cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
20 706
المشتركون
-124 ساعات
+47 أيام
-330 أيام
توزيع وقت النشر

جاري تحميل البيانات...

Find out who reads your channel

This graph will show you who besides your subscribers reads your channel and learn about other sources of traffic.
Views Sources
تحليل النشر
المشاركاتالمشاهدات
الأسهم
ديناميات المشاهدات
01
Media files
1 60011Loading...
02
Ibadah Korban Dan Hikmah Bersyukurlah di atas nikmat Allah keatas kita. Antara tanda bersyukur ialah dengan melaksanakan ibadat  fardhu dan ibadat sunat. Ibadat korban merupakan ibadat sunat yang paling disukai Allah pada hari raya Eidul Adha 10hb Zulhijjah dan hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Eidul Adha selain menyembelih korban. (Tirmizi No:1413) Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat. Rasulullah SAW  bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan Beruntunglah mereka yang berusaha melaksanakan ibadat korban yang merupakan satu daripada amalan yang amat digalakkan setiap kali kedatangan hari raya korban. Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah: 1. Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang telah diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu. Atas dasar ketaatan dan keikhlasan mereka, maka Allah SWT akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail AS digantikan dengan seekor kibash untuk disembelih. 2. Memupuk sikap prihatin dan peduli terhadap orang lain. Hal ini dapat dilihat melalui pengagihan daging korban kepada orang yang berhak menerimanya iaitu fakir miskin, jiran tetangga serta orang yang memerlukan. 3. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Belajarlah agar tidak mudah mengeluh dan tetap redha dan bertawakal kepada-Nya. Ketahuilah, apa pun ujian dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 156: ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَاجِعُونَ “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali” 4. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat pemurah  dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, bukan hak milik mutlak kita malah di dalamnya ada hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Harta itu hendaklah disalurkan melalui sedekah, infaq, zakat juga melalui ibadah korban. 5. Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلْأَنْعَٰمِ  فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا  وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), Marilah kita melaksanakan ibadat korban dengan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. https://t.me/kapsul_tazkirah
1 9468Loading...
03
Pencinta buku dan ilmu yang masih mencari buku-buku bermanfaat, banyak buku menarik menanti anda! Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
3 5202Loading...
04
Ikhlas Berkorban Sempena kedatangan Hari Raya Eidul Adha, antara ibadat yang amat disukai Allah ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan Ibadat korban merupakan syiar yang amat dituntut dengan kedatangan Hari Raya Edul Adha. Adakah kita telah memastikan bahawa kita akan melaksanakan ibadat korban pada tahun ini? Rasulullah SAW mengingatkan kita: كَنَا وُقُوفًا مَعَ النبى (ص) فَسْمَعَتْهُ  يَقُولُ : يَاأيُهَا النَّاس , عَلَى كُلِ أَهْلِ بَيْتٍ فِى كُلُّ عَامٍ أَضْحِيَة ”Kami wukuf bersama Rasulullah dan aku mendengar Baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, ke atas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap tahun” Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi. Berdasarkan hadis ini, Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan. Pelaksanaan ibadat korban sama ada disembelih oleh kita sendiri mahupun yang kita wakilkan untuk dilaksanakan ditempat lain seperti di luar negara, hendaklah dilakukan dengan seikhlas mungkin. Kita melaksanakan ibadah korban atas dasar taqwa kepada Allah bukan sekadar acara tradisi ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Firman Allah SWT: لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٧ “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya” (al-Haj ayat 37). Dalam Tafsir Al-Wajiz, Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan: Bukan hanya sembelihan binatang korban, daging serta darahnya sedikit pun tidak akan sampai kepada Allah, termasuk semua amal soleh yang lain melainkan ia dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan atas iman. Dalam ayat ini terdapat dorongan untuk berbuat ikhlas, baik dalam ibadah kurban mahupun dalam ibadah lainnya, bukan untuk berbangga, riyak atau kerana kebiasaan. Semua ibadah yang tidak disertai keikhlasan seperti jasad tanpa ruh. Sabda Rasulullah SAW.: إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian. Marilah kita memastikan semua amal kebaikan yang kita lakukan seperti ibadat korban, semata-mata mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas. Fudhail bin Iyadh pernah berpesan: meninggalkan amalan kerana manusia maka itu riyak namanya, sedangkan beramal dengan tujuan agar dipuji manusia, maka itu masuk kategori syirik. Adapun ikhlas kepada Allah itulah yang menyelamatkan kamu dari keduanya. https://t.me/kapsul_tazkirah
3 84912Loading...
05
Media files
3 54313Loading...
06
Zulhijjah dan Keutamaan Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama. Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah; 1.  Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah Rasulullah SAW bersabda: عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya. 2.  Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih 3.  Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan. 4.  Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini. https://t.me/kapsul_tazkirah
4 69924Loading...
07
"𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜..." . Dulu belajarnya merata, mana-mana tempat ada kita masuk ikut kuliah. Berlalu tahun demi tahun barulah sedar pengajian sedia ada tidak selesai pun malah lebih sedih sebahagian itu dipenuhi dengan isu semasa dan isi yang sama berulang-ulang. . Tetapi Pn Azila tidak putus asa kalau ada masa je belajar, pantang ada masa cuti pergi.. . Lagi-lagi cuti panjang, jadual akan penuh dengan pengajian.. . Tapi lepas jumpa Akademi Pemikiran Turath (APT) ini baru sedar tahap ilmu fardhu ain. Sekadar ikut kuliah tak cukup, kena cari pengajian yang asas dalam topik berbeza yang jadi keperluan seorang muslim. . Seperti ilmu fiqih dari bab air sampai bab umrah, ilmu aqidah kesemuanya, isu darah haid dan nifas, muamalat, sirah dan ilmu penyucian jiwa. Rasa macam banyak belajar dah bila duduk dengan APT ni baru tahu, masih rasa tak tahu apa?! . Itulah luasnya ilmu Allah ni dan Alhamdulillah saya jumpa APT ni tepat pada masa dan sesuai dengan kehendaknya. Kelas pun tak penuh seminggu dua kali. Pengajian pun melalui online je. . Sekarang kalau balik kerja jem pun sempat lagi nak belajar. Rasa lega bila tahu dapat tamat pengajian bila ustaz yang mengajar pun tumpu pada ilmu yang asas dan penting untuk faham. . Yang seronoknya lagi tu, guru pun pengalaman tanya je apa soalan pun mereka boleh jawab dan puas hati. Sape-sape nak join kelas sekarang mereka ada anjurkan Projek Faham Islam iaitu pengajian ilmu fardhu Ain bersiri, belajar 8 ilmu fardhu ain islam. . Berminat? https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42
4 1172Loading...
