cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Pena Dr. Idris Sulaiman

Dari Pena Dr. Idris Sulaiman

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
5 488
المشتركون
+524 ساعات
+777 أيام
+8630 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

06:35
Video unavailableShow in Telegram
𝗦𝘆𝘂𝗯𝗵𝗮𝘁: 𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗪𝗶𝗹𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗬𝗮𝗸𝗷𝘂𝗷 𝗠𝗮𝗸𝗷𝘂𝗷 𝗗𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗣𝗲𝘁𝗮 / 𝗧𝗮𝗸 𝗡𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗧𝗲𝗺𝗯𝗼𝗸 𝗬𝗮𝗸𝗷𝘂𝗷 𝗠𝗮𝗸𝗷𝘂𝗷 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/ZhQuxaRO4Co 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYmvHqdd 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/sXtPxVa_e8 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C8qz84UpO9k 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
إظهار الكل...
videoplayback.mp427.98 MB
5👍 1
00:48
Video unavailableShow in Telegram
𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗜𝗱𝗿𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗻𝘁𝗶 𝗔𝗻𝗮, 𝗜𝗻𝘀𝘆𝗮-𝗔𝗹𝗹𝗮𝗵 ⎼ 𝗨𝗥𝗗 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtube.com/shorts/u96JJtW6PgE 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYmrXsgb 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://www.facebook.com/reel/1028604848627558 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C8oPKivCjct 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
إظهار الكل...
videoplayback.mp42.43 MB
30👍 7
02:50
Video unavailableShow in Telegram
𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗻 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮𝗸 𝗠𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁 𝗧𝗮𝗮𝘁 𝗣𝗲𝗺𝗲𝗿𝗶𝗻𝘁𝗮𝗵 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/RMdNSQ3PH4Q 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYaur9ak 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/sUt4t0KNh0 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C8k_G85sqwY 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
إظهار الكل...
videoplayback.mp47.72 MB
21👍 4🤔 1
NAMA URD DIBERSIHKAN DARIPADA TOHMAHAN FAHAMAN RADIKAL Ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim tempoh hari atas pemergian Allahyarham Ustaz Rasul Dahri secara tidak langsungnya membersihkan nama Allahyarham daripada segala tohmahan yang dilemparkan ke atas Allahyarham kononnya beliau membawa fahaman radikal dan keganasan. Sudah bertahun-tahun tohmahan ini dijaja oleh sesetengah pihak sedangkan Allahyarham hanya bersabar menghadapinya. Apa yang pasti ia merupakan tohmahan tidak berasas yang berdiri atas dasar syak wasangka buruk tanpa sekelumit bukti. Sedangkan mereka yang kenal rapat Allahyarham sangat maklum bahawa Allahyarham tegar membawa mesej keamanan dan keharmonian yang ditekankan dalam dakwah Salaf al-Soleh, jauh sekali daripada ideologi radikal, keganasan dan subversif. Allahyarham selalu menegaskan kepentingan menjaga kesepakatan dan kerukunan di samping melarang perbuatan menghasut, menyemai kebencian dan perpecahan dalam masyarakat. Malah Allahyarham banyak menulis buku dan risalah mengenainya termasuklah risalah beliau mengenai haramnya mengadakan demonstrasi jalanan kerana kerosakan, huru-hara dan ketidakstabilan yang akan timbul akibatnya. Dengan kata lain, pegangan Allahyarham bertentangan sama sekali dengan apa yang ditohmahkan. Tulisan buku-buku dan rakaman kuliah-kuliah Allahyarham menjadi sebesar-besar bukti. Tidak kurang kelirunya tohmahan yang mengatakan bahawa Allahyarham membawa pemikiran Khawarij takfiri, istilah agama untuk mereka yang membawa fahaman radikal dan keganasan. Ini juga tohmahan buruk daripada mereka yang jahil dan berniat jahat. Apa yang pasti manusia melakukan tipu daya sedangkan Allah ﷻ jua yang membalas tipu daya mereka. Firman Allah ﷻ: وَمَكَرُواْ وَمَكَرَ ٱللَّهُۖ وَٱللَّهُ خَيۡرُ ٱلۡمَٰكِرِينَ “Dan mereka merancangkan tipu daya sedangkan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah) Allah sebijak-bijak yang membalas (dan menggagalkan segala jenis) tipu daya.” [Al-Quran, Aali Imran, 3:54] Semoga Allah ﷻ merahmati Allahyarham dan meninggikan darjatnya di sisiNya ﷻ. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 15 Zulhijah 1445H 22 Jun 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Boleh sumbang melalui: SURAU AL HIDAYAH BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1
إظهار الكل...
