Assalamualaikum and hello lovelies,
Jadi,
PERCUBAAN SPM / TRIAL SPM dah dekat sangat. Betul tak! Jadi tolong buat persediaan yang rapi dan persediaan mental dan fizikal.
Peringatan!!
PERCUBAAN SPM / TRIAL SPM bukan lagi peperiksaan biasa - biasa. Peperiksaan ini amat penting untuk sasaran kamu sewaktu
SPM SEBENAR!!
Tiada lagi erti cuti, rehat, relaks dan sebagainya. Jangan ambil ringan terhadap markah
PERCUBAAN SPM / TRIAL SPM kerana amat penting juga untuk pengisian UPU selepas tamat SPM, sebagai laman web untuk memohon program apa yang akan kamu sambung ke peringkat UNIVERSITI DAN SEBAGAINYA.
Tolong ubah gaya hidup kamu mulai dari sekarang!!
Persediaan PERCUBAAN SPM / TRIAL SPM :
- Alat tulis yang mencukupi
- Ulang kaji silibus terkini
- Latihan yang sudah lepas
- Kesihatan badan dan otak
- Stamina
- Mental & fizikal
Paling penting!!
Hubungan sesama Tuhan, keluarga, kawan dan sebagainya. Jikalau ada salah silap atau terguris hati mereka, minta maaf dan restu. Kamu akan menyesal satu hari nanti kalau tidak ambil berat perkara begini.
Itu sahaja pesanan daripada saya sebagai lepasan SPM BATCH 07.
Sebarang pertanyaan, boleh pm saya
@lifeeyy4life