08
Fiqh al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) Almarhum Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah menulis sebuah kitab yang berjudul Fiqh al-Awlawiyyat. Perbahasan ini sekitar pandangan beliau tentang keutamaan dalam sesuatu perkara. Setiap tindakan yang dibuat perlu melalui penilaian berdasarkan neraca timbangan yang tepat. Setiap timbangan perlu mengikut neraca yang sesuai dengan keadaannya. Misalnya dalam bab Ibadah Wajib dan Ibadah Sunat. Ibadah Wajib perlu diutamakan berbanding Ibadah Sunat. Memilih yang lebih utama bukan hanya pada Wajib dan Sunat tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan. Contohnya dalam bab nafkah/infak/zakat/sedekah. Keutamaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat dahulu berbanding orang lain berdasarkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ Maksudnya: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)] Terkadang prioriti itu akan dinilai berdasarkan keperluan saat itu, kemaslahatan orang ramai saat itu, kesesuaian keperluan dan macam-macam lagi. Setiap manusia yang berakal mampu membuat keputusan berdasarkan keutamaan mereka saat dan ketika itu. Apabila tidak mampu, minta lah pandangan mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman. Contoh yang lain dalam bab pelaksanaan undang-undang. Pendidikan terhadap sesuatu perkara diutamakan berbanding hukuman. Selepas segala usaha pendidikan dilakukan, hukuman perlu dijalankan dengan tegas. Sekiranya umat Islam memahami konsep Fiqh al-Awlawiyyat ini, banyak perkara dan masalah mampu diselesaikan dengan solusi yang lebih baik kerana mendahulukan sesuatu berbanding sesuatu yang lain pada sesuatu masa mengikut kemaslahatan juga adalah kaedah penyelesaian yang baik. https://t.me/kapsul_tazkirah
4 0296Loading...
09
Hari Terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku sudah berada di penghujungnya. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak ingin bersesak-sesak mencari buku yang diminati? Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
4 4151Loading...
10
Semangat Yang Hilang Barangkali kita tersungkur tersepak batu lalu terjatuh berdarah, Mungkin kali kita terduduk terhina akibat dicaci, Sering kali kita hilang semangat saat diuji bertubi, Acap kali kita menangis sendiri menyesali perbuatan diri, Namun… Saat itu Allah SWT menyembuhkan luka berdarah, Dia membangkitkan kita dengan ayat-ayat dari KitabNya dan hadis RasulNya, Dia menghadirkan manusia untuk meniup semangat kita semula, Menyeka air mata kita yang gugur lalu memberikan kata-kata. Begitu lah kasih Allah al-Rahman al-Rahim kepada hamba-hambaNya. Tidak pernah Dia tinggalkan hambaNya yang taat kepadaNya sebagaimana Rasulullah SAW yang dipujuk melalui Surah al-Dhuha. Syukuri nikmatNya dan hargai manusia sekeliling yang sentiasa ada saat susah dan senang kita. Semoga hidup kita terus dalam Rahmat dan PerlindunganNya 🤲🏻 https://t.me/kapsul_tazkirah
4 95918Loading...
11
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku kembali lagi. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak ingin bersesak-sesak mencari buku yang diminati? Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
4 2092Loading...
12
Duat Perlu Terus Bergerak Tayar yang tidak bergerak lama-lama akan kehilangan fungsi. Seri keindahannya pun tidak kelihatan. Biar pun tayar tersebut mempunyai sejarah panjang dan jasa yang besar kepada kenderaannya. Begitulah kita dengan ilmu, thaqafah, kefahaman, tarbiah, kemahiran dan pengalaman. Tanpa bergerak dimedan kita akan kehilangan fungsi meskipun jasa dan sejarah perjuangan kita panjang. Semoga kita menjadi tayar yang sentiasa bergerak dan memberi fungsi bermakna sehingga disaat-saat akhir. Tayar yang tidak bergerak, lama kelamaan anginnya akan berkurangan dan tayarnya juga akan rosak. Justru itu tayar perlu sentiasa bergerak untuk menjadikannya berfungsi membawa gerabak yang ada. Usaha dalam mihwar membimbing masyarakat dan islah negara memerlukan duat terus bergerak. Kaki, mulut, tangan dan pemikiran kita perlu terus bergerak dan berperanan. Ruang dan penjuru yang ada amat luas untuk kita bergerak mengikut kemampuan dan kebolehan kita. Jangan jadi tayar yang tidak bergerak….. Moga pengharapan Nabi Syuib yang di rakamkan dalam surah Hud ayat 88 menjadi pemugar semangat para duat إِن أُريدُ إِلَّا الإِصلاحَ مَا استَطَعتُ ۚ وَما تَوفيقي إِلّا بِاللَّهِ ۚ عَلَيهِ تَوَكَّلتُ وَإِلَيهِ أُنيبُ “Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku dan tiadalah aku akan memperoleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku Kembali” (Surah Hud ayat: 88) https://t.me/kapsul_tazkirah
4 41113Loading...
13
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku kembali lagi. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak perlu risau lagi 😇 Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
4 4184Loading...
14
Bulan Zulkaedah dan Zulhijjah Kita berada di penghujung Zulkaedah menuju bulan pesta ibadah juga iaitu bulan Zulhijjah. Terdapat 10 hari terbaik di dunia yang disebutkan dalam al-Quran dan Al-Sunnah iaitu 10 HARI PERTAMA BULAN ZULHIJJAH. Firman Allah SWT; وَالفَجرِ Demi waktu Fajar Ada pandangan ahli Tafsir yang menyebut ini adalah waktu fajar 10 hari pertama Zulhijjah berdasarkan hadis مَا مِنْ أَيَّامٍ العَمَلُ الصَّالِحُ فِيْهِنَّ أَحَبُّ إِلَىْ اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ العَشْرِ»، فَقَالُوا: يَا رَسُوْلَ اللَّهِ، وَلَا الجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “وَلَا الجِهَادُ فِي سَبِيْلِ اللَّهِ، إِلَّا رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيْءٍ”. “Tidak ada hari-hari untuk melakukan amalan soleh padanya lebih disukai oleh Allah berbanding pada sepuluh hari ini”. Maka mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, sekalipun jihad di jalan Allah?” Maka Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidak juga jihad di jalan Allah melainkan seorang lelaki keluar dengan dirinya, hartanya kemudian dia tidak lagi kembali dengan membawa apa-apa daripada itu”. (HR at-Tirmizi no. 688, Abu Daud no. 2082 dan Ibn Majah no. 1717; Ibnu Hibban no. 3853.) وَلَيالٍ عَشرٍ Dan Malam yang Sepuluh Jumhur ‘ulama menyatakan ayat ini ada 2 pandangan; 1) 10 malam terakhir dari Ramadhan 2) sepuluh malam pertama dari DzulHijjah. Maka, mari persiapkan diri menuju hari-hari terbaik di dunia. Beramal sebaiknya agar dapat meraih ganjaran sebanyaknya dari Dia yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. https://t.me/kapsul_tazkirah
4 54214Loading...
