ar
Feedback
Refleksi Nadia

Refleksi Nadia

الذهاب إلى القناة على Telegram

Perbaiki Kehidupan dengan al-Quran. ♥️

إظهار المزيد
5 650
المشتركون
-124 ساعات
+17 أيام
+2830 أيام
أرشيف المشاركات
Kita berselawat bukan kerana Nabi Muhammad SAW memerlukan sesuatu daripada kita. Sebaliknya, selawat ialah cara yang Allah SWT ajarkan kepada kita untuk membalas jasa Baginda SAW yang tidak mungkin mampu kita balas. Setiap hari Jumaat, antara amalan yang sangat digalakkan ialah berselawat. Banyak hadis yang menerangkan kelebihan selawat pada hari ini. Antaranya, selawat kita akan disampaikan oleh para malaikat kepada Baginda SAW. (Riwayat Abu Daud) Persoalannya, kenapa kita berselawat? Menurut Imam al-Halimi, kita berselawat kepada Nabi Muhammad SAW kerana menurut perintah Allah SWT dan untuk menunaikan hak Baginda SAW. Allah SWT sendiri berselawat ke atas Baginda SAW, diikuti oleh para malaikat dan kita turut diperintahkan untuk berselawat. Manakala menurut Imam Ibn ‘Abd al-Salam, selawat kita ke atas Baginda SAW tidak akan sesekali menjadi syafaat buat Baginda SAW. Manusia seperti kita tidak akan mampu memberikan bantuan kepada Baginda SAW. Namun dalam masa yang sama, Allah SWT memerintahkan kita untuk membalas kebaikan orang yang telah berbuat baik kepada kita. Sekiranya kita tidak mampu membalasnya dengan perbuatan, kita dituntut untuk membalasnya dengan doa. Maka tatkala Allah SWT mengetahui bahawa kita tidak akan sesekali mampu membalas jasa dan kebaikan Nabi Muhammad SAW, Dia mengajarkan kita agar membalasnya dengan berselawat. Kita memohon kepada Allah SWT agar Dia memberikan balasan yang sebaik-baiknya kepada Baginda SAW. Selawat menjadi cara untuk kita membalas segala kebaikan yang telah Baginda SAW lakukan kepada kita. Tidak ada kebaikan lain yang lebih besar daripada kebaikan yang telah dilakukan oleh Baginda SAW. Dengan sebab Baginda SAW, kita mengenal Allah SWT. Kita mengenal jalan iman dan keselamatan daripada neraka. Bahkan kebaikan selawat kembali kepada kita semula. Tatkala kita berselawat kepada Baginda SAW, Allah SWT akan berselawat kepada kita sepuluh kali. (Riwayat Muslim) Selawat juga menjadi sebab datangnya keampunan, keberkatan hidup dan ketenangan jiwa. Maka pada hari Jumaat yang mulia ini, marilah kita memperbanyakkan selawat kepada Baginda SAW. Semoga kita mendapat syafaat Baginda SAW pada hari akhirat. Amin. Sumber: al-Qawl al-Badi‘, al-Sakhawi, hlm. 83. اللهم صل على محمد وعلى آله وصحبه وسلم Fakhri Fadzli

Salam kawan-kawan. Selain baca Surah al-Kahfi, kita juga digalakkan untuk banyakkan selawat hari ini. Tapi, ada tak yang masih mencari sebab untuk berselawat? Saya kongsikan penulisan Ustaz Fakhri Fadzli di sini. Semoga, kita menjadi orang yang pandai bersyukur dan berterima kasih 🥹

Salam kawan-kawan. Siapa tengah mengaji Surah al-Nisa sekarang? Walaupun dah ulang mengaji surah yang sama, baru sekarang say
Salam kawan-kawan. Siapa tengah mengaji Surah al-Nisa sekarang? Walaupun dah ulang mengaji surah yang sama, baru sekarang saya perasan tentang ini. Alahai 😰 Tapi begitulah al-Quran, sentiasa ada موعظة, nasihat pengajaran untuk kita. Apabila ada ayat yang kita baca memberi kesan pada hati, mungkin itulah ayat yang sangat kita perlukan ketika itu. Sungguh syaitan tak berhenti-henti attack kita dengan pelbagai cara. Maka, hanya kepada Allah SWT kita mohon perlindungan. Dan carilah ilmu supaya kita sedar tentang tipu dayanya.

