cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

PERKONGSIAN DR ZUBAIDI

Perkongsian pengalaman dan pengetahuan sepanjang lebih 25 tahun menjadi doktor Pengamal Perubatan Am.

إظهار المزيد
ماليزيا7 763لم يتم تحديد اللغةالطب1 452
مشاركات الإعلانات
14 484
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
+427 أيام
+13830 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

*SEMBELIT DI KALANGAN ORANG DEWASA TERUTAMANYA WARGA MAS* Sembelit adalah keadaan apabila seseorang itu sukar membuang air keras, melebihi tiga hari, dan terpaksa meneran dan najis selalunya keras. Sembelit berlaku sesekali, bergantung kepada apa yang kita makan dan berapa banyak kita makan. Antara punca sembelit adalah : 1. Kurang Pengambilan Serat (sayur dan buah) dalam makanan yang diambil. Jika masih mengalami sembelit, boleh tambahkan lagi sayur dan buah dengan lebih banyak. 2. Kurang Minum Air. Saya mencadangkan minum sekurang-kurangnya 2L sehari, kecuali doktor tidak membenarkan disebabkan penyakit-penyakit tertentu. Namun kebanyakan air ini keluar sebagai air kencing dan peluh. 3. Kurang Pergerakan Fizikal: Cuba banyak banyakkan berjalan sekurang-kurangnya 30 minit sehari kerana ia membantu merangsang pergerakan usus dan mengurangi risiko mengalami sembelit. 4. Menahan Buang Air Besar: Menunda keinginan untuk buang air besar juga mempengaruhi fungsi usus besar. 5. Penyakit Tertentu: Beberapa penyakit tertentu seperti Hirschsprung atau hypotyroidisme, boleh menyebabkan sembelit. 6. Ubat-ubatan sintetik: Penggunaan ubat tahan sakit jenis narkotik juga dapat memengaruhi pergerakan usus. 7. Kurangkan pengambilan produk tenusu, alkohol, dan minuman berkafein seperti teh, coklat, atau kopi, terutama bagi bagi mereka yang sensitif terhadap makanan dan minuman ini. Di klinik, selalunya doktor memberikan ubat sintetik: 1. Lactulose: Ubat ini membantu melancarkan pembuangan air besar dengan melembutkan najis. 2. Laxadine: Kombinasi phenolphthalein, paraffin liquidum, dan glycerin dalam Laxadine merangsang pergerakan usus besar. 3. Dulcolax: Ia mengandungi bisacodyl, yang merangsang pengecutan otot-otot usus besar untuk mengeluarkan najis. 4. Minyak Paraffin. Ia adalah minyak sentetik yang melicinkan najis bagi memudahkan pengeluarannya. Terdapat juga beberapa herba yang membantu mengatasi sembelit. 1. Teh Daun Senna. 2. Teh Daun Mint. 3. Teh Daun Chamomile 4. Halia. 5. Buah Prun: Ia mengandungi serat yang tinggi dan sorbitol. 6. Gum Arab: Ia mengandungi fiber dan menyerap air dalam usus besar, menyebabkan najis lebih lembut. 7. Minyak Kelapa Dara dan Minyak Zaitun. Ia melembutkan najis dan melancarkan pergerakannya dalam usus besar. 8. Probiotik seperti yogurt dapat meningkatkan keseimbangan microbiota dalam usus besar. Masalah sembelit harus diatasi segera. Pembuangan air besar harus berlaku sekurang-kurangnya 3 hari sekali tanpa kesukaran meneran. Jika dibiarkan lama, sembelit mungkin akan menyebabkan: 1. Buasir. Ketika meneran, saluran darah vena akan membengkak dan menyebabkan buasir. 2. Fistura in Anu: Sembelit yang berkepanjangan menyebabkan luka kecil pada lubang dubur, yang menyebabkan perdarahan dan rasa sakit. 3. Prolaps Rektum. Apabila otot sekeliling dubur semakin longgar akibat kerap meneran, ia boleh menyebabkan rektum (bahagian akhir usus besar) keluar dari tempatnya. 4. Kanser Colon dan Rectum. Sembelit yang lama di kalangan mereka yang gemar makan daging dan daging berproses, akan merangsangkan pembentukan sel-sel kanser. Kesimpulannya, sembelit adalah masalah yang kerap berlaku. Sembelit yang berpanjangan, harus dirawat dan digalakkan untuk membuat pemeriksaan terutama di kalangan mereka yang berumur 50 tahun ke atas. Semoga bermanfaat. Jika ingin bertanya lebih lanjut, boleh book appointment via zoom https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
إظهار الكل...
20 Minit Soal Jawab Kesihatan Bersama Dr Zubaidi Melalui Platform Zoom

Assalamulaikum tuan/puan. Pilih slot yang bersesuaian dengan anda. Yuran komitmen sebanyak RM30 dikenakan bagi 1 sesi 20 min melalui platform Zoom. Sila isikan questionaires ini untuk melancarkan sesi berkenaan kelak. Terima kasih.