15
يا قهار يا جبار يا منتقم اهزم الصهيونيين وزلزلهم
4 7824Loading...
16
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku kembali lagi. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak perlu risau lagi 😇 Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
4 6693Loading...
17
Ya Allah tiada tempat kami mengadu melainkan kepadaMu Ya Allah tiada daya dan upaya kami melainkan kekuasaanMu Ya Allah tiada tempat kami memohon melainkan kepadaMu Kurniakan kami kesyukuran atas segala nikmat yang engkau anugerahkan buat kami dan keluarga kami Jadikan kami hamba-hambaMu yang tidak pernah berhenti mencari redhaMu dalam setiap tindak tanduk kami Pelihara kami dan keluarga kami daripada segala keburukan Curahi kami dengan rahmat dan kasih sayangMu sepanjang hidup dan mati kami اللهم يا منزل الكتاب يا مجري السحاب يا هازم الأحزاب اهزم الصهيونيين وانصر إخواننا في فلسطين Hancurkan pakatan jahat musuhMu Rahmati saudara-saudara kami di bumi 🇵🇸 Teguhkan jiwa mereka dan menangkan mereka atas musuhMu
4 88023Loading...
18
Bulan Haram Bulan Haram dalam Islam bermaksud bulan yang dimuliakan dan bulan yang diharamkan berlaku dalamnya perbuatan-perbuatan seperti berperang dll. الزمانُ قد استدارَ كهيئتِه يومَ خلقَ اللهُ السماواتِ والأرضَ ، السنةُ اثنا عشر شهرًا ، منها أربعةٌ حُرُمٌ ، ثلاثةٌ مُتوالياتٌ : ذو القَعدةِ وذو الحِجَّةِ والمُحرَّمُ ، ورجبُ مُضر ، الذي بين جُمادى وشعبانَ Maksudnya: “Waktu berputar sebagaimana keadaannya ketika Allah SWT menciptakan langit dan bumi. Satu tahun terdiri daripada dua belas bulan, daripadanya terdapat empat bulan yang haram (suci) iaitu tiga daripadanya mengikut turutan (Zul al-Kaedah, Zul al-Hijjah dan Muharram) dan yang keempat adalah Rejab terletak antara Jamadi al-Akhir dan Sya’ban”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 4054] Bulan-bulan Haram sepatutnya dipertingkat amal kebajikan dan menjauhi dosa berdasarkan pandangan al-Hafiz Ibn Kathir Rahimahullah yang menyatakan pendapat Ibn ‘Abbas bahawa setiap kezaliman yang dilakukan di dalam bulan-bulan Haram ini, dosanya adalah lebih besar berbanding bulan-bulan lain. Begitu juga, amal soleh yang dilakukan adalah lebih besar (pahala) berbanding bulan-bulan yang lain. Antara keistimewaan bulan-bulan Haram; 1) Umat Islam menunaikan rukun Islam yang kelima iaitu ibadat haji yang mana ibadat ini hanya dilakukan dalam bulan Haram (Zulhijjah). 2) Puasa sunat pada 9 Zulhijjah (Hari ‘Arafah) bagi orang yang tidak menunaikan haji. 3) Berpuasa sunat pada 10 Muharram iaitu pada hari ‘Asyuraa’. https://t.me/kapsul_tazkirah
5 10613Loading...
19
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku kembali lagi. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak perlu risau lagi 😇 Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
5 4187Loading...
20
Rezeki Milik Dia Barangkali usaha kita sejak dahulu memang tidak pernah putus. Macam-macam kita buat, berniaga itu ini, bekerja sana sini, berurusan dengan pelbagai kerenah. Namun, masih belum kaya. Acapkali kita mengeluh, “ya Allah, penatnya” “ya Allah, beratnya ujianMu” “ya Allah, kasihanilah aku” dan selepas itu selepas ditegur kita bangkit semula menyedari bahawa rezeki itu akan hadir tepat waktunya. Seringkali kita menyangka bila kita dah kaya, kita akan jadi pemurah. Rupa-rupanya kita diuji dengan kekikiran. Rasa terlalu sayang untuk melepaskan harta sehingga kita terlupa keluhan dan rintihan kita saat kita miskin dahulu. Kerap kali kita terasa paling diuji dan kemudian Allah SWT mengeluarkan kita dari ujian tersebut lalu kita terlupa pula bersyukur. Ternyata, kita sememangnya manusia. Sering alpa dan leka sebagaimana firmanNya; إن الإنسان خلق هلوعا إذا مسه الشر جزوعا وإذا مسه الخير منوعا _______________________ Tak dapat hadir pesta buku di Kuala Lumpur? Tak mengapa, boleh cari di sini. Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep https://t.me/kapsul_tazkirah
5 02512Loading...
21
Doa dan Solidariti Seluruh dunia kini memandang isu 🇵🇸 bukan sekadar isu agama tetapi merentas batas kemanusiaan. Genosid yang berlaku boleh berlaku di tempat lain juga sekiranya kita berdiam diri apatah lagi bersama dengan kekejaman 🇮🇱. Anak-anak muda di Eropah mula bangkit memperjuang hak rakyat 🇵🇸 menyebabkan pihak berkuasa terpaksa melanggar hak yang selama ini mereka perjuangkan iaitu kebebasan bersuara. Kuasa media dan kuasa anak muda. Semua yang berdemo ditangkap, ditahan seolah melakukan jenayah. Kekentalan dan ketabahan jiwa mereka yang berjuang hari ini tak terbayang dek akal. Hilang rumah, hilang keluarga, hilang sahabat, hilang segala benda yang diperoleh sebelum ini tidak melunturkan semangat mereka untuk terus menyatakan kebenaran. Pada hari jumaat penuh barakah ini, mari bersama kita terus panjatkan doa dan bersolidariti semampunya kepada saudara-saudara kita di bumi penuh barakah 🇵🇸 tercinta. Hanya kepada Allah Azza wa Jalla kita berserah. From The River to The Sea, 🇵🇸 Will Be Free! _______________________ Berminat mengambil ibrah isu umat ini? https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL5alTin/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_ALACARTE/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_PAKEJ/94 https://t.me/kapsul_tazkirah
5 0714Loading...
