ar
Feedback
HRD Corp

HRD Corp

الذهاب إلى القناة على Telegram

Human Resource Development Corporation 𝐷𝑒𝑙𝑖𝑣𝑒𝑟𝑖𝑛𝑔 𝑄𝑢𝑎𝑙𝑖𝑡𝑦, 𝐷𝑒𝑣𝑒𝑙𝑜𝑝𝑖𝑛𝑔 𝐸𝑥𝑐𝑒𝑙𝑙𝑒𝑛𝑐𝑒

إظهار المزيد
1 660
المشتركون
-224 ساعات
-37 أيام
-230 أيام
أرشيف المشاركات
Bahasa, budaya dan tradisi yang berbeza melahirkan sebuah identiti tanah air yang kita kongsi bersama. Kepelbagaian kita buka
Bahasa, budaya dan tradisi yang berbeza melahirkan sebuah identiti tanah air yang kita kongsi bersama. Kepelbagaian kita bukanlah tembok perbezaan, tetapi anyaman yang mengikat kita menjadi satu. Kita menemukan kekuatan dalam kebersamaan dan membina harapan. 𝐒𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐌𝐞𝐧𝐲𝐚𝐦𝐛𝐮𝐭 𝐇𝐚𝐫𝐢 𝐌𝐚𝐥𝐚𝐲𝐬𝐢𝐚 𝟐𝟎𝟐𝟔. #HRDCorp #HariMalaysia2026 #HariMalaysia #MalaysiaMADANI

🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 4/2026 kini dibuka bagi Pembekalan 354 Unit Komputer Riba melalui P
🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 4/2026 kini dibuka bagi Pembekalan 354 Unit Komputer Riba melalui Pajakan Tiga (3) Tahun, Pembelian Terus dengan Pilihan Beli Balik Selepas Tiga (3) Tahun, atau Pembelian Terus dengan Pemilikan Penuh untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada tenderhrdc@hrdcorp.gov.my dan daftar serta semak maklumat lanjut menerusi hrdcorp.gov.my/ms/perolehan #HRDCorp #Perolehan #Tender #RFP #VendorCall

🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 3/2026 kini dibuka bagi Perkhidmatan Langganan Awan dan Sokongan In
🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 3/2026 kini dibuka bagi Perkhidmatan Langganan Awan dan Sokongan Infrastruktur Awan untuk Alibaba Cloud dan Amazon Web Services (AWS) untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada tenderhrdc@hrdcorp.gov.my dan daftar serta semak maklumat lanjut menerusi hrdcorp.gov.my/ms/perolehan #HRDCorp #Perolehan#Tender #RFP #VendorCall

🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 3/2026 kini dibuka bagi Perkhidmatan Langganan Awan dan Sokongan In
🚨 PELUANG UNTUK MENGHANTAR TENDER KINI DIBUKA PSMB (RFP) 3/2026 kini dibuka bagi Perkhidmatan Langganan Awan dan Sokongan Infrastruktur Awan untuk Alibaba Cloud dan Amazon Web Services (AWS) untuk Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB). Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila e-mel kepada tenderhrdc@hrdcorp.gov.my dan daftar serta semak maklumat lanjut menerusi hrdcorp.gov.my/ms/perolehan #HRDCorp #Perolehan#Tender #RFP #VendorCall

The stage is set. Excellence deserves the spotlight. Stay tuned for the nation’s most prestigious recognition in human capita
The stage is set. Excellence deserves the spotlight. Stay tuned for the nation’s most prestigious recognition in human capital development. #HRDAwards2026 #HRDCorp #MalaysiaMADANI #FutureReadyWorkforce

🇲🇾 Ayuh raikan Hari Malaysia bersama HRD Corp! Sertai 𝗛𝗥𝗗 𝗖𝗼𝗿𝗽 𝗢𝗽𝗲𝗻 𝗗𝗮𝘆: 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹�
🇲🇾 Ayuh raikan Hari Malaysia bersama HRD Corp! Sertai 𝗛𝗥𝗗 𝗖𝗼𝗿𝗽 𝗢𝗽𝗲𝗻 𝗗𝗮𝘆: 𝗘𝗱𝗶𝘀𝗶 𝗞𝗵𝗮𝘀 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 yang akan berlangsung pada 10 September 2026 (Khamis) di ibu pejabat dan seluruh pejabat cawangan HRD Corp. Pelbagai aktiviti interaktif dan menarik menanti anda. Jom sama-sama kita semarakkan semangat perpaduan dan raikan kepelbagaian Malaysia! ❤️ #HRDCorp #HRDCorpOpenDay #HariMalaysia2026 #MalaysiaMADANI