Inilah ayat-ayat yang menyentapkan jiwa tu 😫
Inilah ayat-ayat yang menyentapkan jiwa tu 😫

Kawan-kawan dah tadabbur sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran hari ni? Saya pagi-pagi dah sentap ni. Huhuhu. Ya, kita tak te
Kawan-kawan dah tadabbur sekurang-kurangnya satu ayat al-Quran hari ni? Saya pagi-pagi dah sentap ni. Huhuhu. Ya, kita tak terfikir nak jadi orang kafir yang menentang Allah SWT terang-terangan. Tapi kita pun tak boleh rasa selamat sangat dengan iman sendiri. Sama-sama tepuk dada, tanya iman sendiri. 😔 Kita ada tak ciri-ciri orang munafik macam yang disebut dalam Surah an-Nisa' : Ayat 60-63? Bukan tak tahu. Bukan tak ada ilmu. Semua boleh dapat dengan mudah sekarang. Tak cukup dengan kelas-kelas fizikal, kelas-kelas online pun banyak. Tapi, masih degil tak mahu taat pada Allah SWT dan rasul? Ya Allah, bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri-Mu dan memperbaiki amal ibadah kami. Janganlah Engkau palingkan hati kami setelah Engkau beri taufik hidayah.

Jom rebut peluang. Doa banyak-banyak! ☺️
Jom rebut peluang. Doa banyak-banyak! ☺️

Buku yang saya sangat recommend untuk tadabbur setiap ayat Surah al-Kahfi. Kajian dan penulisan Ustaz Fazrul Ismail. Semoga m
Buku yang saya sangat recommend untuk tadabbur setiap ayat Surah al-Kahfi. Kajian dan penulisan Ustaz Fazrul Ismail. Semoga membantu ya ☺️ https://s.shopee.com.my/3qKUE7ynGI

Ibu-ibu, jom baca al-Kahfi. Ajak anak-anak sekali. Selesai baca, bagi anak baca tadabbur tentang 1 ayat. Tak perlu banyak aya
Ibu-ibu, jom baca al-Kahfi. Ajak anak-anak sekali. Selesai baca, bagi anak baca tadabbur tentang 1 ayat. Tak perlu banyak ayat sebab kita nak bagi anak rasa mudah buat, insya-Allah. Lepas tu bincang sama-sama tentang ayat tersebut. Anak-anak boleh share sekali apa point yang mereka dapat daripada ayat yang telah ditadabbur. Siap sedialah dengan soalan-soalan yang jujur dan tulus daripada anak-anak yang suci murni hatinya. Kadang-kadang boleh bikin mindblown! Kita pun belajar sekali. 🥹 Tak perlu lama. Dapat 15-30 minit per sesi pun dah okay sangat. Tapi kalau anak banyak tanya, lama sikit lah. It's okay, itu tanda anak bersedia untuk belajar. 😄 Saya share buku tadabbur yang saya guna di bawah. Apa-apa boleh tanya saja, Insya-Allah. P/S : Bagi yang single, boleh ajak kawan tadabbur sama-sama ya ☺️

Tahun ni saya tak pergi PBAKL. Tengah sibuk mengerjakan banyak hal. Tapi tahun lepas saya pergi mengutip kata-kata hikmah asa
Tahun ni saya tak pergi PBAKL. Tengah sibuk mengerjakan banyak hal. Tapi tahun lepas saya pergi mengutip kata-kata hikmah asatizah yang mengajar tadabbur Quran. Itu pun ada lagi yang tak sempat jumpa sebab saya dah pening dengan lautan manusia. 😅 Saya bersyukur di sebalik semua perkongsian nota tadabbur selama ini, mereka yang ahli tak lokek berkongsi buah fikiran, bimbingan dan nasihat walaupun saya tanya melalui DM sahaja. Saya naik ETS dari Perak, tak dapat bawa semua buku. Jadi, bawa buku nota kosong nipis begini saja. Bila down, baca pesan-pesan mereka untuk bangkit semula. Selalunya akan mengingatkan saya untuk patah balik semula kepada mentadabbur Quran. Terima kasih banyak pada Ustaz Fakhri tulis besar-besar macam ni. Senang nak baca! Siapa yang tadabbur Quran mesti boleh relate dengan pesan macam ni kan? 🥹

Ini recording kelas tempohari. Ada 3 parts ya. Selamat mentadabbur dan beramal ☺️ https://youtube.com/playlist?list=PLtUZgbZ-j84HxDXhXiPRYrrb2Vz-2HF9u&si=oEV02hxdenk46SDE

