cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

MFAZ (Fawaid Ilmu)

Laman yang menghimpunkan faedah-faedah ilmu Al-Fadil Ustaz Muhammad Fashan Ahmad Ziadi-حفظه الله- Dikendalikan oleh Ustaz sendiri dan beberapa orang admin dalam kalangan ahli keluarganya. نسأل الله يجعلها خالصًا لوجه الله الكريم

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
2 075
المشتركون
+224 ساعات
+277 أيام
+21030 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
Fawaid Tadabbur Al-Quran: Seluruh keajaiban yang dikisahkan Allah dalam Al-Quran dan Al-Sunnah seperti penciptaan langit dan bumi, kisah-kisah mukjizat para Nabi dan Rasul, kisah keajaiban Ashabul Kahfi, fitnah Samiri, Dajjal dan seumpamanya walaupun ramai manusia merasa kagum, takjub atau hairan terhadapnya namun jika dinisbahkan seluruh keajaiban itu bagi Allah ia bukanlah sesuatu yang ajaib kerana kudrat dan kekuasaan Allah menciptakan seluruh alam semesta itu lebih besar dan lebih agung jika hendak dibandingkan dengan keajaiban yang melibatkan makhluk-makhluknya yang kecil. Dalilnya: لَخَلۡقُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِ أَكۡبَرُ مِنۡ خَلۡقِ ٱلنَّاسِ وَلَـٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا یَعۡلَمُونَ﴿ ٥٧ ﴾ Demi sesungguhnya, menciptakan langit dan bumi (dari tiada kepada ada) lebih besar (dan lebih menakjubkan) daripada menciptakan manusia dan menghidupkannya semula (sesudah matinya); akan tetapi kebanyakan manusia (yang mengingkari hari kiamat) tidak mengetahui. Ghafir: 57 Rujuk faedah ini dalam Adhwa' Al-Bayan fi Idhah Al-Quran bil Quran, jilid 4 hal 25, Dar 'Alam Al-Fawaid. MFAZ.
إظهار الكل...
5
FAEDAH TADABBUR: HADIS NABI ﷺ PASTI SEIRING DENGAN AL-QURAN Ketika seorang hamba Allah sedang membaca al-Quran lalu sampai pada ayat: إِذۡ قَالَ لَهُۥ رَبُّهُۥۤ أَسۡلِمۡۖ قَالَ أَسۡلَمۡتُ لِرَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِینَ (Ingatlah) ketika Tuhannya berfirman kepadanya: " Islamlah (berserah dirilah kepadaKu wahai Ibrahim!" Ibrahim menjawab: " Aku serahkan diri kepada Tuhan Yang memelihara dan mentadbir seluruh alam". [ Al-Baqarah: 131 ] Lalu anaknya yang baru berusia enam tahun mendengar ayat tersebut dan berkata: أَسْلِمْ تَسْلَمْ " Masuklah kamu dalam Islam (serahlah diri kepada Allah) nsecaya kamu akan selamat". Anaknya merujuk kepada lafaz hadis Surat Nabi Muhammad ﷺ yang diutuskan kepada pemerintah Rom dalam Sahih al-Bukhari hadis no:7. Demikianlah pemahaman yang Allah berikan kepada sesiapa hamba-hambaNya yang Dia kehendaki. Wallahualam. MFAZ.
إظهار الكل...
👍 3🤔 1
Photo unavailableShow in Telegram
1
BARISAN AHLI SYURGA Daripada Buraidah bin Al-Hasib al-Aslami r.a, Rasulullah ﷺ bersabda: أَهْلُ الجنَّةِ عِشرونَ ومائةُ صفٍّ، ثمانونَ من هذِهِ الأمَّةِ، وأربَعونَ من سائرِ الأممِ Ahli Syurga itu barisannya ada seratus dua puluh barisan, lapan puluh barisan dalam kalangan umat ini, dan empat puluh barisannya dalam kalangan umat-umat yang lain [ HR Al-Tirmidzi no:2546, Ibnu Majah no:4289, Ahmad no: 23002, Sahih menurut Ibnu Hibban, Al-Albani & Al-Arnaut, hasan menurut Ibnu Hajar & Al-Wadi'i, Al-Sahih al-Musnad no:148, Fathul Bari 11/395 ] Catatan: Keluasan Syurga itu tidak mengetahuinya melainkan Allah Tabaraka wa Taala. Dalam riwayat Al-Bukhari dan Muslim Nabi ﷺ menyebutkan jarak antara penjuru dua daun pintu syurga adalah jarak antara Makkah dan Hajar (Qatar dan Bahrain) dan Makkah atau antara Makkah dan Busra (Syam, Syria). Dikatakan anggarannya adalah lebih kurang 1273 KM atau lebih. Ini menunjukkan keluasan Syurga Allah, Ya Allah jadikanlah kami, ibu-bapa, saudara-saudara, zuriat keturunan dan sahabat-sahabat kami termasuk dalam kalangan barisan Ahli Surga. Amin. Wallahualam. MFAZ
إظهار الكل...