22
Membaca, Mengkaji dan Menghayati Menjadi keperluan setiap insan segala asas kehidupan. Belajar, bekerja, bermasyarakat, bernegara, beragama, semuanya memerlukan ilmu, hikmah dan pengajaran. Tanpa tapak asas yang kukuh, manusia akan goyah dan tidak stabil menjalani kehidupan. Setiap tindakan yang diambil akan terburu, tidak rasional dan berpandukan emosi semata-mata. Membaca dan mengkaji merupakan budaya yang perlu dititikberat kerana sewajarnya dijadikan keperluan bukan hanya sekadar hobi mengisi waktu lapang semata. _______________________ Ingin mulakan kembara ilmu, kajian dan bacaan? #1: Kembara Ilmu APT (Turath Tanah Melayu- Melaka) https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/KISM/42 #2: Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep #3: Rakaman Pengajian APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42 #4: Tadabbur Surah al-Lail https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL9alLail/94 #5: Buku-Buku Baru Terbitan APT 2024 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuBaruAPT2024/42 #7: Buku-Buku Terbitan APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 #8: Projek Faham Islam 2024 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42 #9: Buku ParadigmaIbrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 #10: Tadabbur ayat al-Kursi https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETELAyatulKursi/94
4 5194Loading...
23
Masa Ibarat Emas Pepatah Melayu ada menyebut masa itu emas, pepatah Arab pula menyatakan masa itu ibarat pedang. Andai dibiarkan berlalu, rugi lah kita kehilangan emas yang bernilai. Andai tidak dijaga masa, dia akan memenggal kita dek ketajamannya. Gunakan waktu yang ada dengan sebaiknya sebagaimana hadis Baginda Nabi SAW tentang 5 perkara; اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هِرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ، وَغِنَاءَكَ قَبْلَ فَقْرِكَ، وَفَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ، وَحَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ “Manfaatkanlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara: masa mudamu sebelum masa tuamu, masa sehatmu sebelum sakitmu, masa kayamu sebelum miskinmu, waktu luangmu sebelum masa sibukmu dan masa hidupmu sebelum kematianmu.” Rancang dan susun jadual kita menjelang cuti sekolah ini agar dapat digunakan untuk bersama keluarga, aktiviti berfaedah dan memberi manfaat buat diri, masyarakat dan agama. _______________________ Nak cuti sekolah dah ni. Perlukan buku dan bahan bacaan untuk cuti sekolah? Pelbagai genre boleh didapatkan dengan harga menarik! BUKU PARADIGMA IBRAH https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 BUKU IMANSHOPPE https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep https://t.me/kapsul_tazkirah
4 86710Loading...
24
Bumi Suci Yang Dicintai Semalam antara yang memilukan jiwa dan perasaan kita apabila pembunuhan sehingga 100 nyawa dalam satu hari di bumi Gaza, Palestin. Di saat masyarakat dunia majoritinya mengecam tindakan tentera 🇮🇱 terhadap 🇵🇸, mereka masih tidak berhenti melakukan kezaliman di bumi Allah SWT yang suci tersebut. Laknat Allah SWT ke atas mereka dan kuncu-kuncu. Semoga dipelihara saudara-saudara kita di sana yang masih semangat berjuang. Kemerdekaan segera buat 🇵🇸 ! Teruskan cakna dan doa! _______________________ Berminat mengambil ibrah isu umat ini? https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL5alTin/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_ALACARTE/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_PAKEJ/94 https://t.me/kapsul_tazkirah
4 9363Loading...
25
Al-Quran Mengajar Kita Al-Quran merupakan mu’jizat teragung panduan hidup orang beriman. Akidah, akhlak, sejarah umat terdahulu, hukum-hakam dan balasan terhadap yang taat dan ingkar adalah antara intipati al-Quran al-Karim. Kitab yang bukan sekadar dibaca apatah lagi perhiasan semata, akan tetapi wajib diteliti, ditadabbur dan dihayati dengan hati dan fikiran. Apabila al-Quran dimanfaatkan sepenuhnya, sudah pasti banyak masalah mampu dirungkai dan solusi dicapai. Mari renungi beberapa ayat suci al-Quran; كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ “Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkat supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya (tadabbur) dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.” (Sod: 29) هُوَ الَّذِي بَعَثَ فِي الْأُمِّيِّينَ رَسُولًا مِّنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِن كَانُوا مِن قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ "Dialah yang mengutus kepada kaum yang buta huruf seorang Rasul di antara mereka, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, mensucikan mereka dan mengajarkan mereka Kitab (Al-Quran) dan Hikmah (Al-Sunnah). Dan sesungguhnya mereka sebelumnya benar-benar dalam kesesatan yang nyata." (Al-Jumu’ah: 2) Dua ayat ini membuktikan al-Quran bukan sekadar bacaan, ia menjadi rujukan agar ditadabbur, diajar kepada manusia bagi menyucikan jiwa, hati dan fikiran manusia yang telah jauh dari landasan kebenaran. Semoga al-Quran benar-benar kita hargai dan mengambil sebanyak mungkin mutiara daripadanya. _____________________________________ Ingin mulakan tadabbur al-Quran? Surah al-Lail : Jalan Keluar Dari ‘Malam’ Kebuntuan https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL9alLail/94 DAURAH SURAH AL-FATH (RAFAH) : Menuju Pembebasan Tanah Suci Yang Dijanjikan https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_ALACARTE/94 https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/ALFATH_PAKEJ/94 Surah Al Imran : Refleksi Kisah Hamra' Al Asad di Perang Uhud https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL9aliimran/94 Ibrah Kisah-Kisah Al Quran : Hubungan Yang Indah Antara Kisah Nabi Musa Dan Zulqarnain https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/IKKAQ7kisahmusa/94 E-Book: When The Two Oceans Meet https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/Ebook/94 Surah al-Tin : Bangkit Menuju Kemenangan - Sekental Jiwa Anbiya Dari Bumi Palestin https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL5alTin/94 Seminar Terapi Luka Dua Ayat Terakhir Surah al Baqarah : Ujian Ilahi Serlahkan Potensi https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETEL2alBaqarah/94 DAURAH SURAH MARYAM : WANITA RABBANI (MAWAR) https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/MAWAR/94 Seminar Terapi Luka Ayatul Kursi : Kembali Kuat Selepas Rebah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/SETELAyatulKursi/94 DAURAH SURAH AR RAHMAN (DASAR) https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/DASAR/94 BUKU-BUKU PARADIGMA IBRAH https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 https://t.me/kapsul_tazkirah
5 05919Loading...
26
Ingin dapatkan buku dan bahan bacaan yang menarik bersempena cuti sekolah? https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep Referral Code: ZECKRY
6770Loading...
