ar
Feedback
POSITIVE CIRCLE

POSITIVE CIRCLE

الذهاب إلى القناة على Telegram

Komuniti sokongan moral untuk semua. Himpunan bahan bersifat positif bagi memberi manfaat dan kebaikan kepada kehidupan. Jom sebarkan POSITIF

إظهار المزيد
828
المشتركون
-124 ساعات
+37 أيام
+430 أيام
أرشيف المشاركات
Cadangan bahan bacaan terbaik buat anda untuk 2025. https://vt.tiktok.com/ZS6Qh6eGE/ #positivecircle21 #kongsipositif

"Hidup bukan untuk dikenang semua, tapi mencurah bakti sepenuh jiwa...." Apabila diberi tanggungjawab atau pekerjaan, lakukan
"Hidup bukan untuk dikenang semua, tapi mencurah bakti sepenuh jiwa...." Apabila diberi tanggungjawab atau pekerjaan, lakukanlah dengan sebaik mungkin, mengikut kemampuan dan versi terbaik diri kita. Kerana hakikatnya, apabila kita tiada lagi di situ, pasti akan ada orang lain yang menggantikan tempat kita dan melakukannya mengikut cara serta versi mereka pula. Justeru, fokuslah untuk bersaing dengan prestasi diri kita sendiri. Tingkatkan apa yang mampu diperbaiki, bukan untuk dibandingkan dengan orang lain, tetapi demi menjadi versi terbaik diri kita dari hari ke hari.... ... Dah lama tak pakai seragam kerja ni. Harap masih dalam sizenya 🤣 #kongsipositif #positivecircle21

"Dalam dunia pembelajaran, kreativiti itu umpama sayap. Dengan sayap, kita boleh terbang lebih tinggi." Kadang-kadang, aktivi
"Dalam dunia pembelajaran, kreativiti itu umpama sayap. Dengan sayap, kita boleh terbang lebih tinggi." Kadang-kadang, aktiviti mudah tapi kreatif mampu buat peserta lebih seronok belajar. Serius, tak perlu alat canggih pun—cukup dengan idea aktiviti yang mampu buat semua orang ketawa, berfikir, dan bekerjasama. Pernah tak anda join satu aktiviti yang lepas habis, terus rasa "Eh, kenapa tak pernah fikir cara ni?" Cuba cerita pengalaman LDK paling kreatif yang anda pernah sertai di ruangan komen! Nak dengar cerita anda pula. #kongsipositif #positivecircle21

InsyaAllah lagi 20% untuk disiapkan. Moga dapat dikongsikan kepada semua nanti untuk jadikan sesi pelatihan kita lebih kreati
InsyaAllah lagi 20% untuk disiapkan. Moga dapat dikongsikan kepada semua nanti untuk jadikan sesi pelatihan kita lebih kreatif dan seronok. Tunggu dan doakan ya! #kongsipositif #positivecircle21

photo content

SIRI POSITIF: Komunikasi Rasulullah SAW Rasulullah SAW adalah contoh adab dan akhlak terbaik, termasuk dalam cara baginda berkomunikasi. Apabila bercakap dengan seseorang, baginda akan menghadap keseluruhan tubuhnya kepada individu tersebut, bukan sekadar menoleh. Ini menunjukkan betapa baginda menghargai dan memberikan perhatian sepenuhnya kepada orang yang bercakap dengan baginda. Tindakan ini mengajarkan kita tentang pentingnya menghormati orang lain, memberi fokus, hati dan badannya selaras, tidak berpura-pura dan tidak bersikap sambil lewa dalam komunikasi. Bayangkan, seorang Rasul yang begitu agung, tetapi tetap menzahirkan adab yang begitu indah! Mari kita cuba amalkan. Bila orang bercakap dengan kita, hentikan sekejap apa yang sedang kita buat, pandang dengan penuh perhatian, dan dengar dengan hati. Adab kecil, tapi impaknya besar! #kongsipositif #positivecircle21

"Air Pump Portable: Penyelamat Tayar Pancit Korang!" Bayangkan situasi ni: tengah drive, tiba-tiba tayar pancit. Kalau dulu b
+1
"Air Pump Portable: Penyelamat Tayar Pancit Korang!" Bayangkan situasi ni: tengah drive, tiba-tiba tayar pancit. Kalau dulu boleh terus tukar spare tyre, tapi sekarang banyak kereta dah tak ada tayar ganti. Kalau tayar masih boleh dipam, tak ke lega tak payah nak tukar tayar terus? Pam mini ni betul-betul lifesaver! Masa genting, korang cuma perlu pam tayar dan terus gerak ke kedai terdekat untuk cari penyelesaian. Tak perlu risau stranded tengah jalan. Serius, benda ni patut ada dalam setiap kereta. Sebab tayar ni, bila-bila je boleh bocor—tak kira tempat atau waktu. https://s.shopee.com.my/8pW1mzxsrU Harga pun mampu milik, tak perlu nak berhabis banyak. Yang penting, korang jimat tenaga dan masa. So, readykan satu untuk kereta korang hari ni! #kongsipositif #positivecircle21

