kepada korang yang sedang berada dalam musim keputusan ,
sofi tahu , ini bukan masa yang mudah . untuk awak yang sudah tahu keputusan , congratss !! bukan kerana keputusan itu semata , tapi kerana kamu telah lalui sesuatu yang besar . apa jua yang tertulis pada kertas tu , u need to know ia tidak pernah menggambarkan keseluruhan siapa kamu . kejayaan bukan hanya tentang gred , tetapi tentang keberanian kamu untuk mencuba , untuk tetap berdiri walaupun berkali - kali rasa nak mengalah .
if keputusan itu membawa senyuman , alhamdulillah , nikmati kemenangan itu dengan penuh syukur . tapi if benda tu buat awak termenung , menangis , atau kecewa , jangan rasa kalah . sometimes , Allah tak beri apa yang kita minta kerana Dia nak beri apa yang kita perlukan . and percayalah , kegagalan hari ini takkan pernah batalkan kejayaan yang menanti esok hari . kamu tetap hebat , kerana kamu sudah mencuba .
and untuk kamu yang masih menunggu keputusan ,
sofi tahu debaran itu memenatkan . Setiap hari mesti tertanya , “ camana nanti ? cukup ke usaha aku ? ” tapi slfi nak awak tahu satu perkara . keputusan itu hanya satu detik, sedangkan kamu adalah sebuah perjalanan . apa pun yang bakal keluar nanti , ia takkan pernah kurangkan nilai kamu . jangan takut . takdir Allah tak pernah silap . dan saat awak terima keputusan tu nanti , yakinlah , Allah dah atur semuanya sebaiknya walau mungkin hati kamu belum mampu faham sekarang .
remember ,
keputusan ini bukan noktah . ia hanya satu koma dalam kisah panjang hidup kamu . jangan berhenti hanya kerana satu ujian . kamu masih punya masa depan , masih punya peluang , masih punya impian yang boleh digenggam . usaha kamu , air mata kamu , waktu yang kamu korbankan semuanya akan ada ganjaran , kalau bukan hari ini , esok , atau pada masa yang Allah lebih tahu sesuai .
for u guys , sofi bangga dengan awak . teruskan berjalan , walaupun perlahan . teruskan percaya , walaupun hati ragu . kerana kamu sedang membina sesuatu yang besar untuk masa depan kamu sendiri .