ar
Feedback

لا تقع ضحية للمخادعين! تيليمتريو يكتشف ويُميّز هذه القنوات 👉 إذا كنت تريد رؤية العلامة، اشترك

🇮 🇸 🇱 🇦 🇲 🇫 🇴 🇷 🇺 🆃︎🅰︎🆉︎🅺︎🅸︎🆁︎🅰︎🅷︎, 🆀︎🆄︎🅾︎🆃︎🅴︎🅳🆂︎ & 🆅︎🅸︎🅳︎🅴︎🅾︎🆂︎🌈

🇮 🇸 🇱 🇦 🇲 🇫 🇴 🇷 🇺 🆃︎🅰︎🆉︎🅺︎🅸︎🆁︎🅰︎🅷︎, 🆀︎🆄︎🅾︎🆃︎🅴︎🅳🆂︎ & 🆅︎🅸︎🅳︎🅴︎🅾︎🆂︎🌈

الذهاب إلى القناة على Telegram

Moga kita sama2 saling Dapat berbagi ilmu dan senentiasa mengalir walaupun setelah ketiadaan kita nanti. Allah Ya Mujib.

إظهار المزيد
878
المشتركون
لا توجد بيانات24 ساعات
-37 أيام
-930 أيام
أرشيف المشاركات
https://www.facebook.com/share/v/1EDCZbYVJn/ Video ni naik kat memori tahun 2023. Brader ni IT Engineer. Memang rutin cyberattack ni rancak bulan 11. Jdi kalau dah 1 Dunia announce (wayang shutdown) ni jam la puak hackers amik kesempatan. Ibarat lesen dorang lah. Dah Alang² gov nak sangat. Depa buat sungguh laaa. Kenapa November? Sebab November dipanggil strategic opportunity window bagi penyerang siber. - Transaksi kewangan dan Perdagangan dunia meningkat menjelang hujung tahun. - Black Friday dan Cyber Monday meningkatkan kebergantungan kepada sistem digital. - Banyak syarikat tengah kejar sasaran kewangan hujung tahun. - audit acc pun tgh rancak siapkan laporan dan penutupan akaun tahunan. - Perhatian masyarakat hanya fikir nak shopping habiskan bonus tahunan dan bercuti. Ni bukan aku kata, mmg kajian rekod serangan siber paling kerap dan tinggi adalah pada bulan Nov. Jadi kat sinilah kesempatan Gov untuk memperketatkan perlaksanaan ID Digital konon nak bagi kau yakin, ini je jalan utk selamatkan diri kau dari jadi mangsa cyberattack 🤣 #cp #IslamForU

Assalamualaikum semua ☘️🌺 Selamat malam. Semoga dipagi hari bangun dengan iman yang lebih kuat dan pikiran yang lebih jernih
Assalamualaikum semua ☘️🌺 Selamat malam. Semoga dipagi hari bangun dengan iman yang lebih kuat dan pikiran yang lebih jernih.. kudoakan agar Allah menjaga kita dalam diam malam dan permudahkan segala urusan kita diesok hari..Aamiin²... Moga mimpi indah....💤 ۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞ @M #IslamForU