27
Kepentingan Ilmu Manusia memerlukan pengetahuan dan pemahaman sesuatu ilmu jika ingin terus maju dan berwawasan. Dasawarsa kini memperlihat negara-negara maju hasil kajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sesebuah bidang. Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang merupakan wahyu pertama kepada baginda Nabi SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang menerangkan kepentingan membaca, mengkaji dan mendalami ilmu. Dengan ilmu dan pengetahuan, kita menuju ke arah pemahaman dan penghayatan yang boleh diterjemah kepada pengaplikasian yang membawa kepada kebaikan dan kemajuan. Ibn Khaldun menjelaskan bahawa sesebuah tamadun hanya mampu terbina dengan wujudnya ramai cendekiawan dan ilmuwan. Tamadun secara asas dibina atas ilmu pengetahuan dan kajian penyelidikan. Hidupkan suasana ilmu di mana sahaja kita berada. BACA, KAJI, FAHAM, dan IMPLEMENTASI agar setiap tindakan kita lebih rasional dan mendorong ke arah pembinaan tamadun manusia yang lebih baik. https://t.me/kapsul_tazkirah
4 7965Loading...
28
"𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜..." . Dulu belajarnya merata, mana-mana tempat ada kita masuk ikut kuliah. Berlalu tahun demi tahun barulah sedar pengajian sedia ada tidak selesai pun malah lebih sedih sebahagian itu dipenuhi dengan isu semasa dan isi yang sama berulang-ulang. . Tetapi Pn Azila tidak putus asa kalau ada masa je belajar, pantang ada masa cuti pergi.. . Lagi-lagi cuti panjang, jadual akan penuh dengan pengajian.. . Tapi lepas jumpa Akademi Pemikiran Turath (APT) ini baru sedar tahap ilmu fardhu ain. Sekadar ikut kuliah tak cukup, kena cari pengajian yang asas dalam topik berbeza yang jadi keperluan seorang muslim. . Seperti ilmu fiqih dari bab air sampai bab umrah, ilmu aqidah kesemuanya, isu darah haid dan nifas, muamalat, sirah dan ilmu penyucian jiwa. Rasa macam banyak belajar dah bila duduk dengan APT ni baru tahu, masih rasa tak tahu apa?! . Itulah luasnya ilmu Allah ni dan Alhamdulillah saya jumpa APT ni tepat pada masa dan sesuai dengan kehendaknya. Kelas pun tak penuh seminggu dua kali. Pengajian pun melalui online je. . Sekarang kalau balik kerja jem pun sempat lagi nak belajar. Rasa lega bila tahu dapat tamat pengajian bila ustaz yang mengajar pun tumpu pada ilmu yang asas dan penting untuk faham. . Yang seronoknya lagi tu, guru pun pengalaman tanya je apa soalan pun mereka boleh jawab dan puas hati. Sape-sape nak join kelas sekarang mereka ada anjurkan Projek Faham Islam iaitu pengajian ilmu fardhu Ain bersiri, belajar 8 ilmu fardhu ain islam. . Berminat? https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42
4 6224Loading...
29
Bahaya Fahaman Agama Yang Salah Islam tidak pernah mempromosikan keganasan, permusuhan apa lagi tumpah darah yang akan menghapuskan keturunan. Perbahasan Maqasid al-Syariah (tujuan pensyariatan) yang meletakkan penjagaan nyawa (Hifz al-Nafs) dan penjagaan keturunan (Hifz al-Nasl) sebagai antara dharuriyyat (kewajipan) yang perlu diutamakan. Agama yang suci ini menentang keras segala bentuk fahaman yang menjurus kepada terorisme, melampaui batas, pembunuhan sesama manusia. Ilmu yang benar akan membentuk dan mencorak pemikiran yang baik seterusnya menjauhkan diri daripada tercampak ke lembah kehinaan dan tindakan yang merosakkan keharmonian masyarakat dan negara. Pelajari lah agama ini dengan guru yang mursyid yang mampu membawa kita kepada kefahaman Islam yang sempurna agar kita menjadi manusia beriman yang sentiasa berusaha menyebar dakwah dengan faham Islam yang sebenar. https://t.me/kapsul_tazkirah
4 5776Loading...
30
Menelusuri Hidup Masing-masing punya kehidupan tersendiri. Garis masa hidup yang pastinya berbeza mengikut individu. Ada yang direzekikan untuk belajar, maka dia belajar sungguh-sungguh menimba ilmu agar dapat dimanfaatkan dan lebih dekat mengenali Pencipta. Ada pula yang diberi peluang bekerjaya, maka harta yang diperoleh disyukuri dengan menunaikan tanggungjawab dan amanah penyucian harta dengan nafkah, infak dan lain-lain. Juga demi mencari redha Pencipta. Ada yang masih bujang, ada pula yang belum dikurniakan cahaya mata. Ada yang diuji dengan pelbagai ujian kesusahan, ada pula diuji dengan ujian kesenangan. Semua itu berjalan pada garis masa kita, seorang insan. Bersyukur lah setiap waktu dan bersabar lah saban waktu. Tuhan Yang Maha Kasih pasti akan memberimu saat waktu yang paling tepat. Engkau hanya perlu USAHA, DOA dan TAWAKAL. Semoga hidayahNya selalu memandu hati dan minda kita. فإن مع العسر يسرا إن مع العسر يسرا https://t.me/kapsul_tazkirah
5 64919Loading...
31
Doa senja Jumaat yang mustajab. Berdoa dan berhajat yang baik, semoga Yang Maha Mengetahui dan Maha Mendengar akan memakbulkan 🤲🏻
4 5736Loading...
