8 866
المشتركون
-224 ساعات
-97 أيام
-6330 أيام
أرشيف المشاركات
8 866
KHAMIS | 29 OKTOBER 2026 | AKADEMIK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
PELANJUTAN TEMPOH PERMOHONAN PENANGGUHAN PEMBAYARAN YURAN PENGAJIAN
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa pelanjutan tempoh permohonan penangguhan pembayaran yuran pengajian adalah seperti berikut:
Tarikh: 24 September - 13 November 2026
Platform: Online Fees Deferment
🔗 https://online.uitm.edu.my/ipsis/deferment/feedeferment/
Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta untuk cakna dengan pemakluman ini bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
MPP Ashikin - https://wa.me/601169829769
Sekian, terima kasih.
“KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”
Yang Menjalankan Amanah,
EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani #UCSCemerlang #UnggulBersama
29 أكتوبر, 08:03
8 866
KHAMIS | 29 OKTOBER 2026 | AKADEMIK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
TARIKH-TARIKH PENGISIAN ENTRANCE SURVEY DAN COURSE VALIDATION BAGI SEMESTER SEPTEMBER 2026 - FEBRUARI 2027
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin memaklumkan bahawa tarikh-tarikh pengisian Entrance Survey dan Course Validation bagi semester September 2026 - Februari 2027 adalah seperti berikut:
Entrance Survey Tarikh: 28 September - 1 November 2026 Platform: UFuture 🔗 https://ufuture.uitm.edu.my/home/
Course Validation Tarikh: 26 Oktober - 1 November 2026 Platform: Student Portal 🔗 https://simsweb.uitm.edu.my/SPORTAL_APP/SPORTAL_LOGIN
Sehubungan dengan itu, mahasiswa diminta untuk cakna dengan tarikh-tarikh tersebut bagi mengelakkan sebarang kesulitan.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
MPP Ashikin - https://wa.me/601169829769
Sekian, terima kasih.
”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”
Yang Menjalankan Amanah,
EXCO AKADEMIK DAN KERJAYA
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
29 أكتوبر, 07:15
8 866
RABU | 28 OKTOBER 2026 | MAKLUMAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
PELUANG PEKERJAAN SAMPINGAN MySISWA@JOB ON CAMPUS (JoC)
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa program MySISWA@Job on Campus (JoC) merupakan inisiatif Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang membuka peluang kepada mahasiswa untuk menjana pendapatan tambahan, menimba pengalaman kerja serta meningkatkan kemahiran insaniah sepanjang pengajian.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Kadar bayaran: RM6.00/jam
Had masa bekerja:
> Minggu akademik:
- Maksimum 20 jam seminggu
> Cuti semester:
- Maksimum 40 jam seminggu
Kategori pekerjaan:
- Pentadbiran dan operasi
- Perkhidmatan
- Teknikal
- Projek profesional
- Keusahawanan
Pautan permohonan:
🔗 https://joc.mohe.gov.my/login
Ayuh, manfaatkan peluang ini bagi menambah pengalaman dan mempersiapkan diri ke alam pekerjaan!
Sekian, terima kasih.
"KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”
Yang Menjalankan Amanah,
EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
28 أكتوبر, 04:49
8 866
RABU | 28 OKTOBER 2026 | MAKLUMAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
JEMPUTAN PENYERTAAN BAGI EPF × UiTM AMBASSADOR 2026
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor ingin menjemput seluruh mahasiswa UiTM bagi menyertai EPF × UiTM Ambassador 2026 bertemakan “Jadi Suara. Cipta Impak.”.
Program ini bertujuan untuk memupuk literasi kewangan dan amalan menyimpan dalam kalangan mahasiswa, di samping mengasah kemahiran kepimpinan dan jaringan kenalan serta menjadi agen perubahan dalam kalangan warga kampus.
Butiran program adalah seperti berikut:
Syarat penyertaan:
Peserta dikehendaki menghasilkan video berdurasi 2 minit yang merangkumi perkara berikut:
1. Memperkenalkan diri
2. Berkongsi satu mesej berkaitan literasi kewangan
3. Menjelaskan sebab anda layak menjadi EPF Ambassador
Kaedah penyertaan:
Video hendaklah dimuat naik ke Instagram dengan menggunakan hashtag berikut:
- #epfambassador2026
- #epfkwasa
Tarikh akhir penyertaan: 15 November 2026
Sehubungan dengan itu, semua mahasiswa UiTM yang berminat adalah digalakkan untuk merebut peluang ini.
Sekian, terima kasih.
"KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN"
Yang Menjalankan Amanah,
EXCO KEUSAHAWANAN DAN INOVASI
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
28 أكتوبر, 04:32
8 866
ISNIN | 26 OKTOBER 2026 | MAKLUMAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
*NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK MENYELURUH SEMENTARA DI UiTM CAWANGAN SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM*
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa pihak *Tenaga Nasional Berhad (TNB)* telah mengeluarkan Notis Henti Tugas berhubung *gangguan bekalan elektrik menyeluruh sementara* yang melibatkan *keseluruhan UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam*.
Gangguan tersebut adalah susulan kerja-kerja penambahbaikan kecacatan serta _Preventive Maintenance_.
