ch
Feedback
Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

Muafakat Jelata Menjunjung Daulat

前往频道在 Telegram

Kesinambungan daripada Bukit Bintang Berselawat hingga ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Channel ini kini menggunakan identiti baharu : Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD)

显示更多
未指定国家未指定类别
1 858
订阅者
+424 小时
+497
+5730
帖子存档
🌹 SOROTAN MALAM LENSA MALAM - MAJLIS SELAWAT Alhamdulillah, suasana malam di Program Malam Berselawat Menjunjung Daulat dipenuhi dengan limpahan rahmat dan keberkatan melalui Majlis Selawat Alunan selawat yang bergema telah menyatukan hati para hadirin dalam menzahirkan rasa cinta dan kerinduan kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kehadiran masyarakat daripada pelbagai lapisan usia turut menambahkan kemeriahan dan keindahan majlis yang penuh makna ini. “Sesungguhnya selawat ke atas Nabi SAW merupakan tanda kecintaan seorang hamba kepada Rasulullah SAW.” #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Lagi lensa kamera daripada team media kami… Biar gambar berbicara…
+9
Lagi lensa kamera daripada team media kami… Biar gambar berbicara…

SENTIASA TERKINI TERUS MENERUS KAMI BAWAKAN DARI MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Selawat penuh ruhi… Ikuti siaran langsung di FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB TVsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr Pastikan anda terus bersama kami. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll

SENTIASA TERKINI TERUS MENERUS KAMI BAWAKAN DARI MASJID BANDAR SAUJANA PUTRA Sebentar tadi telah berlangsung Majlis Selawat penuh ruhi… Ikuti siaran langsung di FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB TVsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr Pastikan anda terus bersama kami. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll

LENSA SEMASA | MAJLIS SELAWAT & MUNAJAT Malam yang penuh keberkatan kini diteruskan dengan alunan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam Majlis Selawat sempena Malam Berselawat Menjunjung Daulat. Ribuan hadirin bersama-sama membasahi lidah dengan pujian dan rasa cinta kepada Rasulullah SAW, menghidupkan suasana yang penuh ketenangan, penghayatan dan kerinduan kepada Baginda. Majlis turut diserikan dengan doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT, memohon kesejahteraan, keberkatan dan perlindungan buat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku, para pemimpin, seluruh rakyat serta negara yang tercinta. Semoga negara terus dikurniakan keamanan, perpaduan dan kemakmuran di bawah naungan Allah SWT. Selaras dengan tema Muafakat Jelata Menjunjung Daulat, majlis ini menjadi manifestasi kesatuan hati rakyat dalam memelihara keharmonian negara, memperkukuh jati diri serta menzahirkan rasa syukur atas nikmat keamanan dan kestabilan yang dikecapi. Semoga alunan selawat dan munajat yang bergema pada malam ini menjadi asbab turunnya rahmat, keberkatan dan kasih sayang Allah SWT ke atas raja, pemimpin, rakyat serta seluruh tanah air yang kita cintai. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

Meriah sejak petang tadi! ✨ Alhamdulillah, Malam Berselawat Menjunjung Daulat menerima sambutan yang sangat menggalakkan daripada masyarakat sekitar dan pengunjung dari pelbagai lokasi. Ruang program dipenuhi keluarga, sahabat handai dan pengunjung yang hadir menikmati pelbagai pameran, aktiviti komuniti serta reruai yang disediakan. Moga suasana penuh muafakat ini menjadi asbab bertambahnya ukhuwwah, kecintaan kepada agama, bangsa dan negara. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

