cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Nota Musaddad

تقييد العلم بالكتابة = Ilmu ditambat dengan penulisan

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
3 135
المشتركون
+524 ساعات
+167 أيام
+5130 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

لَا ضَرَرَ، ولا ضِرَارَ "Jangan mengambil kesempatan dengan menyakiti orang lain, dan jangan menyakiti orang lain yang tiada manfaat buatmu." Terjemahan ini berdasarkan tafsiran al-Khushanī (w. 286), seorang pakar bahasa Arab: الضَرَر: الذي لك فيه منفعة، وعلى جارك فيه المَضَرَّة. الضِرَار: الذي ليس لك فيه منفعة، وعلى جارك فيه المضرة. Terdapat tafsiran lain, semuanya berlegar pada larangan menyakiti dan menyebabkan kemudaratan pada mana-mana pihak.
إظهار الكل...
👍 8🙏 1👌 1
Repost from MUHIM UIAM Official
Photo unavailableShow in Telegram
Kehadiran 10 hari pertama Zulhijjah seringkali tidak diberi perhatian sebagaimana 10 hari terakhir Ramadan dari sudut menghidupkan dengan ibadah. Barangkali kerana ramai tidak mengetahui kelebihannya. MUHIM UIAM menganjurkan majlis bacaan hadis serta komentar ringkas ke atas sebuah kitab yang menghimpunkan kelebihan 10 awal Zulhijjah oleh ulama hadis yang agung. Ayuh ketahui keagungannya! Ketetapan majlis seperti berikut: 📚Fadhl 'Asyr Dhi al-Hijjah- Imam Ibn Abi Dunya رحمه الله (ulama hadis agung) 👨‍🏫 Shaykh Dr. Abdulrahman Alosman 🗓 7 Jun 2024 📌 Jumaat 🕗 8.30 am - 12.00 pm 📍KENMS Presentation Lab B (PLB), UIAM Gombak 💰 RM3 Pembayaran: 166010518545 (Maybank) Muhammad Zharif Ref: Majlis Hadis Zulhijjah 🎥 Rakaman Disediakan Pautan pendaftaran: https://bit.ly/Majlis_Hadis_Zulhijjah . Sebarang persoalan: http://wasap.my/60192219931 (Br. Omar) . Jemput ikuti saluran rasmi telegram MUHIM UIAM bagi mendapatkan info-info terkini pengajian: https://t.me/MUHIM_UIAM_Official "Ta'leem, Ta'leef, Tarjamah"
إظهار الكل...
👍 6
Yang memujuk jiwa: Mereka yang terkorban sudah terpateri gelar mereka sebagai syahid. Tinggal kita untuk terus berjuang di dunia penuh sukar ini.
إظهار الكل...
👍 19 10😢 3
Duhai Allah, yang menurun al-Kitab, yang menyegerakan hitungan Hisab, binasakanlah pakatan Zionis Israel. Ya Allah, hamba-Mu yang hina ini bertawasul dengan segala nama-Mu yang terindah. Engkau al-Azīz, yang Mulia Perkasa, Engkau al-Qawī, Maha Kuat, Engkau Dhū Intiqām, yang empunya dendam, Engkaulah yang membinasakan sekalian pakatan jahat — binasakanlah Yahudi dan sesiapa yang berpakat untuk menyakiti para kekasih-Mu. Ya Allah, Engkau al-Raḥīm, maha mengasihani insan-insan beriman, Engkau al-Laṭīf, maha lembut kepada manusia, Engkau al-Wali, pembela kekasih-Mu, —bantulah hamba-hamba-Mu di Palestin, mereka menyembah-Mu, mengesakan-Mu, dan Engkau al- ʿAlīm, maha tahu segala itu. Wahai Allah, hentikanlah aliran darah kaum Muslimin para kekasih-Mu, pancunglah kaum musyrikin yang melampaui batas-Mu, sesungguhnya tiada yang mampu menghalang-Mu.
إظهار الكل...
👍 27 15❤‍🔥 7🔥 6