29👍 16
1
URD DALAM KENANGAN Allahyarham Ustaz Rasul Dahri sudah pun pergi. Beliau istiqamah berdakwah sampai hari terakhir. Mahu membantu agama Allah atau memilih jalan menyimpang adalah pilihan masing-masing. Allah ﷻ berfirman: وَقُلِ ٱلۡحَقُّ مِن رَّبِّكُمۡۖ فَمَن شَآءَ فَلۡيُؤۡمِن وَمَن شَآءَ فَلۡيَكۡفُرۡۚ إِنَّآ أَعۡتَدۡنَا لِلظَّٰلِمِينَ نَارًا أَحَاطَ بِهِمۡ سُرَادِقُهَا “Dan katakanlah: Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhanmu maka barang siapa mahu beriman hendaklah dia beriman, dan barang siapa mahu kufur maka biarlah dia kufur. Sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka yang meliputi mereka.” [Al-Quran, al-Kahfi, 18:29] FirmanNya ﷻ: يُرِيدُونَ أَن يُطۡفؤواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَيَأۡبَى ٱللَّهُ إِلَّآ أَن يُتِمَّ نُورَهُۥ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ “Mereka hendak memadamkan cahaya Allah dengan mulut mereka sedangkan Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya sekalipun orang-orang kafir tidak suka.” [Al-Quran, al-Taubah, 9:32] Agama Allah tetap akan menang. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 14 Zulhijah 1445H 21 Jun 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Boleh sumbang melalui: SURAU AL HIDAYAH BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1
إظهار الكل...
👍 24 10
Photo unavailableShow in Telegram
07:09
Video unavailableShow in Telegram
𝗧𝗮𝘇𝗸𝗶𝗿𝗮𝗵 𝗗𝗶 𝗣𝗲𝗻𝗴𝗲𝗯𝘂𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗨𝘀𝘁𝗮𝘇 𝗥𝗮𝘀𝘂𝗹 𝗗𝗮𝗵𝗿𝗶 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗬𝗼𝘂𝘁𝘂𝗯𝗲: https://youtu.be/bgoRe0Gq2s4 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗧𝗶𝗸𝘁𝗼𝗸: https://vt.tiktok.com/ZSYPscFjP 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗙𝗮𝗰𝗲𝗯𝗼𝗼𝗸: https://fb.watch/sQy7ywT6cd 𝗩𝗶𝗱𝗲𝗼 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗮𝗴𝗿𝗮𝗺: https://www.instagram.com/reel/C8dUFeCNQ4E 𝗠𝗼𝗵𝗼𝗻 𝗳𝗼𝗹𝗹𝗼𝘄 𝗗𝗜𝗦 🫱🏻‍🫲🏽 Whatsapp: https://whatsapp.com/channel/0029Va1s9U0HltYIiPyD5U14 Telegram: https://t.me/penaustazidrissulaiman Salurkan sumbangan anda kepada Surau melalui: BANK ISLAM No. Akaun: 12092010017971 SURAU AL HIDAYAH Semoga bermanfaat dan sebar-sebarkan. بارك الله فيكم.
