Info@HEP.USIM
الذهاب إلى القناة على Telegram
Info terkini daripada Pusat Hal Ehwal Pelajar, Universiti Sains Islam Malaysia
إظهار المزيد9 688
المشتركون
+6024 ساعات
+617 أيام
+5630 أيام
أرشيف المشاركات
9 688
[HEBAHAN SENARAI NAMA PELAJAR YANG DITAWARKAN SEBAGAI PEMBANTU URUS SETIA (PU) HARI TAARUF PELAJAR BAHARU TAMHIDI SESI AKADEMIK 2026/2027]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Penyelaras Jawatankuasa Aktiviti/Latihan Pembantu Urus Setia Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027 menguar-uarkan senarai pelajar yang berjaya dipelawa sebagai Pembantu Urus Setia (PU) bagi Hari Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang terpilih. Diharapkan para Pembantu Urus Setia dapat memberikan komitmen, kerjasama dan semangat yang tinggi dalam melaksanakan amanah yang diberikan demi memastikan kelancaran perjalanan program.
Senarai nama pelajar yang berjaya adalah seperti yang dilampirkan.
Untuk makluman, pihak urus setia akan menghubungi para pelajar yang terpilih dalam masa terdekat bagi urusan hebahan dan penyelarasan lanjut. Oleh itu, para pelajar dimohon untuk sentiasa peka terhadap sebarang mesej atau panggilan yang diterima.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh diajukan kepada:
📞 Saudara Syazwan: 018-3523090
📞 Saudari Syawal: 013-6174171
Kerjasama dan perhatian daripada semua pihak amat dihargai.
Sekian, Terima Kasih.
Disediakan oleh:
Penyelaras Jawatankuasa Aktiviti/Latihan Pembantu Urus Setia
Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi
Sesi Akademik 2026/2027
Universiti Sains Islam Malaysia
9 688
[JOM SERTAI PROGRAM MAHASISWA NEGARA@IPT USIM 2026] 🇲🇾🇲🇾🇲🇾
Majlis Pengetua Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) membawa program khas untuk MAHASISWA TAHUN 1 bagi melatih diri menjadi mahasiswa yang patriotik dan serba boleh😎.
Aktiviti menarik🤩
Ice Breaking
Latihan dalam Kumpulan
Outdoor Activities
Explorace
Survival Cooking
Camping
Dan banyak lagiiii!!!!
Butiran Program📰
Tarikh: 20 & 21 Jun 2026
Tempat: Sekitar USIM
PERCUMA ✅
MAKANAN, PENGANGKUTAN, PENGINAPAN DISEDIAKAN✅
TULLABIYAH DIREKODKAN✅
Jom daftar bersama rakan-rakan untuk merakam memori bersama😍
📋Link pendaftaran:
https://forms.gle/yy9H8Pq1bYSc9A2H8
📱Maklumat lanjut, hubungi:
013-3422995 - Cik Saadah
Ayuh mahasiswa, hebatkan diri anda😉
MAJLIS PENGETUA
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
9 688
[PELAWAAN SEBAGAI PEMBANTU URUS SETIA TAARUF PELAJAR BAHARU TAMHIDI]
Pusat Hal Ehwal Pelajar mempelawa Pelajar Sarjana Muda untuk memohon sebagai Pembantu Urus Setia (PU) bagi Taaruf Pelajar Baharu Tamhidi Sesi Akademik 2026/2027.
Tempoh bertugas adalah bermula:
13 Jun hingga 18 Jun 2026
Pelajar Sarjana Muda yang berminat boleh memohon melalui Portal IStudent masing-masing bermula 20 Mei 2026 hingga 25 Mei 2026 (Isnin) Jam 3.00 Petang.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Encik Ahmad Suhail Abd Rahman di talian 06-798 8238 atau Encik Muhammad Amir Ridwan Shahrol di talian 06-798 6144.
9 688
[HEBAHAN PORTAL RUMAH SEWA SISWA] 🏠
Pejabat Pengurusan Luar Kampus (PPLK) bersama Sekretariat Pelajar Luar Kampus (OCSS) mengambil maklum bahawa ramai mahasiswa/i USIM sedang mencari rumah sewa untuk didiami pada semester akan datang.
PPLK dan OCSS menyarankan untuk mahasiswa/i melayari laman sesawang Rumah Sewa Siswa yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di laman web berikut bagi tujuan tersebut:
https://rumahsiswa.mohe.gov.my/
Namun, sebarang perjanjian dan transaksi yang dijalankan oleh pelajar adalah tanggungjawab pelajar sendiri.
❗Sebagai langkah berjaga-jaga, sila patuhi tips berikut:
1. Jangan buat sebarang bayaran selagi tidak melihat rumah dan tiada kontrak yang diberikan.
2. Jangan melawat rumah berseorangan di waktu yang tidak sesuai seperti lewat malam.
3. Pastikan kontrak rumah adalah lengkap dengan perkara-perkara penting.
4. Jika berlaku sebarang 'scam' berbentuk transaksi, terus hubungi talian kecemasan 997 - National Scam Response Centre (NSRC).