💯 2👍 1
Photo unavailableShow in Telegram
Insya Allah kuliah ini akan bermula esok malam. Penyertaan adalah percuma!! Link untuk penyertaan: https://t.me/+ciITSzA7S883MjU1 Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
إظهار الكل...
👍 7💯 2
Photo unavailableShow in Telegram
Insha Allah kuliah akan bermula 21 hb Jun 2024 ini, penyertaan hanya terhad kepada 100 orang peserta sahaja. Jazakumullah khairal jaza' Admin MFAZ (Fawaid Ilmu)
إظهار الكل...
7👍 5
Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
MENINGGALKAN PUASA SUNAT UNTUK MEMBACA AL-QURAN ATAU AMALAN LAIN Tidak mengapa jika seseorang individu memilih amalan sunat yang lain lalu meninggalkan amalan sunat yang lain jika dibimbangi amalan sunat itu jika dihimpunkan kedua-duanya akan menyebabkan salah satunya terabai atau dapat melemahkannya dalam kewajipannya atau kebiasannya dalam amalan sunatnya atau menyebabkan ditinggalkan salah satu atau kedua-duanya. Tidak dinafikan jika seorang hamba dapat menghimpunkan kedua-duanya maka itu adalah baik. Namun setiap orang tidak akan sama keadaan dan kemampuannya. Inilah madar berlegarnya fiqh Salaf. Sahih daripada Abdullah bin Mas'ud r.a bahawasanya beliau meninggalkan puasa sunat, lalu katanya: إنه يُضْعِفُنيِ عن قراءة القرآن، وقراءة القرآن أحَبُّ إليَّ Sesungguhnya (puasa sunat itu) melemahkan aku untuk membaca al-Quran, sedangkan membaca al-Quran itu yang paling aku suka. [ HR Al-Tabarani dalam Al-Mu'jam Al-Kabir, disahihkan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar dalam Fathul Bari dan Al-Usoimi dalam Syarh Mu'jam al-Mukhtar hal 14 ] Antara kesalahan ramai manusia apabila mereka cuba memaksa untuk membanyakkan amalan-amalan sunat yang mutlak kepada semua jenis manusia tanpa melihat keadaan dan perbezaan dan kemampuan manusia tersebut. Ini antara kesalahan dalam Tahzib an-Nafs (latihan jiwa) yang paling ketara. Hal ini kerana kaedah dalam hadis Nabi ﷺ menyatakan: أَحَبُّ العمل إلى الله ما داوم عليه صاحبه وإن قَلَّ Amalan yang paling dicintai oleh Allah adalah apa yang pelakunya sentiasa berterusan melakukannya walaupuan ia sedikit. [ Muttafaqun 'alaih, dan ini adalah lafaz Muslim ] Contohnya jika seorang individu itu miskin dan fakir tidak kena jika kita menggalakkannya untuk banyak bersedekah sedangkan dia seorang yang fakir, jika seorang buruh atau pekerja yang bekerja berat atau guru yang mengajar ilmu dan al-Quran tidak kena jika kita menggalakkan dia untuk berpuasa sunat sedangkan kemungkinan ibadat sunat tersebut boleh melemahkannya daripada amalan kewajipannya atau kebiasaannya. Yang penting amalan kebiasaannya itu sama ada amalan wajib atau sunat dilakukan secara berterusan dan istiqamah walaupun sedikit itulah yang sangat dicintai oleh Allah, bukan hanya dilihat pada kuantiti tanpa kualiti semata-mata seperti salah faham ramai orang. Demikianlah fiqh Salaf dalam Tahzib an-Nafs (Latihan Jiwa) Wallahualam. MFAZ.
إظهار الكل...
👍 13💯 4 1
Repost from MFAZ (Fawaid Ilmu)
Soalan: Adakah berdosa jika saya tahu fadilat amalan pada 10 hari awal Zulhijjah namun saya tidak beramal di dalam salah satu harinya, contohnya saya tidak mampu untuk berpuasa kerana kekangan kerja. Apakah ada amalan lain yang boleh saya lakukan selain berpuasa? Jawapan: Tidak, kerana hukum berpuasa pada salah satu hari yang dicintai oleh Allah hanyalah mustahhab (digalakkan) dan ia bukannya wajib. Firman Allah SWT: فَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ مَا ٱسۡتَطَعۡتُمۡ ‏Oleh itu bertakwalah kamu kepada Allah menurut sedaya upaya kemampuanmu. [ Al-Taghabun: 16 ] Sabda Nabi ﷺ : فإذا نهيتكم عن شيء فاجتنبوه وإذا أمرتكم بأمر فأتوا منه ما استطعتم Apabila aku telah melarang kalian daripada sesuatu maka jauhilah ia, dan apabila aku telah memerintahkan dengan sesuatu maka lakukanlah darinya apa yang kalian mampu. [ HR Al-Bukhari ] Jika tidak mampu berpuasa pada hari-hari lain perlu diusahakan untuk berpuasa contohnya pada hari Arafah 9 Zulhijjah kerana fadilatnya sangat besar iaitu dapat menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang. Jika kita tahu fadilatnya insyaAllah akan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Namun jika tidak mampu ia tidaklah berdosa. Adakah amalan lain selain puasa?. Ya sudah tentu, amalan soleh dalam hari-hari yang dicintai Allah ini ada pelbagai. Antaranya zikir, takbir, tahlil, tahmid, membaca Al-Quran, bersedekah, berbakti kepada kedua ibu bapa, amar makruf nahi mungkar, menuntut ilmu dan semua jenis amalan-amalan soleh. Bahkan jika kita tidak mampu berpuasa dan kita makan dalam keadaan mensyukuri nikmat rezeki Allah kita akan mendapat pahala seperti berpuasa berdasarkan hadis Nabi ﷺ : الطاعمُ الشَّاكرُ بمنزلةِ الصائمِ الصابرِ Orang yang makan lagi bersyukur sama kedudukannya seperti orang berpuasa yang bersabar. [ HR Al-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad, dinilai hasan oleh Al-Hafiz Ibnu Hajar, dinilai sahih oleh Ibnu Hibban, Ibnu Taimiyyah, Ahmad Syakir, Al-Arnauth dan Al-Albani ] Justeru bagi mereka yang tidak mampu berpuasa perbanyakkan rasa syukur ketika makan insyaAllah kedudukannya sama seperti mereka yang bersabar ketika berpuasa. Wallahu'alam. MFAZ.