SIAPAKAH WANITA YANG PALING SEMPURNA? Rasulullah Shollahu Alaihi Wa Sallam bertanya kepada para sahabatnya: Wanita seperti apakah yang bagus dan sempurna? Para sahabat pun terdiam, tak satupun yang dapat menjawab pertanyaan baginda. Kemudian pulanglah Sayyidina Ali bin Abu Thalib ke rumahnya dan bertanyalah ia kepada istrinya yaitu Fatimah Az Zahra binti Rasulullah Shollallahu Alaihi Wasallam. "Wahai istriku, tadi Rasul Shollallahu Alaihi Wassalam bertanya kepada kami, siapakah wanita yang paling bagus dan sempurna?" Sayyidah Fatimah pun tersenyum, kemudian Sayyidina Ali melanjutkan ucapannya. Apakah engkau mengetahuinya, wahai putri Rasulullah?" Berkata Sayyidah Fatimah binti Rasulullah: "Wanita yang bagus dan sempurna adalah wanita yang tidak melihat laki-laki dan tidak dilihat laki-laki, terkecuali mahramnya (yang halal baginya)." Ketika seseorang menutup auratnya dari segala yang diharamkan oleh Allah Shollallahu Alaihi Wassalam, maka Allah akan memuliakannya. Dan ketika seseorang membuka auratnya hingga mendekatkannya pada hal-hal yang diharamkan oleh Allah, maka Allah akan menghinakannya. Lelaki disekelilingmu itu normal dan syahwat itu lebih jahat daripada listrik (letrik). Maka jika syahwat telah menempati hatimu, maka itu akan mengantarkanmu pada kehancuran dan murka Allah Ta'ala. Barangsiapa yang menutup auratnya di dunia, maka Allah akan menutup auratnya di akhirat. Dan ketika di akhirat kelak, Nabi Shollallahu Alaihi Wassalam memberikannya minum dari Telaga Haudh. Untuk kaum laki-laki diberi minum oleh Sayyidina Ali bin Abu Thalib, Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husain: Untuk kaum wanita diberi minum oleh Sayyidatuna Fatimah Az Zahra: Semoga kelak kita dikumpulkan bersama para wanita-wanita penghuni Surga. أمين يارب العالمين [Al Habib Umar Bin Hafidz] 'I 🩷 ISLAM' 🪶 لا اله الا الله محمد رسول الله أللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد ۞ اَللهُمَّـ صَلِ عَلَی سَيْدِنَا مُحَمَّد وَعَلَی اَلِ سَيْدِنَا مُحَمَّد ﷺ ۞ 🇵🇸 F r e e P a l e s t i n e #perkongsianTazkirah #IslamForU

ﺑِﺴْـــــــــــــــــﻢِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﺍﻟﺮَّﺣْﻤَﻦِ ﺍﻟﺮَّﺣِﻴْﻢ 🪶 لا اله الا الله محمد رسول الله أللهم صل على محمد وعلى آل محمد كما صليت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد وبارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على آل إبراهيم إنك حميد مجيد ۞ اَللهُمَّـ صَلِ عَلَی سَيْدِنَا مُحَمَّد وَعَلَی اَلِ سَيْدِنَا مُحَمَّد ﷺ ۞ 🇵🇸 F r e e P a l e s t i n e SIAPAKAH WANITA YANG PALING SEMPURNA? 👇👇👇❤️

اللهم صل على محمد وعلى ال محمد Jgn kurang selawat 100x setiap mlm Syafaat bukan satu²nya jalan utk selamat tapi apakah kita.. Tidak perlukan syafaat? Tidak mahu syafaat? Tidak berharap syafaat? Banyakkanlah selawat kpd nabi صلى الله عليه وسلم صلى الله على محمد اللهم صل على محمد وعلى ال محمد اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد ~Jika 100x selawat setiap waktu solat (selawat yg pendek hanya beberapa minit) boleh istiqamah sekurang²nya 500x sehari ~Sedekahlah setiap hari walau sedikit samada terang atau sembunyi.. Antara golongan yg mendapat naungan Allah pada hari yg tiada naungan melainkan naungan Allah ialah org yg merahsiakan sedekahnya. Sebarkan kebaikan/selawat.. Siapa yg menyuruh melakukan kebaikan dan kebaikan itu dilakukan org lain akan diberi pahala sama banyak tanpa mengurangi pahala org yg melakukannya. #perkongsianTazkirah #IslamForU