"Together We Lead, Together We Succeed"
SEKRETARIAT PELAJAR LUAR KAMPUS
SESI AKADEMIK 2025/2026
PEJABAT PENGURUSAN LUAR KAMPUS
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
9 688
🌿DEPRESSION: THE UNSPOKEN STRUGGLE🌿
Pernah tak rasa tertekan tapi tak tahu nak luah pada siapa? Atau nampak orang lain okay, tapi sebenarnya sedang bergelut dalam diam? 💭
Program ini membuka ruang untuk kita faham dengan lebih mendalam tentang isu kemurungan yang sering dipendam.
Kelab Pembimbing Rakan universiti (PRU) ingin mengajak anda menyertai kami dalam sesi kupasan santai tetapi bermakna tentang kesihatan mental, cara mengenali tanda-tanda kemurungan, dan bagaimana kita boleh membantu diri sendiri serta orang sekeliling.
🗓 Tarikh: 13 Mei 2026 (Rabu)
⏰ Masa: 8.30 malam – 10.30 malam
📍 Platform: Facebook Live Bahagian Psikologi dan Kaunseling (Bpsik)
📌Tullabiyah direkodkan📌
🗣️Moderator dan Ahli Panel
🎙️Moderator: Dr. Nurul Kharmila
👩🏻⚕️ Panel 1: Dr. Khadijah Hasanah
👩🏻🎓 Panel 2: Aisyah Nabilah
Link pendaftaran: https://q.me-qr.com/1qcsiwg7
Jangan pendam sendirian. Anda tidak keseorangan.Jumpa anda di Facebook Live nanti! 🤩
Ikhlas daripada,
Kelab Pembimbing Rakan Universiti (PRU) USIM
#PRU_USIM
9 688
https://vt.tiktok.com/ZS9FA9VWGUkUG-PkE7Y/
LIVE FESTIVAL PRODUK HALAL DAN PELANCONGAN ISLAM@USIM 2026, HARI KEDUA
9 688
📢 PROGRAM EKSKLUSIF TURATH HALAL & PELANCONGAN ISLAM
🎙 Bersama:
Tuan Guru Syeikh Abdul Raof bin Nurin Al-Bahanji
(Ahli Jawatankuasa Hukum Syarak Negeri Pahang)
📚 Kupasan Bab Najasah dari Kitab Matla’ Al-Badrain
Sesuai untuk industri, ahli akademik, pelajar IPT & orang awam.
🗓 8 Mei 2026 (Jumaat)
🕒 3.00 petang – 5.00 petang
📍 Dewan Tuanku Canselor (DTC), USIM
💸 Yuran: PERCUMA
🍱 200 pelajar terawal hadir sebelum 2.30 petang akan menerima makanan tengah hari.
🎁 Pelajar ke-200 hingga 300 pula akan menerima goodies Mamee.
Jom ramai-ramai hadir! ✨
9 688
Mari meramaikan Festival Produk Halal dan Pelancongan Islam Madani@USIM 2026. Banyak booth pameran dan jualan yang menarik untuk dilawati. 7-9 Mei di DTC. Coklat ada, jeruk ada, pakej haji umrah, booth jakim, merchandise, bundle, dll. 8 pagi - 5 petang.
9 688
ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA 2024/2025 (AKSIS 24/25)
MAKLUMAN PELANJUTAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Dimaklumkan bahawa tarikh tutup permohonan Anugerah Kecemerlangan Siswa 2024/2025 (AKSIS’24/25) telah dilanjutkan kepada
4 Mei 2026 (Isnin) jam 5.00 petang
Sehubungan itu, semua pemohon hendaklah melengkapkan dan menghantar permohonan sebelum tarikh dan masa yang ditetapkan.
Sekian, terima kasih.
9 688
https://drive.google.com/file/d/1dyKj8I1qB3_1h9TNfbebwGteFwc5fr5U/view?usp=drivesdk
[RAKAMAN TAKLIMAT PERMOHONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA (AKSIS) 2024/2025 DAN PERKONGSIAN ATSN]
Disampaikan oleh:
Saudara Najmi Adli Mustaffa
> Tokoh Seni Warisan Siswa, Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), KPT
> Tokoh AKSIS 23/25
> Anugerah Kepimpinan Kebudayaan, AKSIS 23/24
Disediakan oleh:
Seksyen Kepimpinan
Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar
Pusat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
9 688
https://drive.google.com/file/d/1dyKj8I1qB3_1h9TNfbebwGteFwc5fr5U/view?usp=drivesdk
[RAKAMAN TAKLIMAT PERMOHONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA (AKSIS) 2024/2025]
9 688
[TAKLIMAT PERMOHONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA (AKSIS) 2024/2025]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dimaklumkan bahawa, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM telah membuka pencalonan Anugerah Kecemerlangan Siswa 2024/2025 (AKSIS’ 24/25). Penilaian meliputi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang Sesi Akademik 2024/2025 (1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025) sahaja.