إظهار الكل...
videoplayback.mp431.37 MB
21👍 5👏 1
Syukur atas nikmat Islam dan al-Sunah. Harapan tinggi agar jenazah kita pun diurus begitu, tanda husnul khatimah pengakhiran yang diimpikan oleh semua. Tepat jam 12 tengah malam selesai semua urusan pengebumian jenazah Allahyarham. Alhamdulillah syukur. Segala urusannya dipermudahkan. Saya dan rakan-rakan berkunjung semula ke rumah Allahyarham untuk bertemu ahli keluarga dan mengucapkan takziah. Saya dimaklumkan bahawa balu Allahyarham mahu berjumpa. Beliau yang sudah pun uzur berkerusi roda menceritakan detik-detik terakhir Allahyarham pada hari itu. Harinya bermula seperti biasa, tiada apa-apa di luar kebiasaan. Malah pada sebelah malamnya Allahyarham dijadualkan akan mengadakan rakaman kuliah seputar bidaah Yasinan dan upah khatam Al-Quran. Gigihnya Allahyarham berdakwah sampai ke hari terakhir. Pengakhiran yang sangat dicemburui. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dalam kamar tidur di atas katil di sisi isteri sekitar jam 4 petang semalam, 12 Zulhijah 1445H bersamaan 19 Jun 2024. Beliau meninggalkan seorang balu dan 13 anak, 6 lelaki dan 7 perempuan. Menariknya balu Allahyarham ada menyebut seperkara mengenai sebuah peristiwa yang berlaku atas Allahyarham pada awal bulan. Barangkali dalam kesempatan lain diceritakan. Penting juga sebenarnya. Selesai solat Maghrib dan Isyak secara jamak dan qasar kami terus berlangsung pulang kerana waktu sudah pun larut malam. Benarlah perjalanan pada waktu malam bumi dilipatkan kerana perjalanan lancar dan pantas. Tidak pula rasa lama dan masa berjalan begitu cepat, tanpa rasa ngantuk. Semakin hampir ke destinasi Kajang tidak semena-mena hujan lebat turun mencurah-curah. Jarang begitu. Allahuma sayyiban nafian. Sampai di rumah waktu sudah pun Subuh. Semalaman di atas jalan raya dari Maghrib ke Subuh. Alhamdulillah dapat hadir menjenguk Allahyarham buat kali terakhir dan semuanya lancar mudah. Semoga Allah ﷻ mengampuni al-Fadil Ustaz Rasul bin Dahri rahimahullah, meninggikan darjat dan memberi sebaik-baik ganjaran syurga Firdaus buat Allahyarham. Amin. Dr. Idris bin Sulaiman Kajang 13 Zulhijah 1445H 20 Jun 2024 https://idrissulaiman.com ------------------- Boleh sumbang melalui: SURAU AL HIDAYAH BANK ISLAM No. Akaun: 12-092-01-001797-1
إظهار الكل...
