🌟 NOTA PADAT AMALI KIMIA – HABA PENYESARAN (CuSO₄ + Logam X/Y)
⸻
✅ PEMERHATIAN WAJIB
Tulis
3 benda ni (confirm masuk):
1.
Mendakan perang terbentuk
→ logam kuprum terhasil.
2.
Warna biru larutan CuSO₄ jadi pudar / tidak berwarna
→
WAJIB sebut perubahan warna.
3.
Bacaan termometer meningkat
→ tindak balas eksotermik.
⸻
✅ INFERENS (WAJIB SELARI DENGAN PEMERHATIAN)
1.
Pepejal perang terbentuk kerana
ion Cu²⁺ diturunkan kepada logam Cu.
2.
Warna biru CuSO₄ pudar kerana
ion Cu²⁺ semakin berkurang.
3.
Suhu meningkat kerana
tindak balas eksotermik membebaskan haba.
⸻
✅ HIPOTESIS (MESTI ADA MV & RV)
Jika jenis logam berubah (X → Y), maka nilai haba penyesaran berubah.
Contoh:
Apabila logam X digunakan, haba penyesaran lebih tinggi.
Apabila logam Y digunakan, haba penyesaran lebih rendah.
MV: Jenis logam
RV: Haba penyesaran
⸻
✅ DEFINISI OPERASI (DO)
Format:
WYD + WYO
Pembebasan haba apabila logam X dimasukkan ke dalam larutan kuprum(II) sulfat untuk menyesarkan 1 mol kuprum (WYD) diukur melalui peningkatan bacaan termometer (WYO).
Apabila logam Y digunakan, kenaikan suhu adalah lebih tinggi.
⸻
✅ JADUAL
•
Tajuk bulat-bulat ikut soalan (HARAM pendekkan).
• Suhu →
1 d.p.
• Jangan fikir sendiri, follow tajuk.
⸻
🔧 PEMBOLEH UBAH
Manipulasi:
Jenis logam (X atau Y)
Dimalarkan:
•
Isipadu larutan CuSO₄ (25 cm³)
•
Kepekatan CuSO₄ (contoh 0.2 mol dm⁻³)
Gerak balas:
Haba penyesaran (⚠️ BUKAN “bacaan termometer”)
⸻
🧪 PENJELASAN KIMIA
1. Mengapa pepejal perang terbentuk?
Logam X lebih elektropositif / mempunyai nilai E° lebih negatif berbanding kuprum, maka logam X menyesarkan Cu²⁺ kepada atom Cu (membentuk mendakan perang).
2. Mengapa haba penyesaran X lebih tinggi daripada Y?
Logam X lebih elektropositif / E° lebih negatif → tindak balas lebih eksotermik → pembebasan haba lebih besar.
⸻
🛠 MODIFIKASI ALAT
Soalan contoh:
Cadangkan cara supaya haba tidak hilang ke persekitaran.
Jawapan:
Memasang penutup pada bekas supaya haba tidak terbebas ke persekitaran.
⸻
📌 LANGKAH BERJAGA-JAGA
1. Kacau larutan perlahan-lahan supaya suhu seragam.
2. Tambah serbuk logam dengan cepat dan cermat.
3. Menggunakan
serbuk logam, bukan ketulan (tindak balas lebih cepat).
❌ “Tutup kipas” = SALAH
⸻
🔮 MERAMAL
1. Jika logam X diganti dengan plumbum?
Bacaan suhu
lebih rendah sebab plumbum kurang elektropositif.
2. Jika CuSO₄ diganti Cu(NO₃)₂?
Haba penyesaran
sama kerana masih melibatkan ion Cu²⁺.
3. Kenapa nilai eksperimen ≠ nilai teori?
Kerana
sebahagian haba hilang ke persekitaran.
⸻
🔥 PERSAMAAN KIMIA (Contoh magnesium)
Mg(s) + CuSO₄(aq) → MgSO₄(aq) + Cu(s)
Ion lengkap:
Mg(s) + Cu²⁺(aq) → Mg²⁺(aq) + Cu(s)
⸻
📉 GRAF EKSO
• Graf suhu vs masa
• Bentuk
curve naik kemudian stabil
• Tanda
suhu maksimum sebagai bacaan akhir
⸻
📝 PROSEDUR RINGKAS (format SPM)
1. Sukat
25 cm³ larutan kuprum(II) sulfat
0.2 mol dm⁻³ ke dalam bekas.
2. Masukkan ke dalam termometer, biarkan 2 minit.
3. Catat
suhu awal dalam jadual.
4. Tambah
satu spatula serbuk logam X dengan cepat dan cermat.
5. Kacau dengan termometer.
6. Catat
suhu tertinggi.
7. Ulang langkah dengan menggantikan logam Y.
𝜗ৎ
@ramalanspm2025
“Predict & Achieve” on telegram