Rentetan itu, pihak urus setia AKSIS 24/25 akan mengadakan satu taklimat bagi membantu serta berkongsi pengalaman dan tatacara bagi pencalonan AKSIS 2024/2025. Berikut merupakan butiran taklimat:
Tarikh: *24 April 2026 (Jumaat)*
Masa: *8.00 Malam hingga 10 Malam*
Platfom: *Google Meet* (https://meet.google.com/rid-zsub-pbn)
Panel: *Saudara Najmi Adli Mustaffa, Penerima Anugerah Tokoh Seni Warisan Siswa, Anugerah Tokoh Siswa Negara (ATSN), KPT*
Semoga taklimat ini dapat membantu calon-calon untuk mengisi, menyediakan dan merancang strategi sebaiknya.
Disediakan oleh:
_Seksyen Kepimpinan_
_Bahagian Pembangunan dan Kebajikan Pelajar_
_Pusat Hal Ehwal Pelajar_
_Universiti Sains Islam Malaysia_
9 688
BIG INDUSTRIES. BIG OFFERS.
Top GLCs and MNCs are bringing real opportunities across multiple industries at MYFutureJobs Premium Carnival 2026.
From manufacturing to finance, healthcare to services, this is where serious career moves happen.
Be seen. Be chosen. Get hired.
📍 Kuala Lumpur Convention Centre
📅 25–26 April 2026
⏰ 9.00 AM – 4.00 PM
FB - https://www.facebook.com/share/p/1bYdhooqdi/
IG - https://www.instagram.com/p/DXTTNkYicq2/?igsh=aHFrZG9rczYxbGgz
LINKEDIN - https://www.linkedin.com/posts/myfuturejobs-premiumcarnival2026-nowhiring-ugcPost-7451548880728514560-RMjO?utm_source=social_share_send&utm_medium=android_app&rcm=ACoAACR5xHsB1bsf1AO4vweTIMTdW7DpZDPRPI4&utm_campaign=copy_link
Register now:
https://myfuturejobs.gov.my/event/premium-carnival-2026-klcc/
#MYFutureJobs #PremiumCarnival2026 #NowHiring #CareerOpportunities #FYP
9 688
[HEBAHAN PENCALONAN ANUGERAH KECEMERLANGAN SISWA 2024/2025]
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Dimaklumkan bahawa, Pusat Hal Ehwal Pelajar (PHEP) USIM telah membuka pencalonan Anugerah Kecemerlangan Siswa 2024/2025 (AKSIS’ 24/25). Penilaian meliputi pencapaian dan program yang dianjurkan sepanjang Sesi Akademik 2024/2025 (1 Oktober 2024 hingga 30 September 2025) sahaja.
Sebanyak 1 anugerah sinergi (berkumpulan), 11 anugerah mengikut kategori individu dan 1 anugerah utama akan dipertandingankan mengikut ketetapan seperti berikut:
* Anugerah Utama: Tokoh AKSIS
* Anugerah Tokoh Kepimpinan Siswa
* Anugerah Tokoh Seni dan Warisan Siswa
* Anugerah Tokoh Usahawan Siswa
* Anugerah Tokoh Sukan dan Rekreasi Siswa
* Anugerah Tokoh Wira Bicara Siswa
* Anugerah Tokoh Daya Usaha Inovasi Siswa
* Anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa
* Anugerah Tokoh Komuniti Siswa
* Anugerah Tokoh Inklusif Siswa
* Anugerah Tokoh Perpaduan Siswa
* Anugerah Tokoh Kelestarian
* Anugerah Sinergi Kepimpinan Siswa (Berkumpulan)
Selain itu, sejumlah 2 penghargaan khas dibuka untuk pencalonan seperti butiran berikut:
* Penghargaan Khas (Individu)
* Penghargaan Khas (Pasukan)
Capaian bagi borang permohonan hendaklah diimbas melalui QR yang dilampirkan. Pemohon adalah bertanggungjawab untuk memastikan pengisian permohonan yang tepat bagi kategori yang dipohon. Borang pencalonan yang telah lengkap dan disahkan oleh Ketua PTJ/ Timbalan Dekan (HEPA)/ Pengetua Kolej Kediaman/ Penasihat Badan Pelajar hendaklah dihantar secara dalam talian selewat-lewatnya pada 27 April 2026 (Isnin) jam 5.00 petang.
Hebahan penuh AKSIS 2024/2025 (syarat/ maklumat dll) boleh klik pada pautan di bawah:
https://raudahusim-my.sharepoint.com/:f:/g/personal/ahmadsuhail_usim_edu_my/IgATADpU7eRQTLZDcKohdubvAeO8OK4__d4Q_ZhBUxqL6fA?e=mREZSK
Disediakan oleh :
Seksyen Kepimpinan
Bahagian Pembangunan & Kebajikan
Pusat Hal Ehwal Pelajar
Universiti Sains Islam Malaysia
متاح الآن! بحث تيليغرام 2025 — أهم رؤى العام 