65😢 18👏 1
ALLAHYARHAM USTAZ RASUL DAHRI Ramai terkejut mendapat khabar duka petang semalam. Allahyarham Ustaz Rasul bin Dahri, guru yang banyak berjasa lebih tiga dekad, tokoh pejuang al-Sunah yang gigih menyampaikan dakwah Salaf al-Soleh di Malaysia sudah pergi menghadap Ilahi. Sudah beberapa tahun beliau kurang sihat tetapi tiada sesiapa menyangka bahawa beliau akan pergi begitu cepat sekali. Benar, itulah ajal rahsia Allah ﷻ, tiada siapa yang tahu dan tiada siapa yang dapat menduganya. Kali terakhir berbual dengan Allahyarham kurang dua minggu lepas melalui telefon. Suara beliau jelas dan terang seperti selalu. Tidak pula tampak sebarang beza. Siapa sangka suara yang begitu sudah pun pada hari ini pergi meninggalkan dunia. Hati merasa sangat berduka, air mata berlinangan akan tetapi tiada kata yang diucapkan kecuali apa yang diredai oleh Tuhan. Kami sudah lama kenal dengan Allahyarham dan keluarganya sejak saya masih kecil sewaktu berada di Tanah Suci Mekah. Waktu itu ayahanda saya dan Allahyarham belajar di universiti yang sama, Universiti Umm al-Qura. Kedua-dua keluarga menetap di sana beberapa tahun. Terharu membaca ucapan takziah YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan. Allahyarham seorang pendakwah negara yang diakui ramai. Semoga Allah ﷻ membalas jasa bakti beliau dengan sebaik-baik balasan. Selama ini acap kali sahabat-sahabat mengajak untuk bertandang ke rumah Allahyarham tetapi saya sering berdalih rumah beliau sangat jauh. Memang rumah Allahyarham agak jauh dari Kajang memakan masa berjam-jam berkereta ke Johor. Apakan daya, takdir mengatasi segala-gala apabila mendapat khabar duka petang semalam yang disahkan oleh anakanda Allahyarham. Saya kumpulkan segala azam dan tenaga untuk terus bertolak ke rumah Allahyarham bersama rombongan lewat petang semalam. Kami bergerak terus naik kereta dan hanya berhenti sekali sahaja untuk mengisi minyak. Risau pada awal perjalanan tidak tahu sama ada jenazah akan diuruskan pada malam itu juga atau keesokan harinya. Selang beberapa jam dalam perjalanan terjelas buat kami bahawa jenazah benar-benar akan diuruskan pada malam itu juga. Timbul pula kekhuatiran bahawa kami tidak akan sempat melihat jenazah Allahyarham sebelum dikebumikan. Satu jemaah silih berganti sedang mensolatkan Allahyarham, kami dimaklumkan kerana ruangan terhad. Sementara itu kubur masih lagi digali menunggu untuk disiapkan. Sekitar sejam sebelum tiba anakanda Allahyarham menelefon untuk bertanya di mana dan memaklumkan bahawa masih ada jemaah yang mensolatkan jenazah. Lega mendengarnya. Hampir jam 11 malam baru kami tiba di perkarangan rumah Allahyarham. Terkejut kerana terlalu ramai yang masih menunggu untuk jenazah dibawa ke perkuburan. Ratusan jumlah mereka yang menghurung di perkarangan rumah. Saya dan rombongan terus diiring masuk ke ruang tamu rumah tempat jenazah ditempatkan. Salah seorang waris membuka kain penutup. Tertampaklah wajah Allahyarham tenang matanya tertutup seakan sedang tidur. Saya kucup dahi beliau. Setelah itu kami pun laksanakan solat jenazah. Ternyata kami jemaah yang terakhir. Terima kasih kepada keluarga Allahyarham kerana sudi menunggu. Sejurus kemudian dimaklumkan bahawa kubur sudah pun siap digali lalu jenazah langsung dibawa ke tanah perkuburan tidak berapa jauh dari rumah. Berbondong-bondong mereka yang mengiringi jenazah Allahyarham. Sangat ramai walhal jam menunjukkan sudah hampir tengah malam. Setibanya di perkuburan jenazah diturunkan kemudian dibawa masuk ke dalam liang lahad sebelum dikambus dengan tanah. Saya diamanahkan oleh keluarga Allahyarham untuk memberi sepatah dua kata kepada para hadirin. Terharu dengan kepercayaan yang diberi. Alhamdulillah jenazah diurus sesuai dengan al-Sunah tanpa bertangguh-tangguh, langsung dimandikan dan dikafankan sebelum solat jenazah dan pengebumian. Tiada selingan acara bacaan wirid, doa beramai-ramai ataupun tokok tambah lain seperti mana yang banyak berlaku. Sebaliknya diurus dengan ringkas dan mudah seperti mana sepatutnya, selari dengan tuntutan agama.
إظهار الكل...
48🥰 1
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.