Setiap daripada kita ada ujian dan kelemahan masing-masing yang sedang kita lawan dalam diam. Tetapi sekurang-kurangnya, biarlah kita kekal menjadi hamba yang kenal batas antara yang hak dengan yang batil. Jangan sampai kerana mahu nampak moden dan diterima oleh manusia sekeliling, kita sanggup memandang ringan perkara yang telah diharamkan oleh Pencipta kita sendiri. Kalau kita tidak mampu mengubah keseluruhan masyarakat sekalipun, mulakanlah dengan menjaga hati, mata dan ahli keluarga kita daripada hanyut menganggap perkara yang haram itu sebagai satu kebiasaan. E-book Siri Hati ke Hati ditulis untuk menemani perkara-perkara yang kadang-kadang susah kita ceritakan kepada orang lain. Sekarang ada 5 naskhah dalam siri ini: 1. Penat Yang Tak Pandai Kita Ceritakan    Untuk kita yang masih mampu bekerja, tersenyum dan menjalani rutin seperti biasa tetapi dalam diam kepala sudah terlalu penat memikirkan banyak perkara. 2. Hidup Yang Belum Menjadi    Tentang rasa tertinggal apabila umur semakin bertambah sedangkan kerja, duit, rumah, keluarga dan impian masih belum menjadi seperti yang pernah kita bayangkan. 3. Baik Hati Pun Ada Hadnya    Untuk kita yang terlalu biasa berkata “ya”, selalu mengalah, takut orang kecil hati dan akhirnya terlupa bahawa diri sendiri juga mempunyai had. 4. Tak Semua Yang Kita Sayang Akan Tinggal    Tentang kehilangan, perpisahan dan belajar menerima bahawa tidak semua orang yang kita sayang akan berjalan bersama kita sampai ke penghujung cerita. 5. Bila Hidup Menguji Kita Dari Semua Arah    Untuk musim hidup apabila satu masalah belum selesai, yang lain pula datang. Tentang keluarga, kerja, kewangan, orang yang kita sayang dan hari-hari ketika terlalu banyak perkara terasa berat pada masa yang sama. #ceramahustazustazah #IslamForU

"DULU ORANG BUAT DOSA SOROK-SOROK, SEKARANG SIAP BANGGA KONGSI DEPAN ORang RAMAI!" Perasan tak satu benda paling menakutkan hari ini bukanlah apabila manusia terjatuh dalam dosa, tetapi apabila dosa besar itu sudah mula dianggap perkara biasa yang tidak perlu lagi disorokkan. Kalau kita pusing masa balik dua tiga puluh tahun dahulu, orang yang terlanjur buat silap ini selalunya akan rasa malu yang amat sangat. Kalau ada yang terjebak dengan perkara haram, mereka akan buat secara sembunyi-sembunyi kerana takut masyarakat tahu dan masih ada rasa gerun dalam dada bahawa perbuatan itu salah di sisi Tuhan. Hari ini suasananya sudah terbalik habis. Buka sahaja media sosial, ada orang boleh bercerita dengan penuh selamba tentang pengalaman tidur sebilik dengan pasangan yang belum berkahwin ketika bercuti, atau bangga berkongsi kisah duduk serumah tanpa ikatan sah atas alasan mahu serasi dahulu sebelum bernikah. Lebih parah lagi, sesiapa yang cuba menegur pula yang akan diserang balik beramai-ramai. Mereka yang mengingatkan tentang hukum agama akan dilabel sebagai kolot, sibuk jaga tepi kain orang dan tidak terbuka dengan gaya hidup moden. Perbuatan yang jelas haram sedang dibungkus semula dengan istilah-istilah baharu yang kedengaran manis seperti hak peribadi, suka sama suka atau sekadar mahu mencuba sebelum membuat komitmen. Perubahan sikap manusia pada akhir zaman ini sebenarnya sudah pun diberi amaran oleh Baginda Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari (no. 5590), baginda bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umatku beberapa golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik.” Kalau kita perhatikan perkataan yang digunakan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam hadis tersebut iaitu yastahilluna, ia membawa maksud yang sangat mendalam. Para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menghuraikan bahawa istilah menghalalkan itu boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama, seseorang itu benar-benar mengubah iktikad dan menganggap perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Kedua, mereka tahu perkara itu haram, tetapi mereka melakukannya secara berleluasa, terbuka dan tanpa rasa bersalah sedikit pun seolah-olah benda itu adalah perkara yang halal. Di titik itulah kita patut berasa gerun melihat realiti masyarakat kita sekarang. Jarang ada orang Islam yang berani keluar kenyataan rasmi menukar hukum zina menjadi halal di atas kertas. Tetapi melalui cara hidup, perbualan harian dan kandungan yang disajikan di skrin telefon setiap hari, zina sedang dinormalisasikan sedikit demi sedikit sehingga deria sensitif umat Islam terhadap dosa besar ini menjadi tumpul. Apabila sesuatu maksiat itu diulang tayang setiap hari tanpa ada rasa malu, lama-kelamaan hati yang bersih pun boleh terikut rasa bahawa benda itu bukannya satu kesalahan yang berat. Dalam keilmuan Islam, keadaan seseorang yang sudah hilang rasa malu apabila melakukan dosa adalah jauh lebih berbahaya daripada dosa itu sendiri. Selagi seorang pendosa itu masih tahu bahawa dirinya sedang membuat salah, masih ada rasa bersalah yang menghantui tidurnya dan masih malu sekiranya aibnya terbuka, pintu untuk dia patah balik bertaubat kepada Allah sebenarnya masih sangat dekat. Masalah besar bermula apabila hati sudah mati rasa, lalu maksiat dipertahankan dengan penuh keangkuhan. Sebab itu Allah SWT berpesan di dalam Al-Quran menerusi Surah al-Isra’ ayat 32 supaya kita jangan sesekali mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk. Larangan itu bukan sekadar menyuruh kita mengelak daripada perbuatan zina semata-mata, malah merangkumi segala lorong halus yang boleh menarik kita ke arahnya termasuklah budaya menormalisasikan hubungan bebas di media sosial. Kita semua bukanlah manusia maksum yang suci daripada kesilapan. Setiap daripada kita ada ujian dan kelemahan masing-masing yang sedang kita lawan dalam diam. 👇👇👇