32
Islam Agama Rahmah Islam agama yang mempromosi kedamaian, keharmonian dan kesejahteraan persis maksudnya yang berasal daripada perkataan Salam yang membawa maksud sejahtera. Agama ini tidak sesekali membenarkan kezaliman berlaku di atas muka bumi apatah lagi yang merosakkkan dan menghancurkan keamanan makhluk sejagat. Islam bukan hanya menitik beratkan hubungan makhluk dengan Tuhan akan tetapi hubungan sesama makhluk wajib dipelihara biarpun wujud perbezaan agama, warna kulit, bangsa dan kaum. Nilai keamanan dan keharmonian perlu dipelihara agar manusia dan seluruh makhluk dapat hidup dan menikmati setiap kebaikan yang diciptakan Allah SWT. Larangan mencaci, menghina, memandang rendah, menuduh, memanggil dengan gelaran buruk diceritakan terperinci dalam surah al-Hujurāt membuktikan Islam amat menentang segala bentuk permusuhan sesama makhluk. Firman Allah SWT; يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لَا يَسْخَرْ قَوْمٌ مِّن قَوْمٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُونُوا۟ خَيْرًا مِّنْهُمْ وَلَا نِسَآءٌ مِّن نِّسَآءٍ عَسَىٰٓ أَن يَكُنَّ خَيْرًا مِّنْهُنَّ ۖ وَلَا تَلْمِزُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَلَا تَنَابَزُوا۟ بِٱلْأَلْقَٰبِ ۖ بِئْسَ ٱلِٱسْمُ ٱلْفُسُوقُ بَعْدَ ٱلْإِيمَٰنِ ۚ وَمَن لَّمْ يَتُبْ فَأُو۟لَٰٓئِكَ هُمُ ٱلظَّٰلِمُونَ “Hai orang-orang yang beriman, janganlah sekumpulan orang laki-laki merendahkan kumpulan yang lain, boleh jadi yang ditertawakan itu lebih baik dari mereka. Dan jangan pula sekumpulan perempuan merendahkan kumpulan lainnya, boleh jadi yang direndahkan itu lebih baik. Dan janganlah suka mencela dirimu sendiri dan jangan memanggil dengan gelaran yang mengandung ejekan. Seburuk-buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk sesudah iman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Dengan memelihara tingkah laku, percakapan dan tulisan kita, kesemua ini membantu kepada baiknya hubungan sesama manusia seterusnya menjauhkan daripada berlakunya peristiwa-peristiwa berdarah yang bakal meruntuhkan keharmonian sesama manusia. Semoga Allah SWT terus memelihara Malaysia dan seluruh isinya daripada ancaman musuh dan perancangan jahat makhluk yang berniat jahat. Mari bersama kita hidupkan semula nilai-nilai murni yang menyuburkan semangat perpaduan berbilang kaum menurut acuan Islam tercinta. https://t.me/kapsul_tazkirah
5 63114Loading...
Photo unavailableShow in Telegram
👍 13 8
Ibadah Korban Dan Hikmah Bersyukurlah di atas nikmat Allah keatas kita. Antara tanda bersyukur ialah dengan melaksanakan ibadat  fardhu dan ibadat sunat. Ibadat korban merupakan ibadat sunat yang paling disukai Allah pada hari raya Eidul Adha 10hb Zulhijjah dan hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah. Rasulullah SAW bersabda: مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Eidul Adha selain menyembelih korban. (Tirmizi No:1413) Orang yang berkemampuan tetapi tidak melaksanakan korban seolah-olahnya tidak layak mendatangi masjid untuk melaksanakan ibadat solat. Rasulullah SAW  bersabda: عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَجَدَ سَعَةً فَلَمْ يُضَحِّ فَلَا يَقْرَبَنَّ مُصَلَّانَا Daripada Abu Hurairah RA, telah bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa yang ada kelapangan belanja tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri masjid kami. (Musnad Ahmad No: 7924) Status: Isnad Hasan Beruntunglah mereka yang berusaha melaksanakan ibadat korban yang merupakan satu daripada amalan yang amat digalakkan setiap kali kedatangan hari raya korban. Antara hikmah disyariatkan ibadah korban adalah: 1. Sebagai tanda ketaatan seorang hamba kepada Allah SWT. Ibadah korban mengingatkan kita tentang peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang telah diperintahkan Allah SWT untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail AS. Ia merupakan pengorbanan yang benar-benar menguji keimanan dan kesabaran mereka berdua. Perintah yang amat berat itu telah dilaksanakan atas dasar iman dan taqwa yang dilakukan tanpa ragu-ragu. Atas dasar ketaatan dan keikhlasan mereka, maka Allah SWT akhirnya telah memerintahkan agar Nabi Ismail AS digantikan dengan seekor kibash untuk disembelih. 2. Memupuk sikap prihatin dan peduli terhadap orang lain. Hal ini dapat dilihat melalui pengagihan daging korban kepada orang yang berhak menerimanya iaitu fakir miskin, jiran tetangga serta orang yang memerlukan. 3. Peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS dapat mendidik diri untuk bersikap sabar terhadap apa jua ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Belajarlah agar tidak mudah mengeluh dan tetap redha dan bertawakal kepada-Nya. Ketahuilah, apa pun ujian dan musibah yang berlaku, semuanya itu adalah ketentuan dan ketetapan daripada Allah SWT. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 156: ٱلَّذِينَ إِذَآ أَصَـٰبَتۡهُم مُّصِيبَةٌ۬ قَالُوٓاْ إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيۡهِ رَاجِعُونَ “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepadaNya jualah kami kembali” 4. Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat pemurah  dalam membelanjakan harta ke jalan Allah. Ingatlah, harta yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kita, bukan hak milik mutlak kita malah di dalamnya ada hak orang lain seperti golongan fakir miskin. Harta itu hendaklah disalurkan melalui sedekah, infaq, zakat juga melalui ibadah korban. 5. Ibadah korban melahirkan tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat rezeki yang telah dikurniakan. Firman Allah SWT dalam surah Al-Hajj ayat 34: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا ٱسْمَ ٱللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم مِّنۢ بَهِيمَةِ ٱلْأَنْعَٰمِ  فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَٰحِدٌ فَلَهُۥٓ أَسْلِمُوا  وَبَشِّرِ ٱلْمُخْبِتِينَ Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban), supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), Marilah kita melaksanakan ibadat korban dengan kelebihan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada kita. Semoga ibadah korban dan amal kebajikan yang kita lakukan atas dasar keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah SWT diterima dan mendapat ganjaran pahala yang berlipat ganda. https://t.me/kapsul_tazkirah
إظهار الكل...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 10 4
Pencinta buku dan ilmu yang masih mencari buku-buku bermanfaat, banyak buku menarik menanti anda! Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
إظهار الكل...
