*GARIS PANDUAN PENYERTAAN*
*INSPIRA 25: Pertandingan Inovasi Bahan Bantu Mengajar (BBM)*
Sempena *Festival Inovasi, Keusahawanan & Aspirasi Kerjaya (FESTIKA2025)*
📅 Tarikh: 17 Jun 2025 (Selasa)
🕘 Masa: 8.30 pagi – 4.30 petang
🏛 Tempat: Foyer Perpustakaan Sultanah Bahiyah, Universiti Utara Malaysia (UUM)
🎟 Penyertaan: PERCUMA
🎯 *PENGENALAN & SKOP PERTANDINGAN*
Pertandingan ini memberi tumpuan kepada penghasilan inovasi dalam kategori pembelajaran melalui Bahan Bantu Mengajar (BBM).
Inovasi boleh merangkumi pembangunan atau pengubahsuaian bahan, alat, atau aplikasi yang menyokong pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka atau digital, berteraskan pendekatan pedagogi semasa.
Fokus utama adalah kepada fungsi BBM dalam menyokong pemahaman konsep, meningkatkan interaksi PdP, memudahkan penyampaian isi pelajaran serta memperkukuh penglibatan dan motivasi pelajar, ke arah pencapaian hasil pembelajaran yang lebih berkesan.
✅ *SYARAT PENYERTAAN*
• Terbuka kepada pelajar sekolah (termasuk pelajar IPT/IPG/Politeknik/Kolej Komuniti dan lain-lain) dan Pendidik.
• Penyertaan boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan (maksimum 7 orang termasuk mentor/guru pembimbing).
• Pendaftaran dan penyertaan adalah PERCUMA.
• Tarikh tutup penyertaan: 15 Jun 2025, jam 11.59 malam 🔗 Borang penyertaan:
https://forms.gle/1xKJywJs5nyjwrzq8
• Semua pameran akan dijalankan secara bersemuka di lokasi pertandingan.
• Sijil penyertaan dan penghargaan disediakan kepada semua peserta.
• Keputusan juri adalah muktamad.
• Penganjur menyediakan meja dan kerusi sahaja.
• Peserta perlu membawa extension wire sendiri.
• Semua peserta perlu hadir pada jam 8.30 pagi untuk pendaftaran dan persiapan ruang pameran.
📊 *KRITERIA PENILAIAN* (Rubrik Pemarkahan 100 Markah)
Penilaian adalah berdasarkan fungsi dan kreativiti BBM dalam menyokong proses PdP, seperti berikut:
1) Keaslian & Kreativiti BBM: Tahap keunikan idea, kreativiti dalam reka bentuk dan penggunaan bahan (30 markah)
2) Fungsi BBM dalam PdP: Kejelasan fungsi BBM dalam menyokong pemahaman konsep, memudahkan penyampaian isi pelajaran dan menyokong pencapaian hasil pembelajaran (30 markah)
3) Dokumentasi & Penyampaian Idea : Kualiti persembahan kepada juri termasuk slide, video, model, logbook atau laporan ringkas; kejelasan penerangan dan impak visual (20 markah)
4) Penglibatan & Motivasi Murid: Keupayaan BBM menarik minat murid, menggalakkan penglibatan aktif dan meningkatkan motivasi sepanjang sesi pembelajaran (5 markah)
5) Kebolehlaksanaan BBM mudah digunakan, menarik, sesuai dengan tahap murid dan berpotensi dikembangkan oleh guru atau pendidik lain (5 markah)
🏅 *KATEGORI ANUGERAH*
Anugerah Platinum (90–100 markah)
Anugerah Emas (80–89 markah)
Anugerah Perak (70–79 markah)
Anugerah Gangsa (60–69 markah)
Anugerah Khas Juri: Diberikan kepada inovasi yang menunjukkan impak luar biasa dari aspek fungsi BBM, keberkesanan PdP atau kreativiti.
📞 *PERTANYAAN & MAKLUMAT LANJUT*
Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan melalui nombor telefon yang tertera dalam poster pertandingan. Pihak urus setia sedia membantu bagi memastikan kelancaran penyertaan anda.
#INSPIRA25
#FESTIKA2025
#MPPSOE2025
#SOERumahPendidik