Tetapi sekurang-kurangnya, biarlah kita kekal menjadi hamba yang kenal batas antara yang hak dengan yang batil. Jangan sampai kerana mahu nampak moden dan diterima oleh manusia sekeliling, kita sanggup memandang ringan perkara yang telah diharamkan oleh Pencipta kita sendiri. Kalau kita tidak mampu mengubah keseluruhan masyarakat sekalipun, mulakanlah dengan menjaga hati, mata dan ahli keluarga kita daripada hanyut menganggap perkara yang haram itu sebagai satu kebiasaan. E-book Siri Hati ke Hati ditulis untuk menemani perkara-perkara yang kadang-kadang susah kita ceritakan kepada orang lain. Sekarang ada 5 naskhah dalam siri ini: 1. Penat Yang Tak Pandai Kita Ceritakan Untuk kita yang masih mampu bekerja, tersenyum dan menjalani rutin seperti biasa tetapi dalam diam kepala sudah terlalu penat memikirkan banyak perkara. 2. Hidup Yang Belum Menjadi Tentang rasa tertinggal apabila umur semakin bertambah sedangkan kerja, duit, rumah, keluarga dan impian masih belum menjadi seperti yang pernah kita bayangkan. 3. Baik Hati Pun Ada Hadnya Untuk kita yang terlalu biasa berkata “ya”, selalu mengalah, takut orang kecil hati dan akhirnya terlupa bahawa diri sendiri juga mempunyai had. 4. Tak Semua Yang Kita Sayang Akan Tinggal Tentang kehilangan, perpisahan dan belajar menerima bahawa tidak semua orang yang kita sayang akan berjalan bersama kita sampai ke penghujung cerita. 5. Bila Hidup Menguji Kita Dari Semua Arah Untuk musim hidup apabila satu masalah belum selesai, yang lain pula datang. Tentang keluarga, kerja, kewangan, orang yang kita sayang dan hari-hari ketika terlalu banyak perkara terasa berat pada masa yang sama. #ceramahustazustazah

