cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

📚🅂🄿🄼 📚

#belajarbiarsantai #notadeliver #motivation #janganstressstress😂 #kitajagakita

إظهار المزيد
اندونيسيا133 262لم يتم تحديد اللغةالفئة غير محددة
مشاركات الإعلانات
134
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
لا توجد بيانات7 أيام
لا توجد بيانات30 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

PERKONGISAN YANG PASTI MENJADI TULAR ANALISIS KESALAHAN EJAAN YANG PERNAH DIUJI DALAM SPM (2007-2018) Kesalahan ejaan yang ulang soal dalam analisis perkataan di bawah menunjukkan bahawa ada kemungkinannya kesalahan ejaan yang pernah diuji dalam SPM yang lalu akan diuji lagi pada tahun yang akan datang. Hal ini dikatakan demikian kerana kesalahan inilah yang lazimnya dilakukan oleh calon peperiksaan. SENARAI KESALAHAN EJAAN DALAM SPM 2007-2018 ❁ SPM 2️⃣0️⃣0️⃣7️⃣ (i) mendokong - mendukung (ii) di pantau - dipantau (iii) prodaknya - produknya ❁ SPM 2️⃣0️⃣0️⃣8️⃣ (i) menyintai - mencintai (ii) perihatin - prihatin (iii) mengembleng - menggembleng ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣0️⃣9️⃣ (i) sinario - senario (ii) dicampuradukan - dicampuradukkan (iii) pro-aktif - proaktif ❁ SPM 2️⃣0️⃣0️⃣9️⃣ (i) kafetaria - kafeteria (ii) losyen - losen (iii) eletronik - elektronik ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣0️⃣ (i) songkit - songket (ii) otomatik - automatik (iii) tulin - tulen ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣0️⃣ (i) gemuroh - gemuruh (ii) ekspidisi - ekspedisi ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣1️⃣ (i) Febuari - Februari (ii) sesaorang - seseorang (iii) deligasi - delegasi ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣1️⃣ (i) ibubapa - ibu bapa (ii) wira wati - wirawati (iii) akedemik - akademik ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣2️⃣ (i) melipat gandakan - melipatgandakan (ii) petrolium - petroleum (iii) neokolonialisma - neokolonialisme ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣2️⃣ (i) intrepretasi - interpretasi (ii) dibandar-bandar - di bandar-bandar (iii) multi etnik - multietnik ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣3️⃣ (i) rekacipta - reka cipta (ii) pesonaliti - personaliti (iii) eko-sistem - ekosistem ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣3️⃣ (i) insfrastruktur - infrastruktur (ii) jawatan kuasa – jawatankuasa (iii) rekriasi - rekreasi ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣5️⃣ (i) efisyen - efisien (ii) mahsyur - masyhur (iii) sainstifik - saintifik ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣4️⃣ (i) dailog - dialog (ii) berbillion - berbilion (iii) ekspress - ekspress ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣5️⃣ (i) domistik - domestik (ii) pasaraya – pasar raya (iii) memberansangkan - memberangsangkan ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣5️⃣ (i) berkahsiat - berkhasiat (ii) tranformasi - transformasi (iii) erobik - aerobik ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣6️⃣ (i) membenteras - membanteras (ii) pasokan - pasukan (iii) menguat kuasakan - menguatkuasakan ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣6️⃣ (i) tanjong - tanjung (ii) minerel - mineral (iii) spesis - spesies ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣7️⃣ (i) diklamasi - deklamasi (ii) was-was - waswas (iii) sinareo - senario ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣7️⃣ (i) gelongsuran - gelongsoran (ii) tiusyen - tuisyen (iii) berdidikasi - berdedikasi ❁ SPM (U) 2️⃣0️⃣1️⃣8️⃣ (i) suratkhabar – surat khabar (ii) reket - raket (iii) warong - warung ❁ SPM 2️⃣0️⃣1️⃣8️⃣ (i) sainstifik - saintifik (ii) komersil - komersial (iii) diujudkan - diwujudkan @Tatabahasa_Melayu
إظهار الكل...
Kata majmuk merujuk kepada gabungan dua atau lebih kata dasar yang membawa makna tertentu. Kata majmuk mempunyai dua jenis, iaitu kata majmuk yang sudah mantap (dieja rapat) dan kata majmuk yang belum mantap (dieja jarak). Namun, kata majmuk yang sudah mantap dalam bahasa Melayu mempunyai 15 jenis sahaja, iaitu: 1. Antarabangsa 2. Bumiputera 3. Jawatankuasa 4. Kakitangan 5. Kerjasama 6. Warganegara 7. Olahraga 8. Pesuruhjaya 9. Setiausaha 10. Sukarela 11. Suruhanjaya 12. Tandatangan 13. Tanggungjawab 14. Matahari 15. Beritahu Contoh kata majmuk yang belum mantap adalah seperti berikut: 1. Gambar rajah 2. Carta pai 3. Temu bual 4. Campur aduk 5. Pindah milik 6. Tukar ganti 7. Alat tulis 8. Buah hati 9. Tangan panjang 10. Kertas kerja Semoga bermanfaat. - Sir Faizul
إظهار الكل...
Nota untuk memperbaiki tatabahasa dalam penulisan karangan #bahasamelayu
إظهار الكل...
KESALAHAN TATABAHASA YANG SERING KALI DI PANDANG REMEH DALAM PENULISAN KARANGAN🐝✨ 1. selain daripada itu,❌ selain itu,✅ lain daripada itu,✅ 2. antara langkah-langkahnya ialah❌ antara langkahnya termasuklah✅ langkah-langkahnya ialah✅ 3. di kalangan murid❌ dalam kalangan murid✅ 4. dalam kalangan murid-murid❌ dalam kalangan murid✅ 5. pelbagai multibakat❌ pelbagai bakat✅ multibakat✅ 6. dengan laju❌ dengan lajunya✅ 7. bagi untuk meningkatkan kemudahan❌ bagi meningkatkan kemudahan✅ untuk meningkatkan kemudahan✅ 8. lantaran kerana terseliuh kakinya❌ lantaran terseliuh kakinya✅ kerana terseliuh kakinya✅ 9. sila jemput makan hidangan ini❌ sila makan hidangan ini✅ jemput makan hidangan ini✅ 10. Tolong jangan merokok di kawasan ini❌ jangan merokok di kawasan ini✅ harap jangan merokok di kawasan ini✅ 11. Usah jangan mengenangkan peristiwa itu❌ usah mengenangkan peristiwa itu✅ jangan mengenangkan peristiwa itu✅ 12. Sila jangan berlari di sini❌ jangan berlari di sini✅ harap jangan berlari di sini✅ 13. menyuarakan tentang pendapat❌ menyuarakan pendapat✅ 14. dilarang membuat bising❌ dilarang berbuat bising✅ 15. ada dengan ibu❌ ada pada ibu✅
إظهار الكل...
mp4.mp40.16 KB
Semoga ujian akan datang kamu semua dapat lulus dan cemerlang
إظهار الكل...
Selamat maju jaya
إظهار الكل...
sticker.webp0.16 KB
Sekolah is coming
إظهار الكل...