cookie

نحن نستخدم ملفات تعريف الارتباط لتحسين تجربة التصفح الخاصة بك. بالنقر على "قبول الكل"، أنت توافق على استخدام ملفات تعريف الارتباط.

avatar

Nota Firdaus Mokhtar

Tips kekeluargaan; tentang rumah tangga dan kewangan keluarga. Dihoskan oleh Firdaus Mokhtar. Founder page The Solusi dan penulis buku - Saya Imam, Awak Makmum.

إظهار المزيد
مشاركات الإعلانات
6 706
المشتركون
-124 ساعات
-87 أيام
-2230 أيام

جاري تحميل البيانات...

معدل نمو المشترك

جاري تحميل البيانات...

Photo unavailableShow in Telegram
Setiap hari, lihatlah betapa banyaknya nikmat yang telah Allah beri buat kita. Supaya kita pandai melahirkan rasa syukur. Jadilah manusia yang tak mengira banyaknya ujian hari demi hari. Kerana nanti kita cuma akan sibuk mengeluh daripada bersyukur. Bersyukur menambah rezeki, mengeluh menjauhkan rezeki. Begitulah. Selamat pagi semuaaa.
إظهار الكل...
13👍 2🥰 1
Ada yang tanya ke saya, macam mana nak lupakan salah orang ke kita. Dia kata dah cuba macam-macam cara, tapi masih dok teringat lagi. Saya cuma bagi dia beberapa poin. 1. Banyaklah bercakap dengan Allah. Kata yang kita dah maafkan pun salah dia. Cuma kesan di hati tu masih ada. Bila teringat rasa nak marah semula. Jadi minta Tuhan bantu kita jadi orang baik. Nak jadi orang betul-betul memaafkan. 2. Doakan orang yang buat salah tu dengan kebaikan. Iyalah, mudah-mudahan dengan ini kita akan ikhlas dalam memaafkan. Sebab kita juga berharap dia jadi orang lain baik. 3. Sibukkanlah diri dengan kerja dan hal lain. Bila kita sibuk, kita tak teringat ke sesiapa pun. Lebih lagi lah ke orang yang pernah buat salah ke kita. Maka, kita akan fokus dan tumpu ke perkara yang lebih penting. 4. Kalau tak dapat juga lupakan, ada 1 lagi. Kau pergi jelah makan banyak-banyak. Apa boleh buat kan? Nak lupakan tak boleh, layan je lah sambil makan. Haa! Sekian sembang Isnin. Tengah bersiap nak hantar anak anak balik asrama haa. 😂
إظهار الكل...
🤣 5👍 3
Photo unavailableShow in Telegram
Sebabkan dialog dalam muzik video ini, ada yang triggered. “Benci dengar ayat tu.” Iya, kita faham. Waktu bertengkar suami isteri inilah kadang keluar macam macam ayat yang sangat menikam. Sangat dalam menusuk ke hati. Silap-silap boleh sampai membunuh jiwa dan perasaan. Terus mati rasa, hilang semua sayang dan cinta. Betul, ini adalah kisah rekaan yang kami tampilkan dalam lagu. Tapi di luar, realiti begini ramai yang sedang hadapi. Bahkan dengan sebab yang 1001 macam ada di luar sana. Tinggal kalian tukar je sebab untuk rumah tangga berantakkan. Semua boleh disuai muat dalam muzik video lagu Janji Dulu. Contoh ayat yang saya tulis, itu ayat sebenar daripada yang menonton. Terkesannya dia dengan dialog tu. Walau pun dah berlaku dalam hidup dia, sampai saat ini kesakitan itu membekas. Dengarlah walau sekali, beri ruang untuk diri bertenang dengan terapi muzik. Sambung di komen 👇🏻
إظهار الكل...
👍 4
Yang memuliakan manusia di akhirat ialah Allah. Yang akan menghinakan manusia di akhirat nanti juga Allah. Kerana Dia kenal sungguh kita luar dan dalam. Jadi bukan kerja kita nak menghinakan manusia lain atas pandangan lahir kita sahaja. Haa! Begitulah. Selamat pagi semuaaa.
إظهار الكل...
15👍 3
Anak-anak ni memang kita rasa cepat betul membesar. Gambar kiri tu Fateemah baru 1 bulan. Muat lagi baring dekat pangku Ameenah. Pejam celik, dah besar dan tinggi. Lebih separuh tinggi kakak Ameenah dia. Bercakap pun bukan main lagi. Berlawan cakap saja dia dengan kakak kakak. Bila cerita hal anak anak masa kecil ni, saya teringat tentang aqiqah. Masa kakak kakak dulu, atuk dengan uwan yang bantu urusan aqiqah. Alhamdulillah, syukur 🤲🏻 Untuk adik-adik ni belum buat. Saya sendiri pun terlepas hal aqiqah. InsyaAllah nak buatkan untuk Ameenah & Fateemah. Meh saya kongsi sikit tentang aqiqah. Kebetulan saya dok mencari juga. Sambung di komen 👇🏻
إظهار الكل...
👍 9
Photo unavailableShow in Telegram
Ujian itu milik Allah. Ia datang dan pergi dari hidup kita. Semata-mata untuk dekatkan kita dengan Allah. Daripada Allah ujian itu, cara mengatasinya juga daripada Allah. Jadi atas setiap ujian bertanyalah kepada Allah jalan keluarnya. Usah dibatasi dengan akal. Kelak kita kecewa. Kerana akal kita sering dibayangi nafsu. Nafsu yang tidak kenal bahagia akhirat. Semata nampak permata dunia. Tanpa sedikit melihat indahnya akhirat Begitulah. Pagi gais!
إظهار الكل...
👍 10 2😢 1
"Tak jemu langsung (baca buku Ustazah Basikal) walau berulang kali baca, banyak dapat pengajaran.." - Hamidah Ibrahim Novel Travelog (Novelog) Ustazah Basikal merupakan Jurnal Pengembaraan ke Mekah merentasi 14 buah negara selama 15 bulan. (Dengan Berbasikal 😱😱😱) Mereka hanya berbekalkan dengan wang saku sebanyak RM1,900 pada permulaan pengembaraan. Pelbagai kenangan dan cabaran yang ditempuhi di negara yang mereka rentasi semasa pengembaraan telah dibukukan dalam Novelog Ustazah Basikal ini. Klik link dibawah untuk sambung baca >> https://ahmadbmi.my/order/form/UB2024/fmejen
إظهار الكل...
👍 2
Semua yang berlaku di sekililing kita adalah peringatan dan ilmu yang Allah nak sampaikan pada kita. Sekali pun kita terdengar perbualan orang lain masa tengah beli barang dekat pasaraya; "Aku rasa lama dah aku tak bersedekah ni." Sembang akak sebelah dengan kawan dia. Sayup kita dengar tapi tepat maksud tu ke gegendang telinga kita. Fahamlah yang Allah nak kita muhasabah tentang sedekah kita. Begitulah selalunya. Kiaskan ke hal hal lain ya. Selamat pagi gaisss.
إظهار الكل...
14👍 2
اختر خطة مختلفة

تسمح خطتك الحالية بتحليلات لما لا يزيد عن 5 قنوات. للحصول على المزيد، يُرجى اختيار خطة مختلفة.