| 𝐒𝐈𝐑𝐀𝐇 𝐁𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐀𝐃𝐀𝐑 𝐂𝐄𝐑𝐈𝐓𝐀 |
Entah berapa kali bila saya nampak seminar hadis, fiqh, al-Quran atau cabang ilmu Islam lain dibuat dalam skala yang besar, saya akan terfikir benda yang sama;
Bila agaknya ilmu Sirah nak ada seminar khas dia sendiri?
Bukan sekadar satu slot ceramah Sirah yang diselitkan dalam program umum, tetapi satu seminar yang memang dari pagi sampai petang orang datang kerana Sirah.
Kita boleh dengar pembentangan tentang tema-tema tertentu dalam kehidupan Nabi SAW, perbahasan sejarah, tokoh, masyarakat Arab, keluarga Nabi, metodologi riwayat dan pelbagai lagi cabang yang selama ini mungkin hanya dibincangkan dalam kelas-kelas kecil atau kalangan yang memang kaki Sirah.
Sebab bagi saya, Sirah ni terlalu luas kalau kita hanya kenal tentang cerita Nabi lahir, berdakwah, berhijrah, berperang kemudian wafat.
Lagi kita baca, lagi kita sedar ada terlalu banyak dunia di belakang setiap peristiwa itu yang boleh dikaji. Ada geografi, nasab, politik, ekonomi, budaya Arab, hubungan kabilah, kehidupan keluarga, para sahabat, wanita di sekeliling Nabi dan macam-macam lagi.
Sebab itu antara impian kami di Simply Sirah sejak beberapa tahun ini memang nak cuba menyediakan ruang sebegini.
Simply Sirah sendiri asalnya kecil sahaja.
Banyak aktiviti kami selama ini berlaku secara online. Kelas Sirah, perbincangan, bacaan dan perkongsian semuanya berlaku dari skrin.
Alhamdulillah, sedikit demi sedikit komuniti yang minat dengan Sirah ni makin berkembang. Ada yang ikut kelas, ada yang membaca tulisan, ada yang datang daripada kalangan asatizah dan pengkaji, dan ramai juga orang awam yang cuma ada satu benda yang sama; mereka memang suka belajar tentang kehidupan Rasulullah SAW.
Lama-lama saya terfikir, takkan selamanya kita nak jumpa di skrin sahaja?
Jadi tahun ini kami cuba bawa komuniti itu keluar dan duduk bersama secara fizikal melalui 𝐒𝐞𝐦𝐢𝐧𝐚𝐫 𝐒𝐢𝐫𝐚𝐡 𝟐𝟎𝟐𝟔: “𝐒𝐢𝐫𝐚𝐡 𝐁𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐒𝐞𝐤𝐚𝐝𝐚𝐫 𝐂𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚."
Saya sedar mungkin kedengaran agak besar kalau saya kata ini sebahagian usaha kecil untuk memartabatkan ilmu Sirah di peringkat nasional. Tapi memang itu antara cita-citanya.
Saya teringin melihat ilmu Sirah punya lebih banyak seminar, wacana, kajian, perbincangan dan program tersendiri sebagaimana cabang ilmu Islam yang lain. Bukan nak bersaing dengan mana-mana bidang pun. Cuma saya rasa ilmu Sirah memang layak diberikan ruang yang lebih besar daripada apa yang ada hari ini.
Untuk seminar kali pertama ini, kami cuba bawakan beberapa tema dan perbahasan yang berbeza supaya orang dapat melihat Sirah daripada pelbagai sudut, bukan mendengar cerita yang sama berulang-ulang. Kami juga cuba menghimpunkan panel-panel yang memang mempunyai minat, bacaan dan keterlibatan dengan ilmu Sirah.
Untuk kali pertama ini juga kami jemput Ustaz Khubaib Akhi dan Ustaz Dzulkhairi Khairi untuk bersama-sama memeriahkan seminar. Panel utama Ustaz Muhammad Luqman Makhtar pula akan bentangkan topik paling berat dan mengundang tanda tanya.
Saya sendiri teruja nak dengar apa yang akan dibawa dan dibincangkan nanti. InsyaAllah kalau program ini dapat diteruskan tahun hadapan, kita jemput pula panel-panel lain. Sebenarnya dah ada ramai nama yang masuk dalam radar kami. 😄
Perbahasan Sirah Nabi SAW ni terlalu luas. Setahun sekali pun rasanya masih tak cukup nak bawa semua tema yang kita teringin nak bincangkan.
Saya juga harap seminar ni nanti jadi ruang untuk orang-orang yang memang minat ilmu Sirah berjumpa sesama kita. Selama ni mungkin kita kenal nama di Facebook, jumpa dalam kelas online atau sesekali berbalas komen tentang satu riwayat. Kali ni boleh jumpa depan-depan. Asatizah, pengkaji, pelajar atau orang awam yang baru nak mula belajar pun semua dialu-alukan.
Tak perlu tunggu jadi “orang Sirah” dulu baru nak datang. Datang sebab nak belajar pun dah cukup.
InsyaAllah setiap peserta juga akan menerima 𝘀𝗶𝗷𝗶𝗹 𝗸𝗵𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝘁𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗹𝘆 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗵.
Kalau selama ini kalian mengikuti Simply Sirah secara online, pernah masuk kelas kami, membaca tulisan-tulisan Sirah atau memang jenis manusia yang bila nampak tajuk pasal Nabi SAW terus berhenti scroll sekejap, kali ni datanglah jumpa kami secara fizikal.
Pendaftaran dah dibuka dan sekarang masih ada harga 𝗘𝗮𝗿𝗹𝘆 𝗕𝗶𝗿𝗱 𝗥𝗠𝟭𝟬𝟬 sebelum kembali kepada harga biasa RM120. Kalau memang dah bercadang nak datang, rebut harga awal ni sementara masih dibuka.
Boleh tengok maklumat penuh seminar dan terus daftar di website:
https://simplysirah.web.app/
Bawa sekali kawan peminat Sirah tu. Kita jumpa nanti, insyaAllah.
31 Oktober 2026. Seminar Sirah 2026 — Sirah Bukan Sekadar Cerita.
Share dan tag kawan-kawan anda semua!