SIRI POSITIF; Syoknya Stres, Urus Stres Kerja Beres! Semasa sesi pembentangan dapatan program bagi tugasan subjek Pengurusan Perkhidmatan Psikologi baru ni, pensyarah tanya saya kenapa tajuk program saya "Syoknya Stres, Urus Stres Kerja Beres!". Jawapan saya, konotasi stres selalu dalam bentuk yang sangat negatif, sedangkan stres pun ada kebaikannya jika terkawal. Jadi persepsi tersebut harus diubah. Kita perlu belajar menerima hakikat kita sentiasa hidup bersama stres namun kita harus belajar menguruskannya dengan baik. Hakikatnya, stres yang terkawal membantu kita berkembang, jadi lebih produktif, dan lebih kuat menghadapi cabaran hidup. Hidup ni tak lari dari stres. Kerja banyak, target tak tercapai, masalah keluarga—semua tu sebahagian dari perjalanan kita. Tapi Rasulullah SAW dah ajar kita satu doa yang sangat indah untuk membantu kita menguruskan stres dengan bijak. Doa ini diajarkan kepada sahabat Baginda, Abu Umamah, yang ketika itu tertekan dengan masalah: "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada kesedihan dan dukacita, aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan kedekut, dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan penindasan manusia." (Riwayat Abu Dawud) Lihat, dalam doa ni Rasulullah SAW mengajar kita untuk berlindung dari 8 punca utama stres: 1. Kesedihan - Rasa kecewa dengan masa lalu. 2. Dukacita - Bimbang tentang masa depan. 3. Kelemahan - Tak cukup keyakinan pada diri. 4. Kemalasan - Kurang tenaga untuk bertindak. 5. Pengecut - Takut menghadapi cabaran. 6. Kedekut - Sukar memberi walaupun sedikit. 7. Beban hutang - Masalah kewangan yang menghimpit. 8. Penindasan manusia - Rasa tertindas oleh orang lain. Amalkan doa ini dengan penuh keyakinan. Jadikan ia sebagai ‘senjata’ untuk melawan stres yang negatif. Stres itu neutral, yang penting cara kita kendalikan. Bila kita urus stres dengan baik, kerja jadi lancar, hati pun tenang. Jadi, apa kata kita tukar perspektif? Bila stres datang, kita katakan: "Syoknya stres ni! Tanda aku ada tanggungjawab dan peluang untuk buat yang terbaik." Hidup tak selamanya tenang, tapi dengan doa, usaha, dan hati yang positif, insyaAllah semuanya akan beres. #kongsipositif #positivecircle21 #notaDP

photo content

photo content

SIRI POSITIF: Kita Tak Boleh Kawal Orang Lain, Tapi Kita Boleh Kawal Diri Sendiri Hidup ini penuh warna. Kadang-kadang, kita rasa susah hati dengan tindakan orang lain—mungkin cara mereka bercakap, keputusan mereka buat, atau bagaimana mereka melayan kita. Tapi, hakikatnya kita tak mampu kawal orang lain. Apa yang kita boleh kawal? DIRI KITA. Kawal cara kita berfikir, respon kita, dan apa langkah seterusnya. Kalau dah terlajak marah, terlajak salah langkah—cepat-cepat tarik nafas, bertenang, dan bingkas bangun kembali. Kita perbaiki apa yang rosak supaya keadaan tak makin parah. Ingat, hidup ini bukan tentang menyalahkan orang lain. Ia tentang bagaimana kita bertindak balas. Kalau kita boleh ubah diri, insyaAllah keadaan sekeliling pun akan ikut berubah. Tindakan kita hari ini mungkin tak boleh ubah dunia, tapi ia cukup untuk ubah dunia kecil kita sendiri. Jadi, mulai sekarang, pilih untuk bangkit setiap kali jatuh. Pilih untuk tenang setiap kali diuji. Sebab yang pegang kunci perubahan hidup kita adalah kita sendiri. #kongsipositif #positivecircle21 #notaDP

