Al-Quran turut menerima jongkong emas bernilai RM70,000, wang tunai RM25,000 dan piala iringan, manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai RM20,000 dan RM15,000.
Turut berangkat ke majlis itu ialah Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim. Hadir sama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dan isteri Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof.
MTHQA61 yang bertemakan 'Menyantuni Umat Membawa Rahmat', berlangsung selama enam hari bermula 15 April lepas, dengan jumlah penyertaan seramai 99 peserta dari 68 negara.
Sementara itu, Abdul Khair yang juga pensyarah dalam bidang Al-Quran di sebuah universti tempatan mengakui berhadapan cabaran besar, kerana mahu mengekalkan kejuaraan Malaysia yang menjadi johan kategori sama tahun lepas.
"Tidak dinafikan, memang satu cabaran besar (kekalkan kejuaraan negara) namun dengan persiapan rapi, latihan dan berkat doa, hari ini kejayaan milik saya," katanya kepada pemberita.
Katanya, dia berhasrat menggunakan hadiah wang tunai yang dimenanginya itu untuk membawa keluarga menunaikan haji.
Bagi Nor Farhatul Fairuzah, pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Seremban, beliau amat teruja kerana berjaya menjadi juara, biarpun baru pertama kali bertanding di peringkat antarabangsa.
"Saya akan gunakan hadiah ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa dan gunakan untuk melanjutkan pelajaran ke universiti," katanya yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang syariah.
Tahniah & Syabas
Daripada warga @pendidik4u
Join & Share : @pendidik4u
12 492
Jika belum install aplikasi Mentimeter,klik pautan di atas dan masukkan code 411186
现已上线!2025 年 Telegram 研究 — 年度关键洞察 