"DULU ORANG BUAT DOSA SOROK-SOROK, SEKARANG SIAP BANGGA KONGSI DEPAN ORang RAMAI!" Perasan tak satu benda paling menakutkan hari ini bukanlah apabila manusia terjatuh dalam dosa, tetapi apabila dosa besar itu sudah mula dianggap perkara biasa yang tidak perlu lagi disorokkan. Kalau kita pusing masa balik dua tiga puluh tahun dahulu, orang yang terlanjur buat silap ini selalunya akan rasa malu yang amat sangat. Kalau ada yang terjebak dengan perkara haram, mereka akan buat secara sembunyi-sembunyi kerana takut masyarakat tahu dan masih ada rasa gerun dalam dada bahawa perbuatan itu salah di sisi Tuhan. Hari ini suasananya sudah terbalik habis. Buka sahaja media sosial, ada orang boleh bercerita dengan penuh selamba tentang pengalaman tidur sebilik dengan pasangan yang belum berkahwin ketika bercuti, atau bangga berkongsi kisah duduk serumah tanpa ikatan sah atas alasan mahu serasi dahulu sebelum bernikah. Lebih parah lagi, sesiapa yang cuba menegur pula yang akan diserang balik beramai-ramai. Mereka yang mengingatkan tentang hukum agama akan dilabel sebagai kolot, sibuk jaga tepi kain orang dan tidak terbuka dengan gaya hidup moden. Perbuatan yang jelas haram sedang dibungkus semula dengan istilah-istilah baharu yang kedengaran manis seperti hak peribadi, suka sama suka atau sekadar mahu mencuba sebelum membuat komitmen. Perubahan sikap manusia pada akhir zaman ini sebenarnya sudah pun diberi amaran oleh Baginda Rasulullah SAW lebih seribu empat ratus tahun yang lalu. Dalam sebuah hadis yang direkodkan oleh Imam al-Bukhari (no. 5590), baginda bersabda yang bermaksud, “Sesungguhnya akan ada dalam kalangan umatku beberapa golongan yang menghalalkan zina, sutera, arak dan alat-alat muzik.” Kalau kita perhatikan perkataan yang digunakan oleh Baginda Rasulullah SAW dalam hadis tersebut iaitu yastahilluna, ia membawa maksud yang sangat mendalam. Para ulama hadis seperti Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menghuraikan bahawa istilah menghalalkan itu boleh berlaku dalam dua keadaan. Pertama, seseorang itu benar-benar mengubah iktikad dan menganggap perkara yang haram itu sudah menjadi halal. Kedua, mereka tahu perkara itu haram, tetapi mereka melakukannya secara berleluasa, terbuka dan tanpa rasa bersalah sedikit pun seolah-olah benda itu adalah perkara yang halal. Di titik itulah kita patut berasa gerun melihat realiti masyarakat kita sekarang. Jarang ada orang Islam yang berani keluar kenyataan rasmi menukar hukum zina menjadi halal di atas kertas. Tetapi melalui cara hidup, perbualan harian dan kandungan yang disajikan di skrin telefon setiap hari, zina sedang dinormalisasikan sedikit demi sedikit sehingga deria sensitif umat Islam terhadap dosa besar ini menjadi tumpul. Apabila sesuatu maksiat itu diulang tayang setiap hari tanpa ada rasa malu, lama-kelamaan hati yang bersih pun boleh terikut rasa bahawa benda itu bukannya satu kesalahan yang berat. Dalam keilmuan Islam, keadaan seseorang yang sudah hilang rasa malu apabila melakukan dosa adalah jauh lebih berbahaya daripada dosa itu sendiri. Selagi seorang pendosa itu masih tahu bahawa dirinya sedang membuat salah, masih ada rasa bersalah yang menghantui tidurnya dan masih malu sekiranya aibnya terbuka, pintu untuk dia patah balik bertaubat kepada Allah sebenarnya masih sangat dekat. Masalah besar bermula apabila hati sudah mati rasa, lalu maksiat dipertahankan dengan penuh keangkuhan. Sebab itu Allah SWT berpesan di dalam Al-Quran menerusi Surah al-Isra’ ayat 32 supaya kita jangan sesekali mendekati zina kerana sesungguhnya ia adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk. Larangan itu bukan sekadar menyuruh kita mengelak daripada perbuatan zina semata-mata, malah merangkumi segala lorong halus yang boleh menarik kita ke arahnya termasuklah budaya menormalisasikan hubungan bebas di media sosial. Kita semua bukanlah manusia maksum yang suci daripada kesilapan. Setiap daripada kita ada ujian dan kelemahan masing-masing yang sedang kita lawan dalam diam.