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke‑69. Dari jiwa yang teguh berdiri, lahirlah Malaysia yang lebih kuat, lebih bersatu, lebi
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke‑69. Dari jiwa yang teguh berdiri, lahirlah Malaysia yang lebih kuat, lebih bersatu, lebih harmoni dan sejahtera. Semoga semangat merdeka terus hidup dalam jiwa kita semua. #HRDCorp #Merdeka #HariKebangsaan #Merdeka69 #MalaysiaMadani #JiwaMerdeka

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Marilah kita ber
SALAM MAULIDUR RASUL 1448H ‎۞ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞ Marilah kita bersama-sama menghayati nilai-nilai murni yang menjadi tunjang umat Islam, dengan mencontohi sunnah dan akhlak mulia Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian. Semoga penghayatan ini menjadi pedoman dalam membentuk masyarakat yang harmoni, bersatu padu dan sejahtera, diberkati Allah SWT. Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H. #HRDCorp #MaulidurRasul1448H #MADANIDihayatiUmmahDiberkati #MalaysiaMADANI

📢 Makluman untuk Majikan dan Penyedia Latihan! Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, pastikan anda perolehi m
📢 Makluman untuk Majikan dan Penyedia Latihan! Sempena sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia, pastikan anda perolehi maklumat terkini berkaitan pekeliling baharu HRD Corp. 🔗 Layari https://hrdcorp.gov.my/circulars untuk butiran lanjut. #HRDCorp #MalaysiaMADANI #PekelilingBaharu #HariKebangsaan2026 #HariMalaysia2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Semoga YAB Dato' Seri sentiasa d
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Semoga YAB Dato' Seri sentiasa dikurniakan kesihatan dan kekuatan dalam memikul amanah menerajui kepimpinan negara. Kami mendoakan agar segala usaha dan iltizam yang digerakkan terus membawa Malaysia ke arah kemajuan yang mampan, kemakmuran yang dikongsi bersama serta kesejahteraan seluruh rakyat. #HRDCorp #UlangTahunYABPMX #PerdanaMenteri #MalaysiaMADANI

Pengumuman Tawaran Permohonan Cadangan (RFP) HRD Corp kini membuka permohonan tender baharu. Ini merupakan peluang untuk anda
+1
Pengumuman Tawaran Permohonan Cadangan (RFP) HRD Corp kini membuka permohonan tender baharu. Ini merupakan peluang untuk anda mengemukakan cadangan dan kepakaran dalam menyokong keperluan operasi kami. Untuk maklumat lanjut mengenai syarat, garis panduan dan tatacara permohonan, sila layari hrdcorp.gov.my/procurement. ### Open Call for RFP HRD Corp is now inviting submissions for new tender. This is an excellent opportunity to contribute your expertise and support our operational needs. For more information on the submission guidelines and procedures, please visit hrdcorp.gov.my/procurement. #HRDCorp #TenderOpportunities #Perolehan #TenderMalaysia #RFP

Masa depan negara bermula dengan pembangunan modal insan. Petikan ucapan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Ramanan Ramakri
+3
Masa depan negara bermula dengan pembangunan modal insan. Petikan ucapan Menteri Sumber Manusia, YB Dato' Sri Ramanan Ramakrishnan semasa Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026 di UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh. Bersama memperkasa bakat, meningkatkan kemahiran dan membina Malaysia yang lebih berdaya saing melalui pembelajaran sepanjang hayat. #NationalTrainingWeek2026 #NTW2026 #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI #Upskilling #Reskilling

Esok dah! 🤩 Hangpa dah ready ka? Jangan dok bagi alasan dah, mai pakat turun Permatang Pauh! 💚 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinan
Esok dah! 🤩 Hangpa dah ready ka? Jangan dok bagi alasan dah, mai pakat turun Permatang Pauh! 💚 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh 🗓️ 25 & 26 Julai 2026 Latihan PERCUMA, pameran interaktif, perkongsian daripada pemain industri, cabutan bertuah, persembahan artis dan macam-macam lagi dok tunggu hangpa. Daftar sekarang di nationaltrainingweek.gov.my. Mai awai, mai ramai-ramai. Jumpa hangpa esok! 🙌 #NationalTrainingWeek #NTW2026 #PelajariAlamiKuasai #LearnExperienceMaster #UpskillMalaysia #FutureSkills #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI

Belajar dapat, inspirasi pun dapat. Jangan lepaih peluang untuk berjumpa dengan Abe Ming, Nana Asry, Dharshamini Kesavan, Pak
Belajar dapat, inspirasi pun dapat. Jangan lepaih peluang untuk berjumpa dengan Abe Ming, Nana Asry, Dharshamini Kesavan, Pak Wee, Laparpo & ramai lagi! 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh 🗓️ 25 Julai 2026 Masuk percuma. Mai naa! 💚 #NationalTrainingWeek #NTW2026 #PelajariAlamiKuasai #LearnExperienceMaster #UpskillMalaysia #FutureSkills #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI #VisitMalaysia2026