🔴SIARAN LANGSUNG MALAM BERSELAWAT MENJUNJUNG DAULAT Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT, Sekretariat Muafakat Jelata Menjunjung Daulat (MJMD) bersama Masjid Bandar Saujana Putra dengan sukacitanya mengumumkan penganjuran program Malam Berselawat Menjunjung Daulat yang akan berlangsung seperti berikut : 🗓 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 Petang – 10.30 Malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra Ayuh hadir bersama keluarga, sahabat dan komuniti bagi memeriahkan program ini. Berselawat Menyatu Ummah. Muafakat Memperkukuh Bangsa. Menjunjung Daulat Memperkasa Negara. Tonton bersama di page berikut FB Masjid Bandar Saujana Putra https://www.facebook.com/share/v/1Em53i7oBv/?mibextid=wwXIfr FB tvsufi.com https://www.facebook.com/share/v/1EXj4QEUuY/?mibextid=wwXIfr #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur #MuhammadForAll

Booth Cinta Al-Quds kini hampir melabuhkan tirai hari ini Terima kasih kepada semua yang telah hadir dan memeriahkan suasana sepanjang program berlangsung. Dan malam ini kita teruskan pula dengan acara utama… ✨ Malam Berselawat Menjunjung Daulat Jom kita sama-sama hadir dan memeriahkan majlis! #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMimSin #TigaKotaSuci #PeradabanTimur

LENSA AKTIVITI PETANG YANG SEMPAT DIRAKAMKAN TADI Usai Sembang Santai : "Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Perdadaban Kita", ma
+9
LENSA AKTIVITI PETANG YANG SEMPAT DIRAKAMKAN TADI Usai Sembang Santai : "Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Perdadaban Kita", majlis diteruskan dengan persembahan silat yang memukau dari anak-anak Ayuh hadir bersama keluarga untuk menghayati keindahan budaya yang menjadi akar kekuatan bangsa, sambil mengeratkan silaturahim dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan. Warisan Dipelihara, Budaya Disemarakkan, Jati Diri Diperkasakan. #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat

Selamat datang ke Malam Berselawat Menjunjung Daulat di Masjid Bandar Saujana Putra. Indahnya melihat generasi muda kita mendekatkan diri dengan ilmu dan tradisi di Masjid Bandar Putra. Dari kanak-kanak yang ceria bermain sambil belajar hingga lah semangat para pengunjung menelaah khazanah ilmu lama. Semoga semangat mencari ilmu ini terus subur di hati mereka! Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra https://maps.app.goo.gl/gXd3p513Bc9GGBJ97?g_st=ac #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #AlifMSin #TigakotaSuci #PeradabanTimur

🌹SOROTAN SEMASA BICARA SANTAI : KENALI AKAR SEJARAH, BUDAYA DAN PERADABAN KITA Alhamdulillah, sesi Bicara Santai : Kenali Akar Sejarah, Budaya dan Peradaban Kita telah berlangsung dengan jayanya di perkarangan Masjid Bandar Saujana Putra. Para hadirin berpeluang menelusuri perjalanan sejarah, memahami warisan budaya serta menghayati nilai-nilai peradaban yang menjadi asas pembentukan masyarakat kita hari ini. Perkongsian yang santai namun penuh makna ini telah membuka ruang perbincangan yang bermanfaat, di samping menyemarakkan rasa cinta terhadap identiti, tradisi dan khazanah bangsa. Terima kasih kepada para panel dan semua peserta yang telah meluangkan masa untuk bersama-sama menyertai sesi ilmu yang berharga ini. Semoga perkongsian yang diperoleh dapat menjadi panduan dalam memelihara serta menghargai warisan yang telah diwariskan kepada generasi masa kini dan akan datang. Jangan lupa untuk terus bersama kami kerana pelbagai lagi pengisian menarik sedang dan akan berlangsung sepanjang program ini. Malam Berselawat Menjunjung Daulat 📅 17 Jun 2026 (Rabu) 🕒 3.00 petang hingga 10.30 malam 📍 Masjid Bandar Saujana Putra #MalamBerselawatMenjunjungDaulat #MuafakatJelataMenjunjungDaulat #KenaliSejarahBudayaPeradaban #WarisanBangsa #JatiDiriMalaysia