SIRI POSITIF: Pagi-Pagi Jangan Lupa Urus Emosi! Pernah tak rasa pagi-pagi dah serabut? Tersalah cakap dengan pasangan, anak, atau rakan sekerja hanya sebab kita tak sempat pause dan urus emosi sendiri? Nah, inilah sebab kenapa "Emotional Regulation" penting terutamanya waktu pagi. Bila kita bangun, emosi kita macam “blank canvas”. Kalau kita lukis dengan stress, marah, atau kecewa, hasil sepanjang hari memang boleh jadi kacau-bilau. Sebaliknya, kalau kita isikan dengan tenang, syukur, dan semangat, kita dah set diri untuk menang sepanjang hari. Macam mana nak urus emosi waktu pagi? 1. Mulakan dengan syukur. Sebut dalam hati, “Alhamdulillah, aku masih hidup hari ni.” Nampak biasa, tapi rasa syukur boleh reset minda. 2. Tarik nafas dalam-dalam. Bagi masa 5 minit untuk grounding diri. Ingatkan diri, “Aku mampu hadapi apa pun hari ini.” 3. Fokus perkara positif. Contohnya, “Apa satu perkara baik yang aku boleh buat hari ni?” 4. Tulis atau fikir perkara yang buat kita rasa lega. Contoh: “Aku bersyukur ada kerja yang boleh jadi sumber rezeki kita.” Bila emosi pagi kita terkawal, kerja kita jadi lebih produktif, hubungan dengan orang lain pun lebih harmoni. Ingat, urus emosi pagi-pagi adalah cara kita menghormati diri sendiri dan persediaan untuk menang sepanjang hari! So, cuba start pagi ni dengan tenang, semangat, dan emosi yang terkawal. Pagi yang baik, hari yang hebat! Jom mulakan 2025 dengan kebijaksanaan emosi tinggi. #kongsipositif #notaDP

photo content

Semoga lembaran baru 2025 menambahkan lagi keberkatan, kebaikan dan kemudahan dalam semua urusan kita. Selamat Tahun Baharu 2
Semoga lembaran baru 2025 menambahkan lagi keberkatan, kebaikan dan kemudahan dalam semua urusan kita. Selamat Tahun Baharu 2025! InsyaAllah.... #kongsipositif #positivecircle21

Bagaimana nak menilai keberkesanan program? Jom baca di sini: https://www.facebook.com/share/p/15y9kjvN7v/ #kongsipositif #po
Bagaimana nak menilai keberkesanan program? Jom baca di sini: https://www.facebook.com/share/p/15y9kjvN7v/ #kongsipositif #positivecircle21

"Belajar Menerima Diri Sendiri" Pernah dengar tak, salah satu daripada 6 elemen kesejahteraan psikologi menurut Ryff adalah self-acceptance atau penerimaan diri? Elemen ni penting sebab ia jadi asas kepada kesihatan mental yang baik. Bila kita boleh terima diri sendiri, hidup kita jadi lebih tenang dan kurang tertekan. Menurut Ryff, orang yang ada penerimaan diri biasanya mampu tengok masa lalu dengan pandangan positif tanpa terlalu banyak rasa sesal. Penerimaan diri bukan bermaksud kita berhenti nak berubah atau perbaiki diri, tapi lebih kepada menerima siapa kita seadanya—dengan segala kelebihan dan kekurangan. Bila kita mula terima diri, kita akan rasa lebih yakin, kurang membandingkan diri dengan orang lain, dan lebih menghargai setiap perjalanan hidup kita. Sebaliknya, kalau kita terlalu keras pada diri sendiri, kita akan rasa tak puas, kecewa, dan mungkin hilang semangat untuk terus maju. So, apa kata kita mula perlahan-lahan. Maafkan diri atas kesilapan lama, hargai usaha kecil yang kita buat, dan percaya yang kita semua dalam proses jadi lebih baik, bukan untuk jadi sempurna. #kongsipositif #notaDP

photo content

"Kejayaan Bermula dengan Langkah Berani" Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi bersama sekumpulan individu hebat. Semasa be
"Kejayaan Bermula dengan Langkah Berani" Baru-baru ini saya berpeluang berkongsi bersama sekumpulan individu hebat. Semasa berdiri di hadapan khalayak, saya ingatkan diri sendiri dan mereka yang lain bahawa kita semua sedang dalam perjalanan ke arah perubahan yang lebih baik. Dalam hidup ini, kejayaan bukan soal siapa yang paling cepat sampai ke puncak, tetapi siapa yang berani melangkah meskipun jalannya sukar. Setiap usaha, sekecil mana pun, tetap membawa kita lebih dekat kepada impian. Sempat saya titipkan pesanan buat renungan bersama : 1. Berani bermula, walau ada yang meragui. 2. Terus belajar, kerana ilmu ialah senjata kita. 3. Berikan yang terbaik, kerana usaha yang ikhlas pasti membuahkan hasil. Tidak ada kejayaan yang datang tanpa usaha. Semoga perkongsian ini dapat memberi semangat kepada semua yang sedang berusaha mencapai impian. Ingat, kita lebih kuat daripada apa yang kita fikirkan! #kongsipositif #positivecircle21 #notaDP