ONE DAY ONE HADITS Jum'at, 6 November 2026 / 26 jumadilawal 1448 " Ciri-ciri Ulama' Su' " عَنْ عَبْدِ اللهِ بْنِ هُبَيْرَةَ ، أَخْبَرَنِي أَبُو تَمِيمٍ الْجَيْشَانِيُّ ، قَالَ : أَخْبَرَنِي أَبُو ذَرٍّ ، قَالَ : " كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : ( لَغَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُنِي عَلَى أُمَّتِي ) قَالَهَا ثَلَاثًا . قَالَ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللهِ ، مَا هَذَا الَّذِي غَيْرُ الدَّجَّالِ أَخْوَفُكَ عَلَى أُمَّتِكَ ؟ قَالَ :إِنَّمَا أَخَافُ عَلَى أُمَّتِي الْأَئِمَّةَ الْمُضِلِّينَ " وصححه الألباني رحمه الله في " صحيح سنن أبي داود ". Dari Abdullah bin Hubairah, memberi khabar kepadaku Abu Tamim Al Jaisyani, berkata: Memberi khabar kepadaku Abu Zar, Ia berkata: Aku berjalan bersama rasulullah shallallahu alaihi wasallam maka beliau bersabda : (Sungguh selain dajjal yang paling aku takuti atas umatku ) dan beliau berkata sampai tiga kali, berkata Abu Dzar : Aku bertanya : wahai rasulullah apa yang selain dajjal yang engkau takuti atas umatmu? Rasulullah menjawab: Sesungguhnya yang aku khawatirkan atas umatku adalah para imam atau pemuka agama yang menyesatkan. (HR. Abu Daud dishahihkan oleh syeh Al Bani) Pelajaran yang terdapat di dalam hadist: 1- Ulama sejatinya merupakan pemuka agama yang mengayomi dan mendidik masyarakat untuk menjadi pribadi yang saleh. Namun ulama su‘ justru sebaliknya, ia menganjurkan kebaikan tapi perbuatannya tidak mencerminkan demikian. 2- Tentang ulama su‘ ini, Imam Ghazali kemudian mengutip sabda Rasul saw. saat berpesan kepada umatnya, *أنا من غير الدجال أخوف عليكم من الدجال فقيل: وما هو يارسول الله؟، فقال: علماء السوء* “Ada yang paling aku khawatirkan dari kalian ke­timbang Dajjal.” Beliau kemudian ditanya, “Apa itu wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Ulama su.” 3- Dengan menyebut aimmah mudhillin (para pemuka agama yang menyesatkan) bukan ulama su’. Namun keduanya memiliki arti yang sama. 4- Menurut Imam Ghazali, alasan kekhawatiran Rasulullah sebab Dajjal memang bertujuan menyesatkan, se­dangkan ulama su‘ walaupun lidah dan ucapannya me­malingkan manusia dari dunia, tapi amal perbuatan dan keadaannya mengajak manusia ke sana. Adapun ciri-ciri ulama su‘ menurut Imam Ghazali di antaranya; Pertama, ia pergunakan ilmunya sebagai sarana untuk memperbanyak harta. Ilmunya menjadi tum­puan untuk meraih sasaran duniawi. Kedua, ia menggunakan ilmunya untuk berbang­ga dengan kedudukannya. Ketiga, ia menyombongkan diri de­ngan besarnya jumlah pengikut. Keempat, ia masih mengira bahwa dirinya mempunyai posisi khusus di sisi Allah karena ciri-ciri, pakaian, dan ke­pandaian berbicaranya yang seperti ulama, padahal ia begitu tamak kepada dunia lahir dan batin. 5- Mereka merupakan golongan orang-orang merugi yang digambarkan dalam hadis Nabi saw., “Siapa yang ber­tambah ilmu, tapi tidak bertambah hidayah, ia hanya bertambah jauh dari Allah.” Tema hadist yang berkaitan dengan al qur'an : - Perintah untuk waspada terhadap ulama su' (ulama yang jahat), seperti apa yang dikatakan oleh Sufyan ibnu Uyaynah, "Orang yang rusak dari kalangan ulama kami, maka dia lebih mirip dengan orang Yahudi; dan orang yang rusak dari kalangan ahli ibadah kami, maka dia lebih mirip dengan orang Nasrani.'" *يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ كَثِيرًا مِنَ الأحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَنْ سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ يَكْنزونَ الذَّهَبَ وَالْفِضَّةَ وَلا يُنْفِقُونَهَا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَبَشِّرْهُمْ بِعَذَابٍ أَلِيمٍ* Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan yang batil, dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah. Dan orang-orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak menafkahkannya pada jalan Allah, maka beritahukanlah kepada mereka(bahwa mereka akan mendapat) siksa yang pedih. [At taubah:34]. #perkongsianMaya #IslamForU