PROMOSI BUKU FAQIH | PBAKL2024

Dapatkan promosi dan diskaun sehingga 50% bagi buku terbitan Buku Faqih sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2024

👍 7 3
Ikhlas Berkorban Sempena kedatangan Hari Raya Eidul Adha, antara ibadat yang amat disukai Allah ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada Hari Edul Adha selain menyembelih korban. (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan Ibadat korban merupakan syiar yang amat dituntut dengan kedatangan Hari Raya Edul Adha. Adakah kita telah memastikan bahawa kita akan melaksanakan ibadat korban pada tahun ini? Rasulullah SAW mengingatkan kita: كَنَا وُقُوفًا مَعَ النبى (ص) فَسْمَعَتْهُ  يَقُولُ : يَاأيُهَا النَّاس , عَلَى كُلِ أَهْلِ بَيْتٍ فِى كُلُّ عَامٍ أَضْحِيَة ”Kami wukuf bersama Rasulullah dan aku mendengar Baginda bersabda: Wahai sekalian manusia, ke atas setiap ahli sebuah rumah, satu ibadah korban pada setiap tahun” Riwayat Ahmad, Ibn Majah dan Tirmizi. Berdasarkan hadis ini, Imam Abu Hanifah dan ulamak bermazhab Hanafi telah menetapkan bahawa menyembelih korban adalah wajib sekali setahun bagi orang bermukim dan berkemampuan daripada penduduk tempatan. Pelaksanaan ibadat korban sama ada disembelih oleh kita sendiri mahupun yang kita wakilkan untuk dilaksanakan ditempat lain seperti di luar negara, hendaklah dilakukan dengan seikhlas mungkin. Kita melaksanakan ibadah korban atas dasar taqwa kepada Allah bukan sekadar acara tradisi ataupun menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Firman Allah SWT: لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ ٱلتَّقۡوَىٰ مِنكُمۡۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمۡ لِتُكَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمۡۗ وَبَشِّرِ ٱلۡمُحۡسِنِينَ ٣٧ “Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan takwa dari kamu. Demikianlah Dia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya” (al-Haj ayat 37). Dalam Tafsir Al-Wajiz, Syaikh Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaili menjelaskan: Bukan hanya sembelihan binatang korban, daging serta darahnya sedikit pun tidak akan sampai kepada Allah, termasuk semua amal soleh yang lain melainkan ia dilakukan ikhlas semata-mata kerana Allah dan dilakukan atas iman. Dalam ayat ini terdapat dorongan untuk berbuat ikhlas, baik dalam ibadah kurban mahupun dalam ibadah lainnya, bukan untuk berbangga, riyak atau kerana kebiasaan. Semua ibadah yang tidak disertai keikhlasan seperti jasad tanpa ruh. Sabda Rasulullah SAW.: إِنَّ اللَّهَ لَا يَنْظُرُ إِلَى صُوَرِكُمْ وَلَا إِلَى أَمْوَالِكُمْ وَلَكِنْ يَنْظُرُ إِلَى قُلُوبِكُمْ وَأَعْمَالِكُمْ Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada bentuk (rupa) dan harta kalian, tetapi melihat kepada hati dan amal perbuatan kalian. Marilah kita memastikan semua amal kebaikan yang kita lakukan seperti ibadat korban, semata-mata mencari keredhaan Allah dan dilakukan dengan ikhlas. Fudhail bin Iyadh pernah berpesan: meninggalkan amalan kerana manusia maka itu riyak namanya, sedangkan beramal dengan tujuan agar dipuji manusia, maka itu masuk kategori syirik. Adapun ikhlas kepada Allah itulah yang menyelamatkan kamu dari keduanya. https://t.me/kapsul_tazkirah
إظهار الكل...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 14 11
Photo unavailableShow in Telegram
👍 10 5
Zulhijjah dan Keutamaan Tahukah kita, pelbagai peluang istimewa sedang menanti kita pada bulan Zulhijjah khususnya pada 10 hari pertama. Rugilah jika hari-hari yang penuh keutamaan dan kemuliaan ini berlalu begitu sahaja.  Antara kelebihan di bulan Zulhijjah; 1.  Keutamaan Beramal Soleh Pada 10 Awal Zulhijjah Rasulullah SAW bersabda: عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ أَيَّامٍ أَعْظَمُ عِنْدَ اللَّهِ وَلَا أَحَبُّ إِلَيْهِ الْعَمَلُ فِيهِنَّ مِنْ هَذِهِ الْأَيَّامِ الْعَشْرِ فَأَكْثِرُوا فِيهِنَّ مِنْ التَّهْلِيلِ وَالتَّكْبِيرِ وَالتَّحْمِيدِ Daripada Ibnu Umar RA, dari Nabi SAW baginda bersabda: Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah SWT dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini (1 – 10 Zulhijjah). Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid. (Musnad Ahmad No: 5879) Hadis Hasan Amal soleh pada hari-hari awal 10 Zulhijjah (1 hingga 10 Zulhijjah) tidak terbatas. Ia meliputi solat, puasa, sedekah, bacaan al-Quran, zikir, berdoa, bertaubat, tahmid, takbir, tahlil, amar makruf nahi mungkar, tolong-menolong untuk kebaikan, menyebarkan ilmu, menyantuni anak yatim, membantu orang yang kesusahan, memberikan makan kepada fakir miskin dan seumpamanya. 2.  Puasa Sunat Arafah Menghapuskan Dosa Dua Tahun Rebutlah kelebihan untuk berpuasa sunat hari Arafah. Rasulullah SAW bersabda: عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ ... أَهْلُ الْعِلْمِ صِيَامَ يَوْمِ عَرَفَةَ إِلَّا بِعَرَفَة Daripada Abu Qatadah bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Puasa hari 'Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya." Para ulama mensunnahkan puasa 'Arafah kecuali jika berada di 'Arafah. (Sunan Tirmizi No: 680) Hadis Sahih 3.  Hari Arafah Antara Sebaik-baik Waktu dan Tempat Berdoa Satu daripada kelebihan pada Hari Arafah selain berpuasa sunat ialah waktu berdoa. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَخَيْرُ مَا قُلْتُ أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ Dari ‘Amr bin Syu’aib dari ayahnya dari datuknya, Nabi SAW bersabda: Sebaik-baik doa ialah doa yang dibaca pada hari Arafah dan sebaik-baik ucapan yang aku ucapkan serta nabi-nabi sebelumku ialah: "LAA ILAAHA ILLALLAHU WAHDAHUU LAA SYARIIKALAHU LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WAHUWA 'ALAA KULLI SYAI'IN QADIIR (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagi–Nya, bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya kepujian dan Dia berkuasa ke atas setiap sesuatu)”. [HR. Tirmizi no. 3509]. Hadis Hasan. 4.  Ibadah Korban Adalah Amal Yang Lebih Disukai Allah Pada Aidil Adha Amalan yang Allah lebih suka kepada hambanya pada Hari Raya Aidil Adha ialah melaksanakan ibadat korban. Sabda Rasulullah SAW; عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا عَمِلَ آدَمِيٌّ مِنْ عَمَلٍ يَوْمَ النَّحْرِ أَحَبَّ إِلَى اللَّهِ مِنْ إِهْرَاقِ الدَّمِ إِنَّهَا لَتَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ بِقُرُونِهَا وَأَشْعَارِهَا وَأَظْلَافِهَا وَأَنَّ الدَّمَ لَيَقَعُ مِنْ اللَّهِ بِمَكَانٍ قَبْلَ أَنْ يَقَعَ مِنْ الْأَرْضِ فَطِيبُوا بِهَا نَفْسًا Daripada Aishah RA, Rasulullah SAW bersabda: “Tidak ada amal keturunan Adam yang lebih disukai Allah pada ‘Edul Adha selain menyembelih korban. Sesungguhnya binatang itu akan datang pada hari kiamat dengan tanduk, kuku, dan bulunya. Sesungguhnya darah korban lebih dahulu menitik di satu tempat di sisi Allah sebelum ia menitik ke bumi. Oleh itu elokkan dirimu dengan melakukannya” (Sunan Tirmizi No:1413) Status: Hadis Hasan Marilah kita merebut pelbagai kelebihan yang ada pada bulan Zulhijjah ini. https://t.me/kapsul_tazkirah