Ada yang tanya, "Bagaimana nak cinta Al-Quran macam kita gelisah tak pegang fon?" Jawapan : Tadabbur Quran. Bila kita mendalami apa yang dibaca, kita dapat rasa sendiri al-Quran bermakna untuk kita. Saya dulu pun tak faham macam mana orang boleh kata cinta al-Quran dan konsisten mengaji tiap hari. Bila mula tadabbur baru faham perasaan setiap hari mesti nak bersama al-Quran. Gembira, baca al-Quran. Sedih, baca al-Quran. Sakit hati, baca al-Quran. Marah, baca al-Quran sebab dalam al-Quran ada banyak kisah yang boleh reflect kepada diri kita. Cubalah! ☺️

Kawan-kawan, hari ni kita all out zikir dan doa ok ❤️ Hari ini hari yang istimewa. Hari yang terbaik untuk memohon sebanyak-b
+1
Kawan-kawan, hari ni kita all out zikir dan doa ok ❤️ Hari ini hari yang istimewa. Hari yang terbaik untuk memohon sebanyak-banyak doa. Hari yang digalakkan untuk memperbanyak zikir dan memohon keampunan Allah SWT. Kita rebut peluang hari ini untuk dunia dan akhirat kerana kehidupan tidak terhenti di dunia sahaja. Hembusan nafas yang terakhir bukan bermakna selesai semuanya. Namun, kita tetap meneruskan kehidupan di alam yang seterusnya. Alam yang tiada lagi kematian. Moga kita dijauhkan daripada api neraka dan Allah SWT memilih kita untuk meneruskan hidup di syurga-Nya yang tiada lagi kegelisahan dan kesedihan di sana.

photo content

https://chat.whatsapp.com/KGWZ5VRO0Lr0CCVMoAkLtM Salam kawan-kawan. Jika berkelapangan, jom ikuti Kelas Refleksi Surah al-Fatihah bersama Ustaz Imran Zaki (Zikra) secara PERCUMA. Boleh join group Whatsapp ini ya. Kelas 9am-12pm.

Kalau baca Surah al-Kahfi dah jadi rutin setiap Hari Jumaat, apa kata sekarang kita upgrade next level. ⟶ Tadabbur setiap aya
Kalau baca Surah al-Kahfi dah jadi rutin setiap Hari Jumaat, apa kata sekarang kita upgrade next level. ⟶ Tadabbur setiap ayat. Tapi Surah al-Kahfi ada 110 ayat. Banyak tu. Sempat ke nak tadabbur semua dalam sehari? Jangan bebankan diri. Mula dengan cara paling mudah dulu. ⟶ Tadabbur 1-2 ayat sahaja setiap Jumaat. Tadabbur al-Quran bukan pertandingan siapa cepat habiskan tadabbur setiap surah. Tapi tujuan tadabbur ialah memahami dan mengamalkan ayat-ayat al-Quran dalam kehidupan sehingga setiap tindakan kita di dunia mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Allah SWT, bukan mengikut nafsu kita. Moga kita mendapat keputusan ujian yang lulus with flying colors di akhirat nanti. Ya Rabb, bimbinglah kami agar kami tidak tersesat dan Engkau sentiasa reda kepada kami.

Dah selesai baca al-Kahfi? ✨
Anonymous voting

Dah selesai baca al-Kahfi? ✨
Anonymous voting

Selamat membaca, merenungi dan muhasabah diri dengan Surah al-Kahfi, kawan-kawan! ☺️❤️
Selamat membaca, merenungi dan muhasabah diri dengan Surah al-Kahfi, kawan-kawan! ☺️❤️

Insya-Allah kita sama-sama ❤️❤️
Insya-Allah kita sama-sama ❤️❤️

Serius. Allah SWT sentiasa ada cara untuk mengingatkan, menegur dan memujuk melalui ayat-ayat al-Quran. Baru baca terjemahan. Belum lagi baca tafsir ayat, dah menusuk ke hati.😩 'Nadia, kau ingat macam tu je masuk syurga tanpa diuji dulu?' 'Relax lah, bukan kau sorang je diuji. Sejak dulu lagi semua orang tak lepas dari ujian.' 'Pertolongan Allah SWT tu dekat ikut waktu yang Dia tetapkan, Nadia. Bukan ikut waktu kau." Begitulah selalunya self talk bila tadabbur Quran. Lepas tu Alhamdulillah release emosi perlahan-lahan. 🫠 Kalau ada yang tengah sakit ditimpa apa-apa ujian, semoga Surah al-Baqarah : Ayat 214 ini memberi kekuatan jiwa. Setiap ujian atau nikmat ada had tempohnya. Tiada orang yang selamanya bahagia. Dan tiada orang yang selamanya menderita. Bahagia dan derita sentiasa bergilir-gilir sampai hujung nyawa kita. Sekuat apa pun ujian yang datang, tetap semangat untuk bangkit semula okay?🫰🏼