إظهار الكل...
👍 6💯 2 1
TALBIAH, ZIKIR DAN TAKBIR DAN BAGI KALIAN SYURGA! Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah ﷺ bersabda: ما أَهَلَّ مُهِلٌّ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، ولا كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قطُّ إلَّا بُشِّرَ ، قيل : بالجنةِ ؟ قال : نَعَمْ Tiada seorang pun yang bertalbiah (atau meninggikan suara dengan zikir yang mutlak) melainkan dia diberikan khabar gembira, tiada seorang pun yang bertakbir melainkan dia diberikan khabar gembira. Ditanyakan kepada Nabi ﷺ : " (Diberikan khabar gembira) dengan Syurga?". Jawab baginda ﷺ : " Ya " [ Al-Tabarani dalam Mu'jam al-Awsat 7/379, Sahih al-Jaami' no:5569, Silsilah Al-Sahihah no: 1621 ] Catatan: 1. Maksud Ahalla Muhillu ada dua sama ada seseorang yang meninggikan suaranya ketika berzikir secara mutlak pada tempat yang khusus yang ditunjukkan syarak atau merujuk secara lansung kepada mereka yang bertalbiah ketika mengerjakan haji dan umrah. Adapun maksud mereka yang bertakbir pula umum termasuklah mereka yang banyak bertakbir ketika 10 hari awal bulan Zulhijjah dan ia seakan-akan merujuk kepada mereka yang tidak berkemampuan mengerjakan ibadat haji ketika itu turut diberikan khabar gembira. 2. Maksud diberikan khabar gembira kata para ulama antaranya dia akan diberikan khabar gembira ketika datangnya malaikat yang akan mencabut nyawanya atau ketika dia di dalam kuburnya atau ketika dia dibangkitkan pada hari kiamat kelak. 3. Hadis ini menunjukkan galakkan membanyakkan takbir dan zikir terutama pada waktu-waktu yang ada kelebihan antaranya sepuluh hari awal zulhijjah. Banyakkanlah Takbir mengangungkan Allah dalam hari-hari yang terbaik ini, jangan sia-siakan kesempatan yang ada, moga-moga kita diberikan khabar gembira dengan syurga di saat kematian, di kubur dan pada hari kita dibangkitkan kelak. Wallahualam. MFAZ.
إظهار الكل...
4👍 1💯 1
FIQH TAKBIR KETIKA 10 HARI AWAL ZULHIJJAH DAN HARI TASYRIQ 📢 🕋 📌 Disyariatkan takbir mutlak di rumah, jalanan, masjid-masjid pada waktu malam dan siang bermula dari awal zulhijjah (setelah maghrib yakni awal 1 Zulhijjah) sehinggalah tenggelamnya matahari hari terakhir dari hari-hari tasyrik. 📌 Tiada lafaz takbir yang tertentu, lafaz takbir adalah luas. 📌 Lafaz takbir yang paling utama: اللهُ أكبر اللهُ أكبر، لا إلهَ إلَّا الله، واللهُ أكبر اللهُ أكبر، ولله الحَمْد. 📌 Disunnahkan menjaharkan takbir bagi lelaki dan tidak disyariatkan takbir secara berjemaah. 📌 Bermulanya takbir muqayyad- setelah selesainya waktu solat fardu lima waktu- bermula dari solat subuh pada hari Arafah (9 Zulhijjah) sehinggalah waktu asar hari terakhir dari hari-hari tasyrik (13Zulhijjah). 📌 Waktu yang terakhir bagi takbir mutlak pada Hari Raya Aidiladha sampai tenggelamnya matahari hari ke 13 Zulhijjah iaitu hari terakhir dari hari-hari tasyrik. Wallahualam. MFAZ
إظهار الكل...
👍 9💯 3