👍 16 3
*APAKAH ITU HbA1c?* Kita selalu mendengar tentang ujian darah HbA1c untuk pesakit diabetis apabila mereka melakukan follow up di hospital. 1. HbA1c atau ‘glycated haemoglobin’ adalah ujian yang selalu dilakukan kepada diabetes, bersama pemeriksaan darah yang lain. 2. Ianya terbentuk apabila haemoglobin dalam sel darah merah bergabung dengan gula dalam darah lalu membentuk ‘glycated’. 3. Ia menujukkan purata bagi tahap gula dalam darah sepanjang 3 bulan. Ia juga digunakan untuk mendiagnosa pesakit diabetes. 4. Paras HbA1c yang tinggi bermakna paras kandungan gula dalam badan adalah tinggi sepanjang 3 bulan yang lepas. Ini akan menyebabkan komplikasi kronik kepada pesakit. 6. Bacaan HbA1c: ✅Normal: < 5.6% ✅Pre- diabetes: 5.6 hingga 6.2% ✅Diabetes: ≥ 6.3% 7. Penurunan HbA1c sebanyak 1% akan mengurangkan risiko komplikasi mikrovaskular sebanyak 25%, seperti masalah mata (retinopati), masalah saraf (neuropati) dan masalah buah pinggang (nefropati). 7. Penurunan 1% HbA1c pula mengurangkan 20% risiko penyakit selaput mata (katarak), 15% risiko penurunan kegagalan jantung dan 45% risiko pemotongan kaki (amputasi). 8. Tahap HbA1c berbeza dengan bacaan paras gula dalam darah kerana HbA1c membaca purata gula untuk tiga bulan yang lepas, sementara bacaan tahap gula (glukosa) dalam darah diambil untuk mengetahui tahap gula pada masa itu sahaja. 9. Pesakit yang tidak boleh menggunakan Hb1Ac untuk mendiagnosa diabetes: ✅Remaja kurang dari 18 tahun. ✅Pesakit menggunakan ubatan steroid dan ubat antipsikotik. ✅Pesakit yang mengambil zat besi (iron). ✅Pesakit yang mengalami kecederaan organ pancreas dan menjalani pembedahan pancreas. ✅Masalah genetik berkaitan dengan HbA1c. ✅Pesakit ginjal tahap 4 dan 5 dan yang mengambil suntikan “erythropoietin”. ✅Anaemia sebab kekurangan zat besi, vitamin B12 dan kekurangan ‘erythropoietin’. 10. Target HbA1c untuk pesakit diabetis. A. Hb1Ac antara 6.0 hingga 6.5% Untuk: ✅Pesakit yang baru didiagnosa ✅Lebih muda usia ✅Sihat tubuh badan (jangkaan umur yang panjang, tiada komplikasi jantung) ✅Risiko rendah hipoglisemia B. Hb1Ac antara 7.1% hingga 8.0% jika: ✅ Pesakit yang ada penyakit jantung koronari, kegagalan jantung, kegagalan buah pinggang. ✅ Jangkaan umur yang pendek ✅ Senang mengalami hipoglisemia. Rujukan: CPG Management of Type 2 Diabetes Mellitus (5th Edition), Ministry of Health Malaysia, 2016 Semoga bermanfaat. #HealthDrZubaidi www.drzubaidi.com
إظهار الكل...
👍 37 5
BETUL KE SAYA BEBAS KANSER? Biasanya, jika seseorang kekal dalam remisi (remission) lengkap selama lima tahun atau lebih, doktor mungkin akan mengatakan bahawa mereka telah sembuh atau bebas kanser. . Jika kurang dari itu, pesakit hanya dikatakan baru lepas rawatan yang lengkap tetapi bukan telah sembuh atau bebas kanser. . Remisi adalah istilah yang digunakan apabila tanda-tanda dan gejala kanser berkurangan atau hilang sepenuhnya. . Dalam remisi lengkap, semua tanda dan gejala kanser hilang, dan sel kanser tidak dapat dikesan melalui sebarang ujian. . Remisi boleh bertahan dari beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan rawatan mungkin atau mungkin tidak diteruskan semasa remisi, bergantung pada jenis kanser. . Jadi remisi tidak bermakna bebas atau sembuh kanser? . Tidak, remisi dan penyembuhan adalah dua istilah yang berbeza. . Remisi merujuk kepada pengurangan atau hilangnya tanda-tanda kanser, tetapi tidak semestinya bermakna kanser telah sembuh sepenuhnya. . Penyembuhan, sebaliknya, bermakna kanser telah dihilangkan sepenuhnya dan tidak dijangka akan kembali. . Doktor mungkin menganggap seseorang telah sembuh jika mereka kekal bebas dari kanser untuk tempoh masa yang panjang, seperti lima tahun atau lebih tanpa sebarang tanda-tanda kanser kembali. Semoga bermanfaat. #cancersurvivor #HealthDrZubaidi Jika ingin bertanya lebih lanjut, boleh book appointment via zoom https://needsvenue.onpay.my/order/form/20mindrz
إظهار الكل...
20 Minit Soal Jawab Kesihatan Bersama Dr Zubaidi Melalui Platform Zoom