Malik bin Dinar berpesan, إذا طلب العبدُ العلمَ ليعمَلَ به كسَرَهُ عِلمُه، وإذا طلبه لغير العمل به زادَه كِبرًا. "Sekiranya seseorang itu menuntut ilmu dengan tujuan untuk beramal dengannya, ilmunya akan menjadikannya rendah diri. Sekiranya dia menuntut ilmu dengan selain tujuan beramal, ilmu itu menambah kesombongannya." —Shuʿab al-Īmān
إظهار الكل...
38👍 8
Photo unavailableShow in Telegram
[Karamah Syahid Gaza] Shaykh Hamzah Abu Tuhah, ilmuwan bahasa dari Gaza menceritakan: Semalam, dek terlalu kepenatan, saya tertidur sebelum solat Isyak. Dalam tidurku, saya bermimpi melihat Ma'ruf, sahabat saya yang gugur syahid tempoh hari. Dahulu, kami pernah saling berjanji, sesiapa yang meninggal dahulu di antara kami, akan menziarahi yang masih hidup dalam tidur. Semenjak dia syahid tempoh hari, tiada mimpiku yang terlepas melihatnya. Malam tadi, saya bertanya lagi tentang keadaannya. Jawabnya, "Saya dalam nikmat yang berterusan. Tetapi engkau bangunlah, solat Isyak." Lalu saya terjaga, dan mendapati hanya 10 minit sahaja sebelum masuk subuh. Saya bingkas solat Isyak. Kemudian masuk subuh, saya solat dan mendoakan untuk sahabatku yang dikasihi itu.
إظهار الكل...
42👍 6❤‍🔥 4😢 3
Imam Fudayl bin Iyad berkata, "Sekiranya saya ada slot doa makbul, saya akan khususkan untuk doakan kebaikan pemerintah." Apabila ditanya mengapa, beliau berkata, "Jika saya mendoakan untuk kebaikan peribadiku, hanya padaku kebaikan itu terkepung. Sebaliknya jika saya mendoakan kebaikan untuk pemerintah, kebaikan itu akan terlimpah buat umat dan negara." — Hilyat al-Awliya’, 8/91.
إظهار الكل...
28👍 9
Photo unavailableShow in Telegram
إظهار الكل...
👍 5 4
Repost from MUHIM UIAM Official
Photo unavailableShow in Telegram
Lensa Sarwa Ep.1| Boikot: Function ke? Dalam kehangatan kempen #BLOCKOUT2024 🔥, juga kebobrokan jenayah-jenayah rejim Isr4el terhadap rakyat Palestin; setiap jiwa muslim yang menyayangi saudaranya pasti terketuk untuk melakukan sesuatu. Seruan-seruan untuk memboikot produk-produk yang berkaitan Isr4el kini tidak lekang daripada perkongsian-perkongsian asatizah mahupun masyarakat awam. Kita mula tertanya-tanya, adakah cara memboikot ini benar-benar berkesan? Jika benar, produk mana mahu diboikot? Bagaimana dengan produk-produk yang tak mampu diboikot? Ikuti perkongsian kami pada hari sabtu (18 Mei 2024) di reruang X @MuhimUiam, bagi mengupas hukum-hakam berkaitan boikot, realiti berkaitan keberkesanan boikot dan garis panduan memboikot ‼️ Ikuti X MUHIM UIAM di sini: https://x.com/MuhimUiam?t=0QyocS_QJI2d4pAY20qPtw&s=09
إظهار الكل...
👍 9
Khalifah Umar bin Abdul Aziz (w. 63H) membingkis sepucuk surat kepada pengasuh puteranya: "Mulakan asuhanmu dengan menerapkan kebencian kepada hiburan-hiburan muzik; yang permulaannya daripada syaitan, kesudahannya adalah kemurkaan al-Rahman. Telah sampai kepadaku melalui ulama yang dipercayai, bahawa bunyian muzik, mendengar nyanyian dan mendendangkannya, akan menumbuhkan kemunafikan dalam jiwa, sepertimana tumbuhnya alga di atas air." — Dhamm al-Malāhī, ibn Abu al-Dunyā, no. 51, Talbīs Iblīs, Ibn al-Jawzī, h. 209. Lihat: Ighāthat al-Lahfān, 1/442.
إظهار الكل...
👍 21 6😭 5😢 3 1