Maklumat gangguan adalah seperti berikut:
Tarikh: *7 November 2026 (9.00 pagi) hingga 8 November 2026 (9.00 malam)*
Sehubungan itu, diharapkan seluruh warga kampus cakna dengan gangguan bekalan elektrik menyeluruh sementara.
Sekian, terima kasih.
_*"KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”*_
Yang Menjalankan Amanah,
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
26 أكتوبر, 09:00
8 866
JUMAAT | 9 OKTOBER 2026 | AKADEMIK
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM Di Hatiku,
Salam Malaysia Madani.
*PEMAKLUMAN PELAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA DALAM TALIAN (PdPR) BAGI PELAJAR UiTM CAWANGAN SELANGOR*
Merujuk perkara di atas, Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Selangor Sesi 2025/2026 mengambil maklum susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tinggi di Selangor.
Sehubungan itu, menurut Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa (TNCAA), pelaksanaan PdPR bagi UiTM Cawangan Selangor adalah tertakluk kepada *keputusan fakulti masing-masing melalui Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik.*
Justeru, sebarang pelaksanaan PdPR termasuk pertimbangan khas bagi pelajar terjejas akan ditentukan oleh pihak fakulti berdasarkan keadaan semasa.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
*MPP Ashikin* – https://wa.me/601169829769)
Sekian, terima kasih.
*_“KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”_*
Yang Menjalankan Amanah,
*MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR*
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
09 أكتوبر, 04:36
8 866
HEBAHAN SESI PENGAKTIFAN KAD MYSISWA UiTM CAWANGAN SELANGOR (KAMPUS PUNCAK ALAM DAN PUNCAK PERDANA)
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Untuk makluman semua pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP) dengan kerjasama Bahagian Digital UiTM Cawangan Selangor akan mengadakan Sesi Pengagihan & Pengaktifan Kad MySiswa oleh pihak RHB Bank bagi pelajar baru yang telah membuka akaun I-Pro.
Maklumat kaunter pengaktifan adalah seperti berikut:
Kampus Puncak Alam
📅 Tarikh: 20 – 23 Oktober 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Dewan PSB, Aras 5, Plaza Satelit B (PSB)
UiTM Cawangan Selangor
Kampus Puncak Perdana
📅 Tarikh: 20 – 22 Oktober 2026
⏰ Masa: 9.00 pagi – 4.00 petang
📍 Lokasi: Billik Seminar Kolej Jasmine
UiTM Kampus Puncak Perdana
Pelajar boleh mula mengambil kad di fakulti bermula 12 Oktober 2026. Pemakluman akan diberikan oleh fakulti masing masing berkaitan dengan pengagihan kad.
Semakan status cetakan kad boleh dibuat melalui pautan (https://infochat.uitm.edu.my)
Pelajar dikehendaki memastikan akaun I-Pro telah dibuka terlebih dahulu dan membawa Kad MySiswa serta Kad Pengenalan semasa hadir ke kaunter bagi tujuan pengaktifan.
Sekian, terima kasih.
Bahagian Digital
UiTM Cawangan Selangor
07 أكتوبر, 04:41
8 866
RABU | 7 OKTOBER 2026 | MAKLUMAN
Assalamualaikum WBT,
Salam Sejahtera,
Salam UiTM DiHatiku,
Salam Malaysia Madani.
JEMPUTAN PENYERTAAN AI-XR E-SPORTS VENTURE LAB (AXEV LAB) 2026
Merujuk perkara di atas, dimaklumkan bahawa AI-XR E-Sports Venture Lab (AXEV LAB) 2026 membuka peluang kepada pelajar UiTM yang berminat dalam bidang Artificial Intelligence (AI), Gaming, E-Sports, AR/VR serta pembangunan teknologi digital.
Program ini bertujuan mengenal pasti dan membangunkan 5 bakal Unicorn Start-Up UiTM melalui pembangunan idea kepada produk sebenar.
Antara peluang yang ditawarkan adalah:
• Dana pemula sehingga RM4,000 bagi setiap kumpulan
• Pembangunan MVP dan POC
• Bootcamp keusahawanan digital
• Bimbingan mentor industri
• Sesi pitching dan jaringan strategik
• Peluang ke peringkat inkubator dan pengkomersialan
Syarat penyertaan:
• Pelajar Sarjana Muda UiTM sepenuh masa dan berstatus aktif
• Kumpulan terdiri daripada 5 - 10 orang pelajar
• Pasukan mestilah rentas fakulti
• Mempunyai seorang Mentor Akademik
Sehubungan dengan itu, penyertaan hanya terbuka kepada 100 pelajar terawal sahaja dan mestilah membuat pendaftaran melalui pautan berikut:
🔗 https://forms.gle/vJATgucrig6PuF4s
Tarikh akhir pendaftaran: 9 Oktober 2026
Kerjasama dan penyertaan daripada semua amatlah dihargai bagi menjayakan program ini.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi:
Dr. Nurzaki Ikhsan - nurzaki@uitm.edu.my
Urusetia Program - masmed@uitm.edu.my
Sekian, terima kasih.
”KEBERSAMAAN PEMACU KEUNGGULAN”
Yang Menjalankan Amanah,
EXCO SUKAN DAN KEBUDAYAAN
Majlis Perwakilan Pelajar
UiTM Cawangan Selangor
Sesi 2025/2026
#MalaysiaMadani
#UCSCemerlang
#UnggulBersama
07 أكتوبر, 04:39