Assalamulaikum tuan/puan. Pilih slot yang bersesuaian dengan anda. Yuran komitmen sebanyak RM30 dikenakan bagi 1 sesi 20 min melalui platform Zoom. Sila isikan questionaires ini untuk melancarkan sesi berkenaan kelak. Terima kasih.

👍 7 5
BETUL KE SAYA BEBAS KANSER? Biasanya, jika seseorang kekal dalam remisi (remission) lengkap selama lima tahun atau lebih, doktor mungkin akan mengatakan bahawa mereka telah sembuh atau bebas kanser. . Jika kurang dari itu, pesakit hanya dikatakan baru lepas rawatan yang lengkap tetapi bukan telah sembuh atau bebas kanser. . Remisi adalah istilah yang digunakan apabila tanda-tanda dan gejala kanser berkurangan atau hilang sepenuhnya. . Dalam remisi lengkap, semua tanda dan gejala kanser hilang, dan sel kanser tidak dapat dikesan melalui sebarang ujian. . Remisi boleh bertahan dari beberapa minggu hingga beberapa tahun, dan rawatan mungkin atau mungkin tidak diteruskan semasa remisi, bergantung pada jenis kanser. . Jadi remisi tidak bermakna bebas atau sembuh kanser? . Tidak, remisi dan penyembuhan adalah dua istilah yang berbeza. . Remisi merujuk kepada pengurangan atau hilangnya tanda-tanda kanser, tetapi tidak semestinya bermakna kanser telah sembuh sepenuhnya. . Penyembuhan, sebaliknya, bermakna kanser telah dihilangkan sepenuhnya dan tidak dijangka akan kembali. . Doktor mungkin menganggap seseorang telah sembuh jika mereka kekal bebas dari kanser untuk tempoh masa yang panjang, seperti lima tahun atau lebih tanpa sebarang tanda-tanda kanser kembali. Semoga bermanfaat. #cancersurvivor #HealthDrZubaidi
إظهار الكل...
Photo unavailableShow in Telegram
👍 12
*KERACUNAN MAKANAN MENYEBABKAN KEMATIAN AKIBAT PENCEMARAN TELUR* Keracunan makanan dari telur boleh berlaku apabila seseorang mengambil telur yang tercemar dengan bakteria seperti Salmonella. . Ini biasanya berlaku apabila memakan telur mentah atau separa masak yang mengandungi bakteria ini. . Ia berlaku apabila seseorang tidak membasuh telur tersebut, atau telur itu telah retak (kuman telah memasuki bahagian dalam telur tersebut). . Untuk mengurangkan risiko keracunan makanan seperti ini: 1.elakkan makan telur dengan kulit yang retak 2.basuh telur sebelum memasaknya. Gejala keracunan makanan dari telur boleh termasuk loya, muntah, cirit-birit, demam, sakit perut, dan kelesuan. . Jika anda mengalami gejala ini selepas makan telur, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan segera. . Jangan berlengah kerana ia boleh membawa maut. Semoga menjadi pengajaran.
إظهار الكل...
17👍 15
GOUT SERING BERULANG. _Assalamualaikum Dr Zubaidi. Bapa saya berusia 56 tahun. Beliau ada masalah diabetis dan gout. . Beliau sering kena gout. Tahun ini sahaja sudah beberapa kali. Setiap kali ke klinik, doktor berikan suntikan dan pil. . Dia akan lega sekejap, kemudian beberapa minggu dia kena gout semula. . Kenapa bapa saya kena gout dengan kerap? Terima kasih Dr Zubaidi._ Walaikumusalam. Gout adalah jenis keradangan sendi (arthritis) yang disebabkan oleh pengumpulan kristal asid urik di sendi, yang menyebabkan kesakitan yang teruk. . Berikut adalah beberapa faktor yang boleh menyebabkan gout berulang: . ✅ *Tahap Asid Urik Tinggi*: Jika badan menghasilkan terlalu banyak asid urik atau buah pinggang tidak dapat mengeluarkannya dengan cekap, tahap asid urik dalam darah boleh meningkat, dan pesakit mudah mendapat gout. Pastikan tahap asid urik menjadi normal. . ✅ *Pemakanan*: Pengambilan makanan yang tinggi purin seperti daging merah, organ dalaman makanan laut tertentu, dan minuman beralkohol atau tinggi gula boleh meningkatkan risiko serangan gout. . ✅ *Faktor Genetik*: Sejarah keluarga dengan gout boleh meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami serangan berulang yang kerap. . ✅ *Tahap Kesihatan*: Tahap kesihatan seperti obesiti, tekanan darah tinggi, diabetes, dan penyakit buah pinggang kronik juga boleh menyebabkan serangan gout yang berulang. Untuk mengurangkan risiko serangan gout berulang, adalah penting untuk menguruskan tahap asid urik dengan diet yang sesuai, pengurusan berat badan, dan ubat-ubatan dan suplemen yang mungkin disyorkan oleh doktor. . Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut atau memerlukan maklumat tambahan, sila beritahu saya. Saya sedia membantu! . Jika ingin mengikuti kelas gout dan mendapat e-book HIDUP BEBAS GOUT https://needsvenue.onpay.my/order/form/gout
إظهار الكل...
KELAB BEBAS GOUT DR ZUBAIDI