🌹Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.🌹 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗣𝗔𝗚𝗜 𝗝𝗨𝗠𝗔𝗔𝗧 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗨𝗟𝗨 𝗦𝗘𝗚𝗔𝗟𝗔 𝗛𝗔𝗥𝗜 #perkongsianMaya #IslamForU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh 🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤 Renungan hari ini............ Hidup itu seperti tasbih berawal dan berakhir di titik yang sama.... Bukan tasbih kalau satu biji saja, bukan hidup jika hanya satu masalah..... Hidup akan sempurna jika melewati serangkaian butiran, suka, duka, bahagia, derita, kegagalan, kegembiraan, datang silih berganti dalam kehidupan kita..... Seperti tasbih yang melingkar hidup pun demikian, datang dan pergi tetap dalam likangkaran takdir ALLAH...... Yakinlah hanya ALLAH yang maha tahu penjalanan waktu.......... Yakinlah ALLAH pasti murahkan rezeki kita semua........... Yakinlah ALLAH pasti terima amalan kita semua........ Yakinlah janji janji ALLAH tu pasti.......... 🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤🟤 Semoga Allah beri kita petunjuk selama kita hidup di dunia ini...Aamiin Ya Robbal Alamin 🤲 #perkongsianMaya #IslamForU

🌸بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم . 🌼"3 Cara Hidayah Menyapa Kita. Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahul
🌸بِسْــــــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم . 🌼"3 Cara Hidayah Menyapa Kita. Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah rahimahullah berkata: Sesungguhnya hidayah itu masuk ke dalam diri seorang hamba dari tiga pintu: 🔸️1. Melalui sesuatu yang dia dengar dengan telinganya, 🔸️2. Melalui sesuatu yang dia lihat dengan matanya, dan 🔸️3. Melalui sesuatu yang dia pahami dengan hatinya. (Ijtima' al Juyusy al Islamiyyah 1/40) . #Syiar Tholabul Ilmi Sunnah (65) #perkongsianMaya #IslamForU ┈••••○❁🌻❁○••••

Surah Jumuah:9, Bersegeralah solat jumaat. “Wahai orang-orang yang beriman, apabila (seruan) untuk melaksanakan solat pada hari Jumat telah dikumandangkan, segeralah mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli” Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatu. #perkongsianMaya #IslamForU