إظهار الكل...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

24👍 13
"𝗦𝗔𝗬𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗡𝗜 𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔, 𝗧𝗘𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗕𝗘𝗟𝗔𝗝𝗔𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗔𝗗𝗘𝗠𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗜𝗞𝗜𝗥𝗔𝗡 𝗧𝗨𝗥𝗔𝗧𝗛 𝗡𝗜 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝗟𝗔𝗛 𝗥𝗔𝗦𝗔 𝗟𝗘𝗚𝗔 𝗗𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗥𝗢𝗡𝗢𝗞 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗚𝗔𝗝𝗜..." . Dulu belajarnya merata, mana-mana tempat ada kita masuk ikut kuliah. Berlalu tahun demi tahun barulah sedar pengajian sedia ada tidak selesai pun malah lebih sedih sebahagian itu dipenuhi dengan isu semasa dan isi yang sama berulang-ulang. . Tetapi Pn Azila tidak putus asa kalau ada masa je belajar, pantang ada masa cuti pergi.. . Lagi-lagi cuti panjang, jadual akan penuh dengan pengajian.. . Tapi lepas jumpa Akademi Pemikiran Turath (APT) ini baru sedar tahap ilmu fardhu ain. Sekadar ikut kuliah tak cukup, kena cari pengajian yang asas dalam topik berbeza yang jadi keperluan seorang muslim. . Seperti ilmu fiqih dari bab air sampai bab umrah, ilmu aqidah kesemuanya, isu darah haid dan nifas, muamalat, sirah dan ilmu penyucian jiwa. Rasa macam banyak belajar dah bila duduk dengan APT ni baru tahu, masih rasa tak tahu apa?! . Itulah luasnya ilmu Allah ni dan Alhamdulillah saya jumpa APT ni tepat pada masa dan sesuai dengan kehendaknya. Kelas pun tak penuh seminggu dua kali. Pengajian pun melalui online je. . Sekarang kalau balik kerja jem pun sempat lagi nak belajar. Rasa lega bila tahu dapat tamat pengajian bila ustaz yang mengajar pun tumpu pada ilmu yang asas dan penting untuk faham. . Yang seronoknya lagi tu, guru pun pengalaman tanya je apa soalan pun mereka boleh jawab dan puas hati. Sape-sape nak join kelas sekarang mereka ada anjurkan Projek Faham Islam iaitu pengajian ilmu fardhu Ain bersiri, belajar 8 ilmu fardhu ain islam. . Berminat? https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/PFI2024/42 https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/RAKAMANPENGAJIANAPT/42
إظهار الكل...
Projek Faham Islam 2024

Pengajian ilmu fardhu ain bulanan

5👍 4
Fiqh al-Awlawiyyat (Fiqh Keutamaan) Almarhum Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah menulis sebuah kitab yang berjudul Fiqh al-Awlawiyyat. Perbahasan ini sekitar pandangan beliau tentang keutamaan dalam sesuatu perkara. Setiap tindakan yang dibuat perlu melalui penilaian berdasarkan neraca timbangan yang tepat. Setiap timbangan perlu mengikut neraca yang sesuai dengan keadaannya. Misalnya dalam bab Ibadah Wajib dan Ibadah Sunat. Ibadah Wajib perlu diutamakan berbanding Ibadah Sunat. Memilih yang lebih utama bukan hanya pada Wajib dan Sunat tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan. Contohnya dalam bab nafkah/infak/zakat/sedekah. Keutamaan diberikan kepada ahli keluarga terdekat dahulu berbanding orang lain berdasarkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda: دِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي سَبِيلِ اللهِ وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ فِي رَقَبَةٍ، وَدِينَارٌ تَصَدَّقْتَ بِهِ عَلَى مِسْكِينٍ، وَدِينَارٌ أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ، أَعْظَمُهَا أَجْرًا الَّذِي أَنْفَقْتَهُ عَلَى أَهْلِكَ Maksudnya: “Dan dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu sedekahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu sedekahkan kepada keluargamu”. [Riwayat Muslim (995)] Terkadang prioriti itu akan dinilai berdasarkan keperluan saat itu, kemaslahatan orang ramai saat itu, kesesuaian keperluan dan macam-macam lagi. Setiap manusia yang berakal mampu membuat keputusan berdasarkan keutamaan mereka saat dan ketika itu. Apabila tidak mampu, minta lah pandangan mereka yang lebih berilmu dan berpengalaman. Contoh yang lain dalam bab pelaksanaan undang-undang. Pendidikan terhadap sesuatu perkara diutamakan berbanding hukuman. Selepas segala usaha pendidikan dilakukan, hukuman perlu dijalankan dengan tegas. Sekiranya umat Islam memahami konsep Fiqh al-Awlawiyyat ini, banyak perkara dan masalah mampu diselesaikan dengan solusi yang lebih baik kerana mendahulukan sesuatu berbanding sesuatu yang lain pada sesuatu masa mengikut kemaslahatan juga adalah kaedah penyelesaian yang baik. https://t.me/kapsul_tazkirah
إظهار الكل...
Kapsul Tazkirah

Berkongsi mutiara ilmu dan hikmah. Moga bermanfaat buat semua. Rasulullah SAW bersabda; ‎خير الناس أنفعهم للناس Sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat buat manusia.

👍 18 8
Hari Terakhir Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 Pesta buku sudah berada di penghujungnya. Semestinya banyak buku baru dan menarik menanti anda. Tidak berkelapangan untuk ke ibu kota cuti sekolah ini? Tak ingin bersesak-sesak mencari buku yang diminati? Dapatkan segera dengan harga promosi sebelum tamat tempoh! Buku Faqih https://abbascentre.onpay.my/order/form/PBAKL/203 Buku Paradigma Ibrah https://paradigmaibrah.onpay.my/order/form/buku/94 Buku APT https://akademipemikiranturath.onpay.my/order/form/BukuAPT/42 Buku Imanshoppe https://www.imanshoppe.com/?ref=czqrrpep
إظهار الكل...
PROMOSI BUKU FAQIH @ PBAKL2024

Dapatkan promosi dan diskaun sehingga 50% bagi buku terbitan Buku Faqih sepanjang Pesta Buku Antarabangsa Kuala lumpur 2024

3👍 1

22👍 6