Pendaftaran Kelab Bebas Gout Dr Zubaidi diadakan secara online dan terbuka kepada peserta di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

👍 12 2
*MINYAK ZAITUN BAU TENGIK DAN RASA PAHIT ADALAH MINYAK ZAITUN LAMPANTE?* Nanti dulu. Biar saya betulkan fakta. Jangan mudah terpedaya dengan perkataan boombastik. . Jadi kita kena tahu dulu, apa itu minyak zaitun LAMPANTE. . Minyak zaitun LAMPANTE adalah istilah yang digunakan untuk menggambarkan kualiti minyak zaitun yang dianggap tidak dapat dimakan atau tidak layak untuk dikonsumsi manusia dalam keadaan mentah kerana kualitinya yang buruk dan rasanya yang kuat serta tidak enak. . Biasanya, minyak zaitun lampante perlu diolah lebih lanjut (diproses dulu) sebelum digunakan. . Jadi boleh jadi juga minyak zaitun yang telah diproses yang ada di pasaran akan berasa lebih sedap dan dijual lebih murah. . Jika anda mencari minyak zaitun, anda boleh memilih *extra virgin olive oil* yang memiliki kualiti yang terbaik. . Tetapi kenapa minyak zaitun Extra Virgin yang asli rasanya pahit? . Minyak zaitun Extra Virgin memiliki ciri khas iaitu cita rasa yang pahit dan sedikit pedas. . Rasa pahit ini menunjukkan tingginya kandungan *OLEUROPEIN* dan *OLEOCHANTAL* dalam minyak zaitun tersebut. . Oleuropein berfungsi menurunkan tekanan darah dalam tubuh. Semakin pahit rasanya, semakin baik pula kualiti dari jenis minyak zaitun tersebut dan menunjukkan ia tidak bertalis. . Jadi, meskipun rasanya pahit, minyak zaitun Extra Virgin memiliki manfaat kesihatan yang tinggi. . Dibimbangi minyak zaitun yang berwarna lebih cerah dan tiada rasa pahit telah mengalami proses pemprosesan (penapisan menggunakan bahan kimia) yang menghilangkan kandungan antioksida di dalamnya. . Minyak zaitun seperti ini banyak dijual terdapat di rak pasaraya, dan hanya sesuai untuk menggoreng dan faedah kesihatan terlalu rendah. . Terdapat juga isu minyak zaitun yang dicampurkan dengan minyak sayur yang lain. . Jadi kenali minyak zaitun anda, cari syarikat pengedar yang dipercayai dan mendapat pengiktirafan Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai produk organik dan authentik (asli). . Saya percaya kepada minyak zaitun edaran OLIVE HOUSE. . Dr Zubaidi Hj Ahmad 30 Mei 2024. Boleh dapatkan minyak zaitun OLIVIE 30 PLUS di https://www.needsvenue.com.my/products/olivie-plus30-extra-virgin-olive-oil
إظهار الكل...
[READY STOCK] OLIVIE PLUS30 OLIVE HOUSE - EXTRA VIRGIN OLIVE OIL + FOC 1 MADU KYRGYZTAN 50G | *exp 10/2025

