cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

💜JiwaTaqwaJalanKu💜

Taqwa berasal dari kata waqa, yaqii, wiqayah yang artinya memelihara, yaitu memelihara iman agar terhindar dari hal-hal yang dibenci dan dilarang oleh Allah SWT.

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
416
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-17 أيام
-1030 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

⭐️ PERINGATAN ISYAK! ⭐️ (08:25 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Imsak: 05:40 AM
إظهار الكل...
🌙 PERINGATAN MAGHRIB! 🌙 (07:13 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Isyak: 08:25 PM
إظهار الكل...
Kisah seorang mak cik yang tunda bayar hutang sebab nak tunaikan ibadah korban. . . Alhamdulillah. Bulan lepas kita berjaya laksanakan ibadah sebulan di bulan Ramadhan. Sekarang bulan Syawal, ada ibadah puasa 6 pula. Tak lama lagi, kita akan lalui satu ibadah yang juga besar pahalanya, iaitu ibadah korban. Ustaz nak kongsi satu kisah yang benar-benar bagi motivasi pada ustaz untuk laksanakan ibadah korban. . . Beberapa tahun sebelum PKP, ustaz ada ceramah di surau dekat satu kawasan perumahan. Baru habis ceramah, ada seorang mak cik bangun dari tempat duduk sambil bercakap dengan kuat. Suara yang halus dan nyaring. “Ustaz, macam mana nak korban? Ustaz cerita beriya-iya benor. Korban, korban, korban. Mak cik dengar ni mendidih-didih kepala. Mak cik ni orang susah, banyak hutang.” Ustaz pun tanya mak cik tu, “Mak cik dengan hutang siapa? “Ada lah sorang tu Mak Cik hutang. Mak cik berniaga kosmetik-kosmetik ni. Ada la hutang sikit-sikit.” “Berapa Mak cik hutang?” “Seratus ribu, ustaz.” Allahuakbar, banyak juga. Ustaz pun cakap pada mak cik tu, “Mak cik, boleh tak mak cik cakap pada orang yang bagi hutang tu. Minta izin pada dia untuk tak bayar hutang untuk bulan ni saja. Sebab mak cik nak buat ibadah korban. Mak cik cuba dulu. Mana tau ada rezeki…” “Ok. Mak cik cuba.” Kata mak cik tu. Dipendekkan cerita. Alhamdulillah, bulan tu Allah rezekikan mak cik tadi buat ibadah korban. Orang yang bagi hutang pada dia setuju. Kuasa Allah. . . Lepas PKP hari tu, ustaz berhenti di hentian rehat Nilai. Habis saja solat Jamak Qasar, dengar orang jerit panggil ustaz. “Ustaz, ingat lagi tak mak cik.” “Mana tak ingat. Suara macam petir.” Sengaja ustaz bergurau dengan dia. Ustaz memang suka bergurau kalau jumpa orang kat luar. “Ni Mak cik yang pernah tanya ustaz pasal korban dulu. Lama dah mak cik teringin nak jumpa ustaz. Telefon, tak pernah diangkat.” Saya ketawa saja dengar dia bercakap. Masih sama sebijik macam kat surau dulu. Kata mak cik tu, “Ustaz, tolong cerita pasal mak cik kat Jemaah. Mak cik buat korban macam yang ustaz cakap. “Aku tak bayar hutang kau bulan ni, sebab nak buat ibadah korban. Bulan-bulan seterusnya aku bayar balik macam biasa.” Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan. Duit bayar hutang bulan tu mak cik guna untuk korban. Bulan-bulan lepas tu, mak cik sambung bayar macam biasa. Apa yang berlaku seterusnya? Mak cik tu sambung cerita, “Masa PKP haritu, mak cik buat juga korban macam ustaz ajar tu. Tapi baru-baru ni, orang yang bagi hutang pada mak cik tu jumpa mak cik. Dia cakap, “Yah, kau dah tak payah bayar hutang aku Yah. Tak payah bayar. Aku halal kan semuanya. Nanti kau pergi ofis aku, aku nak selesaikan semuanya.” . . Mak Cik tu tanya kenapa hutang dia dihalalkan? Jawab pemberi hutang, “Aku halalkan sebab aku tersentuh dengan apa yang kau buat. Kau tak ada duit, hutang banyak pula tu. Tapi tetap nak buat korban. Aku pula banyak duit. Tapi tak pernah buat korban. Aku