Jom Pakat Mai ke Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026! Tudiaaa... Tinggai berapa hari ja lagi. Toksah lepaihkan
+3
Jom Pakat Mai ke Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026! Tudiaaa... Tinggai berapa hari ja lagi. Toksah lepaihkan peluang ni, hangpa. Ada banyak sangat aktiviti yang baguih dok ada untuk semua orang join. 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh 🗓️ 25 & 26 Julai 2026 🎟️ Masuk PERCUMA! Cakap banyak takmau, hangpa swipe ja dan tengok aktiviti-aktiviti menarik dok tunggu hangpa. MAI, JANGAN TAK MAI! Daftar la ni juga di www.nationaltrainingweek.gov.my #NationalTrainingWeek #NTW2026 #PelajariAlamiKuasai #LearnExperienceMaster #UpskillMalaysia #FutureSkills #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI #VisitMalaysia2026

Pulau Pinang, kami datang! NTW 2026 sudah sampai di destinasi terakhir. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripad
+6
Pulau Pinang, kami datang! NTW 2026 sudah sampai di destinasi terakhir. Jangan lepaskan peluang untuk jadi sebahagian daripada Majlis Kemuncak NTW 2026 yang penuh dengan aktiviti menarik, pengalaman baharu dan pelbagai peluang pembelajaran. 📅 25 – 26 Julai 2026 (Sabtu & Ahad) 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh ▪️Dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Utama Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia. Jom pakat mai! Bawak mak, ayah, adik, kakak, member sekali. Kita jumpa di Penang! 💚 #NTW2026 #MalaysiaMADANI #HRDCorp #KESUMA #PulauPinang

3 hari lagi! Mai ramai-ramai ke Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026, sertai komuniti pembelajaran terbesar di M
3 hari lagi! Mai ramai-ramai ke Majlis Kemuncak National Training Week (NTW) 2026, sertai komuniti pembelajaran terbesar di Malaysia. 📍 UiTM Cawangan Pulau Pinang, Permatang Pauh 🗓️ 25 & 26 Julai 2026 Jom tengok sendiri pelbagai latihan PERCUMA, pameran interaktif, perkongsian daripada pemain industri serta aktiviti-aktiviti menarik, khusus untuk membantu anda meningkatkan kemahiran diri. Jangan tunggu lagi. Daftar sekarang di www.nationaltrainingweek.gov.my Mai pakat buat ramai! #NationalTrainingWeek #NTW2026 #PelajariAlamiKuasai #LearnExperienceMaster #UpskillMalaysia #FutureSkills #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI

For those seeking factual insights and context, this article by The Edge is a must-read. Read here: https://theedgemalaysia.com/node/810254 #HRDCorp #KESUMA #MalaysiaMADANI #TheEdge

Orang Sabah! Bah, kami datang ni! 📢 National Training Week (NTW) 2026 akan membuka tirainya di Sandakan. Mari sama-sama kita
Orang Sabah! Bah, kami datang ni! 📢 National Training Week (NTW) 2026 akan membuka tirainya di Sandakan. Mari sama-sama kita memeriahkan Majlis Pelancaran NTW 2026. 🗓️ 18 Julai 2026 (Sabtu) 🕗 8.00 pagi – 3.30 petang 📍 Dewan Masyarakat Sandakan, Sabah Macam-macam latihan kemahiran PERCUMA, pameran interaktif, demonstrasi teknologi, aktiviti mewarna dan banyak lagi! Ndak kira anda pelajar, sedang mencari kerja, pekerja atau usahawan, inilah peluang untuk menambah ilmu, meningkatkan kemahiran dan membuka lebih banyak peluang untuk masa depan. Layari nationaltrainingweek.gov.my dan daftar sekarang! Jumpa kita di Sandakan, bah! Jangan kasi lepas peluang ni! 🙌 #NTW2026 #MalaysiaMADANI #HRDCorp #KESUMA #Sabah

Al-Fatihah Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Shaifulizan bin Rusini yang
Al-Fatihah Dengan penuh rasa dukacita, kami merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Shaifulizan bin Rusini yang telah kembali ke Rahmatullah pada 9 Julai 2026. Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau di HRD Corp, segala sumbangan, komitmen dan jasa yang dicurahkan amat dihargai dan akan sentiasa dikenang. Seluruh warga HRD Corp Heroes mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, mengampunkan segala dosanya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Amin Ya Rabbal Alamin. #HRDCorp #HRDCorpHeroes #AlFatihah #Takziah