Suggested Servings Take 1-2 tablespoons to be taken before meal in the morning and at night. Cannot stand with the taste of olive oil? We suggest you to take with half tablespoon of Olive House Kyrgyz

👍 12 3
BAHAYA KERAP BERIKAN ANTIBIOTIK PADA ANAK. Anak selalu demam, batuk dan selsema? Selalu berikan antibiotik pada anak? Baru sebulan anak 2 kali demam dan ambil antibiotik lagi? . Pemberian antibiotik yang kerap kepada anak-anak boleh membawa beberapa kesan sampingan dan risiko jangka panjang. . Berikut adalah beberapa kesan yang mungkin berlaku: . 1. Kesan sampingan antibiotik: Anak-anak boleh mengalami kesan sampingan seperti cirit-birit, reaksi alahan dan kesan kerintangan antibiotik . 2. Masalah Fungsi Sistem Imuniti: Penggunaan antibiotik yang berlebihan boleh menyebabkan masalah dengan fungsi sistem imuniti tubuh, termasuk penyakit radang usus, penyakit celiac, diabetes, dan asma pada anak-anak. . 3. Kerintangan Antibiotik: Salah satu risiko yang paling serius adalah kerintangan antibiotik, di mana bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik, menjadikan jangkitan lebih sukar untuk dirawat. . 4. Pertumbuhan Strain Bakteria Baru: Penggunaan antibiotik yang tidak tepat boleh memicu pertumbuhan strain atau jenis bakteria baru yang kebal terhadap antibiotik. . Jadi penting untuk menggunakan antibiotik dengan bijak dan hanya apabila diperlukan, serta mengikut arahan doktor. . Beritahu doktor jika baru menghabiskan rawatan dengan antibiotik. Atau bertanya keperluan memberikan antibiotik semula. #HealthDrZubaidi #immunity #antibiotic #infoanaksihatdrzubaidi . Boleh dapatkan Multivitamin IMMUNEEDZ dan Minyak Ikan. https://www.needsvenue.com.my/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg
إظهار الكل...
[NEW STOCK!] SET ANAK SIHAT - 1 UNIT IMMUNEEDZ VIT C + 1 UNIT FISH OIL 500mg !! SAVE RM8 !!

STOK ADALAH TERHAD!! ✅ Ianya sesuai untuk meningkatkan tahap imunisasi kanak-kanak dan remaja. ✅ Baik untuk perkembangan otak dan mata kanak -kanak ✅ Meningkatkan sistem daya tahan badan CARA PENGAMB

👍 7 4
Alhamdulillah. Semalam minum di Chameq Taman U. Minum dan makan late brunch bersama anak. . Masa makan terdengar pelanggan berdekatan mengadu, anak kecil dia batuk dan demam. Sudah dibawa ke hospital dan ditahan selama 5 hari. . Saya rasa semakin ramai anak-anak bawah 5 tahun yang mengalami masalah pernafasan. Mungkin faktor pemakanan dan cuaca. . Sebagai ibubapa, memang risau jika ada anak (terutama bawah 5 tahun) yang demam, dan batuk. Tengah-tengah malam batuk dan menangis. . Esoknya bawa ke klinik tapi tak banyak perubahan. Perlu pemantauan yang lebih teliti di hospital. . Sebab itu emak ayah kena ambil langkah proaktif. Terutama yang masih batuk dan selsema yang ringan. Jangan sampai batuk dan selsema yang teruk. . Boleh ambil minyak ikan dan multivitamin IMMUNEEDZ. #immunity #immunebooster #HealthDrZubaidi Boleh dapatkan SET ANAK SIHAT dengan wassap saya. https://www.needsvenue.com.my/products/-set-anak-sihat-1-unit-immuneedz-vit-c-1-unit-fish-oil-500mg
إظهار الكل...
[NEW STOCK!] SET ANAK SIHAT - 1 UNIT IMMUNEEDZ VIT C + 1 UNIT FISH OIL 500mg !! SAVE RM8 !!

STOK ADALAH TERHAD!! ✅ Ianya sesuai untuk meningkatkan tahap imunisasi kanak-kanak dan remaja. ✅ Baik untuk perkembangan otak dan mata kanak -kanak ✅ Meningkatkan sistem daya tahan badan CARA PENGAMB

👍 6 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.