betul-betul tersentuh dengan kau, Yah…” Masha Allah, Lihat tuan puan. Allah Pemilik Hati. Dia yang gerakkan hati pemberi hutang untuk halalkan hutang Mak Cik Yah. Tuan puan nak tahu berapa jumlah hutang yang dihalalkan tu? Sembilan Puluh Ribu Ringgit! Allahuakbar . . Tuan puan yang dirahmati Allah. Ibadah korban ni hukumnya sunat muakkad. Maksudnya sangat dituntut untuk dilaksanakan. Besar pahalanya. Ada orang tanya ustaz, "Sekarang ni ramai orang hidup susah ustaz? Barang mahal. Nak belanja anak-anak sekolah lagi. Macam mana nak buat ibadah korban?" Betul. Ustaz tak nafikan keadaan ekonomi sekarang. Ramai orang hidup susah. Jadi, disinilah pentingnya perancangan awal. Rancang awal-awal nak buat korban dan simpan duit sikit demi sikit. Ada orang mula bela kambing dan lembu sejak tahun lepas. Ada orang yang dah mula menabung. Sekarang masih ada waktu sekitar 2 bulan, masih sempat untuk kita buat perancangan untuk laksana ibadah korban.
إظهار الكل...
Zikir dan Doa Penenang Hati: Petunjuk dari Hadis dan Al-Quran Dalam kehidupan yang penuh dengan ujian dan cabaran, zikir dan doa menjadi sumber ketenangan dan kekuatan jiwa. Zikir sebagai Sumber Ketenangan Allah SWT berfirman dalam Al-Quran: "أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ" (Ar-Ra'd: 28) "Ketahuilah, hanya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang." Ayat ini menggarisbawahi pentingnya zikir dalam kehidupan kita sebagai sumber ketenangan dan kedamaian batin. Rasulullah SAW bersabda: "الدُّعَاءُ هُوَ الْعِبَادَةُ" (Sunan At-Tirmidzi) "Doa itu adalah ibadah." Hadis ini menunjukkan betapa pentingnya doa dalam kehidupan seorang Muslim, sebagai cara berkomunikasi dengan Allah SWT dan memohon pertolongan-Nya. Zikir dan Doa dalam Menghadapi Kesulitan Dalam menghadapi kesulitan, zikir dan doa menjadi senjata bagi orang beriman. Melalui zikir, kita mengingati Allah SWT dan menguatkan iman kita. Doa, di sisi lain, adalah ekspresi harapan, permohonan, dan pengakuan kebergantungan kita kepada kekuasaan Allah SWT. Salah satu doa yang dianjurkan adalah: "اللَّهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ، وَابْنُ عَبْدِكَ، وَابْنُ أَمَتِكَ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ، عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ، أَوْ أَنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَدًا مِنْ خَلْقِكَ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ الْغَيْبِ عِنْدَكَ، أَنْ تَجْعَلَ الْقُرْآنَ الْعَظِيمَ رَبِيعَ قَلْبِي، وَنُورَ صَدْرِي، وَجَلَاءَ حُزْنِي، وَذَهَابَ هَمِّي"
إظهار الكل...
*DALAM ILMU TASAWUF* Rezeki yang paling rendah adalah HARTA. Rezeki yang paling tinggi adalah KESIHATAN. Rezeki yang paling utama adalah ANAK YANG SOLEH/ SOLEHAH. Rezeki yang paling disyukuri adalah HUSNUL KHOTIMAH. Semoga kita mengakhiri permainan hidup ini dengan Akhiran Yang Baik. AAMIIN. Hakikatnya REZEKI itu adalah segala sesuatu yang diberikan Allah SWT untuk memelihara kehidupan manusia, baik berupa wang, nafkah, makanan, kebahagiaan, KESIHATAN dan lain² ....
إظهار الكل...
Zaman sekarang bukan lagi zaman berlumba-lumba untuk dunia. Bukan lagi zaman untuk bermegah-megah dengan harta yang ada. Kerana kita sekarang hidup dalam dunia akhir zaman. Ubahlah kehidupan kita daripada untuk dunia kepada untuk akhirat.
إظهار الكل...
☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️ (04:27 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Maghrib: 07:13 PM
إظهار الكل...
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞 (01:08 PM) bagi kawasan Batu Pahat, Muar, Segamat, Gemas Johor, Tangkak (Johor). 🔜 Waktu Asar: 04:27 PM
إظهار الكل...